Вы находитесь на странице: 1из 10

Anugerah Inovasi

Perdana Menteri
(AIPM) 2016
Tarikh Tutup Pencalonan:
15 Mac 2016
Penyertaan dibuka kepada semua agensi sektor awam termasuk pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

www.mampu.gov.my

Isi Kandungan

Isi Kandungan
Latar Belakang ________________________________________ 1
Tafsiran Inovasi _______________________________________ 3
Kriteria Penilaian ______________________________________ 4
Mekanisme Penilaian ___________________________________ 5
Jadual Pelaksanaan ___________________________________ 6
Format Pencalonan ____________________________________ 7
Urus setia AIPM 2016 __________________________________ 8
Alamat Urus setia _____________________________________ 8

Latar Belakang

Ms. 01

Latar Belakang
Struktur Pengiktirafan Sektor Awam
Program pengiktirafan dalam sektor awam telah dimulakan pada
tahun 1990 dengan pengenalan program Anugerah Kualiti Perdana
Menteri (AKPM) dan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam (AKPA)
seiring dengan agenda Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang
dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1989.
Tahun 2010 telah menyaksikan satu peralihan daripada Gerakan
Budaya Kerja Cemerlang (1989-2009) kepada Gerakan
Transformasi Sektor Awam (2010-kini) yang bercirikan
pembaharuan secara lonjakan mega dan bukan lagi bersifat
incremental/berdikit-dikit. Struktur baharu pengiktirafan sektor
awam yang diperkenalkan turut mencerminkan konsep ini melalui
pemberian ganjaran wang tunai yang lumayan dan setimpal dengan
taraf anugerah yang unggul dan berprestij.

Latar Belakang

Ms. 02
Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM)

Mulai tahun 2010, Kerajaan telah memperkenalkan Anugerah


Inovasi Perdana Menteri atau AIPM bagi mengiktiraf penghasilan
inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi dalam sektor awam.
Pengiktirafan terunggul sektor awam ini yang membawa hadiah
wang tunai sebanyak RM1 juta, trofi dan sijil merupakan cerminan
kepada komitmen Kerajaan untuk memperkenalkan pendekatan
baharu yang bersifat radikal bagi menyokong Agenda Transformasi
Negara.
Senarai Penerima AIPM
2009: Lembaga Hasil Dalam Negeri - Mengenengahkan
Pendekatan Baharu Yang Mesra Pelanggan Dalam Kutipan
Hasil
2010: Kolaborasi Strategik Angkatan Tentera Malaysia dan
Polis Diraja Malaysia - Memecahkan Tembok Keterpisahan
Demi Memelihara Keselamatan Negara
2011: Institut Jantung Negara - Menggabungjalin Kehebatan
Perubatan dan Inovasi Untuk Menghasilkan Impak Positif
Dalam Bidang Kesihatan
2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas
Sempadan Melestari Kesejahteraan Sejagat
2014: Pusat Transformasi Bandar (UTC) - Horizon Baharu
Penyampaian Perkhidmatan
2015: Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia
Tanggungjawab Sosial Ke Arah Kualiti Hidup Luar Bandar
Untuk maklumat lanjut berhubung inisiatif atau agensi penerima AIPM, sila layari
Hab Inovasi Sektor Awam (HISA) di pautan http://habinovasi.mampu.gov.my

Tafsiran Inovasi

Ms. 03

Tafsiran Inovasi
Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh ditafsirkan
sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut
boleh diperoleh dari dalam dan luar atau melalui proses
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau
diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan jabatan/agensi.
Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output
semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada
amalan sedia ada.
Skop pelaksanaan inovasi bagi transformasi perkhidmatan awam
adalah luas dan merangkumi proses yang menyeluruh termasuk
inovasi tadbir urus, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar,
inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi pendidikan,
inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi
jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan.
Dari perspektif pengurusan, inovasi boleh dilaksanakan dalam
pelbagai aspek termasuk pengurusan pelanggan, budaya kerja,
pengurusan strategik dan kepimpinan organisasi, sumber manusia,
kewangan dan aset, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
pengurusan projek pembangunan dan sebagainya. Ianya boleh
melibatkan perubahan ketara dari segi sistem dan prosedur,
borang, lesen dan permit serta undang-undang dan peraturan.

Kriteria Penilaian

Ms. 04

Kriteria Penilaian
KREATIVITI
Keunikan dan pendekatan di luar kotak dari segi usaha atau idea yang
asli, tersendiri, diadaptasi atau yang melangkaui norma biasa
Penghasilan inovasi yang menawarkan penyelesaian kreatif dan
melangkaui ekspektasi pelanggan
Mempermudahkan keadaan semasa dan mengurangkan kekangan atau
jurang ke arah peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan

KEBERKESANAN
Mendatangkan faedah yang nyata dari aspek capaian hasil yang segera,
ketara, jelas dan diterima umum
Meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar dari aspek penerimaan
atau peningkatan tahap penggunaan sesuatu inovasi
Penciptaan nilai awam melalui pengenalan dasar, program,
infrastruktur, teknologi atau perkhidmatan yang memajukan
kepentingan orang ramai
Kelestarian inovasi dari aspek keupayaan untuk memberi faedah secara
berterusan atau berpotensi untuk replikasi dalam sektor awam
Disempurnakan dalam garis masa yang singkat dan mencabar norma
kebiasaan serta tidak berkompromi dalam aspek kualiti

RELEVAN
Memenuhi agenda nasional dan menyokong dasar, program atau
tumpuan semasa Kerajaan
Mengambil kira persekitaran semasa dari aspek keupayaan memenuhi
ekspektasi, kehendak atau keadaan semasa
Menyokong konsep pentadbiran awam yang seamless melalui tahap
jaringan kolaborasi dan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak

SIGNIFIKAN
Keberhasilan (outcome) inovasi memenuhi objektif yang ditetapkan
Penjimatan kos/sumber yang ketara dari segi penggunaan sumber yang
optimum serta menghasilkan pulangan yang maksimum
Mempunyai kepentingan yang nyata dari segi kemampuannya untuk
menawarkan alternatif penyelesaian kepada isu semasa

Mekanisme Penilaian

Ms. 05

Mekanisme Penilaian
Mekanisme penilaian calon-calon penerima AIPM melibatkan tiga
peringkat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Saringan di peringkat
MAMPU serta Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa
Pemilihan dengan keahlian merentasi sektor awam, swasta,
akademia dan NGO. Jawatankuasa Pencalonan bertanggungjawab
mengesyorkan calon-calon senarai pendek kepada Jawatankuasa
Pemilihan yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha
Negara.

Jadual Pelaksanaan

Ms. 06

Jadual Pelaksanaan

Format Pencalonan

Ms. 07

Format Pencalonan
BIL.

PERKARA

Nama Kementerian/Jabatan/Agensi:
Nama Inisiatif Inovasi:
Pegawai Bertanggungjawab:
(Nama/Jawatan/Telefon/E-mel)
1.

Ringkasan Inovasi
(tidak melebihi 500 patah perkataan)

2.

Latar Belakang

3.

Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

4.

Objektif/Tujuan Inisiatif

5.

Penerangan mengikut kriteria AIPM seperti berikut:


(a) Kreativiti
(b) Keberkesanan
(c) Relevan
(d) Signifikan

6.

Pencapaian dan Pengiktirafan Yang Diperoleh

Urus Setia AIPM 2016

Ms. 08

Urus Setia AIPM 2016


Seksyen Inovasi dan Pengiktirafan, Bahagian Perundingan Pengurusan 2
Puan Dayang Ku Uteh
binti Awang Ku Mashhor
Timbalan Pengarah
03-8872 5159
dayangku@mampu.gov.my

Encik Amri bin Ismail


Ketua Penolong Pengarah
Kanan
03-8872 5157
amriismail@mampu.gov.my

Puan Malathy Narayanan


Ketua Penolong Pengarah
03-8872 5030
malathy@mampu.gov.my

Cik Meera Devi Daran


Penolong Pengarah
03-8892 7451
meera@mampu.gov.my

Alamat Urus Setia


Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)
Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(U/P: Urus Setia AIPM 2016)

Вам также может понравиться