Вы находитесь на странице: 1из 5

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Rasulullah s.a.w. bersabda seperi yang diriwayatkan dalam hadis atTirmidzi:


Dan umatku akan menjadi 73 golongan(millah), semua mereka itu
dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka).
Para sahabt bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu
wahai Rasulullah? Sabda baginda (mereka itu adalah golongan yang
mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku.
Berdasarkan hadis ini para ulama membuat kesimpulan bahawa
maksud mereka yang mengikuti sunnah rasul dan para sahabat ialah
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan hidup beragama yang
dibawa golongan Ahli Sunnah menepati sepertimana yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalimah ahli
sunnah dan jamaah yang membawa erti mereka yang mengikuti
pegangan Rasulullah s.a.w. ataupun jalan hidup baginda dan jamaah para
sahabat terutama sekali para khulafa ar-Rashidin yang dididik oleh
baginda sendiri.
Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah iu adalah suatu pegangan yang
pengistilahannya walaupun timbul kemudian tetapi ia adalah berakar
umbi dari Rasulullah s.a.w. sendiri.
Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam
mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhammad
s.a.w., para sahabat yang telah disusun secara bersistem oleh ulama
kemudian dan dipertahankan di dalam ajaran dua tokoh iaitu Syeikh Abu
Hassan al-Asyaari dan Imam Abu Mansor al-Maturidi.
Dasar-Dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah
1) Mengisbatkan hakikat-hakikat dan ilmu
2) Dasar mengiktikadkan bahawa alam ini baru
3) Dasar mempercayai bahawa segala kejadian ada penciptanya dan
pencipta alam ialah pencipta segala jisim dan segala aradh.
4) Dasar mengiktikadkan bahawa sifat-sifat ilmu, kudrat, hayat,
mendengar, melihat dan kalam ini merupakan sifat-sifat azali dan
ciri-ciri abadi Allah s.w.t..
5) Dasar yang menetapkan bahawa nama-nama Allah adalah diambil
dari al-Quran atau dari sunnah yang sahih atau dari ijmak dan tidak
boleh ditentukan dengan qiyas.

6) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah s.w.t. adalah pencipta


segala jisim dan segala aradh dan Dialah yang mencipta segala
perbuatan manusia dan tiada pencipta yang lain daripada Allah s.w.t..
7) Dasar yang mengiktikadkan bahawa para Rasul itu adalah utusan
daripada Allah s.w.t. kepada manusia. Perbezaan antara Rasul dan
Nabi ialah Nabi adalah seorang yang menerima wahyu daripada Allah
s.w.t. melalui malaikat dan disokong dengan sesuatu mukjizat
sedangkan Rasul adalah seorang yang mempunyai sifat yang sama
dengan Nabi tetapi ditugaskan menyampaikan syariat itu kepada
umatnya.
8) Dasar mengiktikadkan bahawa Nabi itu mestilah mempunyai mukjizat
yang membuktikan kebenarannya. Apabila berlaku sesuatu mukjizat
yang membuktikan kebenarannya maka wajiblah kaumnya
mempercayai dan mematuhinya.
9) Dasar yang mengiktikadkan bahawa islam dibina atas lima rukun
iaitu menguzap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, zakat,
puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji.
10) Dasar membahagikan perintah dan larangan Allah s.w.t. kepada
lima hukum iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
11) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah s.w.t. berkuasa
memusnahkan alam seluruhnya, juga berkuasa memusnahkan
sebahagian dan mengekalkan sebahagian yang lain, juga
mengatakan manusia dan seluruh binatang yang telah mati akan
dibangkitkan kembali pada hari akhirat. Menurut Ahli Sunnah, nikmat
syurga kekal kepada penghuninya dan azab neraka adalah kekal
kepada orang musyrikin, munafiqin dan orang kafir.
12) Dasar yang mengiktikadkan umat Islam wajib menegakkan khalifah.
13) Dasar yang menetapkan bahawa asas keimanan ialah makrifah dan
tasdik(kebenaran) di dalam hati dan nama iman tidak terlucut
dengan sebab dosa yang lain daripada dosa kekafiran.
14) Dasar yang menetapkan bahawa para malaikat maksum dari dosa
dan 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w. akan dimasukkan ke dalam
syurga, iaitu kahalifah yang empat, Talhah, Zubir, Saad b. Abi Waqas,
Said b. Zaid, Abdul Rahman b. Auf dan Abu Ubaidah b. Al-Jarrah
15) Dasar yang menentukan hukum-hukum terhadap musuh-musuh
Islam. Terdapat dua jenis musuh Islam iaitu musush yang wujud
sebelum Islam dan musuh yang lahir di dalam negara Islam yang
berselindung di sebalik tabir Islam, sedangkan mereka bekerja secara
diam-diam untuk melakukan tipu daya terhadap kaum muslimin.
Asas-Asas Metodologi Ahli Sunnah
1) Mendahulukan dan mengutamakan nas al-Quran dan al-Sunnah
mengatasi yang lain.

2) Mentafsir al-Quran dengan al-Quran.


3) Mentafsir al-Quran dengan al-Hadis atau al-Sunnah
4) Mengutamakan pendapat dan kata-kata para sahabat dan para
tabiin.
5) Ijma ulama
6) Mengutamakan kaedah-kaedah bahasa arab dan penggunaan
uslubnya.
7) Memahami al-Quran dia atas makna atau maksud yang zahir yang
tidak boleh dipindahkan kepada yang lain melainkan dengan bukti
dan dalil.
8) Membiasakan pendapat yang (suci) al-Tanzil dan
al-Taqdis
berhubung ayat-ayat yang zahirnya menunjukkan penyerupaan dan
persamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.

Prinsip-Prinsip yang Disepakati Ahli Sunnah Wal Jamaah


1. Sifat-sifat Allah
Membenarkan tanpa mempersoalkan bentuknya dan mensucikan
tanpa mengingkari.
2. Tentang al-Quran
Al-Quran kalamullah, bukan makhluk.
3. Rukyah Allah di dunia
Allah s.w.t. tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun dalam kehidupan di
dunia.
4. Rukyah Allah di akhirat
Bahawa orang mukmin dapat melihat Allah s.w.t. di syurga dengan
kedua matanya.
5. Berita keadaan selepas mati
Mengimani semua berita keadaan setelah mati yang disampaikan
oleh Rasulullah s.a.w.
6. Qadar
Mengimani qadar Allah dengan segala tingkatnya.
7. Iman
Iman adalah ucapan dan perbuatan, dapat bertambah dan berkurang.
8. Pokok iman dan cabangnya
Iman mempunyai asal(pokok) dan furu(cabang). Iman tidak terlepas
kecuali dengan terlepasnya pokok keimanan. Oleh itu, tidak

mengkafirkan seseorang dari ahli kiblat kerana kemaksiatan, kecuali


jika terlepas pokok keimanannya. Pokok iman adalah mengakui dan
membenarkan apa-apa yang disampaikan Rasulullah s.a.w. dari Allah
s.w.t. dan tunduk mengikutnya.
9. Kemungkinan berkumpul antara seksa dan pahala
Bersepakat terhadap kemungkinana berkumpulnya antara seksa dan
pahala dari seseorang, namun tidak mewajibkan seksa atau pahala
pada orang ertentu kecuali dengan dalil khusus.
10. Tidak maksum selain Rasul
Bersepakat mencintai dan mendukung sahabat Rasulullah, ahlul bait
dan isteri-isteri Rasul tanpa meyakini adanya kemaksuman terhadap
sesiapa pun kecuali Rasulullah.
11. Karamah wali
Membenarkan adanya karamah para wali dan kejadian-kejadian luar
biasa yang diberikan Allah kepada mereka.
12. Perang terhadap yang keluar syariat
Bersepakat untuk memerangi sesiapa sahaja yang keluar dari syariat
Islam, sekalipun ia mengucapkan dua kalimah syahadat.
13. Bersama pemimpin Islam
Berperang bersama pemimpin-pemimpin mereka, baik pemimpin
yang baik maupun derhaka, derhaka demi menegakkan syariat Islam.
Dasar-Dasar yang Disepakati Kesesatannya secara Ijma
1. Menolak, menafi atau mengingkari hakikat Islam itu sendiri, sama
ada kerana kejahila, sangkaan, ikut-ikutan atau kerana sememangnya
disengajakan, walaupun mengetahui kebenarannya;
2. Keterlaluan yang dipacu oleh rasa fanatik dan hawa nafsu sehingga
ke tahap sanggup menolak, menafi atau mengingkari hakikat-hakikat
Islam;
3. Takwilan yang batil, yang tidak berdasarkan kepada kaedah-kaedah
bahasa dan syara, yang didorong oleh rasa fanatik dan hawa nafsu
selain dari kelemahan iman
4.

Rujukan
Yunus, H. A. (2006). Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah. Putrajaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Вам также может понравиться