Вы находитесь на странице: 1из 3

1.

0 Perbezaan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria


Menurut Cronbach (1970) dalam Azizi dan Mohd Isha (2009), ujian adalah satu prosuder
yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. 1
Pada umumnya, ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama iaitu untuk membanding
kebolehan antara pelajar serta ujian yang digunakan untuk menentukan status pelajar.
Antara jenis-jenis ujian yang sering digunakan di sekolah Adalah Ujian Rujukan Norma, Ujian
Rujukasn Kriteria, Ujian Pencapaian, Ujian Kecerdasan, Ujian Prestasi, Ujian Dignostik,
Ujian Personaliti, dan Ujian Bakat.2 Ujian-ujian ini boleh dijalankan dalam bentuk bertulis
ataupun lisan secara objektif mahupun subjektif. Ujian-ujian ini akan mampu membantu guru
untuk menilai prestasi murid serta menguji keberkesanan dan keperluan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah.
Dua ujian utama yang menjadi asas pengujian adalah Ujian Rujukan Norma (URN) dan juga
Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ujian Rujukan Norma (URN) merupakan ujian yang digunakan
untuk membuat perbandingan antara murid dari pelbagai sudut secara terperinci namun
tidak mengandungi maklumat sama ada murid telah melakukan penguasaan kandungan
mata pelajaran ataupun penguasaaan kemahiran sewaktu proses PdP berlangsung. URN ini
merupakan ujian yang dijalankan secara terperinci untuk memaksimumkan perbezaan
pencapaian antara murid bagi memudahkan guru membuatkan perbandingan antara murid.
Oleh itu, tahap kesukaran item yang dibina oleh guru perlu dikawal sebaik mungkin supaya
item ini dapat membezakan seseorang murid dari murid yang lain.
Item yang baik mempunyai pelbagai tahap kesukaran dari mudah kepada sukar.
Item-item ini perlulah valid, iaitu tidak terlampau senang dan tidak terlalu sukar kerana jika
terlalu mudah kesemua murid dapat menjawabnya dan sebaliknya jika terlalu sukar,
kesemua murid tidak dapat menjawab ujian dengan cemerlang. Antara nisbah kesukaran
yang lazim adalah 25% mudah, 50% sederhana, dan 25% sukar.3

URK secara amnya

adalah ujian yang relatif yang menggambarkan prestasi kumpulan murid dalam graf yang
normal untuk membuat perbandingan dalam ujian yang sama seperti ujian penggal, akhir
tahun, PT3, SPM, dan STPM. Ujian ini adalah sejenis ujian sumatif yang dijalankan pada
1 Ismail bin Said dan Mohamad Munir bin Ismail, Pentaksiran dalam
Pembelajaran Sejarah. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd (2015) m.s. 6-7
2 Ibid.
3 Ibid.

akhir pembeljaran sama ada secara bertopik ataupun secara menyeluruh. Ujian ini
menglibatkan kumpulan murid yang ramai.
Kekurangan ujian rujukan norma ialah keputusan ujian tidak menggambarkan sama ada
murid adalah bersedia untuk bergerak keperingkat yang lebih tinggi atau lebih baik. Ujian
rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ujian ini seharusnya boleh
membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar
kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis
ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang
sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi. Ujian ini juga
tidak sesuai untuk megukur objektif afektif dan psikomotor contohnya nilai dan sikap adalah
bersifat peribadi, oleh itu membandingkan murid adalah tidak sesuai. Untuk mengukur
pembelajaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat
penghakiman ke atas individu.
Ujian

Rujukan

Kriteria

(URK)

pula

adalah

ujian

yang

digunapakai

untuk

membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria yang telah ditetapkan
lebih awal oleh guru sama ada murid sudah menguasai kriteria tersebut ataupun tidak. Ujian
ini menekankan penguasaan murid terhadap isi pelajaran dan kemahiran yang di ajar
sewaktu PdP. Ujian ini tidak dapat digunakan untuk membandingkan antara seseorang murid
dengan murid yang lain kerana ujian ini tidak mengambil kira kedudukan murid. Murid diuji
bedasarkan set kriteria. Menurut Popham (1981) dalam Bhasah (2009), ujian digunakan
untuk memastikan status pencapaian seseorang individu bedasarkan domain perlakuan
yang telah ditetapkan.4
Oleh itu, ujian ini adalah merupakan ujian yang merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria
yang ditetapkan. Ujian ini digunakan untuk mengetahui perkembangan murid selepas sesi
PdP berlangsung. Item yang dibina bedasarkan ujian ini tidak memiliki kepelbagaian tahap
kesukaran berbanding URN yang mempunyai pelbagai tahap kesukaran item bagi tujuan
pendiskriminasian murid. Pada ujian ini tidak berlakunya pendiskriminasian maksimum
antara murid kerana item ataupun set kriteria yang disediakan adalah berpandukan kepada
objektif pembelajaran pada masa tersebut. Guru dapat memperbaiki proses PdP dengan
lebih pada masa akan datang bedasarkan keputusan URK ini. Guru dapat mengenal pasti
kelemahan murid dengan lebih jelas kerana skop ujian ini lebih kecil berbanding URK yang
meliputi pelbagai topik.

4 Ibid.

URK ini juga menentukan sama ada objektif pembelajaran pada hari tersebut dapat
dicapai ataupun tidak. Markah yang diperoleh daripada ujian ini akan mengkelaskan murid
kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang telah menguasai kemahiran dan kumpulan yang
belum menguasai kemahiran. Murid tidak digredkan seperti URN. Murid hanya diberi
pernyataan sebagai lulus ataupun gagal sahaja. Contohnya, ketetapan atau kriteria telah
ditetapkan bahawasanya murid harus dapat menjawab sekurang-kurangnya 6 soalan
daripada 10 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya dapat menjawab 4 soalan dengan
betul maka murid itu dianggap gagal untuk menguasai kemahiran yang telah ditetapkan.
Ujian rujukan kriteria merupakan salah satu cabang dalam ujian formatif dan oleh itu
memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan. Antara contoh ujian yang sering dilakukan
oleh guru ialah dengan memberikan tugasan pendek kepada murid. Murid dikira lulus jika
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan dan menjawab
setiap persoalan dengan baik. Soal jawab di dalam kelas juga menunjukkan sama ada murid
di dalam kelas tersebut dapat menguasai kemahiran dan sukatan pembelajaran dengan baik
ataupun tidak bedasarkan respon dan jawapan yang diberikan oleh murid.

Bibliografi
Ismail bin Said dan Mohamad Munir bin Ismail, 2015. Pentaksiran Dalam Pembelajaran
Sejarah, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
https://www.scribd.com/doc/52744525/Perbezaan-Ujian-Rujukan-Norma-dan-Ujian-RujukanKriteria diakses pada 28 Januari 2016

Вам также может понравиться