Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

PENGENALAN
Dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, banyak aspek yang perlu
diperjelaskan kepada murid kerana pada tahap ini murid masih belum
memahami

sepenuhnya

tujuan

pembelajaran.

Apabila

mengajar

matapelajaran Kemahiran Hidup ini, sudah tentu guru akan mendedahkan


murid dengan persekitaran bengkel yang mempunyai pelbagai alatan.
Berkemungkinan juga, alatan-alatan tersebut tidak pernah dijumpai murid
sebelum ini.
Apabila menyebut mengenai alatan, sudah tentu ia akan bersangkut
paut dengan cara penggunaan dan keselamatan. Keselamatan murid dalam
bengkel adalah menjadi tanggungjawab guru. Sebagai guru, murid perlu diajar
dan ditekankan mengenai keselamatan semasa melakukan kerja di dalam
bengkel.
Pengurusan bengkel yang baik dan ruang kerja yang selamat akan
mewujudkan pembelajaran yang lebih kondusif serta dapat mengurangkan
risiko kemalangan. Maka, guru perlulah mengambil inisiatif tertentu untuk
menguruskan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah yang telah ditugaskan
terutamanya kepada guru matapelajaran Kemahiran Hidup. Ini semua adalah
untuk kepentingan guru dan murid itu sendiri agar pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

2.0

PRINSIP-PRINSIP PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN BENGKEL


Pengurusan bengkel amat penting kerana ia dapat mengelakkan
berlakunya kemalangan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos
pengeluaran,

mengurangkan

pembaziran,

menjimatkan

masa

bekerja,

memudahkan semasa bekerja, dan mengindahkan permandangan. Terdapat


1

beberapa elemen yang perlu diambil kira dalam pengurusan sesebuah


bengkel.
Dalam hal ini, saya akan menghuraikan pengurusan bengkel sekolah
dimana saya ditempatkan semasa menjalani praktikum iaitu Sekolah
Kebangsaan Taman Perling 3, Johor Bahru.
2.1

Organisasi Bengkel
Perkara utama yang akan disentuh apabila menyebut mengenai
pengurusan adalah organisasi. Pembinaan organisasi dalam bengkel
amat diperlukan supaya pembahagian tugas dapat dilakukan dengan
lebih teratur. Memandang SK Taman Perling 3 ini adalah sebuah
sekolah yang agak kecil, maka organisasi bagi Bengkel Kemahiran
Hidup juga kecil.

Carta organisasi Bengkel Kemahiran Hidup SK Taman Perling 3

Penasihat
(guru besar)
Ketua Panitia KH
Guru KHSR
Ketua Formen
(ketua kelas)
Pen. Ketua formen
(pen. Ketua kelas)
2

Kumpulan 1
- Ketua
- Ahli

Kumpulan 2
- Ketua
- Ahli
Kumpulan 4
- Ketua
- Ahli

Kumpulan 3
- Ketua
- Ahli
Kumpulan 5
- Ketua
- Ahli

Walaupun organisasi di atas agak kecil, namun fungsi dan tugas


setiap jawatan amatlah penting terutamanya bagi Guru Panitia
Kemahiran

Hidup

yang

mana

beliau

akan

menentukan

cara

pengurusan bengkel tersebut. Antara tugas Ketua Panitia Kemahiran


Hidup adalah:
Bermesyuarat 3 kali setahun
Memastikan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

dipenuhi
Menyediakan rancangan pelajaran dan bahan bantu mengajar
Menentukan/menyediakan alatan dan bahan bagi p&p (amali)
Menyelaras soalan peperiksaan
Menganalisa keputusan peperiksaan
Mengumpul soalan untuk rujukan
Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru
Membuat anggaran belanjawan tahunan
Mengekal/meninggikan prestasi akademik
Melaksanakan peraturan panitian
Kemaskini semua fail
Kemaskini stok dan inventori
Menjalankan semua arahan dari semasa ke semasa

Di bawah panitia akan ada jawatankuasa lain yang membantu


dalam pengurusan bengkel iaitu murid. Organisasi bengkel adalah
sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
Murid menjalankan tugas secara berkumpulan, bergilir-gilir, mengikut
etika dan bersistematik. Diketuai oleh seorang formen bagi setiap kelas.
3

Pada masa yang sama, melalui tinjauan dan temubual kami


bersama guru panatia Kemahiran Hidup di Sekolah KebangsaanTaman
Perling 3 Johor Bahru, berkenaan pengurusan bengkel di sekolah
rendah, pengurusan bengkel dilakukan oleh guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Guru Kemahiran Hidup akan
menguruskan bengkel disamping tugas utama mereka iaitu mengajar.

2.2

Merancang kemudahan dan bekalan peralatan


Menurut beliau, pengurusan bengkel melibatkan perancangan
dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan
kemudahan asas (seperti pendawaian, pengudaraan dan perpaipan),
penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di
dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan
penggunaaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel

juga

melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan,


pemilihan dan kawalan alatan (perancangan, pembelian alat, pemilihan
alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan
penyimpanan alat; dan kawalan alatan).
Dalam

mengendalikan

sebuah bengkel kemahiran hidup,

beberapa perkara perlu dititik beratkan agar bengkel tersebut dapat


digunakan

dengan

selamat dan memastikan

keselamatan serta

keadaan bengkel berada di dalam keadaan terkawal. Oleh itu, bengkel


ini mempunyai sistem rekod yang sistematik agar setiap pergerakan
alatan dan penggunaan bengkel dapat dikawal selia. Antara rekodrekod yang telah diwujudkan adalah seperti rekod penggunaan bengkel
KH, rekod lawatan bengkel KH, rekod pinjaman alatan/bahan KH dan
sebagainya. Contoh rekod-rekod ini :

3.0

PUNCA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN


Kemalangan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dijangka akan
berlaku. Sama ada kemalangan itu terjadi kerana kecuaian manusia atau
disebabkan kerosakan peralatan, ia tetap akan membawa kesan buruk yang
boleh melibatkan pelbagai pihak. Dalam skop pengurusan bengkel di sekolah,
sememangnya kemalangan amat berisiko tinggi untuk berlaku disebabkan
kebanyakkan murid tidak serius dalam mengendalikan peralatan di bengkel.
Sebagai guru, kita perlulah memainkan peranan untuk mengawal murid agar
kemalangan dapat dielakkan.
Berdasarkan pengalaman saya menjalani praktikum di SK Taman
Perling 3, kemalangan boleh berlaku dengan pelbagai punca. Namun,
kecuaian murid adalah menjadi penyebab utama kemalangan boleh berlaku.
Sebagai contoh, murid tidak mengikut arahan guru semasa melakukan kerja
amali, menggunakan peralatan dengan cara yang salah, bergurau senda
dengan rakan-rakan dan tidak memakai pakaian yang sesuai. Selain itu, ada
juga kemalangan yang berlaku kerana kerosakan peralatan dan kecuaian guru
dalam mengawal kelas.
Kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah dengan mengambil kira dua
aspek penting iaitu:
3.1

Aspek fizikal
Dalam aspek ini, guru pelu menyediakan satu sistem yang boleh
mendorong dan merangsangkan murid untuk menimba ilmu. Sebagai
contoh, guru sentiasa memberi tunjuk ajar kepada murid untuk
mengendalikan alatan dengan cara yang betul. Murid juga perlu
sentiasa

didedahkan

dengan

kemungkinan

yang

akan

berlaku

sekiranya cuai dalam melakukan kerja agar murid faham dan lebih
berhati-hati. Guru juga perlu menyediakan ruang pembelajaran yang
selamat dibengkel dengan penyusuan perabot dan alatan yang sesuai.
5

3.2

Aspek peraturan dan panduan


Melalui aspek ini pula, guru harus menyediakan jadual tugas
harian untuk murid yang menggunakan bengkel bagi mendisiplinkan
murid agar dapt membudayakan keselamatan dalam diri mereka. Guru
boleh menyusun peraturan-peraturan keselamatan dalam bengkel dan
panduan sekiranya berlaku kemalangan. Sebagai contoh, Pelan Laluan
Pergerakan Kecemasan dan cara menggunakan alat pemadam api.

Melalui perbincangan bersama guru KH, beliau turut menyatakan dalam


memupuk aspek keselamatan dalam diri murid bukanlah suatu perkara yang mudah
dilaksanakan dalam masa yang singkat. Hal ini kerana murid tidak suka dibebelkan
oleh guru untuk menjaga keselamatan. Sebagai guru, kita haruslah mempunyai
ketegasan yang kuat untuk menyempurnakan kerja walaupun berdepan dengan
pelbagai

halangan

yang

keselamatan

bengkel

merancang

pengajaran

sukar. Tanggungjawab

terbahagi

kepada

keselamatan,

guru

perlaksanaan
penyediaan

dalam

mengamalkan

objektif

keselamatan,

arahan

keselamatan,

perlaksanaan peraturan keselamatan dan penilaian pengajaran keselamatan.

Panduan keselamatan bengkel

4.0

Pelan kebakaran

PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENGENDALIAN BAHAN


Peruntukan

kewangan

amat

penting

bagi

menguruskan

suatu

organisasi temasuklah bagi menguruskan sebuah bengkel Kemahiran Hidup.


6

Kebiasaannya, agihan peruntukan kewangan dibuat dalam mesyuarat panitia


mata pelajaran. Peruntukan yang diperolehi bagi setiap panitia digunakan
untuk pembelian bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan rujukan,
peruntukan pembangunan staf dan pembangunan bengkel itu sendiri.
4.1

Pemerolehan barang
SK Taman Perling 3 adalah sekolah yang baru dibuka pada
tahun 2004. Oleh itu, barang-barang yang terdapat dalam bengkel ini
masih baru. Ketika bengkel ini baru memulakan operasi, hanya terdapat
peralatan asas yang dibekalkan seperti kerusi, meja, papan tulis dan
sedikit peralatan bantu mengajar. Guru panitia KH bagi setiap tahun
akan memainkan peranan untuk menambah barang untuk keperluan
guru dan murid.
Barang-barang tersebut biasanya ditambah sedikit demi sedikit
memandangkan peruntukan yang tidak mencukupi jika dibeli secara
terus. Oleh itu, setiap pemerolehan barang, guru panitia perlu mengisi
borang Permohonan

Mendapatkan

Bekalan

Peralatan untuk

mendapatkan alatan baru bagi setiap projek. Sebagai contoh,


projek memerlukan kayu untuk digunakan para pelajar. Borang ini perlu
diisi oleh guru untuk memesan kayu tersebut.
Peruntukan daripada pihak sekolah juga adalah berbeza-beza
mengikut tahun. Ia berpandukan kepada kewangan sekolah pada masa
itu dan sejauh mana pentingnya projek. Kesan daripada ini
menyebabkan projek yang sepatutnya dilaksanakan oleh murid
tertangguh dan kesannya murid hanya mendapat ilmu dari segi teori
sahaja bukannya amali.

4.2

Stok/inventori
Stok barangan untuk

sekolah ini kebiasaannya ada dalam

simpanan guru panatia. Terdapat dua jenis stok yang digunakan iaitu
stok habis guna dan stok kekal. Antara contoh stok habis guna ialah
7

pen, kertas, paku dan lain-lain lagi termasuk bahan-bahan untuk murid
membuat projek. Apa yang dimaksudkan dengan stok habis guna ini
adalah semua barang luak

termasuk alat tulis serta kelengkapan

pejabat yang rendah nilainya dan tidak

ekonomik untuk dikesan

penempatannya satu persatu. Stok-stok ini menggunakan borang daftar


stok (KEW PS-4). Stok kekal pula ialah stok

yang digunakan untuk

jangka masa panjang seperti kerusi, meja dan sebagainya.


Setiap barangan akan didaftarkan iaitu direkodkan dalam borang
daftar inventori. Butiran-butiran yang diperlukan adalah seperti tarikh
pembelian, no siri pendaftaran dan sebagainya. Apakah yang
dimaksudkan dengan stok inventori. Stok inventori ialah baranganbarangan yang tidak luak yang bernilai kurang RM500 untuk setiap unit
semasa pemerolehan seperti perabot, permaidani dan sebagainya.
Untuk stok inventori ini, ia menggunakan borang daftar inventori (KEW
PS-3.

4.3

Harta modal
Berbeza dengan inventori, harta modal ialah barangan yang

tidak luak sama seperti barangan inventori tetapi nilai barangan adalah
lebih dari RM 500 setiap unit semasa proses pemerolehan barangan.
Antara kategori harta modal ialah kenderaan, komputer, alatan mesin
pertukangan dan sebagainya. Harta modal ini didaftarkan dalam borang
(KEW PS-2) yang memerlukan jenis barang, jenama, model dan no siri
serta pembekal. Harta modal ini perlu diselenggara dari masa ke masa
di mana ia didaftarkan dalam borang (KEW PS-2A) yang memerlukan
butir-butir seperti tarikh servis dan kos.

Tujuan rekod ini diadakan adalah untuk mengatasi kos penyimpanan


yang kian meningkat, mengelakkan pembaziran, serta kesempitan ruang
yang terlalu padat. Selain itu rekod ini membolehkan jabatan mendapat
8

gantian baru untuk setiap alatan serta untuk mengelakkan berlakunya


kehilangan dan kerosakan yang berterusan yang tidak ekonomi lagi
kepada jabatan.
Untuk barangan yang hilang atau berlaku kemalangan, barang-barang
ini perlu dibuat hapus kira. Hapus kira adalah satu proses di mana sesuatu
kehilangan atau aset/barang awam telah berlaku dan tiada lagi dalam
simpanan secara fizikal dan mendapat kelulusan mengeluarkan daripada
rekod sekolah/jabatan.

Fail dftar stok/inventori

Borang KEW. PS-4

5.0

REKA BENTUK BENGKEL YANG BERKESAN


Reka bentuk bengkel akan mempengaruhi cara guru mengendalikan
kelas, cara murid melakukan aktiviti, keselesaan dan juga keselamatan.
Sebagai guru Kemahiran Hidup, kita perlu merancang dengan baik agar
persekitaraan pembelajaran menjadi konduusif. Antara panduan perancangan
bengkel adalah:
5.1

Pelan Lantai Bengkel


Perancangan pelan lantai yang teratur dan tersusun merupakan
satu petunjuk yang penting dalam merancang bengkel. Berdasarkan
9

pengalaman saya semasa praktikum, saya mendapati susun atur


perabot dan alatan bengkel agak kondusif dan boleh diperbaiki lagi.
Bengkel Kemahiran Hidup SK Taman Perling 3 agak luas dan
membolehkan pergerakan murid dengan selesa. Pintu bengkel di
hadapan dan belakang membolehkan murid bergerak pantas sekiranya
berlaku kemalangan. Semua alatan disusun di dalam laci dan
dilabelkan. Pelan lantai bengkel ini amat ringkas kerana tiada perabot
yang berlebiihan.

Ruang bengkel

5.2

Kemudahan pengajaran
Bagi memaksimumkan pembelajaran sesebuah bengkel perlu
dilengkapi dengan ruang untuk tunjuk cara dan syarahan. Melalui
tinjauan saya, tiada maslah untuk melakukan tunjuk cara dalam
Bengkel Kemahiran Hidup SK Taman Perling 3 kerana mempunyai
ruang yang luas. Bagi aktiviti dalam tajuk tanaman pula, ia boleh
dilakukan di luar bengkel kerana terdapat kawasan khas untuk
penanaman.

5.3

Bunyi
Bunyi bising semasa melakukan kerja dibengkel sememangnya
tidak

dapat

dielakkan.

mengurangkan

tenaga

Kajian
dan

mendapati

kecekapan

bunyi

manusia

bising

boleh

kerana

selain

mengganggu tumpuan guru dan pelajar, juga boleh mengurangkan


minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berjalan.
Walau bagaimanapun, inisiatif SK Taman Perling 3 yang
meletakkan

bengkel

berjauhan

dengan

bilik

darjah

dapat
10

mengurangkan gangguan tersebut. Murid juga lebih selesa kerana tidak


perlu risau jika aktiviti yang dijalankan akan mengganggu rakan di bilik
darjah lain.
5.4

Warna
Warna banyak memberikan implikasi terhadap emosi manusia.
Warna-warna yang terang biasanya akan menaikkan semangat
manakala warna lembut akan memdamaikan hati seseorang. Tidak
terkecuali dalam pengurusan bengkel, warna perlu diambil kira.
Contohnya warna-warna yang diletakkan di bahagian mesin dan
kawasan berisiko tinggi untuk menunjukkan bahaya.
Melalui pemerhatian saya, warna tidak menjadi keutamaan
dalam bengkel SK Taman Perling 3. Cuma ia digunakan dalam hiasan
papan kenyataan dan langsir.

5.5

Pencahayaan dan pengudaraan


Cahaya dan udara merupakan antara beberapa elemen penting
yang perlu diberi penekanan dalam proses merancang bengkel.
Cahaya Matahari diberi keutamaan kerana ia dapat menjimatkan kos
berbanding penggunaan lampu kalimantang. Oleh itu, bengkel mestilah
mempunyai

tingkap

agar

memudahkan

cahaya

masuk

dan

membolehkan pengaliran udara yang baik.

Tingkap bengkel
5.6

Sistem stor
Penyimpanan adalah amat berkait dengan saiz sesebuah
bengkel. Sistem penyimpanan yang sistematik dapat menyediakan
bahan pembelajaran kepada murid dalam jangka masa yang lebih
pantas, dapat memastikan alatan berada dalam keadaan selamat,
berupaya

mengajar murid

untuk bertanggungjawab, menjadikan


11

bengkel terurus dan tersusun dan dapat mewujudkan suatu keadaan


yang lebih selamat.
Oleh kerana bengkel sekolah adalah kecil dan mempunyai ruang
yang sangat terhad. Tiada stor dibina di dalam bengkel. Walau
bagaimanapun, alatan-alatan disimpan secara sistematik dalam laci
dan almari yang disediakan.

Penyimpanan alatan

5.7

Kebersihan
Kebersihan adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh
guru semasa proses pengajaran. Ini dapat memastikan murid lebih
bertanggungjawab terhadap persekitaran kerja mereka. Kebersihan
juga dapat menjamin kesihatan yang baik. Melalui pemerhatian saya,
guru telah menyusun jadual bertugas untuk setiap kumpulan bagi setiap
kelas. Jadual bertugas tersebut dibuat secata giliran pada setiap
minggu. Guru akan memantau bengkel setelah murid melakukan kerja
pembersihan.

6.0

PERMASALAHAN PENGURUSAN BENGKEL


12

Dalam menguruskan sesebuah organisasi, sudah tentu terdapat


pemasalahan yang timbul sama ada masalah dalaman atau luaran. Tidak
terkecuali dalam pengurusan bengkel di sekolah.
Hasil temubual yang dijalankan, saya mendapati masalah utama yang
dihadapi

dalam

pengurusan

bengkel

adalah

keawangan.

Kewangan

merupakan sumber terpenting bagi menggerakkan sesebuah organisasi


bengkel. Apabila terdapat sekatan, maka sesuatu perkara itu tidak dapat
dilakukan dengan baik. Peruntukan yang berbeza pada setiap tahun
adakalanya mengganggu kelancaran projek dalam p&p yang perlu dijalankan.
Selain itu, masalah penjagaan harta dalam bengkel. Seperti yang kita
ketahui, tidak semua murid akan menggunakan peralatan di bengkel dengan
cermat. Maka, akan terjadilah kerosakan-kerosakan peralatan di dalam
bengkel. Sesetengah alatan yang rosak masih boleh dibaiki dan digunakan
semula. Ada pula yang perlu dihapus kira kerana tidak boleh dibaiki. Oleh itu,
guru terpaksalah membeli peralatan baru.
Masalah lain pula melibatkan stok barangan yang dipesan. Setiap
tahun, guru panitia akan memesan barangan yang diperlukan untuk proses
pembelajaran murid. Contoh barangan tersebut seperti kayu, akuarium, tanah
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adakalanya barangan tersebut tidak
sampai ketika guru ingin menggunakannya. Maka, terpaksalah projek tersebut
ditangguhkan. Terdapat pula masalah kesilapan dalam pembelian barangan
yang ditempah. Hal ini juga akan mengganggu proses p&p yang dirancang
oleh guru.

7.0

CADANGAN MENGATASI MASALAH


Setiap masalah yang timbul tentu ada jalan penyelesaiannya. Sebagai
guru kita perlu berfikiran positif dan menganggap masalah yang timbul
sebagai satu cabaran dalam bidang yang kita ceburi ini.
Bagi masalah kewangan, kita janganlah mendesak pihak pengurusan
untuk memberikan peruntukan yang lebih kerana mungkin wang yang diterima
13

juga tidak mencukupi untuk kepentingan lain. Sebagai guru, kita perlu kreatif
dalam semua bidang. Contohnya, pihak sekolah tidak dapat menyediakan
kayu bagi projek kotak serbaguna yang kita rancang. Guru boleh
menggantikan kayu dengan meminta murid membawa kotak terpakai dan
menjalankan semua aktiviti seperti dalam sukatan iaitu menanda, memotong
dan menghias. Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan kos disamping dapat
memupuk sikap memanfaatkan barangan kitar semula dalam diri murid.
Masalah kemusnahan harta adalah satu lumrah. Setiap barang yang
digunakan akan rosak apabila sampai masanya. Kerosakan peralatan yang
biasa berlaku di dalam bengkel adalah seperti kerusi patah, alatan
pertukangan tumpul atau berkarat dan sebagainya. Kerosakan ini boleh
diminimumkan jika guru sentiasa peka dengan keadaan. Kerusi mungkin
patah jika murid suka menjungkitkan kaki kerusi tersebut. Sebagai guru, kita
perlu sentiasa mengingatkan murid agar menggunakan kerusi dengan betul.
Bagi alatan tangan pertukangan yang tumpul dan berkarat, guru boleh
mengelakkan dengn menyenggaranya dengan kerap. Guru boleh meminta
murid menyenggara alatan tersebut seperti meminyakkan playar supaya dapat
mengelakkan daripada berkarat. Dengan cara ini, murid dapat pembelajaran
melalui pengalaman disamping memnjangkan usia keboleh gunaan perlatan
tersebut.

8.0

PENUTUP
Berdasarkan temubual dan pemerhatian saya dalam pengurusan
bengkel ini. Dapat saya rumuskan bahawa pengurusan sesebuah Bengkel
Kemahiran

Hidup

bukanlah

suatu

kerja

mudah.

Perancangan

dan

pelaksanaan yang teliti diperlukan bagi membina satu bengkel yang


mempunyai suasana yang kondusif baik dari segi suasana pembelajaran dan
keselamatan murid dan guru ketika menjalankan aktiviti.
Guru-guru Kemahiran Hidup dalam sesebuah sekolah mestilah
bekerjasama dalam membangunkan pengurusan sebuah bengkel yang efektif.
Ketua panitia memainkan peranan yang penting sebagai ketua yang
14

memastikan orang bawahannya melaksanakan kerja. Selain itu, sebagai guru


kita mestilah positif dalam apa jua keadaan dan bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.
Guru juga perlu kreatif dan inovatif dalam menguruskan sesebuah
bengkel agar kelihatan menarik dan menjadikan murid bersemangat untuk
melakukan aktiviti pembelajaran. Tidak dilupa dari aspek keselamatan. Guru
perlu tahu sedikit sebanyak ilmu pertolongan cemas supaya dapat bersedia
sekiranya ada kemalangan yang berlaku.
Kesimpulannya, semua pihak dalam sekolah memainkan peranan
untuk menguruskan bengkel sama ada pihak pentadbiran, guru, mahupun
murid itu sendiri.

9.0

RUJUKAN
Colling, D. A. (1990). Industrial Safety: Management dan Technology.
Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Jaafar Muhamad. (1996). Asas Pengurusan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Petersen, D. (1971). Techniques of Safety Management. New York: McGrawHill Book Company.
Sanusi & Rohana (2000) Modul Organisasi dan Pengurusan Bengkel,
Monograf, UTM.

15

10.0 REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan bagi subjek RBT 3112 (Pengurusan
Keselamatan Bengkel) ini, banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya
perolehi secara langsung mahupun tidak langsung. Tugasan ini memerlukan
saya membuat laporan mengenai pengurusan bengkel khususnya Bengkel
Kemahiran Hidup di sekolah rendah. Memandangkan tugasan ini diberi
semasa saya menjalani praktikum di sekolah. Maka, laporan perlu dibut
berdasarkan pengurusan bengkel sekolah dimana saya ditempatkan.
Pengalaman pertama adalah berkaitan dengan membandingkan
pengurusan bengkel sekolah dengan ilmu teori yang pelajari di kelas dan
rujukan di buku. Sememangnya banyak persamaan dan juga perbezaannya.
Bukan mudah untuk menguruskan sesebuah bengkel dengan baik. Banyak
prosedur yang perlu diikuti. Saya juga berpeluang untuk mengetahui
bagaimana stok barangan bengkel ditempah, harta modal bengkel dan
sebagainya.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui permasalahan yang sering
berlaku di sekolah untuk menguruskan bengkel. Melalui pengalaman ini, saya
akan lebih bersedia apabila ditempatkan dimana-mana sekolah setelah tamat

16

pengajian kelak. Saya juga berpeluang menemubual beberapa orang guru


untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.
Saya juga berkesempatan untuk menambahbaik bengkel dengan
membantu guru menghias dan mengemas bengkel. Tidak dilupa juga
kekangan

yang

saya

hadapi

sepanjang

melaksanakan

tugasan

ini.

Contohnya, kesibukan kerja dan kekurangan masa untuk menyipkan tugasan.


Walau bagaimanapun, semuanya dapat saya hadapi dan tugasan ini dapat
saya siapkan dengan sempurna.
Kesimpulannya, tugasan pengurusan bengkel ini sangat bersesuaian
dengan subjek ini dan banyak membantu dalam menambahkan ilmu dan
pengalaman guru pelatih. Diharapkan tugasan seperti ini diteruskan dengan
penambahbaikan yang boleh dilakukan.

17

Вам также может понравиться