Вы находитесь на странице: 1из 68

KEUNIKAN

Berbentuk bulat melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guruguru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini bertepatan dengan
pepatah melayu Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
Moto Ilmu, Kokurikulum, Akhlak - warga SMK Tun Habab mementingkan
keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan mengutamakan akhlak
yang terpuji.
Padi Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh
warga SMK Tun Habab.
Logo TH Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama
Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun
Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang
masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat
Dijulang).

Warna Merah Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta


semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan
wawasan pendidikan.

Warna Biru Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin


antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.

LAGU SEKOLAH

ANAK SURIA

Indahnya sekolahku ini


Sekolah Tun Habab nama diberi
Terletak indah di Kota Tinggi
Tempat sejarah Ibu Pertiwi

Di sini kami bersama


Menuntut ilmu semat didada
Bergaul mesra berbagai bangsa
Menjadi rakyat Malaysia Jaya

Kan kubela nasib Negara


Akan kuturut jejak perwira
Kurela berputih tulang
Tapi tak rela berputih mata

Kamilah anak Malaysia

Anak pembela nusa dan bangsa


Akan memancar cahaya sinarnya
Di setiap tempat tanah pusaka

( Ulang 2 kali)

VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SMK TUN HABAB


Membangun Potensi Individu Melalui
Pendidikan Berkualiti

MOTO SEKOLAH

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik yang


menjelaskan Visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :1.

Merangka semula secara sistematik sistem pembelajaran dengan


mengubah budaya dan amalan semasa sekolah-sekolah di Malaysia.

2.

Berubah dari pembelajaran secara hafalan kepada bentuk pembelajaran


yang merangsang pemikiran dan kreativiti.

3.

Mempertanggungjawabkan pelajar terhadap pembelajaran sendiri.

4.

Penglibatan secara aktif daripada pihak ibu bapa dan masyarakat


setempat.

Keterangan Logo
1

Warna Hitam pada tulisan melambangkan pemikiran kritis dan kreatif.

Warna Kuning melambangkan pembelajaran ke tahap optima.

Warna Ungu melambangkan ilmu.

Warna Putih melambangkan demokrasi dalam pendidikan.

Warna Biru melambangkan pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Warna Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi bangsa.

Simbol-simbol Logo
1

Hati melambangkan persediaan dan keseronokan murid.

Mentol menyala melambangkan pemikiran murid.

Bentuk Segi empat melambangkan perangkaaan semula.

Sistem Pendidikan Malaysia secara sistematik dan mesra.

Lagu Sekolah Bestari (Jiwa dan Minda)


Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
(Muzik)La..la..la..la..la.. Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya
Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan

SEJARAH TUN HABAB

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi pada awalnya
menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi, yang mula beroperasi
pada tahun 1965. Ketika itu, bangunan awal sedang dalam pembinaan. Oleh itu pelajarpelajar menumpang sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana.
Pada peringkat awal, bilangan pelajar sekolah ini hanya terdiri daripada 120 orang
membabitkan empat kelas pelajar tingkatan satu. Menjelang pertengahan tahun 1967,
setelah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi siap dengan tiga blok
bangunan dua tingkat, jumlah pelajar turut bertambah dengan empat kelas dibuka untuk
setiap tingkatan 1, 2 dan 3.
Pengetua yang pertama berhidmat di sekolah ini ialah Haji Othman Haji Abd.
Hamid (1967-1973). Beliau dibantu oleh 20 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1967 juga,
pelajar-pelajar tingkatan tiga pertama kali menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) di sekolah ini.
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi ditukar kepada Sekolah Tun
Habab pada 30 September 1971 dengan perasmian dilakukan oleh Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran, Datuk Mohammad Rahmat.
Nama Tun Habab diambil sempena nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor
yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat dijulang) yang
berhidmat pada tahun 1685 hingga 1699.

SIAPA TUN HABAB

Tun Habab ialah Bendahara Johor yang mashyur sewaktu pemerintahan Sultan
Mahmud Shah (Sutan Johor kesepuluh). Nama sebenar dan gelaran beliau adalah
Bendahara Abd. Majid Tun Habib (Habab) Seri Maharaja Padang Saujana.
Menurut sumber sejarah Johor, sewaktu berhidmat sebagai bendahara kerajaan
Johor satu peristiwa trajis berlaku terhadap Sultan Mahmud yang mangkat dibunuh oleh
Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pada tahun 1699.
Satu lagi catatan sejarah dan perubahan besar berlaku pada pemerintahan
Kesultanan Melayu dan kerajaan Johor khususnya. Baginda Sultan mahmud yang tidak
mempunyai waris anak lelaki menyebabkan teraju pemerintahan beralih kepada keturunan
Bendahara.
Berikutan situasi, dengan sifat kepimpinan dan pengaruh yang dimiliki, Tun Habib
terus mentadbir kerajaan dan menyerahkan jawatan bendahara kepada anak beliau iaitu Tun
Abd. Jalil.
Melalui persetujuan pemerintahan tertinggi kerajaan Johor ketika itu, Bendahara
Tun Abd. Jalil mengambil keputusan mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan Johor
dengan menggunakan gelaran Sultan Abd. Jalil IV (1699-1917) sebagai Sultan Johor
Kesebelas.
Makam Bendahara Tun Habib (Habab) terletak di Kampung Makam, manakala
makam Sultan Abd jalil Syah terletak di Kampung Panchor, mukim Johor Lama. Kedua-dua
makam ini terus dipelihara dan menjadi produk pelancongan sejarah yang menarik kepada
daerah ini.

OBJEKTIF SEKOLAH

Sekolah Mengah Kebangsaan Tun Habab adalah merupakan institusi keilmuan


yang menyediakan pendidikan melalui ilmu ke arah hidup yang ditetapkan oleh
prinsip-prinsip Rukun negara. Dengan ini bererti semua pihak yang mendukung ke
arah cita-cita tersebut iaitu guru-guru, ibu bapa, kakitangan sekolah dan pelajarpelajar adalah bertanggungjawab dan perlu berganding bahu bagi mencapai
objektif berikut:

Menyediakan
pelajar-pelajar
supaya
menjadi
anggota
masyarakat yang terdidik selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan kita.

Menyediakan pelajar-pelajar untuk kehidupan yang tidak


dipengaruhi oleh gejala buruk yang bertentangan dengan
agama, negara dan bangsa seperti najis dadah, perjudian,
anasir subvertif, ajaran sest, kongsi gelap, vandalisme dan lainlain yang bertentangan dengan nilai-nilai murni kemanusiaan.

Berusaha menyemai nilai murni, berbudi bahasa, bersopan


santun, hormat-menghormati, adil saksama, jujur, setia, rajin
berusaha dan mengamalkan nilai kebersihan fizikal dan mental.

Menanam semangat cintakan negara dan menyemai sikap tolak


ansur dan sabar supaya melahirkan masyarakat yang berdisplin
tinggi.

Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang tulen dan unggul yang tidak


mementingkan diri sendiri, yang berani kerana benar, yang
dapat berkorban demi kepentingan masyarakat dan negara yang
tercinta.

DASAR SEKOLAH

Kebersihan adalah tunggak keilmuan, oleh itu setiap waktu alam


persekitaran sekolah hendaklah bersih.

Disiplin adalah tiang ilmu, oleh itu peraturan dan undang-undang


sekolah hendaklah sentiasa dipatuhi.

Keikhlasan hati dalam mentafsir segala perkakas dan alat yang


dilengkapi di sekolah hendaklah dianggap sebagai milik
bersama. Oleh itu setiap pelajar setiap pelajar berkewajipan
menjaga keselamatan dan kebersihannya.

Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan


berteraskan kepada kurikulum yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan

Memupuk semangat suka membaca, suka mengambil bahagian


dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah sebagai menerima
pendidikan yang total.

PELAN SEKOLAH

10

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Usaha untuk menyatakan Falsafah Pendidikan secara tersurat bermula sejak


Laporan Jawatankuasa diterbitkan pada tahun 1979. Walau bagaimanapun hanya
pada tahun 1987 penyataan Falsafah ini berbunyi seperti berikut :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Penyataan ini menegaskan bahawa Sistem Pendidikan Negara memberi


penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu kea rah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan,
keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan
Negara berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada Agama.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat Pendidikan ialah


kearah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan
sekaligus menjadi Warganegara Malaysia yang baik. Insan yang baik memiliki
serta menghayati cirri-ciri berikut :

PERCAYA KEPADA TUHAN

BERILMU PENGETAHUAN

BERAKHLAK MULIA

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI, MASYARAKAT, AGAMA DAN


NEGARA

11

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun


Habab berjanji dan berikrar :

Akan menumpukan sepenuh tenaga dan iktizam kami


kepada kurikulum dan aktiviti kokurikulum

Berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa


depan agama, bangsa dan negara.

Menghormati ibubapa, guru-guru dan pemimpin-pemimpin


negara.

12

Mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan prinsip-prinsip


rukun negara.

Dan seterusnya kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami ini
demi mencapai kemerlangan akademik, kokurikulum dan wawasan
sekolah.

RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia


Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

13

PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid :
Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas
dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah
dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guruguru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada
peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketuaketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab
mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru
Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan
membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula


dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu
senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah

14

adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara
lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing

Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah
individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai :

..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada


disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di
antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan
membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat.

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak

15

dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu,


demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang
kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah
kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

keadilan dan layanan sama rata

pertimbangan minat dan keperluan pelajar

kebebasan tertakluk kepada undang-undang

amalan menghormati seseorang individu

perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis

perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR

Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat

Tanggungjawab pelajar terhadap agama

Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri


1

Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.

16

Bersopan santun, jujur dan amanah.

Menghargai masa dan menepati masa

Berjimat cermat

Bersifat sederhana dan tidak sombong

Sabar dan bertolak ansur

Menghormati hak asasi orang lain

Berani dan cekal hati

Bersikap dedikasi

10

Bersifat berdikari

11

Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga


1

Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa


2

Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga

Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang


bermoral

Menjaga nama baik sekolah

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan


1

Menghormati rakan

Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah


1

Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah

Menghormati guru-guru

Belajar dengan bersungguh-sungguh

Menaikkan imej sekolah

Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi

Bekerjasama di antara satu sama lain

17

Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat


1

Tolong menolong dan bekerjasama

Menghormati orang-orang yang lebih tua

Boleh bertolak ansur

Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain

Bersifat sederhana dan tidak sombong

Rasa kesefahaman dan sabar

Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan

Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia.

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama


1

Taat kepada perintah Allah (Tuhan)

Mempertahankan kesucian agama

Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara


1

Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara

Mematuhi undang-undang

Mengamalkan konsep Rukunegara

Menjaga kemudahan-kemudahan awam

Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN

18

Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM

Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi
kuasa oleh pengetua.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

SEKSYEN A : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

WAKTU PERSEKOLAHAN
SIDANG PAGI :
Isnin Khamis ( 7.15 pg - 1.10/ 1.40/ 2.10 ptg )
Jumaat (7.15 pg - 12.10 tgh )

19

SIDANG PETANG :
Isnin Khamis ( 12.20 tgh 6.45 ptg )
Jumaat (2.20 ptg 6.45 ptg )

WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Waktu pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 7.30 pagi


12..30 tengah hari (sesi petang).

PERHIMPUNAN

Perhimpunan rasmi sidang pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.15
pagi. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dalam Dewan Seri Tun Habab sebelum
jam 7.15 pagi.

Perhimpunan rasmi sidang petang pula bermula jam 12.20 tengah hari . Semua pelajar
petang dikehendaki berhimpun di Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 12.20 tengah
hari.

Perhimpunan harian pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis bagi sidang pagi mulai 7.15 pagi
manakala sidang petang mulai jam 12.20 tengah hari. Semua pelajar dikehendaki
berhimpun di dalam Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi.

Perhimpunan pada hari Rabu adalah perhimpunan Unit Beruniform. Pelajar hendaklah
beratur mengikut unit beruniform masing-masing.

Pada hari Jumaat diadakan bacaan yasin / khatam Al-Quran yang bermula pada pukul 7.15
pagi bagi sidang pagi dan 2.20 petang bagi pelajar sidang petang. Pelajar Islam
hendaklah berada di dalam Dewan seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi bagi sidang
pagi dan sebelum jam 2.20 petang bagi sidang petang manakala pelajar bukan Islam
hendaklah berada di kawasan kantin pada waktu tersebut.

Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.

Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat

PEJABAT SEKOLAH

Pelajar-pelajar tidak di benarkan masuk ke pejabat tanpa urusan penting

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil siaran-siaran, buku markah, alat-alat tulis dan
lain-lain dari pejabat sekolah tanpa kebenaran.

20

(sesi pagi) dan

PENGGUNAAN KAWASAN/BANGUNAN/HARTA BENDA SEKOLAH

Kawasan, bangunan dan alat sekolah tidak boleh digunakan sesiapa juga untuk apa tujuan
melainkan kebenaran Pengetua telah diperolehi dahulu dan sekurang-kurangnya
seorang guru bertanggungjawab mesti ada bersama-sama pelajar semasa
menggunakannya.

Harta benda sekolah tidak boleh dipindah milik kecuali dengan kebenaran Pengetua dan
guru-guru.

Pelajar-pelajar hendaklah melaporkan kepada guru-guru jika ada berlaku kerosakan dan
kehilangan harta benda sekolah.

Pelajar-pelajar yang merosakkan harta benda sekolah mesti mengantikannya dan pelajar itu
akan diambil tindakan disiplin.

PELAWAT

Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.

Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.

Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa
memberi sebarang penjelasan.

Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak
mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak
sekolah terlebih dahulu.

Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan dan berpakaian sopan.

bu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat. Pada
waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.

KETIDAK HADIRAN KE SEKOLAH

Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau lain-lain sebab mestilah
membawa surat doktor atau penjelasan dengan tandatangan ibu bapa/penjaga yang
sah beserta No Kad Pengenalan sebaik sahaja ia datang ke sekolah.

Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doktor/penjelasan daripada ibu
bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah.

Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu
bapa/penjaga bersama-sama datang berjumpa dengan Pengetua untuk memberi
penjelasan.

Penghantaran surat-surat amaran oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:

21

Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi
ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak
berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))

Surat

Hari tidak hadir (P) berturut- Hari tidak hadir (P) bukan
turut
berturut-turut

Amaran Pertama

Pada hari ke-3

Amaran Kedua

7 hari
pertama

Amaran Terakhir

7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua

Buang Sekolah

14 hari
terakhir

Jumlah tidak hadir

31 hari

selepas

selepas

Pada hari ke-10


amaran 10 hari lagi selepas amaran
pertama

amaran 20 hari lagi selepas amaran


terakhir
60 hari bukan berturt-turut

SURAT-MENYURAT

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menulis surat dengan menggunakan alamat sekolah.

Pengetua dan Penolong Kanan serta Lembaga Disiplin sekolah berhak membuka sebarang
surat yang dialamatkan ke sekolah.

MAKLUMAT UNTUK PELAJAR PELAJAR YANG AKAN


BERTUKAR/BERHENTI/MENINGGALKAN SEKOLAH

9.1. Surat akuan


1

Surat hendaklah dipohon melalui pengetua.

Surat akan disediakan dengan permintaan pelajar/ibu bapa sekurang-kurangnya


seminggu seminggu sebelum tarikh diperlukan.

22

Kelas serta guru tingkatan ketika di tingkatan terakhir di sekolah hendaklah


diketahui apabila memohon surat akuan.

Pelajr-pelajar yang ingin menjadikan Pengetua /guru sebagai perujuk(refree) bagi


tujuan jawatan,biasiswa dan lain-lain perlu berjumpa sendiri dengan Pengetua/guru
tersebut.

9.2. Surat Berhenti


5

Surat berhenti akan disediakan atas permintaan ibubapa/penjaga sekurangkurangnya seminggu sebelum tarikh yang diperlukan.

Surat berhenti hendaklah dipohon setelah pelajar akan meninggalkan seklolah.


Bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas surat berhenti akan dikeluarkan bersama
keputusan STPM.

Pelajar pelajar tidak boleh belajar semula setelah surat berhenti dikeluarkan.

1 Surat akuan dan surat berhenti tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yng tidak menjelaskan
yuran persekolahan , tidak memulangkan buku bantuan dan lain-lain harta benda
sekolah atau yang telah melakukan kesalahan disiplin yang berat
2 Surat akauan dan surat berhenti hanya dikeluarkan sekali sahaja. Kehilangan surat
berhenti/dokumen lain adalah tanggungjawab pelajar. Sekolah tidak akan
mengeluarkan buat kali kedua.
3 Semua urusan dengan pihak sekolah hendaklah dalam pakaian kemas dan bersopan
4 Permohonan untuk bertukar atau berhenti sekolah mestilah dibuat oleh ibubapa/penjaga.

BIMBINGAN DAN NASIHAT

1 Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah peribadi dijemput untuk berbincang dengan guru,
guru bimbingan atau Pengetua. Setiap pelajar hendaklah merasa bebas untuk
menemui guru untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat.
2 Pelajar-pelajar tidak digalakkan ke Kementerian Pelajaran/Jabatan Pendidkan untuk
menyelesaikan persekolahan mereka. Mereka hendaklah berjumpa Pengetua untuk
mendapatkan nasihat (KP B591/(100) bertarikh 25 Februari 1983 adalah dirujuk).
3 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan herta benda persendirian
pelajar ketika berada di sekolah.
4 Pihak sekolah berhak menahan surat akuan/testimonial kepada pelajar-pelajar yang didapati
tidak mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.

3
1

BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

23

YURAN SEKOLAH

Semua yuran persekolahan hendaklah dijelaskan tepat pada masanya mengikut tarikh yang
diberikan di dalam surat siaran maklumat yuran persekolahan. Tanpa membayar yuran
peperiksaan pelajar tingkatan 3, 4 dan 6 Atas tidak dibenarkan mengambil
peperiksaan.

Pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan yuran sekolah tidak diberi sijil-sijil dan keputusan
peperiksaan sehingga semuanya dijelaskan.

SEKSYEN B : DISIPLIN

PAKAIAN

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-

Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas, tidak boleh


longgar atau berkaki besar/berkaki kecil

PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI

pelajar berada disekolah.


berfesyen, terlalu ketat, terlalu

1.1.1. Baju
1

Baju lengan pendek dengan poket di sebelah kiri

Berwarna putih sahaja.

Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah
dikancing dan tidak boleh dilipat.

Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit.

Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.

Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

Dilarang memakai baju kemeja berjenama yang berlabel di poket.

Dilarang memakai baju yang diconteng

24

Seluar

Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).

Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.

Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang
potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.

Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan.

Tali Pinggang

Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran lebar 3cm berwarna gelap atau hijau
yang dperbuat daripada kain kanvas.

Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak.

Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

Tidak boleh mempunyai lapisan logam di mana-mana bahagian kecuali kepala tali pinggang.

Tali leher

Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari Jumaat dan
hari-hari lain yang diarahkan.

Tali leher mestilah dipakai dengan kemas dan labuhnya mesti menyentuh kepala tali
pinggang tetapi tidak melepasi kepala tali pinggang

25

Pakaian Seragam
Pelajar lelaki

Pakaian
Kebangsaan

Pakaian Aktiviti
Sukan / PJK

Pakaian kebangsaan untuk pelajar Lelaki Islam

Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat.

Baju Melayu mestilah berwarna putih (baju Melayu Teluk Belanga/Cekak Musang) dan seluar
putih dengan samping berwarna maroon (dibeli di koperasi sekolah)

Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.

Songkok adalah dari jenis keras berwarna hitam yang tidak melebihi 3 inci tanpa hiasan
hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan.

Baju Melayu dilepaskan keluar sementara kain samping di sebelah dalam

PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM


1.2.1. Baju kurung

26

Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga (cotton) yang
labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda.

Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.

Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju dan kain dalam .

Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tapi tidak mencecah
lantai dan wajib memakai kain dalam.

Baju kurung hendaklah dikancing dengan kemas.

Lengan baju kurung tidak boleh jenis berbutang, kecuali mendapat kebenaran daripada guru.

Mini telekung

Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih


bersulam , berbatu atau berfesyen dan dari jenis lembut polyster

Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah mini telekung

Labuhnya hendaklah melebihi paras dada dan kedua-dua bahu. Kain janganlah terlalu nipis.

Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung.

tanpa berenda,

PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM


1

Baju dan Pinafore

Baju lengan pendek dan pinafore biru muda (cotton) yang labuhnya di bawah lutut.

Pinafore tidak boleh ketat di bahagian punggung.

Tali leher hendaklah sentiasa dipakai kemas

Pakaian Seragam

Pakaian Seragam

Pelajar Perempuan
Islam

Pelajar Perempuan
Bukan Islam

27

Pakaian Aktiviti
Sukan / PJK

KASUT DAN STOKIN

Semua pelajar hendaklah berkasut kanvas putih.

Tali kasut hendaklah putih dan diikat dengan kemas dengan memasukkannya ke dalam
semua lubang tali kasut.

Lebar tali kasut hendaklah tidak melebihi1 cm.

Kasut berkenaan tidak boleh berjalur (dibahagaian kanvas)

Hanya satu jalur gelap sahaja dibenarkan dibahagian getah/bahagian tepi bawah kasut,)

Kasut tidak boleh diwarnakan atau dinila sehingga kelihatan biru.

Kasut jenis potongan high cut (melepasi paras buku lali), bercorak dan mempunyai hiasan
tidak dibenarkan

Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.


9

Tidak dibenarkan memakai kasut yang berconteng, dijahit bukan dengan benang
putih atau sengaja dikoyakkan.

10

Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

11

Tinggi stokin hendaklah melepasi buku lali.

12

Sarung kaki pom-pom tidak dibenarkan.

28

LENCANA DAN TANDA NAMA

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian
atas poket di dada sebelah kiri baju bagi pelajar lelaki.

Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian
atas mini telekung sebelah kiri bagi pelajar perempuan Islam

Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian


pinafore bagi pelajar perempuan bukan Islam

Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama

Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan
segera.

Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.

Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

dada sebelah kiri

BARANG KEMAS/PERHIASAN

Pelajar-pelajar dilarang memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lainlain perhiasan.

Jika memakai anting-anting hendaklah bersaiz kecil dan bukan emas.

Dilarang memakai anting-anting di sebelah telinga sahaja. Kedudukan anting


-anting hendaklah di hujung bawah telinga

Dilarang memakai anting-anting atau subang di hidung

Pelajar tidak dibenarkan mencabut atau mencukur bulu kening.

Pelajar perempuan tidak dibenarkan bertingkah laku atau menghias diri seperti
lelaki

Pelajar lelaki tidak dibenarkan bertingkah laku atau menghias diri seperti
perempuan

BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA/ KELAS TAMBAHAN


1

Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T


sekolah berseluar sekolah/slack/trac dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk
mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

29

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI (PJK)


1

Pelajar Lelaki

Baju T putih berlambang sekolah / baju T PJK dan seluar trek biru tua/hitam.

Pelajar lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan kemas.

2
1

Pelajar Perempuan Islam

Baju T lengan panjang berlambang sekolah / baju T PJK dan seluar trek biru tua/hitam serta
mini telekung/tudung putih berjahit yang ditetapkan oleh pihak sekolah (dijual di keporasi
sekolah).

3
1

Pelajar Perempuan bukan Islam

Baju T lengan panjang/ lengan pendek berlambang sekolah/ baju T PJK dan seluar trek biru
tua /hitam.

PAKAIAN LATIHAN SUKAN/PERMAINAN


1

Pelajar Lelaki

Baju T mengikut warna rumah sukan dan seluar trek biru tua/hitam

Pelajar lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan kemas

2
1

Pelajar Perempuan Islam

Baju T lengan panjang (mengikut warna rumah )dan seluar trek biru tua/hitam serta mini
telekung putih/ tudung putih berjahit yang yang ditetapkan oleh pihak sekolah (ada dijual di
keporasi sekolah)

3
1

Pelajar Perempuan Bukan Islam

Baju T lengan panjang (mengikut warna rumah) dan seluar trek biru tua/hitam

PAKAIAN BADAN BERUNIFORM/ PERSATUAN/ KELAB


1

Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian uniform lengkap mengikut badan


beruniform yang disertai pada setiap hari Rabu. Baju T unit beruniform tidak
dibenarkan dipakai pada hari Rabu kecuali pada perjumpaan aktiviti
Kokurikulum pada hari Sabtu.

30

Setiap kali perjumpaan kokurikulum pelajar-pelajar hendaklah memakai


pakaian lengkap unit beruniform/ baju T unit beruniform/baju T sekolah/baju T
persatuan/baju T kelab permaianan yang disertai.

Pelajar Perempuan Islam hendaklah memakai mini telekung/tudung berjahit


semasa memakai uniform. Tudung tidak berenda, bersulam , berbatu atau
berfesyen. Tudung boleh dipakai mengikut kesesuaian Badan Unit beruniform.
Tudung berjahit bewarna hitam, putih, merah jambu dan biru gelap bagi
kegunaan aktiviti kokurikulum boleh dibeli di koperasi.

Anak tudung bewarna hitam dibenarkan dipakai semasa memakai tudung


mengikut warna uniform.

Pelajar hendaklah memakai kasut sekolah atau kasut yang sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan. Selipar atau sandal tidak dibenarkan semasa aktiviti
perjumpaan kokurikulum.

Pelajar tidak dibenarkan memakai


perjumpaan/aktiviti Kokurikulum.

pakaian

selain

di

atas

semasa

PAKAIAN SEMASA MEWAKILI SEKOLAH

Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah hendaklah memakai pakaian yang


ditetapkan oleh pentadbir/guru penasihat mengikut kesesuaian aktiviti.

Jika memakai uniform sekolah hendaklah lengkap seperti dalam peraturan


yang ditetapkan.

RAMBUT

RAMBUT PELAJAR LELAKI

Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang

Bahagian belakang, rambut tidak boleh melebihi garisan di bawah cuping telinga
atau menyentuh kolar baju.

Bahagian hadapan rambut tidak boleh menutupi 1/3 garisan dahi

Bahagian sisi rambut tidak boleh menutupi 1/3 kedua-dua telinga dan sideburn
tidak melebihi garisan tengah hidung

Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah.

Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu


gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen seperti punk/skin head
serta berekor.

31

Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

Tidak boleh botak/nampak kulit kepala kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan.

RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.

Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas

Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.

Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu


gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen.

KEBERSIHAN DIRI

Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri. Pakaiann hendaklah sentiasa bersih dan
kemas.

Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.

Pelajar tidak dibenarkan bersolek dan membawa alat solek ke sekolah

2
1

PAKAIAN YANG DILARANG

Seluar jeans

32

Pakaian ketat dan menjolok mata

Bju T berkolar bulat

Semua jenis pakaian yang mempunyai ilustrasi atau unsur negatif seperti lucah, ganas dan
tidak senonoh.

Pakaian yang berunsurkan politik.

Selipar atau kasut yang terlalu berfesyen/koyak

KAWASAN SEKOLAH
1

MENINGGALKAN KAWASAN KELAS / SEKOLAH

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali


waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti
memakai PAS KELUAR.

Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan


meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan
mendapat kebenaran guru.

Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak
dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa
surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang penting.

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu


umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan bertanggungjawab
mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu


hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi
borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau
pelajar yang bertugas.

Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu,


pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan
atau penolong Kanan petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan
hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan
oleh pelajar.

SAKIT/PENYAKIT BERJANGKIT

33

Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas


atau Ketua Tingkatan.

Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.

Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat
rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah

Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah


sekolah.

Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat.

Jika pelajar berasa kurang sihat, pelajar dinasihatkan supaya tidak hadir kesekolah dan
perlu mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik.

KAWASAN YANG DILARANG

Tempat letak kenderaan guru

Kawasan tangki septik

Bilik Guru

Bilik Peperiksaan

Kawasan Tangki Air

Bilik Pengetua

Tandas Guru

Tandas Pelajr Perempuan (bagi pelajar lelaki)

Tandas Pelajar Lelaki (bagi pelajar perempuan)

10 Bengkel Kemahiran Manipulatif


11 Makmal Sains
12 Makmal Komputer
13 Dewan Saujana
14 Bilik Guru Penolong Kanan
15 Bilik Guru Kanan
16 Makmal Bestari
17 Belakang Bilik Alatan Sukan
18 Bahagian Belakang Pentas Dewan Seri Tun Habab

34

mendapat kebenaran dari pihak

KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

1
1

Tong Sampah
Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.

Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah


sahaja.

Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan
di tong-tong kitar semula yang betul.

Kantin Sekolah

Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin
sekolah.

Pelajar yang ingin makan di kantin sebelum masuk ke kelas hanya dibenarkan
sebelum pukul 7.15 pagi

Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.

Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau
parit di sekeliling kantin.

Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempattempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

Bilik Darjah

Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau
dikotorkan.

35

Paparan yang mesti ada di dalam setiap bilik darjah ialah carta organisasi kelas, jadual waktu
kelas, jadual giliran bertugas dan pelan kedudukan pelajar.

Papan Kenyataan kelas perlu dibahagikan kepada ruang-ruang mata pelajaran dan
dimuatkan dengan maklumat berkaitan.

Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan
keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.

Bilik darjah perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah kebersihan lantai, cermin tingkap, kipas
siling, papan hitam, bakul sampah dan sekelilingnya, bawah meja guru dan meja pelajar.

Meja dan kerusi mesti boleh disusun mengikut kesesuaian tetapi mesti dalam keadaan
teratur dan memudahkan pergerakan guru.

Pastikan tiada sebarang contengan pada semua perabot dan dinding kelas oleh itu
correction fluid dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan.
9

Pelajar-pelajar digalakkan untuk menghias kelas secara yang sederhana.

10

Pastikan rapatkan kerusi ke meja semasa hendak keluar kelas.

11

Tiada pelajar dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu rehat.

12

Tiada pelajar dibenarkan untuk memasuki kelas lain tanpa kebenaran guru.

13

Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti
kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

14

Pelajar tidak dibenarkan bermain-main di dalam kelas

15

Pelajar tidak membawa makanan dar kantin di dalam kelas dan tidak dibenarkan
makan di dalam kelas.

16

Makanan yang dibawa dari rumah hendaklah dimakan di kantin

17

Pelajar hanya dibenarkan minum minuman yang dibawa dari rumah

Tandas

Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama..

Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.

Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya


dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

Pelajar dibenarkan menggunakan tandas pelajar sahaja.

Pamkan selepas menggunakan tandas

Dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas.

36

Perlu jimat dalam penggunaan air.

Dilarang menconteng di dalam tandas.

Dilarang merosakkan peralatan di dalam tandas

10

Kebenaran ke tandas sewaktu pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran


guru.

KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

Beratur

Semua pelajar mesti beratur di luar kelas sebelum permulaan kelas.

Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau
pun mana-mana bilik khas yang lain.

Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana
tempat.

Waktu balik

Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja,
membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.

Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar
hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.

Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.

Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat
menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.

Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.

Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan
tidak secara beriringan.

Pelajar hendaklah menggunakan laluan yang ditetapkan dan tidak berkumpul di


pintu hadapan sekolah tetapi di kawasan kiri, kanan dan kawasan menunggu di
dalam kawasan sekolah.

37

Basikal/Motorsikal/Kereta
1

Basikal/Motosikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan di dalam


kawasan sekolah secara teratur dan hendaklah dikunci.

Topi Kaledar tidak dibenarkan dibawa masuk ke kelas, hendaklah diletakkan di


motorsikal pelajar. Pihak sekolah mencadangkan agar penunggang motorsikal
memasang kotak menyimpang barang di motorsikal bagi memudahkan menyimpan
topi keledar masing-masing.

Motorsikal hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah.

Pelajar juga mesti mempunyai lesen memandu yang sah

Tidak boleh menunggang basikal/motorsikal di kawasan sekolah walaupun bukan


pada hari persekolahan. Pelajar hendaklah mematikan enjin motorsikal dan
menyorong motorsikal semasa masuk dan keluar kawasan sekolah.

Pelajar tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan basikal/motorsikal pelajar


lain tanpa kebenaran.

Pelajar yang berkereta hendaklah meletakkan kereta mereka 10 meter sebelum


dan selepas pintu hadapan sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan masuk ke
dalam kawasan sekolah.

Pelajr yang lewat hadir kesekolah tidak dibenarkan membawa masuk motorsikal ke
dalam kawasan sekolah. Motorsikal hendaklah diletakkan di luar kawasan sekolah.

Keselamatan kenderaan pelajar adalah tanggungjawab sendiri.

Bas

Pelajar mestilah beratur apabila hendak menaiki bas dan mestilah bertertib, jangan
berlumba-lumba atau berebut rebut.

Ketika berada di dalam bas, pelajr-pelajar dilarang membuat bising dan bersoraksorak.

LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun
melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa
cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan pelajarpelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam
kelasnya berada di situ.

38

Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada
sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan
segera.

Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barangbarang seperti buku, baju dan lain-lain.

Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi
hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka
dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakanrakan setingkatannya.

3
1

KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah
semasa berada di sekolah seperti :
1

Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng

Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng.

Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik

Tandas hendaklah diguna dengan betul

Cermin tingkap jangan dipecahkan

Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir

Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.

KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

Setiap pelajar diwajibkan menyertai :


1

satu pasukan berunifom

satu persatuan/kelab atau lebih

satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak 2 jawatan tertinggi


kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang
bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya


seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-

39

sahaja untuk

kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan
sekolah atau jabatan pendidikan.
5

Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau


kongsi gelap.

Kehadiran aktiviti Kokurikulum adalah wajib kepada semua pelajar. Pelajar yang tidak hadir
hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh seperti surat rawatan doktor, surat cuti
sakit atau penyataan daripada ibubapa/panjaga.

TELIFON BIMBIT/TELEFON AWAM

Telefon bimbit adalah dilarang dibawa ke sekolah.

Telefon bimbit yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah.

Pelajar boleh menggunakan telefon awam yang disediakan dan dibenarkan menggunakan
telefon pejabat sekolah jika ada kecemasan.

Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam sewaktu pengajaran dan pembelajaran
berjalan kecuali kecemasan.

Pelajar tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan telefon awam yang disediakan.

KAMERA/KOMPUTER RIBA/ALAT PERAKAM

Kamera /komputer riba/alat perakam dilarang dibawa ke sekolah.

Kamera /komputer riba/alat perakam yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah.

Jika pelajar perlu untuk menggunakan Kamera /komputer riba/alat perakam bagi tujuan
tugasan, perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua seminggu sebelum masa
yang yang diperlukan dengan pengesahan daripada guru yang bertanggungjawab.

Pengunaan Kamera /komputer riba/alat perakam hendaklah dipantau oleh guru yang
dipertanggungjawabkan. Peralatan tersebut tidak boleh digunakan oleh pelajar lain
kecuali pelajar yang telah diberi kebenaran oleh Pengetua

JAM

Pelajar hanya dibenarkan memakai jam tangan bersaiz muka tidak melebihi 4 cm dan tali jam
tidak melabihi 3 cm.

BEG SEKOLAH

40

16.1. Beg sekolah hendaklah bersesuaian dengan pelajar sekolah (ukuran tidak melebihi 40
X 40 cm ) dan tidak mempunyai gambar/lambang/ilustrasi/segala unsur negatif seperti
keganasan, lucah dan tidak senonoh.

CERMIN MATA/KANTA SESENTUH

Pelajar yang memakai cermin mata hendaklah menggunakan kanta tidak berwarna iaitu
cerah. Cermin mata berkanta gelap tidak dibenarkan. Bingkai cermin mata mestilah
bersaiz kecil dan berwarna gelap. Bingkai berfesyen (fancy) tidak dibenarkan.

Hanya kanta sesentuh tidak bewarna sahaja dibenarkan.

SEKSYEN C: BILIK-BILIK KHAS

Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik
tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik
berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.

41

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

PERATURAN MAKMAL SAINS

Pelajar-pelajar hendaklah beratur di luar makmal sebelum masuk ke makmal. Kebenaran


Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmal Sains dan Bilik Persediaan.

Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran
guru sains.

Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.

Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat
asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.

Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan dan kembalikan ke
tempat asalnya.

Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.

Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan
Pembantu Makmal.

Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.

Pelajar dikehendaki menyusun bangku makmal di atas meja, membersihkan papan hitam,
menutup suis lampu dan kipas setiap kali kelas berakhir.

10 Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan
Pembantu Makmal.
11 Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas,lidi
dan mancis tidak dibenarkan.
12 Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong
sampah.
13 Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan
sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
14 Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. Hanya buku dan peralatan
belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa
pengajaran dan pembelajaran sains.
15 Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan
pengawasan guru dan Pembantu Makmal.
16 Pelajar dilarang bermain-main, bergurau atau berlari-lari di dalam makmal sains.
17 Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga
tidak boleh membawa makanan dan minuman di dalam makmal. Anda tidak boleh
makan dan minum di dalam makmal.

42

BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR

Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik ini kecuali dengan kebenaran guru.

Pelajar mesti memulangkan bahan di tempatnya semula dengan pengetahuan guru yang
berkaitan.

Pastikan susunan bahan dan buku sentiasa dalam keadaan teratur.

Pustakawan yang bertugas secara bergilir perlu memastikan kebersihan bilik, susunan
bahan-bahan dan buku-buku serta buku log penggunaan bilik diurus dengan baik.

3
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

Pelajar dilarang memasuki makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru.


Sila imbas semua disket dan pendrive sebelum digunakan.
Sila laporkan semua masalah yang berkaitan kepada guru.
Pelajar tidak dibenarkan untuk cuba membaiki peralatan kompter.
Sila bertanggungjawab bila menggunakan segala peralatan, perisisan dan kemudahan yang
ada.
Semua peralatan mestilah berada pada tempat asalnya.
Tidak dibenarkan memadam atau menambah apa-apa perisian di dalam komputer
Jangan mengubahsuai segala aturan (setting) di dalam computer
Simpan semua tugasan di dalam storan sekunder (pendrive, cakera padat, cakera liut dan
sebagainya).
Tidak dibenarkan membawa beg, makanan dan minuman di dalam makmal.
Tutup komputer dengan betul selepas menggunakannya.
Tutup semua AVR sebelum meninggalkan makmal.
Kemuadahan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja.
Guru mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku log yang disediakan.
Semua pengguna mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku log yang
disediakan.
Makmal mesti sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas.

SURAU/MUSOLLA
1

Peraturan Am

Pengurusan musolla ini adalah dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang


dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan

Musolla ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat,


melaksanakan amal pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan
aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.

Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan musolla serta


memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

43

Semua barang dan peralatan musolla hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidak
boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.

Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam musolla ini perkara-perkara berikut:

Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.

Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang berunsur


kepartian serta risalah-risalah ajaran sesat.

Makanan dan minuman


6

Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa


mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa musolla

Tidak dibenarkan menjadikan musolla sebagai tempat


melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya

Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta


memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.

melelapkan mata,

Peraturan Khas Tatasusila Di Musolla

Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke musolla.

Dilarang memakai baju t-shirt yang fancy yang mengandungi gambar-gambar


yang tidak sesuai.

Masuk ke musolla dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.

Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan
doa.

Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.

Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan
jemaah yang lain.

Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.

Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di musolla.

Tidak membuat bising ketika berada di dalam musolla.


10

Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.

11

Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.

12

Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan musolla.

Waktu Sembahyang

44

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut perubahan
jadual yang disediakan oleh pentadbiran

BILIK GURU

Bilik Guru adalah kawasan larangan.

Pelajar hendaklah mengetuk pintu dan meminta keizinan daripada guru yang berada di
dalam bilik guru sebelum masuk. Jika tiada guru di dalam bilik guru, pelajar tidak
dibenarkan masuk.

BILIK SAKIT

Pelajar-pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas oleh pengerusi kelas
dan didaftarkan di bilik sakit.

Borang masuk bilik sakit hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru yang mengajar atau
guru bertugas sebelum pelajar sakit dimasukkan kedalam bilik sakit.

Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali kebenaran guru bertugas.

Bilik sakit hendaklah dikemas selepas digunakan.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Waktu penggunaan 8.00 pagi 5.00 petang setiap hari persekolahan.

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa buku-buku kepunyaan sendiri ke dalam pusat


sumber.

Pelajar mesti menggunakan kad pinjaman untuk meminjam buku.

Denda akan dikenakan kepada pelajar yang lewat memulangkan buku.

Pelajar dilarang membuat bising di dalam pusat sumber.

Buku-buku yang telah dibaca atau telah digunakan hendaklah ditinggalkan di atas meja.

Pelajar hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja pada satu-satu masa dan
tempoh meminjam selama seminggu.

Pelajar dilarang menconteng, mengoyak, membawa keluar buku-buku dari pusat sumber.

Kebersihan, kekemasan dan keceriaan pusat sumber adalah tanggungjawab semua pelajar.

10 Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian kemas (mengikut
peraturan sekolah) semasa berada di pusat sumber.

45

11 Pelajar hendaklah menunjukkan buku yang hendak dibawa keluar kepada pengawas PSS
yang bertugas di kaunter.

BILIK TAYANG

Waktu penggunaan : 7.30 pagi 6.30 petang setiap hari persekolahan.

Pelajar hanya boleh menggunakan bilik tayang jika ada guru yang mengiring mereka dan
tujuan yang berkaitan dengan pembelajaran atau tugasan..

Tempahan dan rekod penggunaan bilik tayang hendaklah direkod dibuku log yang disediakan

BILIK ALATAN SUKAN, PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN

Bilik alatan Sukan adalah kawasan larangan.

Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar dan menyimpan alatan sukan tanpa kebenaran
dan pengawasan guru.

Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan padang sekolah (padang asrama /padang tepi
Dewan Seri Tun Habab), Gelanggang Bola Tampar SMK Laksamana kecuali sewaktu
aktivit PJK atau latihan sukan dengan pengawasan guru

10 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

1 Pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru.


2 Tidak menumpahkan minyak di atas lantai bengkel.
3 Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
4 Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik.
5 Memastikan bengkel di bekalkan dengan peti pertolongan cemas.
6 Pelajar tidak dibenarkan bermain atau bergurau semasa di bengkel
7 Jangan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan pengawasan guru
8 Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan selepas kerja selesai
9 Semua alatan tangan perlu diperiksa sebelum digunakan dan laporkan kepada guru jika
terdapat kerosakan.
10

Bahan terbuang seperti reja kayu hendaklah dibersihkan dengan segera

46

11

Jangan bekerja bersendirian tanpa pengawasan guru.

12

Jangan tergesa-gesa hendak


menggunakan alatan mesin .

13

Sentiasa membaca peraaturan keselamatan yang terdapat pada peralatan sebelum


menggunakannya.

14

Patuhi arahan pengeluar mesin dan peraturan keselamatan menggunakan mesin


seperti mesin gerudi dan mesin gergaji.

15

Sentiasa memakai kasut, sarung tangan dan alat pelindung mata semasa bekerja di
bengkel.

16

Lantai bengkel perlu sentiasa kering.

17

Elakkan lebihan kayu , logam, paku dan skru bersepah di atas lantai.

18

Susun alatan dan bahan yang digunakan dengan teratur di atas meja kerja.

19

Pelajar harus sentiasa berwaspada semasa bekerja di bengkel.

20

Pelajar harus memakai pakaian yang sesuai semasa menggunakan bengkel seperti
memakai apron dan kasut.

21

Pelajar harus melaporkan sebarang kemalangan kepada guru.

22

Tenaga elektrik digunakan secara berhati-hati kerana kejutan elektrik

menyelesaikan

47

kerja

terutamanya

semasa

SEKSYEN D : LEMBAGA PENGAWAS

Pengawas dilantik setelah mereka mengambil ujian dan temuduga sebagai pengawas dan
menunjukkan sikap bahawa mereka adalah pelajar-pelajar yang boleh diharapkan dan
bertanggungjawab.

Mereka dilantik secara rasmi oleh Lembaga Disiplin dan Pengawas. Pelajar yang telah
dilantik tidak berhak meletakkan jawatan dengan sesuka hati.

Mereka diberi tugas untuk memastikan supaya pelajar-pelajar patuh kepada peraturan
sekolah . Oleh itu, mereka mestilah dihormati dan arahan mereka perlu dipatuhi .

Tindakan disiplin (termasuk buang sekolah) akan diambil terhadap pelajar yang ingkar dan
berkasar kepada pengawas sekolah.

Jawatannya berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu
dari Badan Pengawas sekiranya perlu.

Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.

Sifat-sifat Kelayakan Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah
mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik
dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

PENGAWAS

Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana


yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan
menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan,
makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik Ekonomi
Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah
menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

48

Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan


sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan
menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang
bertanggungjawab akan diberi amaran.

Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan


santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka
hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan,
dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan
kepada guru Lembaga Disiplin.

Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Guru Disiplin.

Berkuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar keluar dari bilik darjah pada waktu rehat.

Bertugas mengikut jadual bertugas. Mencatat salah laku pelajar di dalam buku laporan
masing-masing dan juga buku laporan kesalahan pelajar serta buku lewat hadir ke
sekolah (jika bertugas di pintu pagar hadapan)

Melaporkan kes-kes yang serius & kes-kes yang kerap berlaku kepada guru disiplin.

Menasihatkan pelajar-pelajar tentang kesalahan kecil yang dilakukan.

10 Mengawal kelas bersama-sama Pengerusi kelas apabila tiada guru di dalam kelas.
11 Pengawas tidak boleh bertindak di luar batasan seperti mendera.
12 Membantu guru dan pentadbir apabila diarahka
13 Melaksanakan arahan ketua pengawas dan guru-guru.
14 Semua pengawas hendaklah memakai tanda nama berwarna merah

TUGAS-TUGAS KETUA PENGAWAS

Melaksanakan arahan-arahan guru disiplin.

Membuat laporan secara bertulis tentang tugas pengawas kepad Guru Disiplin pada setiap
hari Isnin.

Membantu Guru Disiplin meronda kawasan sekolah pada waktu rehat.

Mempengerusikan mesyuarat jika diarahkan oleh guru Disiplin

Memastikan perjalanan perhimpunan sekolah berjalan lancar.

Merancang dan melaksanakan projek-projek khas seperti lawatan dan sebagainya.

Meronda dan memastikan tiada pelajar berada di dalam kelas pada waktu perhimpunan.

Memantau semua pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas masing-masing.

49

10 TUGAS PENOLONG PENGAWAS


1

Melaksanakan arahan Guru Disiplin

Menyemak buku laporan pengawas untuk Guru Disiplin pada setiap Jumaat .

Menolong Ketua Pengawas dalam melaksanakan tugas-tugas beliau.Menyediakan jadual

Waktu bertugas bagi semua pengawas .

Membantu Guru Disiplin/Guru Bertugas Mingguan meronda kawasan sekolah pada waktu
rehat apabila ketua pengawas tidak hadir

1.

PAKAIAN PENGAWAS LELAKI

Baju kemeja lengan panjang / pendek berwarna merah meroon.

Seluar panjang berwarna hitam

Berkasut hitam jenis kulit / kanvas.

Berstokin putih , paras atas buku lali.

Bertali leher, warna seperti yang telah disediakan oleh pihak koperasi

11 PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN


1

Tudung berwarna pink/merah jambu.

Baju kurung Johor berwarna merah merun dan berkain hitam (muslim).

Baju kemeja lengan pendek/panjang berwarna merah merun (non muslim).

Kain(skirt) paras bawah lutut berwarna hitam (non muslim)

Berstokin putih, paras atas buku lali

Berkasut hitam jenis kulit/ kanvas.

SEKSYEN F : PELAJAR TINGKATAN 6

50

PERATURAN PAKAIAN TINGKATAN 6

1
1

UNIFORM SEKOLAH
Pelajar lelaki
1
Kemeja berwarna beige berlengan pendek serta seluar slack (panjang)berwarna
hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang .
2
Tali pinggang berwarna hitam.
3
Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah.
4
Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut
berwarna hitam.
5
Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.
6
Lencana sekolah dan tanda nama
1

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang
masa.

Lencana dan hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas
poket di dada sebelah kiri baju.

Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama

Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.

Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.

Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

Pelajar Perempuan Muslim


1
Baju kurung Johor berwarna beige.
2
Kain kurung berwarna hitam dengan ombak beralun di sisi.
3
Tudung berwarna beige menutup dada.
4
Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.
5
Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.
6
Anak tudung berwarna putih .
7
Lencana sekolah dan nama.
1

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang
masa.

Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas mini telekung sebelah kiri

Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama

Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.

Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.

Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

51

Pelajar perempuan bukan Muslim


1
Baju kemeja berwarna beige berlengan panjang.
2
Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated).
3
Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah.
4
Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.
5
Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.
6
Lencana sekolah dan tanda nama
1

Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang
masa.

Lencana hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas di
dada sebelah kiri baju.

Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama

Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.

Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.

Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar.

1
Uniform Kadet Pertahanan Awam Malaysia
Pakaian rasmi Kadet Pertahanan Awam Malaysia dipakai pada setiap hari Rabu mengikut
arahan sekolah.
Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak bersulam.
Baju T rasmi Tingkatan 6 dipakai semasa aktiviti Tingkatan 6 mengikut arahan sekolah.
Anak tudung boleh bewarna hitam

1
2
3
4

BAJU KORPORAT

Baju ini hendaklah di pakai pada hari yang ditetapkan .

Pelajar lelaki
Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah dengan seluar slack (panjang )
berwarna hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang .
Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut
berwarna hitam.
Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang
jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.

Pelajar perempuan
Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah.
Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak bersulam.
Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated).
Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.

1
2
3

1
2
3
4

52

Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang
jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.

PAKAIAN HARI JUMAAT


3.1. Lelaki Muslim

Baju Melayu putih.

Kain samping sekolah.

Lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri bahagian atas poket baju.

Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.

Tali kasut berwarna hitam serta berstokin putih

PAKAIAN UNTUK AKTIVITI KOLOKIUM

Pakaian rasmi sekolah.

1
1

AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KOLOKIUM

Aktiviti kokurikulum

Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum Tingkatan.

Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan.

Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti.

Aktiviti kolokium

Pelajar wajib menyertai aktiviti kolokium Tingkatan 6.

Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan.

Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti.


SEKSYEN G : KATEGORI KESALAHAN
KESALAHAN RINGAN

Menyimpan misai, janggut dan jambang.

53

Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.

Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa
kebenaran.

Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan atau
guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.

Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.

Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan


makmal/bilik khas/bengkel.

10

Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.

11

Makan dan minum di dalam bilik darjah.

12

Melakukan pembaziran air atau elektrik.

13

Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan
kemas. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

14

Lewat ke sekolah.

15

Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.

16

Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.

17

Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.

18

Tidak membuat tugasan yang diarahkan.

19

Mengganggu kawan.

20

Mengganggu guru.

21

Lewat masuk kelas

22

Mengotorkan kelas.

23

Tidak duduk setempat.

24

Berada dalam kawasan larangan.

25

Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

26

Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..

54

27

Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.

28

Membuang sampah merata-rata.

29

Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.

30

Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.

31

Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak
sekolah.

32

Memakai cermin mata berfesyen.

33

Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .

34

Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua

KESALAHAN SEDERHANA
1

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.

Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa


kebenaran.

Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.

Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.

Menconteng pada harta benda sekolah.

Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih
daripada satu pada satu cuping telinga.

10

Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah.

KESALAHAN BERAT
1

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga

Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah

Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda
yang memabukkan / menghayalkan.

55

Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.

Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.

Melawan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.

Biadap terhadap guru / pengawas / murid.

Memeras ugut guru / pengawas / murid.

Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10

Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap

11

Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12

Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13

Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan
multimedia yang terlarang.

14

Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15

Mencabul kehormatan guru / murid.

16

Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

17

Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan

18

Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

19

Mengintai murid lelaki / perempuan

20

Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.

21

Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.

22

Membawa atau menggukanan bahan letupan.

23

Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau

24

Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25

Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.

26

Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu


proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.

27

Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilainilai masyarakat Malaysia.

28

Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran
pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.

56

murid lain.

melakukan perbuatan lucah.

29

Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak
berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.

30

Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.

31

Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau
wakilnya.

32

Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan


bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Membawa telefon bimbit ke sekolah
36. Membawa kamera/komputer riba/alat perakam tanpa kebenaran ke sekolah
37. Menunggang basikal/motorsikal dalam kawasan sekolah
38.Kesalahan-kesalakanain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa
Disiplin Sekolah.

SEKSYEN H :
SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID
e-Disiplin

PERLAKSANAAN

57

SMK Tun Habab dipilih sebagai perintis untuk melaksanakan program e-Disiplin ini
sebelum diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Perlaksanaan pada
peringkat sekolah telah dimulakan pada 9 Jun 2008. Pada Tahun 2010 Sistem eDisiplin ini telah digunakan sepenuhnya secara talian.

Segala salah laku pelajar akan direkodkan ke dalam sistem e-Disiplin dan pelajar
boleh menyemak markah merit mereka dengan ketua guru disiplin ,Guru Penolong
Kanan HEM dan guru kelas. Status kelakuan bagi sijil berhenti sekolah adalah
berpandukan kepada markah dimerit yang dikumpul.

Ibu bapa akan menerima surat Amaran Disiplin jika markah merit pelajar mencapai
markah yang telah ditetapkan.

e-Disiplin
Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia

KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal
tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan
di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI

Modal Insan Murid Terbilang

MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik,


mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

TUMPUAN TINGKAH LAKU

e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk
negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses
memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah
laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk

58

menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi
bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.

JENIS SALAH LAKU

Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia

MARKAH DEMERIT

Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;


Markah adalah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap
ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang
diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.

AMARAN DISIPLIN

Amaran Disiplin adalah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti
berikut;

Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah
demerit.Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah
demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang
persekolahnnya.

Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah
demerit. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran
Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas),
bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan
serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah.

Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4)

59

Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah
demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang
persekolahnnya.

Buang Sekolah (AD5)

Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 markah demerit
dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan
Pengetua.

Amaran-Amaran Lisan

Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah
laku.

Hukuan Rotan Kes Merokok

Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.

Kali Pertama

: 1 Rotan

Kali Kedua

: 2 Rotan

Kali Ketiga

: 3 Rotan

Kali Keempat

: Gantung Sekolah

Kali Kelima

: Buang sekolah

PEMULIHAN
1

KERJA AMAL

Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara
sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang
diberikan kepada murid-murid.
Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
1

Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu


persekolahan

Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerjapekerja / kakitangan sekolah.

Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid

60

Dikawal selia oleh guru

Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah

JENIS KERJA AMAL

Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;

MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM


DAN MENJAGA POKOK BUNGA DLL
KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT
KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS
KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN
KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH
RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU
MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS
MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH
AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)
AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAm AKTIVITI SEKOLAH
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI

Markah merit Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10 . 3 bermaksud Kerja Amal yang
dianggap ringan. Markah merit 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah merit
10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat. Markah merit kerja amal ini akan digunakan
untuk mengurangkan markah demerit pelajar

PERANAN MURID

61

Berkerjasama dengan semua guru.

Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan
oleh Ketua Guru Disipin Sekolah.

Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.

Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.

Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.

Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah demerit salah laku

Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA


1

Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.

Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian


sewajarnya apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama
(Bertulis) dengan mengubungi pihak sekolah atau hadir sendiri ke
sekolah.

Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes


salah laku anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan
oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi


dalam proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka
menjalani hukuman Gantung Sekolah.

Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada


Pengarah Pelajaran Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah
mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas


1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 12/1978

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :

62

- SPI Bil. 14/1976

- SPI Bil. 13/2007

- SPI Bil. 3/1983


- SPI Bil. 8/1985

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :

- SPI Bil. 3/1992

- SPI Bil. 1/2006

- SPI Bil. 6/1993

12. Potongan Rambut Murid :

- SPI Bil. 2/1993

- SPI Bil. 2/1976

- SPI Bil. 9/1975


13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok
2. Kesihatan Murid :

- SPI Bil. 4/1997

- SPI Bil. 2/1982


- SPI Bil. 6/1998

14. Peraturan Tatatertib :


- SPI Bil. 8/1968

3. Perhimpunan Sekolah :

- SPI Bil. 6/196

- SPI Bil. 4/1984

15. Penyalahgunaan Dadah :


- SPI Bil. 7/1975

4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988

16. Kempen Anti Merokok :

- SPI Bil. 8/1999

- SPI Bil. 1/1983

- SPI Bil. 7/2000


17. Mengenakan Hukuman Biasa :
5. Kesihatan :

- SPI Bil. 8/1983

- SPI Bil. 4/1989


- SPI Bil. 1/1996

18. Perhimpunan Sekolah :


- SPI Bil. 4/1984

6. Ponteng :

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin


Sekolah :

- SPI Bil. 6/1995

- SPI Bil. 7/1986

- SPI Bil. 11/1972


- SPI Bil. 9/1975

63

7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975

MIDI 2012

PENGAKUAN SETIA PELAJAR

Bahawasanya saya........................................
Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan

64

mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan


dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

_____________________________
(

Tarikh :

--------------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ...................................... ibu bapa /


penjaga murid yang bernama ....................................................................
Tingkatan: ........................................................................
yang belajar di SMK TUN
HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi
peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

_____________________________
(

65

Tarikh :

Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/ penjaga di
kedua-dua bahagian muka surat.

Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin.

PENGAKUAN SETIA PELAJAR

Bahawasanya saya........................................
Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan
mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan
dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

_____________________________
(

66

Tarikh :

--------------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ...................................... ibu bapa /


penjaga murid yang bernama ..............................................................
Tingkatan : ........................................................................
yang belajar di SMK TUN
HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi
peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

_____________________________
(

Tarikh :

Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/ penjaga di
kedua-dua bahagian muka surat.

Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin.

67

68

Вам также может понравиться