Вы находитесь на странице: 1из 1

Wan Nafiza Wan Jaafar,

No 6 Taman Intan 3, Limbong


Paka, 23100 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
Tel (Pej): 09-8271 777
Tel (HP): 013-9207171
Tarikh: 22 Dec 2010
No. Rujukan: WNF-22-12-10.

UDA Land (East) Sdn Bhd,


UDA Holdings Berhad,
Lot PT 17685K, Taman Semarak,
Bukit Tunggal,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tuan/Puan,
Tuntutan Gantirugi di atas Kelewatan Penyerahan Pemilikan Kosong
Merujuk kepada Fasal 23 Subfasal (2) di dalam Perjanjian Jual Beli di antara saya dan UDA
Holding Berhad, nombor rujukan KSA/UDA/S&P/036/08 bertarikh 18 Mar 2008, saya dengan ini
ingin menuntut gantirugi sebanyak RM 19,024.65 (Sembilan belas ribu dua puluh empat ringgit
dan enam puluh lima sen) di atas kelewatan penyerahan pemilikan kosong ke atas satu unit
rumah Banglo di Lot PT7010 HS(M) 4661 Taman Murni Perdana Fasa 3B1, Mukim Kuala Paka,
Dungun, Terengganu.
Pengiraan tuntutan ini adalah seperti berikut:
Tarikh Perjanjian Jual Beli: 18 Mar 2008
Tarikh luput tempoh penyerahan pemilikan kosong (24 bulan): 17 Mar 2010
Tarikh Penyerahan Pemilikan Kosong: 22 Dec 2010
Jumlah hari lewat: 280 hari
Harga Rumah: RM 248000.00
Pengiraan:
280/365 x 0.1 x 248000.00 = RM 19024.65
Berdasarkan kepada Fasal 23 Subfasal (2) dan (3), saya menuntut gantirugi ini dibayar pada
tarikh saya mengambil pemilikan kosong bangunan tersebut, iaitu pada 22 Dec 2010. Sekiranya
tuntutan ini tidak dibayar pada tarikh tersebut, maka penyerahan pemilikan kosong ini dianggap
tidak sah kerana telah melanggar syarat Perjanjian Jual Beli.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
---------------------------------------(
)
IC No.
Tarikh:
Salinan:
1. Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co.
2. Kementerian Perumahan

Вам также может понравиться