Вы находитесь на странице: 1из 5

Petua Membeli Kereta Terpakai

Petua Membeli Kereta Terpakai Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika
memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu
gelap.
PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan
senang- Pastikan bumper belakang tidak calar dan karat- Pastikan sistem ekzos tidak
berkarat- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat- Pastikan semua lampu berfungsi dengan
baik
PEMERIKSAAN ENJIN
- Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .- Pastikan enjin tidak diubahsuai- Pastikan
keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin,
anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu
kenderaan tersebut.- Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk- Pastikan semua
belt berada dalam keadaan baik
PEMERIKSAAN DALAMAN
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah- Pastikan semua cermin
berada dalam keadaan baik- Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik- Pastikan
lantai tidak berkarat- Pastikan dashboard tidak retak- Pusingkan setering ke kiri dan ke
kanan- Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch- Pastikan penghawa dingin berfungsi
dengan baik- Pastikan tali pinggang boleh dipakai- Pastikan jeck clan tayar simpanan
berada dalam keadaan baik
CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
- Cuba hidupkan switch tetapi jangan hidupkan enjin- Pastikan meter suhu bergerakPastikan lampu minyak enjin menyala- Pastikan lampu bateri menyala
Cuba hidupkan enjin
- Pastikan semua meter berfungsi dengan baik- Pastikan tiada masalah dengan sistem
gearbox- Cuba matikan enjin dan hidupkan semula- Pastikan tiada kebocoran minyak enjin
berlaku di bawah- Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan
gegaran- Tiada masalah semasa penukaran gear- Cuba pusingkan stering 360
darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?- Cuba anda pandu kenderaan tersebut
dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.- Cuba
biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya
berada dalam keadaan stabil.
PEMERIKSAAN TERAKHIR
- Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor
tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

Minyak, cecair
Buka bonet hadapan dan lihat 5 minyak berikut : Batang pencelup minyak enjin, penyejuk,
minyak power steering, penutup radiator and minyak brek
Minyak: Minyak enjin yang berwarna coklat keemasan, sedikit coklat, mahupun warna coklat
gelap sudah memadai. Ini bermaksud minyak tersebut menjalankan tugasnya dengan baik. Jika
ia berwarna seperti tar gelap, lupakan sahaja kereta tersebut.
Periksa paras minyak enjin dengan memeriksa paras minyak pada batang pencelup minyak
enjin. Kemudian periksa penutup minyak enjin, pastikan tiada keladak. Jika ada, lupakan sahaja
kereta tersebut.
Cecair Penyejuk: Periksa paras cecair penyejuk pada tabung cecair penyejuk. Kemudian buka
penutup radiator, periksa jika terdapat keladak. Keladak pada penutup radiator mungkin
bermakna terdapat masalah pada system penghawa dingin kereta tersebut.

Minyak Power Steering dan Minyak Brek: Periksa paras kedua minyak ini. Bagi minyak power
steering, periksa jika terdapat keborocan di sekitar hos. Jika hos power steering tersebut tepu
dengan minyak, itu mungkin satu petanda pembaikan yang lebih mahal akan berlaku di masa
akan datang. Sila perhatikan betul-betul.

Tayar dan Badan Kereta


Tayar: Pertama sekali, periksa tayar. Pusingkan steering kereta ke kiri (dan kanan) bagi
membolehkan kamu nampak keseluruhan alur, bunga tayar. Hakisan tayar yang tidak sekata
(hakisan di tepi atau tidak sekata di tengah) mungkin menandakan terdapatnya isu suspensi
kereta.

Pintu: Kemudian buka tutup kesemua pintu beberapa kali, termasuklah bonet hadapan dan
belakang. Ini juga membolehkan kamu memeriksa lantai dan tempat duduk. Jika pintunya
berbunyi apabila dibuka tutp, pada kebiasaannya tiada masalah. Tetapi jika terdapat masalah
untuk menutup pintu, ia mungkin menandakan masalah penyambungan pintu pada bingkai
(frame) kereta.

Regangan antara panel dan bonet belakang kereta: Periksa kesemua panel, lebih lagi bonet
depan dan belakang kereta. Apa yang perlu diperiksa di sini ialah wujudnya atau tidak kebocoran
pada panel-panel tersebut. Jika terdapat bau lembab pada bonet kereta, periksa jika terdapat air
di bawah karpet bonet, di mana karat mungkin sudah terhasil.

Interior Kereta dan Lampu


Janganlah kamu berasa hampa dengan wajah tempat duduk usang dan radio rosak.
Kebanyakkan komponen interior ini boleh diganti dengan mudah dan murah. Apalah sangat
tempat duduk bercapuk, kan?
Tingkap: Turunkan tingkap dahulu, bila mana kunci berada di posisi on, dan hidupkan enjin.
Proses ini bagi memastikan motor tingkap dalam keadaan baik.

Enjin: Adakah kamu mendengar apa-apa bunyi pelik apabila enjin dihidupkan? Tekan pedal
minyak, dan dengar bunyi enjin sama ada enjin itu dapat kembali ke keadaan stabil setelah
vrrooom yang kamu hasilkan tadi. Hidupkan enjin sekali lagi jika kamu belum 100% pasti.

Suis dan butang: Periksa semua suis dan butang, pastikan semua berfungsi. Jika kamu
berseorangan, minta pemilik kereta menghidupkan signal kiri dan kanan, sementara kamu
memeriksa keadaan lampu di luar kereta.

Lampu luar: Kemudian periksa lampu rendah dan lampu tinggi kereta. Jangan lupa periksa
lampu brek kereta. Bagi kereta Proton, lampu luar ini selalunya menjadi masalah setelah kereta
dipakai beberapa lama. Jangan tergopoh-gapah, ambil sedikit masa untuk memeriksanya betulbetul.

Wiper dan Brek Kecemasan: Periksa wiper semua dalam keadaan baik. Sekali lagi, minta
bantuan pemilik kereta untuk menekan brek sementara kamu memeriksa brek kecemasan dari
belakang kereta.

Penghawa dingin: Hidupkan penghawa dingin. Penghawa dingin kereta sepatutnya dapat
mengeluarkan udara sejuk selepas 15 saat dihidupkan. Kereta yang lebih lama mungkin
bermasalah di bahagian ini. Apabila kamu sudah berada di atas jalan, sila periksa penghawa
dingin ini lagi sekali, pastikan suhu dan kelajuan kipas adalah sekata.

Power Steering: Akhirnya, sebelum ujian pemanduan kamu dijalankan, turunkan tingkap dan
pusingkan steering ke kiri atau kanan sehingga habis. Pemusingan steering sepatutnya lancer
dan senyap tidak mengeluarkan bunyi. Jika terdapat kesukaran memusing, dan kekuatannya
tidak sekata, system power steering tersebut mungkin memerlukan penambahan minyak power
steering, atau penukaran pam power steering, atau mungkin juga satu system baru.

Pemanduan, The drive


Shif: Sekarang, masuk gear. Tidak kisahlah apa jua transmisi kereta pandu itu, manual mahupun
auto, alihkan gear dari N ke D atau 1. Daripada pemeriksaan ini shif gear yang kasar atau lambat
menandakan transmisi kereta ini bakal rosak. Sebagai contoh, jika kamu shif gear dari N ke D,
dan memakan masa lebih kurang 1 hingga 2 minit, itu bermaksud kotak gear sudah teruk.
Lupakan sahaja hasrat memiliki kereta tersebut jika perkara ini terjadi. Yelah, hendak menukar
atau membaiki kotak gear dan transmisi bukanlah murah.
Brek: Kekuatan brek sepatutnya cepat dan sekata. Melainkan brek kereta tersebut baru sahaja
diganti (jangan lupa tanya ya), kamu sepatutnya tidak akan mendengar bunyi geselan. Daripada
bunyi tersebut jugalah kamu boleh mengenal pasti sama ada brek pad kamu masih dalam
keadaan baik, dan brek disk tidak bercalar. Turunkan tingkap sepanjang separuh masa pertama
ujian pemanduan ini, bagi mendengar segala bunyi yang kereta tersebut hasilkan.

Transmisi: Ujian pemanduan sungguh tidak bermakna jika kamu memandu di jalan yang lurus,
tanpa bukit, tanpa selekoh. Bagi menguji tahap keupayaan sistem transmisi kereta, pandulah
kereta tersebut melalui pelbagai kondisi trafik, turun naik bukit, kelajuan berubah-ubah selama
sekurang-kurangnya 15 minit. Apabila mendaki bukit, tarik kaki kamu dari pedal minyak seketika.
Begitu juga apabila menuruni bukit. Jika kamu rasakan transmisi kereta ada masalah seperti
tersenguk-senguk atau bermasalah mengejar kembali kelajuan kereta, kereta tersebut mungkin
mengalami masalah transmisi atau penyambungan (linkage).

Enjin: Jika banyak bunyi kedengaran semasa pecutan awal, nampaknya ada di antara
komponen-komponen enjin yang memerlukan perhatian. Jika terdapat gauge minyak (oil gauge),
perhatikan bacaannya. Ia sepatutnya menunjukkan bacaan lebih kurang 25 hingga 80 psi
semasa pecutan, dan 10 hingga 20 psi semasa dalam keadaan idling. Gauge suhu cecair
penyejuk (coolant temperature gauge) pula sepatutnya berada dalam keadaan stabil tidak
bergerak selepas 10 minit.

Berhenti seketika
Selepas lebih kurang 20 minit memandu, berhenti seketika di petrol pam berdekatan, biarkan
enjin hidup.
Pelepasan gas: Buka bonet hadapan, dan penutup pengisian minyak untuk memeriksa
semuanya berada dalam kondisi yang betul. Kemudian padamkan enjin, dan isilah sedikit
minyak. RM10 pun jadilah. Kamu sudah memandu lebih kurang 20 minit bukan? Minyak tu bukan
percuma bang!

Minsyak transmisi: Hidupkan kembali enjin. Jika kamu tahu batang pencelup minyak transmisi
(kamu patut mencarinya jika kamu tidak tahu), periksa paras dan warna minyaknya. Ada buih
kelihatan? Jika minyak tersebut terlalu gelap atau hitam, dan berbau terbakar, itu mungkin
menandakan masalah transmisi di masa hadapan.

Pemeriksaan minyak kali terakhir: Matikan enjin sekali lagi, dan buat kali terakhir, periksa
minyak enjin. Jika minyak enjin berada di paras yang tidak sepatutnya (terlalu rendah atau terlalu
tinggi), atau penutup minyak enjin berwarna seakan-akan keladak, lupakan sahaja kereta ini.
Banyak penjual akan mengelap penutup minyak (oil cap) sebelum ujung pemanduan dijalankan.
Hati-hati ya!
Keputusan di tangan anda
Pada peringkat ini, kamu sepatutnya sudah sedikit sebanyak membuat keputusan kamu. Jika
kamu tidak berminat membeli kereta tersebut, pastikan kamu mengucapkan terima kasih dengan
sopan, dan berterus terang kamu tidak mahu membeli. Tunjukkan resit pengisian minyak tadi
sebagai penghargaan, dan ucapkan terima kasih.

Вам также может понравиться