Вы находитесь на странице: 1из 13

CARA MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

MUKADDIMAH
Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini
sebuah negara yang unik.Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri
seperti agama,kepercayaan dan adat resam tersendiri.Setiap kaum diberi
kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping
menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.
Dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa
agama Islam merupakan agama Persekutuan.Namun pada masa yang sama,
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan. Justeru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam
negara tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum.

Definisi perpaduan
Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan
perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan
perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan,
manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,keadaan) utuh.
Perkataan perpaduan menurut Haji Mohd Shahrir Haji Abdullah berasal daripada
perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud
penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya
lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. Jadi,
perpaduan dari segi tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu makruf
manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu mungkar.
Perpaduan dapat dirungkaikan dengan kata lain iaitu, penggabungan serta
hubungan erat yang bersifat toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan
ikhlas. Perpaduan juga adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi
membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan
Negara.Perpaduan juga boleh didefinisikan sebagai satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari
segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Terdapat pelbagai agama yang dianuti di negara Malaysia,antaranya agama


Islam, agama Buddha, agama Kristian, agama Hindu dan lain-lain.

Kepelbagaian agama
Agama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan
ummah dalam proses sosialisasi rakyat.Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh
pelbagai agama iaitu Islam.Hindu, Buddha,Kristian dan lain-lain.Adalah penting
nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan
dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak.Sebagai prinsip dan
pedoman hidup, amalan agam hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan,
keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.
Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan Allah yang penuh
dengan hikmah. Alam ini dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk
sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah. Walaupun terkadang antara
ciptaan tersebut dilihat saling bertentangan seperti kejadian malam dan siang,
langit dan bumi, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Namun inilah kebesaran
Allah yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat.
Justeru, hal ini juga mempunyai persamaan dengan perbezaan yang ada pada
setiap manusia khususnya yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan.
Perbezaan ini bukanlah alasan untuk melakukan pencerobohan terhadap pihak
lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia perlu
kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar
kepelbagaian seperti ini yang disebut di dalam kitab Al-Quran.
Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap
individu dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai
kestabilan dan keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran
yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang
semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan
budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi. Hakikatnya, bumi ini adalah
seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi dengan pelbagai bentuk
keunikan budaya dan peradaban .
Atas kebijaksanaan Allah dan hikmahNya yang agung, manusia yang menghuni
bumi ini, walaupun mempunyai pelbagai perbezaan perlu berinteraksi[1] dan
bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keharmonian seluruh masyarakat
manusia. Interaksi ataupun dialog antara manusia ini merupakan suatu
kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
rintangan dan kesukaran.
Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang
terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik
dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya. Usaha-usaha ke arah
menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering
menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang
bersatu
padu.
Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis
antara semua bangsa dan agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan
dan aktiviti keagamaan malah boleh berinteraksi antara satu sama lain secara

harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang terbuka
dan bersedia berkongsi prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai
kesepakatan dalam pembangunan yang dirancang.
Walau bagaimanapun, kadangkala timbul beberapa isu dan konflik yang
menggugat perhubungan yang sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering
tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai kepelbagaian pendapat, tingkah
laku dan sikap. Malah perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering
menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi
mendapatkan hak dan kepentingan bangsa serta agama masing-masing.
Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia
yang mempunyai keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan
curiga, prasangka, dengki dan pelbagai sifat negatif yang boleh mencetuskan
suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia
kerana sifat-sifat yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku
apabila wujudnya isu perpecahan kaum di Kampung Medan, isu membakar
gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu menconteng surau dan
sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan Negara.
Kadang kala kita selalu memandang bangsa lain dengan remeh.Perlu
diingatkan,setiap daripada kita tidak sempurna.Oleh itu berlapang dada terima
kekurangan orang lain kerana kita juga mempunyai kekurangan diri.
Realiti masyarakat yang terdapat di Malaysia
Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama
lain dalam melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan British
(divide and rule). Kesediaan orang Melayu menerima kaum-kaum lain dan agama
mereka telah membuka jalan bagi pergaulan etnik yang bersepadu iaitu orang
Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan
sebagainya. Bahkan Negara Malaysia telah menerima liga agama utama dunia
iaitu Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian di samping pelbagai
kepercayaan animisme.
Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kehadiran kaum dan agama lain
mempunyai kaitan yang akrab dengan agama Islam. Kehadiran agama Islam
yang dibawa oleh para mubaligh Islam dan penerimaan raja-raja Melayu sebagai
ketua Negara telah mensinonimkan bangsa Melayu dengan agama Islam.
Lantaran itu, agama Islam yang kita kenal hari ini telah berjaya
mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat hingga ke hari ini.
Dimensi agama merupakan satu pendekatan perpaduan untuk menyatupadukan
masyarakat sesama kaum dan antara kaum. Di Malaysia, amalan perpaduan
dalam kalangan pelbagai kaum telah lama difikirkan oleh para pemimpin dari

sudut penekanan agama. Malah syarat mendapatkan kemerdekaan dari tangan


British ialah perpaduan yang dimasukkan dalam agenda Perlembagaan
Persekutuan yang dibentuk. Dalam artikel 3(1) ada menyebutkan bahawa,
Ugama Islam ialah ugama Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh
dipraktikkan dengan aman damai di mana-mana bahagian kawasan
persekutuan..
Pada masa yang sama, artikel II menyatakan bahawa setiap orang berhak
menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap kumpulan agama berhak
untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan
menyelenggarakan hal ehwal agama atau khairat dan boleh memperolehi dan
mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
Perlembagaan persekutuan juga telah diperkukuhkan melalui penghayatan dan
pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk setiap lapisan masyarakat, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran
perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.
Prinsip yang dibentuk ini merupakan ikrar setiap rakyat Malaysia bagi
mewujudkan rasa cinta dan taat setia kepada Negara di bawah satu payung
pemerintahan
tanpa
mengira
bangsa
dan
agama.
Perlembagaan berfungsi mengisi konsep kenegaraan dan telah memperuntukkan
agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu pula
diangkat menjadi bahasa rasmi Negara dengan keistimewaan institusi Raja-raja
Melayu berperlembagaan. Penerimaan kepada perlembagaan ini juga merupakan
kesediaan setiap individu untuk bersatu, bekerjasama dan berkongsi dengan
menghormati
budaya
dan
kepercayaan
masing-masing.
Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Negara telah membolehkan
penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka dengan aman.
Kewujudan pelbagai bangsa dan agama merupakan sesuatu yang sudah
ditetapkan dan sebagai sebahagian dari nikmat Allah SWT. Allah berfirman dalam
Surah al-Hujurat 49 ayat 13 yang bermaksud, Wahai umat manusia!
Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu, dari lelaki dan perempuan dan
kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain. Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) sesungguhnya Allah amat
mengetahui dan amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu).
Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah tanpa
melihat kepada bangsa, warna kulit dan kedudukannya. Islam juga melihat
masyarakat bukan Islam sebagai anggota masyarakat yang diberi hak untuk
hidup bersama dengan rukun dan damai. Tiada halangan untuk mereka saling
bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Allah SWT
hanya membezakan kedudukan manusia di sisi-Nya adalah dari segi keimanan
dan
ketakwaannya
kepada
Allah
SWT.

Allah tidak memandang rupa rupa manusia,tetapi Dia memandang hati manusia
itu sendiri.
Terdapat pelbagai
agama.Antaranya:
1.

cara

mengekalkan

perpaduan

dalam

kepelbagaian

Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya
merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku
setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam
mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun


Melayu, Tamadun India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun
Islam.Dalam kata erti lain iaitu agama Islam, agama Hindu, agama Buddha,
agama Kristian dan lain-lain. Kesemua tamadun dan agama ini bergerak dan
membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Hal ini
bukan sahaja membentuk struktur pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum
tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan kepercayaan mereka.

Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan


dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan
norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis
persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain
walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan
mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang
ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam
hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.

Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya


merupakan aspek nilai yang wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap
agama telah mengajarkan etika hubungan sesama manusia yang menekankan
kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua manusia. Malah sifat ini akan
melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan amal kebajikan dan
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan
masyarakat.

Islam juga melihat perhubungan sesama manusia sebagai sebahagian daripada


ibadat. Dasar perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan

persaudaraan, bekerjasama dan sikap saling bantu-membantu. Permusuhan,


konflik dan persaingan yang tidak adil perlu dibendung untuk mengelakkan
pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian dalam hubungan antara manusia
(hablum min al-nas). Ini kerana semua manusia itu adalah makhluk yang
berpunca dari penciptaan yang sama iaitu Adam. Allah SWT berfirman dalam
Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, Wahai manusia! Allah telah
menghapuskan rasa besar diri yang dipertahankan oleh sesetengah orang di
zaman Jahiliyah dan telah membasmikan sebarang penonjolan ketinggian
martabat yang disandarkan kepada keturunan. Sesungguhnya hanya dua jenis
manusia sahaja: orang yang baik disanjung oleh Allah dan orang yang jahat yang
dihina di sisi Allah. Semua manusia adalah anak Adam dan Allah telah
menjadikan Adam daripada tanah liat.

Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum


merupakan dasar pemupukan perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai
kebebasan beragama, hak untuk menikmati keselamatan, keadilan, dan
perundingan. Persamaan nilai ini merupakan prinsip yang universal dan semua
kaum menerimanya serta mampu dijadikan asas untuk memupuk perpaduan.

2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia


hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan
agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti
kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta
mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undangundang Negara adalah sama.

Rasulullah SAW ketika berpindah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai


bangsa dan agama. Umat Islam ketika itu merupakan golongan minoriti
sementara golongan bukan Islam yang terdiri dari orang Yahudi, Arab Kristian
dan Arab Musyrik adalah golongan majority. Nabi Muhammad SAW yang dilantik
sebagai pemimpin tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam.
Tetapi mereka diajak untuk hidup bersama secara aman dan damai, tanpa
sebarang kezaliman dan penindasan. Situasi ini menunjukkan tentang sikap
toleransi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah apabila baginda
berjaya menawan kembali Mekah, penduduk-penduduk Mekah juga tidak dipaksa
memeluk agama Islam malah boleh meneruskan kehidupan seharian mereka
tanpa sebarang halangan.

Islam tidak melarang masyarakat Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang lain selagi mereka tidak memerangi umat Islam kerana agama.
Al-Quran menjelaskan bahawa peperangan dan penentangan yang dibenarkan
dalam Islam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, kehormatan, harta,
keturunan dan agama sahaja. Perkara ini ditekankan dalam Surah al-Haj 22 ayat
39 yang bermaksud, Diizinkan berperang bagi orang Islam yang diperangi
kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat
berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan), iaitu mereka yang
diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan
yang benar semata-mata kerana berkata, Tuhan kami ialah Allah Dan kalaulah
Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan nescaya
runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kristian) dan tempat
sembahyang (Yahudi) dan Masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah
di dalamnya dan sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang menolong
agamanya (Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa.

Sifat tasammuh yang ada dalam Islam tidak semata-mata merujuk kepada
toleransi yang dinyatakan. Ia memberi maksud memberi dan menerima. Dengan
erti kata lain, Islam tidak menghalang manusia untuk menerima pendapat dan
pendirian orang lain serta tidak menyekat kebebasan manusia untuk berfikir dan
berkepercayaan. Islam amat mementingkan sikap toleransi sebagai
menunjukkan sikap keterbukaan dalam mendengar pandangan yang berbeza
serta bebas juga mengemukakan pandangan selagi tidak menjejaskan pegangan
agama masing-masing dalam ruang lingkup yang dipersetujui bersama.

Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang
menginginkan kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan
persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan
budaya ini, ia akan membentuk masyarakat yang harmonis. Allah SWT berfirman
dalam Surah al-Ankabut 29 ayat 46 yang bermaksud, Dan janganlah kamu
berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik.

Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan


Perlembagaan 1957. Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah
membentuk sebuah Negara yang bersatu padu dengan syarat kerakyatan yang
longgar kepada warga bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu mengikut
perlembagaan sejajar dengan hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini.
Tolak ansur dan kelonggaran kerakyatan merupakan keuntungan yang besar
kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun Malaysia mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu telah
diterima sebagai warganegara.

Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan
Melayu juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan
ekonomi Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan antara kaum dan
mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil
serta mengurangkan diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada. Oleh itu,
setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh kepada asas persetujuan ini
dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan hormat-menghormati.

3. Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang


tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi
Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang
larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan
kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan
bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa


dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan
kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masingmasing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang
adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem
pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

Allah berfirman dalam Surah al-Muntahanah, 60 ayat 8 yang bermaksud, Allah


tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang
tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu
dari kampung halaman kamu: kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang
berlaku adil.

Ayat di atas memperlihatkan bagaimana Islam amat mementingkan hubungan


antara manusia walaupun dengan orang yang bukan Islam sebagai cara
mewujudkan keamanan Negara. Malah sikap adil dalam kehidupan ini
merupakan aspek nilai sejagat yang perlu dikongsi bersama tanpa mengira
agama dan bangsa.

Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan
berkomunikasi bagi berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing.
Mereka perlu berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama dalam

masyarakat sama ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat


bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak seharusnya memencilkan diri untuk
berbincang tentang Islam hanya dalam kalangan umat Islam sahaja. Pendedahan
terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi membantu orang bukan Islam
memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya sebagai
agama rasmi Negara.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu
menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke
arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan
harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan
ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan
lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan
makmur.
Andai aspek berikut dilakukan,
masyarakat sampai bila-bila.

perpaduan

bakal sentiasa

kekal

dalam

Peranan yang telah kerajaan lakukan dalam mengekalkan perpaduan adalah


seperti berikut:

1)DASAR SATU MALAYSIA


Konsep satu Malaysia dijelaskan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak sebagai, Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan

kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita
mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan
dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan
kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang
kita amalkan sejak sekian lama
Dasar ini dibentuk bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang meneruskan nilai-nilai perpaduan dan sifat hormat-menghormati
antara kaum dan agama serta melaksanakan kehidupan sebagai rakyat Malaysia
bukan berdasarkan kaum atau agama tertentu. Mereka perlu berfikir melepasi
sempadan kaum masing-masing agar bertindak tanpa memikirkan kepentingan
etnik dan kaum masing-masing.Dasar ini juga menegaskan agar setiap tindakan
yang hendak dilaksanakan perlu berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara ini terutama peranan pemimpin yang perlu menangani semua
permasalahan dan tuntutan keperluan serta hak semua kaum dan etnik di
Malaysia.

Dasar ini dibentuk sebagai pelan tindakan para pemimpin dalam melaksanakan
tugas kepimpinannya. Ia membawa matlamat untuk mengekalkan perpaduan
dalam kepelbagaian masyarakat yang menjadi tunggak kekuatan Malaysia dan
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat melalui slogan,
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Sebagai merealisasikan hasrat dan matlamat ini, Satu Malaysia digerakkan
berdasarkan tiga prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan
prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip teras ini penting untuk tujuan
memperkukuhkan perpaduan nasional. Penekanan terhadap penerimaan di
kalangan rakyat berbilang kaum dan penerimaan keunikan pelbagai kaum akan
mewujudkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat
Malaysia. Prinsip kenegaraan pula menerapkan semangat perpaduan, semangat
nasionalisme dan semangat cinta akan negara sebagaimana yang termaktub
dalam Rukun Negara sejak sekian lama. Manakala prinsip keadilan pula membela
nasib semua kaum serta mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada
tahap yang berbeza agar pembelaan yang sewajarnya diberikan kepada
golongan yang memerlukan.

Ketiga-tiga prinsip tersebut mendasari konsep Satu Malaysia dan memerlukan


pemimpin yang sentiasa mengamalkan lapan prinsip kepimpinan iaitu
mewujudkan budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

2)Rukun Negara sebagai strategi Pemantapan Perpaduan

Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah
13 Mei 1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan
Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut
berulang Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah
memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun
Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul
Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya
Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran
perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga
ke tahap hari ini. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah
dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut.
Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara
tersebut.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa


asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di
negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan
kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di
negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam
membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah
agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh
diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat
menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun
pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri
yang padu.
Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai
asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama
sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di
negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya
mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap
persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan
Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara
32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan

Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA
adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur
dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara
Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang
Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia
yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang
menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari,
diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali


sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud
ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua
undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di
sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak
asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan
yang
dipertanggungjawabkan
memelihara
keluhuran
dan
ketinggian
perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai


undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi
elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar.
Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di
sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun
kedudukan
(status
sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan
undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah
merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan
Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin
kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

Kelima.prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.Hasrat prinsip ini adalah untuk


memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun dan penuh
tatasusila.Prinsip ini juga menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat.Kesopanan dan kesusilaan ini juga berkaitan dengan tutur
kata seseorang dan prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut dan
perbuatan yang halus untuk menjamin hubungan baik sesama kaum terus kekal.
Hubungan baik ini juga boleh terjamin sekiranya rakyat sentiasa berakhlak
mulia, menghormati orang lain, mengelakkan diri daripada menyentuh hal-hal
yang
sensitive dan
perkara-perkarayang
telah
dipersetujui
majoriti.Pembentukkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat
dilahirkan sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh
kepada prinsip kelima ini.

Harap
perkongsian
Dengarkan

sebentar
tadi
serangkap

Sekian sahaja daripada kami


Sedikit ilmu yang dapat dikongsi
Salah dan silap harap maafi
Semoga kita bersua lagi

memberi

manfaat.
pantun

Вам также может понравиться