Вы находитесь на странице: 1из 18

BAB 12

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK KUCHING
SARAWAK

PENGESAN
(DETECTOR)
OBJEKTIF :

MENERANGKAN PENGGUNAAN PENGESAN DALAM KEBAKARAN


MENGENALPASTI JENIS –JENIS PENGESAN
MENERANGKAN BAGAIMANA PENGESAN BEKERJA
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

12.1 Pengenalan

Pemasangan alat pengesan kebakaran di sesebuah bangunan adalah sangat penting.


Tujuan pengesan kebakaran untuk mengesan kebakaran diperingkat awal. Biasanya alat
pengesan kebakaran ini diletakkan di bahagian atas tempat yang akan dilindungi. Alat
pengesan kebakaran ini direka khas bagi mengesan sesuatu kebakaran yang menghasilkan
kesan haba, asap, api atau bahangan.

12.2 Pengesan (Detector)

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengesan kebakaran. Alat pengesan ini terbahagi
kepada 4 jenis yang utama iaitu pengesan gas, api, asap dan haba.

12.2.1 Pengesan Gas

Di loji terdapat rangkaian pengesan dan berjenis-jenis pengesan digunakan.


Kebiasaannya pengesan diletakkan di kawasan proses, saluran masuk dan di kawasan
tertutup (bilik operasi atau tempat simpanan bahan mentah).

Sistem pengesanan gas terdiri daripada:

a. Pengesan yang diletakkan di setiap tempat di loji.

b. Panel analisa pengesan gas yang mengandungi modul analisa mengesan gas.

Amaran gas yang perlu dikesan kehadirannya adalah gas yang membantu pembakaran
(oksigen), gas yang mudah terbakar dengan sendiri apabila terdedah ke atmosfera dan
gas beracun seperti gas hidrogen sulfida. Pengesan gas ini mampu memberikan
amaran awal tentang kehadiran gas-gas yang dinyatakan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 156


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

i) Pengesan Gas Hidrogen Sulfida (H2S)

Ini adalah gas beracun dan tidak berwarna, mudah terbakar, kepekatan rendah
dan boleh menyebabkan pengsan (tidak sedar) dengan cepat apabila terhidu ia.
Jika terdedah pada jangkamasa yang lama boleh menyebabkan kematian. Lebih
berat berbanding udara (S.G = 1. 1895) udara 1.0. Julat letupan adalah 4.3% -
45.5% dan suhu penalaan 500oF.

Pengesan menggunakan kaedah set elektrokimia (polarographic). Ia


menggunakan gas pemilihan membran (TFE) dan dua membran elektrolit yang
dimasukkan ke dalam satu elektrolit. Gas yang masuk akan meresap melalui
membran ke elekrolit dan teroksida. Ianya adalah berkadaran dengan kandungan
gas yang masuk. Maka ia akan menghasilkan arus yang berkadaran dengan
kepekatan gas. Arus ini kemudiannya dipicu dan dikuatkan sebelum dihantar ke
meter atau penggera.

ii) Pengesan Gas Oksigen

Ia menggunakan dua kaedah pengesanan yang utama seperti berikut:

a) Sel elektrokimia (galvani) - Menggunakan membran pemilihan (FEP),


dua elektrod yang tidak sama bahan dan elektrolit.

b) Sel elektrokimia (polarographic) - Menggunakan membran pemilihan,


dua elektrod yang sama bahan dan elektrolit. Ia. menggunakan voltan
yang tetap untuk mengurangkan oksigen pada katod. Arus yang terhasil
dalam litar adalah berkadaran dengan kandungan (kepekatan) oksigen.

iii) Pengesan Gas Karbon Dioksida

Menggunakan prinsip pengesanan yang sama dengan pengesanan gas


oksigen tetapi elektrod dan elektrolit sahaja yang, berbeza.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 157


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Rajah 12.1: Sel Elektrokimia

iv) Pengesan Gas Mudah Nyala

Pengesan gas mudah nyala mengesan gas yang mudah nyala dan memulakan
penggera bila kepekatan kandungan gas melebihi paras preset penggera (Paras
minimum yang telah disetkan untuk mengaktifkan penggera). Ianya telah
direkakan dengan menyediakan dua paras pengesanan gas iaitu satu paras pada
20% LEL dan satu lagi pada paras 50 % LEL. Jadual 12.1 menunjukkan jenis-
jenis gas berserta batas pembakaran masing-masing.

Merujuk kepada jadual 12.1 didapati asetilena mernpunyai batas pembakaran


yang tinggi. Oleh itu ia mudah menyala dengan sendirinya dan mudah
berlakunya letupan. Gas ini mempunyai suhu penalaan yang sangat rendah, (low
ignition temperature) dan had letupan rendah (Lower Explosive Limit). Had
letupan rendah (LEL) adalah peratus gas di dalam udara yang mana
ia membolehkan letupan berlaku.

Apabila peratus campuran gas tersebut di atas paras had letupan tinggi
(Upper Explosive Limit) maka tiada letupan boleh berlaku kerana
kandungan oksigen pada paras ini adalah rendah. Bagaimanapun gas
yang tidak perlu dikesan adalah gas lengai. Gas ini adalah gas yang tidak mudah
terbakar dan tidak menyokong pembakaran. Ianya meliputi gas nitrogen, argon
dan helium.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 158


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Jadual 12.1 : Batas LEL dan UEL bagi gas

Untuk menentukan paras LEL dan UEL sesuatu gas, ia perlu ditentukurkan
terlebih dahulu. Sebagai contoh jika meter ditentukurkan dalam metana maka
bacaan untuk gas yang lain adalah bacaan metana didarabkan dengan CF bacaan
gas tersebut. Bacaan adalah dalam LEL.

Nota :

LEL = Lower Explosive Limit

UEL = Upper Explosive Limit

CF = Calibration factor

Prinsip pengesanan gas mudah nyala

Terdapat dua keadah pengesanan asas iaitu :

a) Kaedah pembakaran katalis

Kaedah ini menggunakan sepasang elemen pengesan, di mana salah satu


unsur tersebut adalah sangat peka terhadap kehadiran gas mudah nyala
(platinum atau bead (pellistor)) dan satu lagi tidak peka (non-sensitif atau
elemen peka (tindakannya adalah seperti kehadiran pemangkin dalam
proses).

Ini menaikkan suhu dan mengakibatkan rintangan elektrik pada lengan


tetimbang menjadi tidak seimbang dan menyebabkan isyarat keluaran
terhasil. Isyarat ini adalah berkadaran dengan kepekaan gas. Isyarat
ini kemudiannya dikuatkan dan dirakamkan atau ditunjukkan pada meter
dan seterusnya mengaktifkan litar penggera. Elemen yang tidak peka pula
berfungsi menghapuskan perubahan (menyingkirkan ralat) yang berlaku
didalam suhu sekitar.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 159


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Rajah 12.2 :Kaedah pembakaran katalis

b) Kaedah pengaliran separuh pengalir

Penyerapan gas yang mudah nyala pada permukaan bahan separuh


pengalir jenis-N dan oksida logam akan menyebabkan pengaliran yang
tinggi dalam separuh pengalir. Pengaliran ini ditukarkan dalam bentuk
keupayaan elektrik. Rajah 12.3 menunjukkan litar ringkas pengaliran
separuh pengalir

Rajah 12.3 : Kaedah pengaliran separuh pengalir

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 160


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

12.2.2 Pengesan Api/ Bahangan

Cara-cara di bawah adalah kaedah yang berkesan bagi mengesan api.

i. Kepanasan (Penjanaan haba)


ii. Kebolehan mengalirkan arus elektrik (Pengionan)
iii. Radiasi (Radiation)
a) Boleh nampak (Visible)
b) Inframerah (Infrared)
c) Ultralembayung (Ultraviolet)

i. Kaedah Pengesan Api

Setiap kebakaran akan menghasilkan wap panas atau juga di kenali dengan bahangan atau
pancaran. Bahangan ini terbentuk dalam tiga bentuk iaitu cahaya boleh nampak (visible
light), inframerah dan bahangan ultralembayung. Kesemua perkara-perkara ini akan
bergerak dalam bentuk gelombang bahangan dari punca kebakaran ke tempat-tempat lain.
Oleh itu alat pengesan paling baik digunakan untuk mengesan adalah dari jenis pengesan
bahangan (radiation detector). Dalam hal ini kaedah pengesanan cahaya boleh nampak tidak
boleh digunakan kerana alat pengesan tidak akan dapat membezakan cahaya yang datang
samada dari kebakaran atau punca-punca yang lain seperti lampu dan cahaya matahari.

Rajah 12.4 : Panjang Gelombang


GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 161
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

ii. Pengesan inframerah (Infrared Detector)

Binaan alat pengesan ini adalah terdiri daripada satu kanta dan penapis bagi
menumpukan bahangan infra merah supaya menuju ke sel foto elektrik dan dan
gelombang bahangan akan dihantar ke satu lagi penapis dan penguat, pengamil
(integrator), pemasa (timer) dan seterusnya ke sistem penggera.

Apabila berlaku kebakaran, bahangan infra merah yang terhasil akan masuk ke dalam
alat pengesan dan bahangan tersebut akan ditapis dan akan ditumpukan ke sel foto
elektrik oleh kanta. Kenudian sel foto elektrik akan menguatkan isyarat sebelum
menghantar isyarat tersebut kepada pengamil dan seterusnya kepada pemasa.

Biasanya matahari dan alat pemanas dapat menggeluarkan gelombang bahangan infra
merah. Gelombang bahangan ini adalah dalam lengkungan 4 Hz - 15 Hz. Maka penapis
dan penguat berfungsi untuk menyukat bahangan inframerah yang diterima dalam
lingkungan 4Hz hingga 15Hz. Sekiranya gelombang bahangan yang diterima itu dalam
lingkungan di atas, ia akan menghantarkan isyarat ke pemasa dan pemasa ini akan
membunyikan siren. Proses ini biasanya akan memakan masa selama 2 - 15 saat.

Rajah 12.5 : Pengesan Inframerah

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 162


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

iii. Pengesan Ultralembayung (Ultra-Voilet Detector)

Pengesan ini bekerja hampir sama dengan pengesan pengionan (ionisation detector).
Ia mengandungi satu tiub yang mengandungi gas (gas filled tube). Pengesan ini
disambungkan ke penguat, litar pengesan dan terus ke geganti dan loceng amaran.

Apabila berlaku kebakaran, bahangan ultra-violet akan masuk ke dalam kebuk


(chamber) dan masuk di celah-celah tiub yang mengandungi gas. Arus elektrik akan
terhasil di celah-celah dua elektrod gas dan tiub gas akan menjadi alat pengalir
elektrik.

Apabila arus elektrik yang mengalir lebih besar daripada yang disetkan di penguat,
maka geganti penggera akan terputus serta merta dan akan menyebabkan loceng
amaran berbunyi. Pancaran matahari atau lampu tidak akan menganggu alat tetapi ia
lebih sensitif apabila terdapat percikan api elektrik seperti percikan kimpalan dan lain-
lain. Sesuai digunakan di pelantar minyak, gudang dan tangki simpanan minyak.

Rajah 12.6 : Pengesan ultralembayung

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 163


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

12.2.3 Pengesan Asap (Smoke Detector)

Pengesan asap biasanya berbentuk bulat dan di tepinya terdapat lubang-lubang halus untuk
membenarkan asap dan udara masuk ke dalamnya. Pengesan asap biasanya diletakkan jauh
daripada lubang angin dan ianya diletakkan di atas bangunan. Sekiranya pengesan ini terletak
berhampiran dengan lubang angin maka kecekapan pengesan ini akan berkurangan. Antara
kaedah mengesan asap yang penting sekali ialah jenis pengesan pengionan dan pengesan jenis
‘obscuration’.

i. Pengesan pengionan (Ionisation Detector)

Badan pengesan ini merupakan satu tabung bulat dan memanjang dan terdapat jejaring
dawai halus dibahagian tepi sebelah bawahnya. Ini bertujuan untuk membenarkan
udara dan asap masuk ke dalam kebuk.

Di dalam kebuk ini ia dilengkapkan dengan dua elektrod yang disambungkan kepada
dua dawai melalui penguat dan terus ke litar amaran. Di bahagian atas di sebelah dalam
dipasangkan dengan sumber radio aktif. Dalam keadaan biasa, pengerakan ion-ion di
antara dua elektrod akan mengurangkan halangan angin dan akan menyebabkan hanya
sedikit arus elektrik yang mengalir keluar ke litar. Oleh kerana arus elektrik ini rendah,
maka penguat akan dapat menguatkan arus ini.

Apabila berlaku kebakaran, asap akan masuk ke dalam kebuk dan akan melekat kepada
ion-ion kerana tarikan kuasa elektrik dan akan melambatkan pengerakan. Ini akan
menyebabkan arus elektrik berkurangan.

Apabila ia terjadi dan jumlahnya di bawah takat yang dihadkan, penguat akan
membunyikan amaran. Dalam keadaan biasa punca cahaya yang dipancarkan akan terus
memancarkan cahayanya secara melintang. Tetapi apabila berlaku kebakaran, asap yang
masuk akan menghalang pancaran cahaya tadi dan dengan ini akan menyebabkan
cahaya itu akan terpesong ke set foto elektrik.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 164


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Rajah 12.7: Keadaan pengesan semasa normal

Rajah 12.8: Keadaan pengesan semasa kebakaran (Bekerja)


GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 165
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

ii. Jenis Obscuration

Dalam keadaan biasa, cahaya yang dipancarkan dari punca cahaya akan melalui satu
kanta bagi menumpukan cahaya ke sel foto elektrik. Apabila berlaku kebakaran, asap
akan masuk ke dalam kebuk dan dengan itu cahaya akan terhalang dari terkena sel foto
elektrik dan maka ia akan menyebabkan loceng amaran berbunyi.

Rajah 12.9: Keadaan pengesan jenis obscuration semasa normal

Rajah 12.10: Keadaan pengesan jenis obscuration semasa kebakaran(bekerja)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 166


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

12.2.4 Pengesan Haba (Heat Detector)

Pengesan haba ini direka bagi mengesan api atau kebakaran di peringkat awal. Ia adalah
lebih baik kerana mampu mengesan semasa haba mula terhasil. Alat ini adalah alat
pengesan yang awal sekali dicipta bagi tujuan mengesan kebakaran.

Pengesan ini bekerja dengan beberapa cara. Antaranya:

i. Peleburan atau pelakuran logam (Melting or fusion in metal)


ii. Pengembangan pepejal, cecair dan gas.
iii. Menggunakan kesan elektrik.

a) Pengesan Haba ‘DIMAC’

Apabila berlaku kebakaran dimana suhu di dalam bangunan atau kawasan meningkat
di dalam lingkungan 49oC hingga 144°C, maka fius penyambung akan putus dan akan
menyebabkan loceng amaran berbunyi.

Rajah 12.11: Keadaan pengesan haba ‘DIMAC’ semasa normal (tiada kebakaran)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 167


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Rajah 12.12: Keadaan pengesan haba ‘DIMAC’ semasa bekerja (Kebakaran)

b) Pengesan Haba ‘Break-Link Cable’

Alat ini dipasangkan pada bahagian siling bangunan dan dilengkapi dengan penebat
PVC, dawai pengalir elektrik dan spring ketegangan. Dalam keadaan biasa arus
elektrik akan mengalir melalui dawai dan bila suhu meningkat antara 49°C hingga
88°C maka fius penyambung akan terputus dan arus elektrik akan terputus dan
seterusnya akan menyebabkan loceng amaran berbunyi.

Rajah 12.13: Keadaan pengesan haba ‘Break-Line Cable) semasa normal(tiada kebakaran)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 168


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

c) Pengesan Haba Menggunakan Kaedah Pengembangan.

i. Pengesan Haba ‘FIDELA’.

Ia menggunakan keluli tahan karat yang nipis. Apabila berlaku kebakaran, suhu akan
meningkat dan menyebabkan keluli mengembang. Keluli ini akan mengembang dan
membengkok ke atas sehingga menyentuh suis pengalir elektrik dan seterusnya
membunyikan loceng amaran. Biasanya logam ini akan mengembang pada suhu
65ºC.

Rajah 12.14: Keadaan pengesan haba ‘FIDELA’ semasa normal (tiada kebakaran)

Rajah 12.15: Keadaan pengesan haba ‘FIDELA’ semasa bekerja(kebakaran)

ii. Pengesan Haba 'May-Oatway

Cara alat ini bekerja adalah sama seperti pengesan jenis fidela hanya yang
membezakannya ialah pada alat ini, ia menggunakan satu tiub kaca yang diisi
dengan raksa dan dipasangkan dengan pelekat elektrik.

Apabila suhu meningkat di dalam julat yang ditentukan, dawai tembaga akan
mengembang dan tiub kaca akan bergerak. Pengerakan ini akan menyebabkan
raksa akan menyentuh kepada suis (sesentuh dawai) dan seterusnya akan
menyebabkan loceng berbunyi.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 169


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Rajah 12.15: Keadaan pengesan haba ‘May-Oatway’ semasa normal (tiada kebakaran)

Rajah 12.16: Keadaan pengesan haba ‘May-Oatway’ semasa bekerja (kebakaran)

d) Pengesan Haba Menggunakan Prinsip Pengembangan Jalur


Dwilogam.

Prinsip penggunaan alat ini adalah berdasarkan kepada prinsip pengembangan logam
apabila terkena haba atau bahangan. Jenis ini banyak digunakan pada semua alat
pengesan haba. Ia merupakan gabungan dua logam yang diikatkan bersama dan
apabila terkena haba, maka logam tersebut akan mengembang. Biasanya ia dibuat dari
keluli dan tembaga.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 170


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

Rajah 12.17: Pengesan haba dwi logam

i. Pengesan Haba 'Rate of Rise'

Pengesan ini adalah sama cara ianya berfungsi dengan pengesan haba dwi logam.
Kelebihan sistem ini ialah ia dipasangkan dengan hentian tetap suhu. Jika kebakaran
kecil berlaku dalam masa yang lama, alat pengesan ini juga akan dapat mengesan
kebakaran tersebut.

Rajah 12.18: Keadaan pengesan haba semasa normal (tiada kebakaran)

Rajah 12.19: Keadaan pengesan haba semasa bekerja (kebakaran)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 171


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 12 :PENGESAN

e) Pengesan Haba Menggunakan Pengembangan Gas/Udara.

Pengesan ini biasanya menggunakan udara yang disimpan di dalam kebuk dan sistem
ini juga dikenali sebagai pengesan pneumatik. Apabila udara dalam kebuk terkena
haba atau bahangan, udara ini akan mengembang dan akan menolak diaphragm ke
atas dan akan menyebabkan ianya bersentuh dengan suis dan akan menyebabkan
loceng amaran berbunyi. Satu lubang kecil disediakan bagi membenarkan udara keluar
bagi mengawal pengembangan udara di dalam kebuk.

(a)

(b)

Rajah 12.20: (a)Keadaan pengesan semasa normal (b) Keadaan pengesan semasa bekerja

Pengesan haba ini mempunyai kelemahan. Kelemahannya ialah sambutannya


(tindakannya) adalah perlahan (2 - 3 minit) dan ia hanya mengesan kepanasan
serta tidak dapat membezakan antara kepanasan yang disebabkan oleh api dengan
kepanasan yang disebabkan oleh suhu proses (contohnya kepanasan relau atau dandang).

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 172

Вам также может понравиться