Вы находитесь на странице: 1из 1

Kriteria Soalan KBAT/HOTS

Melibatkan taksonomi kognitif aras 3 :


Mengaplikasi (Menggunakan bahan/idea/strategi/konsep/prinsip/teori dalam situasi baharu)
Kata kerja proses:
- Menghitung, mengira, merekod, menunjuk cara, mengubah suai, menjana idea, membangunkan,
menjalankan, menyumbang, menggunakan, mengitlak, menjelaskan dengan contoh, menganggar,
membina, menyelesaikan, memanipulasi, mengajar, membuat urutan, mempraktikkan, membezakan

Melibatkan taksonomi kognitif aras 4:


Menganalisis (Mengasingkan maklumat kepada komponen komponennya untuk memahami dan
membuat perhubungan antara komponen)
Kata kerja proses:
- Mencerakinkan, memilih, mencirikan, menaakul, membezakan, mengasingkan, membuat andaian,
menyelesaikan masalah, membuat urutan, membuat kesimpulan, mengawal pemboleh ubah,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, menyusun mengikut keutamaan, menjelaskan melalui
contoh, membuat kajian, menterjemahkan, mengeksperimen, menghitung

Melibatkan taksonomi kognitif aras 5:


Menilai (Mewajarkan keputusan atau tindakan yang telah diambil atau pun menilai idea/bahan/
maklumat/ kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik)
Kata kerja proses:
- Mentaksir, mengkritik, mentafsir, menyokong, merumuskan, mempertahankan, mewajarkan menguji,
mengesan kecondongan, membuat keputusan, membahas

Melibatkan taksonomi kognitif aras 6:


Mereka cipta (Menggabungkan idea/komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif
untuk menghasilkan idea/struktur baharu)
Kata kerja proses:
- Menggabungkan, merancang, meringkaskan, membina, merangkakan, mereka bentuk, mencipta,
mengkonsepsikan, menganalogikan, membuat gambaran mental, berkomunikasi, mengeksperimen,
membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menambah baik, menulis

5
6
7

Belajar melalui penemuan melalui aktiviti hands-on (Eksperimen)


Penyiasatan saintifik memerlukan KBAT
Melibatkan membuat inferens, mewajarkan, menganalisa, mengaplikasi, menyelesaikan masalah,
menilai, mencipta, meramal

Sila rujuk laman web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut tentang KBAT/HOTS:
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=297&lang=ms
https://sites.google.com/site/sjkcjeramithink/konsep-i-think-1/hots/taksonomi-objektif-pendidikan-dan-contohkata-soal

Вам также может понравиться