Вы находитесь на странице: 1из 3

BMCG 2513

MINI PROJEK
Mini projek membawa sebanyak 30% daripada keseluruhan markah subjek ini.
Mini Projek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i) Kertas cadangan (proposal) = 5%
ii) Laporan akhir yang lengkap = 25%
(A) Kumpulan:
Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang maksimum.
Tugasan untuk setiap ahli kumpulan haruslah dinyatakan dengan jelas di dalam kertas
cadangan (proposal).
Mana-mana ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama dan/atau tidak
melaksanakan tugasan masing-masing akan dikenakan penalti/tindakan.
(B) Tema Projek:
Tiada tema khusus untuk Mini Projek ini (tajuk adalah bebas).
Idea rekabentuk adalah merupakan idea yang asli (original), belum lagi
dikomersilkan, diiklankan atau dikeluarkan di mana-mana sumber.
Rekabentuk yang dibangunkan mestilah realistik, samada daripada segi fungsinya,
saiz atau penggunaannya, ergonomik dan perlu menitik beratkan faktor keselamatan
di dalam rekabentuk tersebut.
Minimum komponen (komponen utama) untuk rekabentuk produk yang akan
dihasilkan adalah sebanyak 10 unit. Komponen-komponen ini tidak termasuk
komponen standard seperti screw, bolt & nut, washer, bearing.
(C) Kertas cadangan (Proposal): (50 markah)
1) Kertas cadangan (proposal) perlu disiapkan dan diserahkan kepada pensyarah masingmasing untuk mendapatkan kelulusan pada minggu ke 5.
2) Disediakan dan ditaip dengan menggunakan kertas A4 berwarna putih:
Font: Times New Roman.
Saiz: 12
Spacing: 1.5
Paragraph: justified
3) Disediakan samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Tidak boleh
menggunakan kedua-duanya sekali, pilih hanya menggunakan satu bahasa sahaja). Bagi
kumpulan yang menggunakan Bahasa Melayu, mana-mana perkataan yang melibatkan
penggunaan Bahasa Inggeris, perlu Italic perkatan tersebut.

4) Format kertas cadangan (proposal) adalah seperti berikut:


Muka hadapan: (selain daripada logo UTeM, nama fakulti dan juga nama subjek
serta kod subjek)
Nama produk.
Nama setiap ahli kumpulan, No. Matrik & Seksyen.
Nama Pensyarah.
Pengenalan: (10%)
Senarai tugas bagi setiap ahli kumpulan.
Penerangan ringkas berkenaan dengan produk yang akan direkabentuk, seperti latar
belakang produk, cara ianya berfungsi, diaplikasikan di mana dan untuk tujuan apa,
apakah kelebihan produk tersebut dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan
produk.
Spesifikasi produk: (35%)
Lakaran keseluruhan produk yang dicadangkan (dalam pandangan isometrik).
Lakaran untuk 10 unit komponen utama (boleh dilakarkan dalam pandangan geometri
dan/atau isometrik). Namakan setiap komponen yang terlibat.
Di peringkat kertas cadangan ini, tidak perlu dimensi atau saiz sebenar.
Carta Gantt/Milestone: (5%)
Cadangan aktiviti-aktiviti dan juga masa untuk menyiapkan setiap aktiviti terlibat di
sepanjang projek ini berjalan (dari mula hingga selesai).

(D) Laporan Akhir (Final Report): (100 markah)


1) Laporan akhir perlu disiapkan dan diserahkan kepada pensyarah masing-masing pada atau

sebelum minggu ke 15.


2) Disediakan dan ditaip dengan menggunakan kertas A4 berwarna putih:
Font: Times New Roman.
Saiz: 12
Spacing: 1.5
Paragraph: justified
Ukuran margin kanan, atas dan bawah adalah 2.5cm, manakala pada margin
sebelah kiri adalah 3cm.
3) Disediakan samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Tidak boleh

menggunakan kedua-duanya sekali, pilih hanya menggunakan satu bahasa sahaja). Bagi
kumpulan yang menggunakan Bahasa Melayu, mana-mana perkataan yang melibatkan
penggunaan Bahasa Inggeris, perlu Italic perkatan tersebut.
4) Panduan Format Laporan Akhir:
Muka hadapan (Front page).
Isi kandungan (Content). (5%)

Abstrak (Abstract). (5%)


Pengenalan (Introduction). (10%)
Spesifikasi Teknikal Produk (Product Technical Specifications). (25%)
Kesimpulan (Conclusion). (10%)
Rujukan (References). (5%)
Lampiran (Appendices). (40%)

Perhatian!!!:
Kesemua lukisan komponen yang terlibat untuk menghasilkan produk lengkap, perlu
disediakan dalam bentuk pandangan ortografik (beserta dengan dimensi yang
bersesuaian) & isometrik. Lukisan-lukisan pandangan ini perlu dimasukkan ke dalam
A4 title block template yang bersesuaian (samada landscape dan/atau portrait).
Lukisan pemasangan (assembly drawing) & lukisan ceraian (exploded view) adalah
dimestikan. Lukisan-lukisan ini perlu disertakan sekali dengan Bill of Materials
(BOM).
Pandangan lukisan keratan rentas (cross section view) dan juga pandangan perincian
(detail view) juga perlu disertakan di dalam lukisan komponen yang terlibat.
SETIAP KUMPULAN PERLU MENYERAHKAN LAPORAN AKHIR BESERTA
DENGAN CD YANG MENGANDUNGI KESEMUA BAHAN-BAHAN/SUMBERSUMBER YANG BERKAITAN DENGAN MINI PROJEK INI PADA ATAU
SEBELUM MINGGU KE 15.

Вам также может понравиться