Вы находитесь на странице: 1из 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


BIL.7/2010
Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

12 Julai 2010 (Selasa)


9.00 pagi 9.20 pagi
Bilik Mesyuarat Utama
Tingkat Satu, Kementerian Belia dan Sukan

KEHADIRAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Dato Mohd Shapian Bin Mohd Nor


Datin Rohana Bt. Mansor
Cik Noor Syuhada Bt. Ahmad Jamil
Cik Hasmida Bt. Zaman Huri
Pn. Zarina Bt. Nordin
Pn. Zuraida Bt. Mat Nooh
Pn. Supiah Bt. Ahmad
Pn. Noorasiken Bt. Ismail
Pn. Romiza Bt. Ahmad Junid

BIL.
1.0

Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah
Pengarah Kewangan
Pengarah Pengurusan
Pengarah Logistik
Pengarah Perhubungan Awam
Pengarah Keselamatan
Setiausaha

PERKARA

TINDAKAN

PERUTUSAN PENGERUSI
Tuan pengerusi mengucapkan selamat pagi dan mengalu-alukan kehadiran
semua ahli mesyuarat.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 6/2010


Minit Mesyuarat Pengurusan yang telah diadakan pada 12.06.2010 disahkan
tanpa pindaan oleh Pn. Supiah Bt. Ahmad dari Bahagian Perhubungan Awam dan
telah disokong oleh Pn. Zarina Bt. Nordin dari Bahagian Pengurusan.

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 BEKALAN PERUBATAN
Mesyuarat mengambil maklum bahawa bekalan perubatan untuk pesertapeserta sukan SUKMA telah diambil tindakan. Bekalan perubatan tersebut
telah diuruskan oleh Bahagian Perolehan, Kewangan.
3.2 AMBULAN TIDAK MENCUKUPI
Dimaklumkan bahawa ambulan untuk program sukan tidak mencukupi.
Perkara ini telah diambil tindakan oleh Bahagian Pengurusan.

- Bahagian Kewangan

- Bahagian Pengurusan

4.0

LAPORAN SUKMA KE 13
4.1 LAPORAN PERBELANJAAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa peruntukan bagi SUKMA ke 13 adalah
sebanyak RM 12 juta. Pengagihan perbelanjaan adalah seperti berikut :
4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4
4.1.5
4.1.6
4.1.7
4.1.8
4.1.9

Promosi
Peralatan / Kemudahan
Stadium / Gelanggang
Perubatan
Pengangkutan
Penginapan
Hadiah / Ganjaran
Pengurusan / Operasi
Makanan
Jumlah Keseluruhan

- Bahagian Kewangan

- RM 100,000.00
- RM 2,000,000.00
- RM 1,000,000.00
- RM 2,000,000.00
- RM 500,000.00
- RM 1,000,000.00
- RM 1,000,000.00
- RM 2,000,000.00
- RM 2,000,000.00
= RM 11,600,000.00

Baki peruntukan adalah sebanyak RM 400,000.00.


4.2 LAPORAN PROMOSI
Mesyuarat mengambil maklum bahawa promosi telah dilakukan melalui
media cetak dan media elektronik selama dua bulan sebelum acara bermula.
Anggaran penonton seramai 50,000 orang. Sambutan kurang menggalakkan
disebabkan faktor cuaca dan bertindih dengan perlawanan bola sepak Piala
Dunia 2010 yang sedang berlangsung.
4.3 LAPORAN PERUBATAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa bekalan perubatan sepanjang SUKMA
adalah mencukupi dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia.
4.4 LAPORAN LOGISTIK
Mesyuarat mengambil maklum bahawa tiada masalah yang timbul dan telah
mendapat kerjasama daripada semua pihak.
4.5 LAPORAN KESELAMATAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada sebarang masalah berhubung
keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA kerana telah mendapat
kerjasama sepenuhnya daripada badan beruniform seperti PDRM, RELA dan
Bomba.
Timbalan Ketua Setiausaha telah mengutarakan isu berhubung kebajikan dan
saguhati tanda penghargaan kepada agensi yang terlibat. Mesyuarat
mengambil maklum bahawa perkara tersebut telah pun diambil tindakan.

- Bahagian
Perhubungan Awam

- Bahagian Pengurusan

- Bahagian Logistik

Bahagian
Keselamatan

Bahagian
Kewangan

5.0

HAL-HAL LAIN
5.1 ADUAN
Ketua Pengarah membangkitkan isu berkenaan dengan aduan yang diterima
daripada pihak atasan iaitu terdapat beberapa orang atlet yang disyaki telah
mengambil dadah semasa acara SUKMA yang lepas. Beliau berharap supaya
Bahagian Pengurusan lebih peka dan berhati-hati dengan perkara ini supaya
tidak berulang lagi pada masa akan datang

Bahagian
Pengurusan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.20 pagi


DISEDIAKAN OLEH

DISAHKAN OLEH

...............................................

....................................................
(DATO MOHD SHAPIAN BIN MOHD NOR)
Ketua Setiausaha
Kementerian Belia dan Sukan

(ROMIZA BT. AHMAD JUNID)


Setiausaha

Вам также может понравиться