Вы находитесь на странице: 1из 12

Kesultanan

Melayu Melaka
AJ20123
Soalan 1 . SEJARAH KEWUJUDAN DAN KEJATUHAN
KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA (1400-1511)
TELAH DICATATKAN DALAM PELBAGAI SUMBER
TEMPATAN, BARAT DAN CHINA DAN BERBEZA DARI
SEGI FAKTA DAN TAFSIRAN. BINCANGKAN.

Nama
1. Sharifah Nur
Asilah binti Wan
Abdilah
2. Georgina ak
Nikros
3. Nurhafizah binti
Yusof

No Matrik

Tandatangan

BA08110123

BA08110112
BA08110359
1

Pendahuluan
Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberi banyak maklumat berkenaan
sejarah kewujudan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya sumber
daripada tempatan, sumber barat dan sumber Cina. Walau bagaimanapun, setiap
sumber

memberi

banyak

tafsiran

dan

fakta

yang

berbeza

sungguhpun

mengandungi perkara yang sama. Oleh sebab itu, wujud persoalan untuk memilih
sumber yang lebih di percayai untuk mengetahui tentang Kesultanan Melayu
Melaka. Banyak aspek yang dapat di gunakan untuk mengetahui tentang zaman
Kesultanan Melayu Melaka seperti susunan raja-raja awal Melayu, salasilah ringkas
Sultan Mansor Syah dengan Sultan Alaudin Riayat Syah dan juga sistem
pentadbiran dan politik Melaka. Penilaian daripada aspek tersebut akan memberi
pelbagai perbezaan fakta dari setiap sumber. Walau bagaimanapun, kesemua
sumber

mempunyai gambaran yang sama tentang Melaka sebagai bandar

pelabuhan yang sentiasa sibuk dengan urusan perdagangan antara pedagang


tempatan dan pedagang luar.1

Sumber tempatan

Sumber tempatan merujuk kepada sumber tentang Melaka yang di catat dalam
bahasa Melayu. Sejarah Melayu mewakili teks yang mengandungi genre sejarah
berbanding dengan genre undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka. Sejarah Melayu dari semua versi mencatatkan bahawa asal
usul Iskandar Syah adalah dari Singapura dan mempunyai darah keturunan
daripada nasab Sang Nila Utama yang membuka Singapura dan juga bernasab
terus daripada keturunan kerabat diraja Palembang.2 Walau bagaimanapun,
Sejarah Melayu contohnya, hasil karangan Tun Sri Lanang sebelum 1536. Sejarah
Melayu, Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempunyai
1 Muhammad Yussof Hashim Ph.D, Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur,1989, Hlm. 6

2 Ibid, Hlm. 107


2

maklumat sejarah sendiri untuk memberitahu pembaca berkenaan dengan


keadaan Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya.
Dari aspek sejarah, Sejarah Melayu di katakan mengalami kekurangan
berkenaan dua perkara iaitu tidak mempunyai tarikh dalam menerangkan sesuatu
peristiwa yang berlaku dan sukar untuk membezakan sumber yang dongeng
dengan sumber yang di percayai.3 Contohnya, berkenaan tarikh Kesultanan Melayu
Melaka di tubuhkan tidak ada dalam catatan sumber Sejarah Melayu. Sejarah
Melayu mengandungi 29 buah versi yang mengandungi sudut pandangan yang
berbeza bergantung kepada penulis. Setiap daripada versi tersebut mengandungi
unsure-unsur yang berbeza dan terdapat juga perbezaan fakta.
Hikayat Hang Tuah juga merupakan salah satu sumber tempatan. Sumber ini dapat
memberi gambaran kepada pembaca mengenai konsep masyarakat Melaka abad
ke 15 dan abad ke 16. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang
menganggap Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik kesusasteraan. Hal ini berlaku
kerana Hikayat Hang Tuah di kategorikan sebagai karya kreatif sastera yang terlalu
mengutamakan keagungan Hang Tuah yang bercorak kepahlawanan. Sebagai
contoh, unsur kekebalan yang ada dalam diri Hang Tuah dan kesaktian keris Taming
Sari boleh menimbulkan keraguan terhadap pembaca. Contohnya , ketika
pertarungan Hang Tuah dengan Taming Sari menyebabkan Hang Tuah kehairanan
melihat Taming Sari tidak dapat di cederakan. Oleh itu, Hang Tuah berpendapat
bahawa keris Taming Sari mempunyai kesaktian.4 Kemudian apabila Hang Tuah
berjaya memiliki keris tersebut, beliau di katakan kebal dan sukar untuk di
kalahkan oleh musuh.
Setiap versi tersebut mengandungi penyataan isi dan fakta yang berbeza-beza
Contohnya, Sejarah Melayu versi Raffles MS.18 yang di tulis pada 1938 dan Sejarah
Melayu versi W.G.Shellabear pada 1612. Sejarah melayu versi W.G Shellabear
berbeza daripada versi Raffles MS.18 kerana di katakan telah di perbaiki semula.5

3 ibid
4 Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur, 1997, Hlm. 155

5 ibid
3

Sumber barat
Selain sumber cina dan tempatan, terdapat sumber barat yang dapat di gunakan
untuk mengetahui Kesultanan Melayu Melaka. Suma Orientel oleh Tom Pires, O.W.
Wolters, Duarto Barbosa, Varthema, Gasper Correa, De Barros dan

Adam Smith.

The Suma Oriental terbit sekitar selepas tahun 1511 yang di hasilkan oleh Tom
Pires. Catatan yang beliau buat dapat menyampaikan secara jelas akan masyarakat
Melaka sekitar tahun 1400 sehingga 1515. The Suma Oriental merupakan sumber
primer dalam salah satu bahasa Eropah yang pertama tentang Melaka.
Selain itu, Braz de Albuquerque telah menghasilkan sebuah buku
tentang Melaka melalui catatan ayahnya iaitu Alfonso de Albuquerque. Buku itu
bertajuk The Commentaries of The Great Alfonso Dalboquerque,Second Viceroy of
India. De Eredia pula sungguhpun di lahirkan dan di besarkan di Melaka pada abad
ke-17, beliau menghasilkan penulisannya tentang Melaka kira-kira seratus tahun
selepas kuasa Melayu lenyap di bumi Melaka. Walau bagaimanapun, sumber dari
penulis-penulis

lain barat seperti Joao de Barros, De Castanheda, de Diogo de

Couto, Duarte Barbosa dan de Correa adalah berlandaskan sumber sekunder


dengan tafsiran masing-masing tentang masyarakat Melayu di Melaka.

Sumber Cina
Sumber China terutama catatan rasmi istana Ming, Ming shih-tu
(Catatan Sebenar Wangsa Ming) dan Ming Shih (Sejarah Wangsa Ming), yang
berasaskan Ming Shih-lu, semakin mendapat perhatian para sarjana. Ming Shih-lu
adalah satu-satunya catatan semasa tentang kewujudan dan pertumbuhan Melaka
pada kurun ke-15. Sumber ini umumnya boleh dipertanggungjawabkan kerana
selain bersifat rasmi catatan-catatan di dalamnya adalah menurut urutan peristiwa
serta lengkap dengan butiran dan tarikh sekali. Berasaskan kepada sumber inilah
pada tahun 1968, seorang sarjana, Wang Gungwu, memecahkan kebuntuan
berkaitan dengan masalah salasilah raja-raja awal Melaka yang gagal diselesaikan
oleh sumber-sumber Melayu dan Portugis.
Namun begitu, para pengkaji menyedari bahawa sebagai catatan rasmi
yang dibayangi oleh keperluan menonjolkan China sebagai pusat China dan sumber
4

peradaban manusia, tidak mustahil dalam sumber rasmi China terdapat maklumat
yang kurang tepat tentang negara dan bangsa lain yang umumnya dianggap
pinggiran dan gasar termasuk Melaka. Selain itu, terdapat pula catatan-catatan
peribadi oleh pegawai atau pengembara Cina seperti Ying-yai Sheng-Ian (1433) oleh
Fei Hsin yang maklumat di dalamnya terbatas kepada tempoh yang singkat sah.

Susunan raja-raja awal Melaka


Cerita Asal Usul Raja-Raja Awal Melaka merupakan versi yang paling
tua dan dapat di gunakan sebagai asas untuk memahami susunan awal raja-raja
Melaka.6 Versi ini terdapat di Universiti Leiden dengan kod Cod.Or.3199,(3) Bahagian
4.

Menurut Cerita Asal Usul Raja-Raja Awal Melaka, raja pertama adalah Seri

Iskandar Syah yang memerintah Melaka selama 22 tahun dan Singapura selama 3
tahun. Kemudian di gantikan dengan Sultan Megat yang memerintah selama 2
tahun di Melaka. Raja ketiga adalah Sultan Mahmud yang kemudiannya di gantikan
oleh raja keempat iaitu Sultan Abu Said yang memerintah lebih kurang 2 tahun.
Manakala sultan yang terakhir menurut cerita asal usul Raja-Raja Awal Melaka
adalah Sultan Mudafar Syah.8
SUMBER TEMPATAN
Akan tetapi, menurut

Sejarah Melayu versi 1536, raja pertama Melaka adalah

Sultan Iskandar Syah yang memerintah selama 20 tahun di Melaka , kemudian di


gantikan dengan Raja Kecil Besar iaitu Sultan Megat selama 2 tahun. Selepas itu,
Sultan Muhammad Syah atau Raja Tengah memerintah Melaka selama 57 tahun dan
di gantikan dengan Sultan Abu Syahid selama 17 bulan. Raja Kassim atau Sultan

6 Muhammad Yussof Hashim Ph.D,Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala


Lumpur,1989.Hlm 99

7 Ibid, Hlm. 117.


8 Ibid, Hlm. 386
5

Muzzafar Syah pula menggantikan takhta dan memerintah Melaka selama 40 tahun.
9

Walau bagaimanapun, Sejarah Melayu versi 1612 pula mencatatkan fakta yang
berbeza. Sumber ini mencatatkan bahawa Sultan pertama adalah Sultan Iskandar
Syah yang memerintah Singapura selama 32 tahun dan Melaka selama 2 tahun.
Selepas itu di gantikan dengan Raja Muda Besar iaitu Raja Ahmad. Sumber ini tidak
menyatakan tarikh pemerintahan Raja Ahmad. Raja yang ketiga adalah Radin
Tengah ataupun Raja Tengah. Selepas itu di gantikan dengan Raja Ibrahim atau
Sultan Abu Syahid selama 17 bulan di Melaka. Raja Ibrahim kemudiannya di
gantikan dengan Raja Kassim atau Sultan Muzzafar Syah yang memerintah selama
42 tahun di Melaka.10
Naskah Bustanus-Salatin 1638 pula mencatatkan sumber yang berbeza berbanding
Sejarah Melayu versi 1536 dan 1612. Walau bagaimanapun, sumber ini langsung
tidak menyatakan tarikh-tarikh penting berkenan pemerintahan awal raja-raja
Melaka. Dalam naskah ini, di catatkan bahawa raja awal Melaka yang pertama
adalah Seri Rama Adikerma. Kemudian, di gantikan dengan Raja Besar Muda iaitu
Raja Ahmad dan Raja Tengah pula adalah raja Melaka yang ketiga. Raja keempat
pula adalah Raja Kecil Besar iaitu Sultan Muhammad Syah dan raja kelima adalah
Raja Kassim atau Sultan Muzaffar Syah.
Oleh yang demikian, dapat di simpulkan bahawa sumber-sumber
tempatan mempunyai perbezaan fakta juga sungguhpun berada dalam kategori
yang sama. Wujud persoalan sama ada sumber tempatan yang dapat di gunakan
sebagai sumber yang boleh di percayai sepenuhnya khususnya dalam tujuan
pensejarahan dan kajian. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat di lihat juga
daripada sumber asing iaitu sumber Cina dan barat.
SUMBER CINA

9 Ibid
10 Ibid

Menurut sumber China iaitu daripada catatan penulis Yung-lo Shih-lu yang membuat
catatan pada tahun 1425-1430 dan Hsuan-te Shih-lu pada tahun 1438 mengatakan
bahawa raja Melaka yang pertama adalah Pai-li-mi-su-la yang meninggal dunia pada
tahun 1414 atau akhir tahun 1413. Raja yang kedua pula bernama Mu-kan-sa-yu-tier-sha atau I-ssu-han-ta-er-sha yang meninggal dunia pada akhir tahun 1423 atau
awal tahun 1424. Raja Melaka yang seterusnya adalah Hsi-li-ma-ha-la-che yang
meninggal sebelum tahun 1444. Raja Melaka yang keempat pula ialah His-li-pa-mihis-wa-er-tiu-pa-sha yang dicatatkan pada 1445. Raja Melaka terakhir yang
dicatatkan pada tahun 1445 ialah Su-lu-tan-wu-ta-fo-na-sha.11
SUMBER BARAT
Sumber barat daripada versi Winstedt 1948 pula berpendapat bahawa Raja pertama
Melaka adalah Megat Iskandar Syah yang meninggal dalam tahun 1424. Apabila
baginda mangkat, baginda di gantikan oleh Sri Maharaja dan setelah meninggal
pada 1444, Raja Ibrahim Sri Parameswara Dewa Syah pula menggantikan Sri
Maharaja. Akan tetapi beliau mangkat kerana telah di bunuh pada tahun 1446 dan
di gantikan oleh Raja Kasim iaitu Sultan Muzaffar Syah. Sumber daripada versi
Winstedt Cuma menyatakan tarikh kemangkatan setiap raja-raja Melaka. Berbeza
dengan sumber lain barat seperti versi Wake 1964 mencatatkan tarikh yang
berbeza mengenai tempoh masa pemerintahan raja pertama Melaka iaitu Sri
Parameswara

sekitar

1400

sehingga

1414.

Kemudian,

pemerintahan

Sri

parameswara di gantikan dengan Megat Iskandar Syah iaitu pada 1414 sehingga
1424. Dalam versi ini, terdapat banyak nama untuk raja ketiga di Melaka. Antaranya
adalah Seri Maharajah Mohamed Shah, Raja Tengah dan Raja Kechil Besar yang
memerintah pada 1424 sehingga 1445. Kemudian, raja yang keempat adalah Seri
Parameswara Dewa Syah iaitu Raja Ibrahim yang memerintah Melaka dari tahun
1445 sehingga 1446.

Setelah itu, Sultan Muzaffar Syah pula menaiki takhta

menjadi raja kelima memerintah Raja Kassim12

11 Ibid
12 Muhammad Yussof Hashim Ph.D,Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa Dan
Pustaka,Kuala Lumpur,1989.Hlm 387

Daripada ketiga-tiga sumber ini, dapat di lihat setiap fakta berbeza-beza sehingga
menimbulkan persoalan sumber mana yang paling betul untuk memahami susunan
awal raja-raja Melaka. Walau bagaimanapun, daripada penilaian tentang ketiga-tiga
sumber, dapat di ketahui bahawa pengasas dan raja Melaka yang terawal adalah
Parameswara iaitu menggunakan nama Sultan Iskandar Syah setelah memeluk
agama islam.

Salasilah ringkas Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah
Salasilah ringkas Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berdasarkan
Sejarah Melayu versi 1536 menyebut bahawa Sultan Mansor Syah berputerakan
Sultan Alaudin Riayat Syah hasil perkahwinan dengan wanita Jawa iaitu Puteri
Raden Galuh. Manakala, Sejarah Melayu versi 1612 dan edisi 1979 menunjukkan
bahawa Sultan Mansor Syah berkahwin dengan adik Bendahara Tun Perak dan lahir
nya Sultan Alaudin Riayat Syah.13
Manakala, dalam sumber barat berdasarkan catatan Tom Pires iaitu The Suma
Oriental menyebut bahawa susur galur Sultan Alaudin Riayat Syah atau Alaodin
adalah daripada Sultan Mansor Syah atau Sultan Mamsursa. Baginda telah
berkahwin dengan Puteri Raja Kampar dan hasil daripada perkahwinan tersebut,
baginda memperoleh 2 orang puteri. Baginda juga berkahwin dengan wanita
Pahang dan mendapat seorang anak perempuan. Isteri ketiga baginda adalah puteri
raja negeri Pahang dan beliau mendapat anak lelaki yang di beri nama Raja
Caleman atau Sulauman. Isteri baginda yang terakhir adalah anak perempuan
Bendahara dan hasil dariapda perkahwinan tersebut lahirlah Sultan Mahmud Syah
atau Raja Mafamut.14

Sistem Pentadbiran dan Politik Melaka.


13 Ibid, Hlm. 391
14 Ibid
8

Menurut Sejarah Melayu versi Shellabear versi 1612 ada mencatatkan


mengenai fakta tentang sistem pentadbiran dan politik di Melaka. Versi ini
mencatatkan bahawa terdapat menteri empat dalam sistem pembesar Melaka.
Pembesar

yang

pertama

adalah

bendahara

kemudian

di

ikuti

penghulu

bendahari,temenggung dan laksamana. 15 Walau bagaimanapun, sumber dari


Undang-Undang Laut Melaka mencatatkan fakta yang berbeza. Hal ini kerana,
sumber ini menyatakan bahawa kedudukan pertama dalam sistem pembesar
adalah bendahara, di ikuti oleh temenggung, penghulu bendahari dan terakhir
syahbandar.

16

Sumber daripada Portugis pula mencatatkan fakta yang berbeza dari sumber
tempatan. Tom Pires dalam penulisannya telah mencampur-adukkan peranan
bendahara dan penghulu bendahari dengan melihat kepada has charge of the
kings revenue. Oleh sebab itu, dapat di lihat bahawa Tom Pires tidak dapat
membezakan antara peranan bendahara yang bertanggungjawab mengumpul
khazanah

kerajaan

bertanggungjawab

dengan

tugas

Penghulu

Bendahari

yang

sepatutnya

dalam tugas tersebut. Oleh yang demikian, fakta daripada

sumber ini agak sukar untuk di gunakan untuk memahami sistem pembesar dalam
Kesultanan Melayu Melaka.17
Daripada kedua-dua sumber ini, dapat di lihat pelbagai perbezaan pandangan
penulis mengenai sistem pembesar di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh yang
demikian, kewajaran untuk mempercayai kedua-dua sumber di pertikaikan kerana
kedua-dua penulis ini adalah bukan berasal daripada zaman kewujudan dan
kejatuhan Melaka. Tambahan pula, setiap penulis mempunyai perspektif dan
penilaian yang berbeza dalam penulisannya berdasarkan sumber yang mereka
perolehi.

15 Ibid, Hlm. 155


16 Ibid, Hlm. 150
17 Ibid
9

Kesimpulan
Berdasarkan penilaian terhadap ketiga-tiga sumber tersebut iaitu sumber tempatan,
sumber barat dan sumber cina, dapat di simpulkan bahawa ketiga-tiga sumber ini
mempunyai banyak perbezaan fakta mengenai zaman kewujudan dan kejatuhan
Melaka.
Berdasarkan keseluruhan daripada sumber tempatan yang mempunyai
pelbagai versi telah menyebabkan kerumitan kepada goLongan yang memerlukan
sumber tempatan untuk melakukan kajian. Hal ini berlaku kerana, setiap daripada
versi memaparkan fakta yang berbeza dan membingungkan pengkaji. Harus di
ingatkan bahawa corak dan sudut pandangan dalam Sejarah Melayu adalah hasil
pandangan daripada kalangan kerabat Bendahara. Oleh sebab itu, wujud persoalan
bagaimana sekiranya Sejarah Melayu itu di hasilkan daripada kalangan golongan
bawahan

zaman

Kesultanan

Melayu

Melaka.

Sudah

tentu

penulisannya

memaparkan fakta dan pandangan yang berbeza daripada penulisan serta


pandangan golongan atasan.
Keseluruhan daripada sumber Portugis di dorong oleh dua faktor iaitu
penulis yang berasal daripada kalangan penakluk manakala masyarakat Melaka
adalah golongan yang di takluk dan lebih menjurus ke arah semangat Kristian
berbanding dengan keadaan masyarakat Melaka yang beragama Islam. Walau
bagaimanapun, tidak dapat di nafikan bahan-bahan Portugis amat di perlukan
dalam kaedah pensejarahan

kerana ianya dapat membantu memberi gambaran

tentang Melaka antara tahun 1400 hingga 1511. 18


Sumber Cina pula jika melihat sumbernya hanya lebih memfokuskan tentang nama
raja-raja Melaka, suasana kosmopolitan Melaka, aspek perdagangan dan ekologi. 19
Walau bagaimanapun, di fahami bahawa sumber dari Cina tidak menyebelahi mana18 Ibid, Hlm. 18
19 Ibid, Hlm. 13
10

mana pihak kerana berdasarkan penulisan daripada mereka, tujuan kedatangan ke


Melaka adalah untuk melancarkan ekspedisi dan misi orang Cina.
Kesimpulannya, daripada ketiga-tiga sumber ini, sumber Cina lebih bersifat fleksibel
dalam membantu menjelaskan tentang kewujudan zaman Kesultanan Melayu
Melaka dengan lebih tepat lagi. Zaman kejatuhan Melaka tidak dapat di temui
dalam penulisan sumber Cina kerana pada ketika itu negeri Cina telah menukar
dasar pentadbiran negeri mereka kepada dasar tutup pintu.

Rujukan
1. Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Dewan
Bahasa dan
Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
2. Kassim Ahmad. 1973. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah. Latihan Ilmiah
Pengajian
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia
Kuala
Lumpur.
3. Kassim Ahmad. 1997. Hikayat Hang Tuah. Pengenalan tambahan oleh Noriah
Mohamed.
Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
4. Muhammad Yusof Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa
Aspek
tentang Melaka pada Abad ke-15 dan abad ke-16 dalam SejaraH
Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
11

5. Tan Sri Mubin Sheppard. 1982. Tanah Melayu yang Bersejarah. Eastern
Universities
Press (M) Sdn Bhd.

12

Вам также может понравиться