Вы находитесь на странице: 1из 11

4.

0 Kuiz Gred-Sendiri : Panduan untuk Guru


Google Forms adalah alatan hebat yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti
menarik menggunakan borang dan spreadsheet. Setelah anda mula menggunakannya, anda
pasti akan terpegun dengan pelbagai fungsi yang disediakan. Hari ini kita akan belajar
bagaimana untuk mencipta kuiz gred-sendiri menggunakan Google Forms. Secara tidak
langsung, anda juga akan mempelajari lebih banyak cara untuk memanfaatkan borang dan
spreadsheet.

Mencipta Kuiz Gred-Sendiri.


1. Pada tab Google Drive anda, klik di butang
New dan pilih Form.

2. Sebuah tab Form baru akan dibuka, klik di


Untitled form untuk menamakan semula
borang baru tersebut.

3. Klik di butang Question Type dan pilih


Text di menu ke bawah.

4. Taipkan Name: di kotak Question Title,


dan taipkan arahan di kotak Help Text.

5. Tandakan kotak Required question untuk


menjadikan soalan tersebut wajib dijawab.

6. Klik di butang Duplicate pada pada sudut


kanan atas kotak Question untuk membuat
salinan soalan anda.
7. Taip pada Class: di kotak Question Title,
dan taipkan arahan di kotak Help Text.

8. Teruskan membuat soalan anda dengan


mengubah jenis soalan kepada pilihan
Multiple choice
Klik pada Add Item, dan pilih soalan Multiple
choice.

9. Taipkan soalan anda di bahagian Question


Title.

10. Anda boleh menyalin jawapan anda


secara terus daripada Spreadsheet anda atau
daripada Google Sheet.
Pilih semua jawapan dan salin.

11. Di kotak mengubah soalan, pilih jawapan


pertama dan tampal jawapan yang disalin tadi
di kotak tersebut. Jawapan akan dimasukkan
secara automatik.

12. Tandakan kotak Required question


untuk menjadikan soalan tersebut wajib
dijawab.

13. Klik di butang Duplicate pada sudut atas


kanan Question box untuk menyalin soalan
anda.
14. Anda boleh klik butang Add Item dan pilih
Text untuk menyalin atau mengubah jenis
soalan tersebut kepada Text.

15. Masukkan soalan di dalam kotak tersebut.

16. Sekali lagi, tandakan kotak Required


question untuk menjadikan soalan tersebut
wajib dijawab.

17. Setelah selesai membuat perubahan, klik


di butang View Live Form pada tab di atas.

18. Untuk menggunakan fungsi gred-sendiri,


anda perlu menghantar kuiz sebanyak sekali
sebagai templat jawapan.

19. Pilih jawapan yang betul untuk soalan


aneka pilihan.

20. Taipkan jawapan yang betul pada kotak

Text questions.
Nota:
Untuk membolehkan Google Form menerima
jawapan pelajar anda, terutamanya untuk
jawapan teks, anda perlu menggunakan %or
sebagai jawapan yang diterima.
Contoh:
Q: Siapakah Perdana Menteri pertama pada
1958?
A: Tunku Abd Rahman %or tunku abd rahman
Q: Merah, hijau, ungu dan kuning adalah contoh
untuk...
A: warna %or warna
Q: Pada hari Isnin, beberapa pelajar membawa
anjing mereka ke kelas. (Berikan salah satu nama
anjing tersebut)
A: sabre %or pat %or big al

Tanda ini akan membolehkan sistem


mengenalpasti huruf kecil sebagai jawapan
yang boleh diterima atau sebagai pilihan
jawapan yang betul.
21. Klik butang Submit untuk menghantar
templat jawapan anda.

22. Anda boleh mula menghantar borang


anda sebagai tugasan dan pelajar boleh klik
butang Send form pada sudut atas kanan
tetingkap editor Form untuk menghantar
jawapan mereka.

23. Anda akan menerima maklum balas


daripada pelajar anda. Untuk memeriksa
maklum balas anda, klik pada butang View
responses

24. Tab Google Sheet baru akan dipaparkan.

25. Pada maklum balas Google Sheet anda


boleh mengubah pilihan notifikasi di Form
dengan mengubah Notification Rules. Ini
akan membolehkan Google menghantar emel kepada anda sebagai notifikasi sebaik
sahaja pelajar anda menghantar tugasan.
Klik di tab Tools, pilih Notification rules...

26. Ubah notifikasi pilihan anda di tetingkap


yang dipaparkan.

27. Untuk mengaktifkan fungsi kuiz gredsendiri, klik tab Add-ons dan klik butang Get
add-ons...

28. Sebuah lagi tetingkap akan dipaparkan,


taip flubaroo pada kotak carian dan tekan
enter.

29. Klik di butang +Free untuk menambah


app. skrip. Setelah ditambah, klik X untuk
menutup tetingkap tadi.

30. Klik di tab Add-ons semula untuk


membolehkan Enable Flubaroo in this
sheet.

31. Anda akan menerima satu notifikasi, klik


OK untuk teruskan.

32. Klik tab Add-ons sekali lagi dan pilih


Grade Assignment untuk memulakan kuiz
gred-sendiri anda.

33. Tetingkap Flubaroo akan muncul, anda


boleh pilih gred pilihan anda untuk setiap
soalan di sini.

34. Peratus keseluruhan akan dikira secara


automatik. Malah, anda boleh memilih Skip
Grading untuk soalan subjektif yang
memerlukan penggredan secara manual. Klik
di butang Continue untuk teruskan.

35. Pilih templat jawapan anda di tetingkap


seterusnya.

36. Sistem akan dimuat naik secara


automatik dan anda akan menerima sheet
seterusnya dengan judul Grade.

37. Inilah hasilnya! Tugasan anda kini telah diberikan gred secara automatik oleh sistem. Ia
menjimatkan masa dan usaha anda untuk menanda tugasan pelajar. Sistem ini memang

10

hebat kerana ruangan soalan yang diserlahkan menunjukkan pelajar memerlukan perhatian
tambahan kerana banyak jawapan salah dihantar.

11

Вам также может понравиться