Вы находитесь на странице: 1из 17

GAGASAN MALAYSIA MENERIMA BEBERAPA CABARAN DI AWAL

PEMBENTUKANNYA. JELASKAN CABARAN-CABARAN TERSEBUT DAN


BAGAIMANA IA TELAH DAPAT DIATASI.
1.0
Pengenalan
Cadangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan
British di Asia Tenggara mula kedengaran pada penghujung abad ke-19 dengan
harapan agar gabungan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan yang besar.
Bermula dari detik itu, terdapat beberapa lagi cadangan yang muncul, tetapi tidak
mendapat sambutan kerana idea ini didakwa tidak memberikan sebarang
kepentingan khususnya kepada pihak British dan kurangnya tindakan susualan
kerana dirasakan idea penggabungan belum lagi sesuai diwujudkan pada masa itu.
Usaha penggabungan mula menunjukkan hasil semasa era Tunku Abdul Rahman
dengan pengumuman penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961 di Singapura. Idea
penubuhan ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor utama seperti faktor
politik, keselamatan, ekonomi dan sosial. Walaupun usaha untuk melaksanakan dan
menjayakannya telah menghadapai beberapa cabaran besar yang merangkumi
cabaran daripada beberapa pihak dalaman seperti kebimbangan daripada parti
politik di Tanah Melayu dan juga para pemimpin di wilayah Borneo. Manakala
cabaran dari luar pula datangnya dari negara Brunei, Indinesia dan Filipina. Bagi
mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah disusun bagi mengatasi cabaran
tersebut yang bermula daripada awal perancangan sehingga selepas penubuhan
Malaysia pada 16 September 1963 termasuklah mengadakan siri lawatan,
perundingan, penubuhan jawatankuasa dan juga pungutan suara.
2.0.
Cabaran
2.1.
Penentangan pemimpin politik tempatan
Gagasan Malaysia telah mendapat beberapa tentangan dari dalam negeri
khususnya daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik sama ada
dari Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Walaupun banyak sokongan terhadap
gagasan Malaysia diterima, namun terdapat juga pihak yang menentang gagasan
tersebut. Menurut daripada Nazaruddin (1997), terdapat sebilangan kecil pemimpin
UMNO yang menentang kerana bimbang jika penggabungan tersebut hanya
melibatkan Tanah Melayu dan Singapura kerana ianya melibatkan kepentingan
orang-orang Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin Pari Islam Setanah Melayu
(PAS) merupakan antara pihak yang lantang menentang penubuhan Malaysia
dengan alasan bahawa orang-orang Melayu akan merasa rugi dengan
penggabungan tersebut dan mereka lebih berminat kepada konsep MAPHILINDO.
Mereka mengkritik soal penggabungan tersebut kerana Tunku tidak berunding
dengan pemimpin-pemimpin politik lain sebelum mengemukakan rancangannya
(Mohd. Noor, 1979). Menurut Mohd. Noor lagi, Parti Buruh juga turut menentang
cadangan tersebut dengan alasan Tanah Melayu perlu bercantum dengan Singapura
dahulu sebelum membawa wilayah-wilayah di Borneo untuk bergabung.
Rancangan penubuhan Malaysia juga telah mendapat tentangan yang hebat
daripada masyarakat Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Menurut daripada
Mazlan (1978), para pemimpin dan parti-parti politik terkejut dengan cadangan
tersebut dan pihak inilah yang dikatakan lantang menentang gagasan penubuhan
sekitar tahun 1961 dan 1962. Penentangan ini merupakan satu lagi cabaran yang
perlu dihadapi oleh Tunku dan kerajaan Tanah Melayu bagi merealisasikan idea
penggabungan tersebut. Menurut daripada Mazlan lagi, penentangan daripada
pihak di Sabah dan Sarawak berpunca daripada kurangnya pengalaman masyarakat
di kedua-dua wilayah ini dalam arena politik, kebanyakan juga penduduk yang
masih buta huruf dan juga sikap para pemimpin yang sudah biasa dengan corak
pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itulah suara-suara penentangan kedengaran
dari Sabah dan juga Sarawak. Rancangan Tunku juga didakwa sebagai satu helah
daripada kerajaan Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa dan menggantikan

penjajah Inggeris (Mohd. Noor, 1979). Dakwaan ini dirasakan sebagai sebuah
neokolonialisme dalam bentuk baru yang membawa kepada kebimbangan
masyarakat di kedua-dua wilayah ini.
Para pemimpin dan parti-parti politik di kedua-dua wilayah dan juga dari
Brunei telah membentuk satu perikatan yang dinamakan Barisan Bersatu (United
Front) pada Julai 1961 untuk mencabar rancangan penubuhan Malaysia (Mohd.
Noor, 1979). Perikatan ini berusaha untuk menentang usaha tersebut atas alasan
untuk mengelakkan daripada dikuasai oleh sebarang kuasa asing. Jika dilihat dari
sudut pengalaman yang kurang dalam diri para pemimpin di Sabah dan Sarawak
dalam dunia politik, ini merupakan salah satu kejayaan pihak Inggeris semasa
menjajah kedua-dua buah wilayah ini yang telah mengekang sebarang aktiviti yang
berunsurkan politik dan juga mengawal sebarang tindak-tanduk masyarakat di
bawah jajahan mereka. Oleh itu, adalah tidak menghairankan jika suara lantang
datang dari Borneo untuk menentang idea penggabungan tersebut dan ini dianggap
sebagai salah satu daripada cabaran yang wujud dalam merialisasikan gagasan
Malaysia.
2.1.1.
Usaha mengatasi
2.1.1.1.
Jawatankuasa Perundingan Setiakawan Malaysia (MSCC)
Bagi mengatasi cabaran dalaman yang dihadapi bagi merealisasikan rancangan
Malaysia, pada Julai 1961 pihak British telah menghantar beberapa orang wakil dari
Sabah dan Sarawak dalam Persidangan Parlimen Komanwel (CPA) yang berlansung
di Singapura. Dalam persidangan ini, wakil-wakil dari Borneo dapat bertemu secara
lansung dan bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil dari Tanah Melayu dan
Singapura. Pada 23 Julai 1961, persidangan ini telah membawa kepada
pembentukan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (MSCC) yang bertujuan untuk mengumpul pandangan daripada
penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Selain itu, MSCC juga
berfungsi untuk menyebarkan maklumat dan menggalakkan perbincangan
mengenai Malaysia serta mengadakan kegiatan-kegiatan kesedaran tentang
kepentingan penubuhan Malaysia (Mohd. Noor, 1979).
Sebenarnya, MSCC telah membuka jalan kepada beberapa siri rundingan
seterusnya yang turut melibatkan Brunei walalupun hanya bertindak sebagai
pemerhati sahaja. Usaha ini pada akhirnya telah membuahkan hasil dengan
berubahnya fikiran beberapa orang pemimpin yang pada awalnya menentang
kepada menyokong. Selepas CPA di Singapura, terdapat juga usaha daripada Tanah
Melayu membawa rombongan lawatan para pemimpin dari Sabah dan Sarawak
untuk melihat kemajuan yang wujud di Tanah Melayu (Mohd. Noor, 1979). Cabaran
yang datang dari Sabah dan Sarawak ini akhirnya berjaya diatasi berkat usaha yang
dilakukan oleh kerajaan Tanah Melayu dan Singapura dengan meyakinkan para
pemimpin dari kedua-dua wilayah ini tentang kepentingan rancangan penubuhan
Malaysia dari aspek pembangunan ekonomi dan juga kestabilan politik.
Setelah itu, Suruhanjaya Cobbold dibentuk bagi meninjau pandangan penduduk di
Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Selain itu, suruhanjaya ini juga
bertanggungjawab untuk membuat syor atau cadangan yang bersesuaian
berkenaan penubuhan Malaysia berdasarkan daripada pandangan-pandangan yang
diperolehi (Mazlan, 1978). Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua
bulan dan akhirnya memberikan sokongan ke atas cadangan penubuhan Malaysia.
Suruhanjaya ini juga mencadangankan beberapa perkara dan antara cadangan
tersebut ialah agar Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan sebagai asas
kepada perlembagaan yang baru. Maka dengan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan
ditubuhkan untuk merangka perlembagaan persekutuan Malaysia serta
bertanggungjawab untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat di Sabah dan
Sarawak. Menurut daripada Ruslan (2003), hampir semua cadangan Suruhanjaya
Cobbold diterima dan semua pihak yang terlibat bersetuju untuk memilih 31 Ogos

1963 sebagai hari penubuhan Malaysia.


2.2.
Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Apabila mempersoalkan isu perpaduan kaum, ianya bukanlah suatu cabaran baru
dalam pembentukan Malaysia, juga bukan cabaran terhebat kepada Tunku dalam
usaha mewujudkan kompromi antara kaum bagi merealisasikan kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957 akibat dasar pecah dan perintah sejak awal
pemerintahan British yang membawa kepada pengenalan identiti kaum
berdasarkan fungsi ekonomi, Melayu sebagai petani di kampung, Cina sebagai
peniaga di bandar dan India pula sebagai penoreh getah yang secara tidak
langsung telah menyekat kewujudan interaksi mahupun hubungan antara kaum
yang difikirkan relevan bagi mencapai tujuan memudahkan British untuk
memerintah, menumpukan perhatian kepada pengeksploitasian hasil bumi serta
mengelakkan penduduk Tanah Melayu daripada bersatu dan bangkit menentang,
ditambah lagi dengan dasar anti-Cina semasa pendudukan Jepun menjadikan
hubungan antara kaum menjadi semakin kritikal. (Ruslan Zainuddin et al., 2005).
Mengapa peristiwa ini menjadi cabaran awal selepas 13 hari 6 bulan 6 tahun
Malaysia terbentuk?
Menurut Tunku Abdul Rahman (2007), perpaduan kaum menjadi cabaran hebat
terhadap cetusan idea pembentukan Malaysia yang turut melibatkan penyertaan
Singapura kerana telah menghidupkan kembali ketegangan antara kaum utama
tersebut sehingga mengakibatkan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang
amat mengerikan pada 13 Mei 1969 walaupun dari segi kedudukan geografi,
Malaysia sama sekali tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, namun terpaksa
berhadapan dengan keadaan darurat sekali lagi akibat peperangan yang wujud
dalam kalangan kaum sehingga memaksa Tunku menyerahkan ketokohannya
kepada Tun Abdul Razak.
2..2.1.
Faktor pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969
2.2.1.1.
Penyertaan Singapura dalam Malaysia
Adakah semata-mata kerana penyertaan Singapura dalam Malaysia menjadi
pemangkin utama kepada permasalahan ini? Kemasukan Singapura dalam gagasan
Malaysia nyata telah menyalakan semula api perkauman Melayu-Cina menurut
Comber (1985), yang menyimpang dari matlamat asal Tunku pada tahun 1961, iaitu
kemasukan Singapura penting bagi keselamatan negara berikutan kewujudan
pengaruh anasir-anasir Komunis dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura
yang akan mengancam keselamatan Tanah Melayu (Jayum, 2003) yang turut
mendapat sokongan UMNO walaupun timbul isu keseimbangan kaum namun
diimbangi oleh penduduk Sabah, Brunei dan Sarawak yang dianggap sebagai aset
kekuatan kedudukan orang-orang Melayu yang merasakan orang-orang Cina tidak
memberi tanda mereka berpandangan sebagai penduduk Malaysia yang turut
disedari sendiri oleh Tunku Abdul Rahman (2007), berikutan kecenderungan 75
peratus orang-orang Cina di Singapura yang cuba menjadikan Singapura sebagai
Negeri Kecil China yang secara tidak langsung meminggirkan kepentingan orang
Melayu di Singapura akibat sikap berat sebelah kerajaan PAP menurut Kassim Yang
Razali (1990) dalam Lily Zubaidah Rahim (1960).
...bagi orang Melayu,tindakan kerajaan tidak seperti yang diharapkan. Ada yang
mengatakan ia sekadar melepaskan batok di tangga sahaja,... orang Melayu dapat
melihat bertapa bezanya apabila kerajaan menganjurkan dan menggalakkan
Kempen Bahasa Mandarin dan Konfusianisme secara besar-besaran, dan
membenarkan ramai rakyat Hong Kong berhijrah ke Singapura sebagai usaha untuk
mengatasi kejatuhan kadar kelahiran masyarakat Cina. Orang Melayu...memang
sukar untuk menerima apa yang dianggap mereka sebagai diskriminasi kaum yang
jelas bertentangan dan menyimpang daripada dasar berbilang kaum.
Permasalahaan menjadi semakin tegang apabila Parti Tindakan Rakyat (PAP)

Singapura bertegas mengambil bahagian kecil dalam pilihan raya Persekutuan pada
April 1964 dan bertegas menggantikan tempat MCA dalam Perikatan UMNO-MCAMIC yang secara tidak langsung telah memberi cabaran terhadap cengkaman kuasa
politik UMNO walaupun keputusan pilihan raya tersebut tidak memihak kepada PAP
langsung (Ruslan Zainuddin et al., 2005), namun ketegasan Lee Kuan Yew
memperjuangkan Malaysia untuk rakyat Malaysia mengundang syak wasangka
dan jelas menentang UMNO sehingga menyentuh isu sensitif berkaitan dengan hak
istimewa dan kedudukan orang-orang Melayu sehingga membawa kepada rusuhan
orang Melayu-Cina pada Julai 1964 semasa perarakan Maulud Nabi berikutan
penyebaran risalah yang mendesak orang-orang Melayu menentang orang-orang
Cina serta menyembelih apabila ditemui yang memaksa Singapura mengeluarkan
perintah berkurung akibat huru hara yang mengorbankan 22 orang terbunuh dan
500 tercedera, malah sehingga Mei 1965 perhubungan Melayu-Cina menjadi
semakin kusut dan dengan terang-terang Lee Kuan Yew telah mencabar hak
keistimewaan orang-orang Melayu dengan membangkitkan sejarah penghijrahan
orang Melayu ke Malaysia pada 700 tahun yang lalu hanyalah dalam bilangan yang
sedikit, malah 1/3 daripada 39 peratus adalah pendatang seperti Setiausaha Agung
UMNO, Syed Jaafar Albar dari Indonesia sebelum perang semasa berusia 30 tahun
yang disifatkan salah dan tidak logik adil dipanggil rakyat Malaysia yang akhirnya
memaksa Tunku Abdul Rahman secara rasminya pada 9 Ogos 1965 mengumumkan
penyingkiran keluar Singapura dari Malaysia (Comber L, 1985; Jayum, 2003).
2.2.1.2.
Pilihan raya 1969
Apabila melihat masa selepas penyingkiran tersebut, PAP walaupun secara
rasminya telah dibubarkan namun wujud sebagai parti luar negeri dan kemudiannya
bertindak mendaftarkan kembali sebagai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Mac
1966, wakil tunggal PAP di Dewan Rakyat yang bertindak menentang perbezaan
kaum berdasarkan konsep Malaysia untuk rakyat Malaysia yang secara tidak
langsung mempengaruhi parti pembangkang lain , iaitu Parti Islam Se-Malaysia
(PAS), Gerakan Rakyat Malaysia ( Gerakan ), Parti Progresif Rakyat ( PPR ) dan
Pertubuhan Cina Malaysia Bersatu ( UMCO ) untuk menentang dasar kerajaan
menurut Comber L ( 1985 ), yang jelas semasa kempen pilihan raya 1969 sehingga
mengundang perbuatan liar dan ucapan yang tidak bertanggungjawab sepanjang
tujuh minggu selepas penamaan calon pada 5 April bersamaan hari Sabtu.
Sejak permulaan kempen, PAS telah menggunakan sentimen perkauman dan
keagamaan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu...bagi DAP,
Gerakan dan PPR pula, mereka mengapikan perasaan dan sentimen orang Cina
dengan mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana yang
tercatat dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan
mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia...keempat-empat parti ini telah
mengeluarkan isu-isu sensitif dan menyentuh perasaan kedua-dua kaum terbesar di
Malaysia. (Tunku Abdul Rahman, 2007).
Ungkapan yang mengundang pergeseran ini mencetuskan ucapan berunsur
penghinaan dari Dr. Mahathir, calon parti Perikatan yang bertegas memiliki harapan
untuk menang sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, namun apabila difikirkan
memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam dunia yang bebas ini,
kempen pilihan raya menjadi medan pengungkapan perkataan yang pedas dan
kenyataan yang tidak bijak namun seharusnya tidak dijadikan alasan sehingga
melanggar batas dan bukan perkara yang mustahil apabila penyokong sesebuah
parti itu berpaling tadah, misalnya walapun calon-calon PAS secara terang-terangan
menunjukkan sikap anti-Cina semasa berkempen tetapi semasa mengundi parti
tersebut mendapat sokongan orang Cina yang pada masa lepas merupakan
penyokong kuat calon-calon UMNO menurut Tunku Abdul Rahman (2007).
Perbuatan liar yang bermula dengan kempen menulis cat merah cogan-cogan kata
dan tanda-tanda di atas jalan raya dan tembok yang menggesa pemulauan
terhadap pilihan raya oleh ahli Parti Buruh Malaya (LMP) yang memasuki Gerakan

serta mempunyai hubungan dengan Komunis menjadi tragis berikutan pembunuhan


seorang pekerja UMNO, Kassim Omar di Pulau Pinang pada 24 April jam 8.30 malam
kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi dan sepuluh hari kemudian, enam hari
sebelum hari mengundi pada 4 Mei, salah seorang ahli LMP, Lim Soon Seng
ditembak mati oleh Polis kerana melawan ketika ditangkap di Kuala Lumpur yang
membawa kepada perarakan mayat besar-besaran dari utara (Jalan Petaling) ke
selatan (Jalan Ipoh) yang melalui tengah-tengah kota yang bermula pada jam 9.55
pagi hingga 5.30 petang pada 9 Mei, sehari sebelum pilihan raya melibatkan 10 000
orang sambil melaungkan Moa Tse-tung, Malai si ( Melayu mati ) dan hutang darah
dibayar darah yang telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu namun
berjaya diatasi oleh pihak Polis (Comber L, 1985; Tunku Abdul Rahman, 2007).
Akibat daripada tentangan yang wujud ini secara tidak langsung mengugat
kemenangan secara total Perikatan dalam pilihanraya 1969 menyebabkan Perikatan
hanya memenangi 66 kerusi daripada 103 yang dipertandingkan dengan jumlah
perolehan undi sebanyak 48.41%, DAP memenangi 13 daripada 24 kerusi
membawa perolehan undi 13.73%, 8.57% undi dipungut oleh Gerakan hasil
kemenangan 8 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan dan PPR pula hanya
tumbang 2 kerusi dari 6 yang dipertandingkan yang membawa perolehan undi
3.87% (Comber L, 1985).
Walaupun keputusan tidak memberikan kejayaan kepada Pembangkang untuk
mengambil alih pentadbiran kerajaan, namun kekalahan 25.84% Perikatan
merupakan kejayaan kepada mereka untuk memberbaiki kedudukan lantas
perarakan kemenangan telah diadakan di Kuala Lumpur walaupun tidak mendapat
kebenaran pihak Polis sehingga mengundang kesesakan lalulintas di merata-rata
tempat malah bertindak mengumpat dan menghina 30 000 orang-orang Melayu di
Kampung Baharu, kampung Melayu terbesar di Kuala Lumpur setelah memasuki
kawasan tersebut dengan membuat penyataan bahawa Melayu sudah jatuh, Kuala
Lumpur kini dimiliki oleh Cina, keinginan menghalau orang Melayu dan seumpama
dengannya sehingga memaksa sekumpulan penyokong UMNO pada petang 13 Mei
1969 mengadakan tunjuk perasaan di luar kediaman Menteri Besar Selangor yang
akhirnya telah meletuskan huru hara antara Melayu-Cina sehingga membawa
kepada rusuhan berterusan akibat tindakan saling bunuh-membunuh yang tidak
boleh dikawal lagi oleh Polis dan tentera yang memaksa kerajaan mengeluarkan
perintah berkurung 24 jam yang secara tidak langsung membawa kepada keadaan
darurat yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong mengikut Fasa 2 Akta 150 Perlembagaan Malaysia pada 14 Mei 1969 dan
dalam masa yang sama Perlembagaan dan Parlimen telah digantung serta
membawa kepada penangguhan pilihanraya di Malaysia Timur (INTAN, 1991; Tunku
Abdul Rahman, 2007).
2.2.1.3.
Pengaruh fahaman Komunis
Apabila dikaji, nyata sekali peranan yang telah dimainkan oleh Komunis dalam
rusuhan 13 Mei sangat besar berikutan kejayaan penyebaran fahaman tersebut
dalam kalangan pelampau Cina amnya yang terdiri daripada golongan belia dalam
parti pembangkang terutama sekali Parti Buruh Malaya (LMP) yang terang-terangan
menjadi alat Komunis melancarkan serangan bagi mencapai matlamat mereka.
Ancaman Komunis telah bergerak secara berselindung dalam mana-mana parti dan
dilakukan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka. Keadaan ini sangat
berbahaya kerana menggunakan dakyah-dakyah yang baru bagi mendapat
sokongan orang Cina, terutama sekali yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai
negara tanah tumpah mereka sendiri. Mereka menanamkan perasaan perkauman
dalam hati dan fikiran orang Cina untuk ditarik masuk ke dalam gerakan Komunis.
(Tunku Abdul Rahman, 2007).
Penyerapan masuk fahaman Komunis dalam politik LMP menjadikan ianya
memudahkan Komunis melancarkan serangan bagi setiap kejadian yang berlaku di
Malaysia dan sememangnya menjadi taktik Komunis menyalakan api pada seberapa

banyak cerek yang boleh dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup
dengan sendirinya, misalnya hukuman gantung yang hampir dijalankan terhadap 11
orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada Jun 1968 akibat
tindakan membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia, namun
dikurangkan kepada penjara seumur hidup demi menyelamatkan 1000 jiwa akibat
pergaduhan yang timbul di luar pintu Penjara Pudu Kuala Lumpur berikutan tunjuk
perasaan secara liar oleh belia-belia Komunis sehingga menghalang lalu lintas yang
lahir daripada kempen besar-besaaran memungut tandatangan simpati oleh
penyokong Komunis akibat kegagalan Dr.Tan Chee Khoon (anggota Parlimen LMP)
membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman gantung (Tunku Abdul Rahman,
2007).
LMP nyata telah menjadi darah daging Komunis berikutan tindakan memulaukan
pilihan raya 1969 selepas enam minggu hukuman diringankan pada 13 Oktober
yang meniru taktik Barisan Sosialis Singapura yang turut sama menjadi alat
Komunis sehingga sanggup menarik keluar serta-merta kesemua ahlinya dari
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sehingga menimbulkan kelam-kabut dan
perpecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Walaupun penglibatan Komunis
dalam perarakan mayat besar-besaran pada 9 Mei 1969, sehari sebelum pilihanraya
yang hampir meletuskan rusuhan kaum melibatkan 10 000 orang kerana telah
membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu berjaya diatasi oleh pihak Polis
(Comber L, 1985), namun tiada menyangka dakyah Komunis dalam perarakan
kemenangan Dr. Tan Chee Khoon (Gerakan) yang turut disertai oleh DAP, pada 13
Mei bersamaan hari Selasa telah meletuskan rusuhan kaum yang terhebat di
Malaysia apabila berjaya membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu yang
tidak boleh diatas lagi oleh pihak Polis.
Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa 13 Mei itu sebenarnya telah dicetuskan
oleh pemuda-pemuda Cina Komunis, pemuda-pemuda ini boleh jadi orang yang
sama yeng telah mengambil bahagian dalam perarakan mayat, ataupun orang yang
sejenis dengan mereka. Tulisan Darah bayar darah ialah cogan kata yang telah
tertulis di atas sepanduk-sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat oleh
pemuda-pemuda Parti Buruh pada 9 Mei; cogan kata yang dilaungkan oleh mereka
di sepanjang perarakan itu. ( Tunku Abdul Rahman, 2007 : 83 ).
2.2.2.
Usaha mengatasi rusuhan kaum
2.2.2.1.
Pembentukan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN )
Pembentukan
MAGERAN
bertanggungjawab
mentadbir
negara
mengikut
perisytiharan darurat yang berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 selama 22 bulan bagi
menyelenggara segala perkara bersangkutan darurat (Ruhanie, 2005; Tunku Abdul
Rahman, 2007; Jayum, 2003) terutamanya dalam mengkaji sebab-sebab rusuhan 13
Mei berlaku dan berdasarkan laporan rasminya pada 9 Oktober 1969, 13 Mei
disebabkan oleh penglibatan PKM dan kongsi-kongsi gelap Cina, perbezaan tafsiran
terhadap Perlembagaan oleh orang-orang Melayu, bukan Melayu dan pendatang
tertentu berkaitan Artikel 153 (hak istimewa orang-orang Melayu) dan Artikel 152
(Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan rasmi), kewujudan perkaraperkara yang menyemarakan perasaan perkauman semasa kempen pilihanraya,
penghinaan kaum, ancaman DAP, perarakan kemenangan Gerakan di Kuala Lumpur
serta sikap permusuhan dan perasaan yang tidak seimbang antara kaum (Comber
L, 1985).
Maka, MAGERAN yang diterajui oleh Tun Abdul Razak sebagai Pengarah yang
diisytiharkan secara rasmi pada 17 Mei 1969, berfungsi dalam mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan
sempurna serta mengembalikan suasanan keharmonian dan kepercayaan antara
kaum di seluruh negara (Tunku Abdul Rahman, 2007). Langsung dalam menjalin
kembali perhubungan kaum yang terputus, MAGERAN telah menubuhkan tiga buah
institusi, Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Muhibah Negara (18 Julai 1969) dan

Majlis Perunding Negara (29 Januari 1970) bagi menyusun dan melaksanakan dasar
serta aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum (Comber L, 1985; INTAN,
1991), disamping penubuhan sebuah pejabat Urusetia Hal-Ehwal Awam yang
diketuai oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Awam Kanan selaku Ketua Hal-Ehwal
Awam yang menjalankan tugas atas arahan Tun Abdul Razak melalui Ketua Pegawai
Kerja dalam pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan supaya
selaras dengan semua agensi atau jawatankuasa kerajaan yang lain serta
penubuhan Jawatankuasa Gerakan Negeri dan Daerah bagi memastikan
perlaksanaan mencapai sasaran (Ruhanie, 2005) yang disifatkan berjaya membawa
keamanan dan pembukaan Parlimen baru pada 23 Februari 1971 dibawah
kepimpinan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke-2 Malaysia selepas
penyerahan surat peletakan jawatan Tunku Abdul Rahman pada 22 September 1970
(Comber L, 1985).
2.2.2.2.
Rukun Negara
Keperluan satu panduan yang boleh dijadikan falsafah atau ideologi bagi
membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru dan maju yang seterusnya
dapat memupuk semangat setiakawan membawa kepada pengisytiharaan Rukun
Negara sebagai model asas strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan
pada 31 Ogos 1970 semasa ulangtahun ke-13 kemerdekaan Tanah Melayu oleh
Yang di-Pertuan Agong (INTAN, 1991; Ruhanie, 2005; Comber L, 1985; Jayum,
2003 ), serta dalam masa yang sama untuk memelihara dan melindungi
Perlembagaan Persekutuan supaya bangsa Malaysia tidak menjadikannya sebagai
sumber perbalahan dan pertelingkahan kaum sehingga menghasilkan polarisasi,
permusuhan dan pertumpahan darah, kerana Rukun Negara adalah blueprint yang
dapat menentukan perpaduan, pembangunan, kemajuan dan modenisasi negara
pada pandangan golongan pragmatis (Ruhanie, 2005).
Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
v Memelihara cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya.
v Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
v Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak.
v Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi
moden.
Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut :
v Kepercayaan kepada Tuhan
v Kesetiaan kepada Raja dan Negara
v Keluruhan Perlembagaan
v Kedaulatan Undang-undang
v Kesopanan dan Kesusilaan (Comber L, 1985).
Pengisytiharaan tersebut turut mendapat sokongan oleh semua parti politik serta
diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana memberi jaminan terhadap
kebudayaan mereka yang tidak akan terancam disebabkan tiada rakyat yang boleh
menyoal taat setia rakyat lain hanya kerana daripada sesuatu kaum tertentu.
2.3.
Ketegangan hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan
Singapura
Di kemuncak pembentukan Malaysia, cabaran besar yang dihadapi dalam tempoh
masa pembentukan Malaysia ialah apabila berlakunya ketegangan antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sejak Singapura menyertai gagasan

Malaysia, banyak perselisihan dan ketegangan berlaku antara kerajaan Singapura


dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Agenda tersendiri serta pelbagai
tuntutan Singapura menunjukkan bahawa ketegangan tersebut seperti tidak ada
penghujungnya malah ia semakin rumit. Disebabkan perkara ini, Tunku telah
membuat keputusan secara persendirian dengan memisahkan Singapura dari
Malaysia. Beliau telah membuat keputusan tersebut semasa mendapatkan rawatan
di London. Keengganan Lee Kuan Yew bertolak ansur terhadap kerajaan Malaysia di
bawah pemerintahan Tunku menyebabkan Tunku kecewa dengan sikap para
pemimpin Singapura. Setelah memikirkan secara mendalam terhadap situasi ini,
maka Tunku telah mengambil keputusan dengan memisahkan Singapura dari
Malaysia. Bagi Tunku, jika Singapura terus dikekalkan dalam Malaysia, maka
ketegangan akan terus berlaku. Maka atas dasar melihat ke depan dan berfikir demi
kestabilan politik, sosial dan ekonomi, adalah menjadi kewajaran untuk memisahkan
Singapura dari Malaysia. Secara rasminya, pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah
dari Malaysia.
2.3.1.
Faktor ketegangan
Ketegangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura ini disebabkan
oleh beberapa faktor yang akhirnya menyebabkan berlakunya pemisahan kerajaan
Singapura dari Malaysia. Antara faktor ketegangan tersebut ialah seperti faktor
politik, ekonomi dan sosial.
2.3.1.1.
Perlembagaan
Isi kandungan perlembagaan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong
kepada ketegangan antara kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan. Dalam isi
kandungan perlembagaan, banyak isu yang berkaitan dengan soal ekonomi dan
kewangan. Menurut perjanjian antara Malaysia dan Singapura, Singapura telah
diberi kuasa untuk memunggut cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan.
Dari segi pembahagian kadar hasil kutipan, Singapura menerima 60% hasil
manakala kerajaan persekutuan pula menerima 40%. Namun disebabkan
persekutuan menanggung beban yang sangat tinggi berbanding Singapura, maka
kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula pengagihan tersebut.
Selepas kajian semula, kerajaan persekutuan bercadang supaya Singapura
menyerahkan hasilnya sebanyak 60% dan menerima 40% hasil sahaja. Semasa
berlakunya konfontasi Indonesia, kerajaan persekutuan telah menanggung beban
yang sangat tinggi bagi membiayai perbelanjaan pertahanan. Oleh itu, kerajaan
perlu mengkaji semula agihan pendapatan bersama Singapura memandangkan
Singapura cuma menanggung beban yang sangat ringan.
Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan yang termaktub iaitu
sehingga bulan Disember 1968, kerajaan persekutuan perlu mendapatkan
kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan sesuatu cukai import yang
baru. Namun kebenaran tersebut boleh ditangguhkan sekiranya ia boleh
menjejaskan perdagangan bebas Singapura. Ia juga boleh dikaji semula dalam
setiap tempoh 2 tahun. Pada bulan Disember 1964, kerajaan persekutuan telah
memperkenalkan cukai-cukai baru semasa membentangkan belanjawan 1965.
Pengenalan cukai-cukai baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpinpemimpin Singapura. Kerajaan Singapura telah membantah pengenalan cukai baru
tersebut kerana beranggapan bahawa kerajaan persekutuan telah menggubal cukai
tanpa berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan Singapura. Bantahan demi
bantahan ini menimbulkan perasaan kurang senang pemimpin kerajaan
persekutuan. Kerajaan Singapura telah mensensasikan isu ini sehingga merosakkan
nama negara.
2.3.1.2.
Persaingan antara PAP dan MCA
Parti PAP merupakan parti kaum Cina di Singapura manakala parti MCA pula
merupakan parti kaum Cina di Malaysia. Pada 9 September 1963, Lee Kuan Yew
telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya bertumpu di Singapura sahaja
dan tidak akan bercadang untuk bergiat di Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun

selepas penyatuan dengan Tanah Melayu. Namun, PAP tidak mengotakan janjinya
apabila menukar hasratnya dengan menyertai pilihanraya umum pada tahun 1964.
Tindakan ini dianggap oleh MCA sebagai satu tindakan yang cuba memecahbelakan
kaum Cina di Tanah Melayu. Bagi Tunku, parti PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu
memandangkan parti ini lebih bersifat perkauman. Kebimbangan ini dianggap oleh
Tunku sebagai ancaman kepada perpaduan kaum. Perjuangan parti ini yang dilihat
seperti anti-Melayu yang sering mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu
serta kedudukan kaum Cina di Tanah Melayu menunjukkan bahawa parti ini cuba
memecahbelahkan hubungan antara parti UMNO dan MCA. Selain itu, terdapat juga
kebimbangan apabila kehadiran PAP ini akan menyingkirkan parti MCA yang
menjadi parti yang mewakili kaum Cina di Tanah Melayu. Jika perkara ini berlaku
sudah pasti ia juga akan menggugat hubungan antara UMNO dan MCA. (Abdul
Rahman, 2007).
2.3.1.3.
Masalah Perkauman
Faktor sosial merupakan antara faktor pemangkin yang menyebabkan berlakunya
ketegangan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sepanjang
tempoh masa Singapura menyertai Malaysia, banyak percanggahan berlaku antara
UMNO dan PAP terutamanya apabila berlaku beberapa insiden di Singapura yang
menyebabkan UMNO kurang senang dengan PAP. Setelah Singapura menyertai
Malaysia, kaum Melayu di Singapura merasakan bahawa mereka tidak dilayan baik
oleh PAP dan mereka sentiasa diabaikan. Ini menyebabkan penduduk kaum Melayu
di Singapura kurang senang dengan tindakan parti ini yang seolah-olah hanya
membiarkan kaum Melayu begitu sahaja tanpa adanya tindakan untuk memperbaiki
kedudukan kaum Melayu di Singapura. Akibat daripada tindakan pemimpinpemimpin di Singapura, beberapa pertubuhan kaum Melayu di Singapura telah
bertemu dengan Tunku bagi membincangkan kedudukan kaum Melayu di
Singapura. Syed Jaafar Albar yang pada masa itu sebagai Setiausaha Agung UMNO
menyatakan bahawa Lee Kuan Yew cuba memecah belahkan kaum Melayu di
Singapura yang menyebabkan terjadinya rusuhan kaum di Singapura. Keadaan ini
menyebabkan keadaan di Singapura tidak berapa stabil yang akhirnya UMNO
kurang senang dengan cara pentadbiran PAP di Singapura.
Selain itu, agenda pemimpin Singapura yang sering melaungkan konsep
Malaysia Malaysian menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pemimpin
UMNO. Hal ini kerana, tindakan pemimpin Singapura ini dilihat seolah-olah cuba
membelakangkan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa kaum Melayu.
Bagi mengukuhkan lagi laungan Malaysia Malaysian, menjelang Mei 1965, Lee
Kuan Yew telah menubuhkan Malaysian Solidarity Convention yang juga merupakan
suatu pakatan pembangkang bagi menandingi Parti Perikatan. Dengan slogan A
Democratic Malaysia Malaysian, terlihat bagaimana parti PAP begitu bersungguhsungguh untuk memperjuangkan konsep Malaysia Malaysian. Dalam konsep
Malaysia Malaysian ini, Lee Kuan Yew memohon supaya diwujudkan suatu
persamaan hak bagi semua melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang
sama untuk semua kaum. Ini bermakna, melalui konsep Malaysia Malaysian ini,
persamaan hak mutlak semua kaum adalah sama dan inilah konsep yang dianggap
oleh pemimpin Melayu sebagai konsep yang benar-benar mencabar kedudukan
institusi beraja dan kaum Melayu. (Abdul Rahman, 2007)
Kerajaan Singapura juga dilihat sebagai satu kerajaan yang cuba memporakperadakan negara apabila menghasut negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak
supaya mempersoalkan kedudukan mereka dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan Singapura cuba menghasut negeri-negeri lain dengan meminta mereka
mempersoalkan taraf ekonomi, sosial dan politik setelah menyertai gagasan
Malaysia. Tindakan Singapura ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemimpin
Sabah dan Sarawak sehingga mereka bertindak balas. Tunku melihat bahawa
senario politik Malaysia ketika itu berada pada suatu fenomena yang bukan lagi
pertarungan antara UMNO dan PAP tetapi lebih kepada pertarungan antara kaum

Melayu dan bukan Melayu. Parti pembangkang yang terdiri daripada kaum bukan
Melayu seolah-olah cuba menentang kerajaan dan bersungguh-sungguh untuk
merampas kerajaan.
2.3.2.
Usaha mengatasi ketegangan
Tunku yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia melihat bahawa
ketegangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura telah mencapai
satu tahap yang sangat merisaukan. Ketika itu, Tunku merasakan bahawa
ketegangan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura tidak akan mampu
diselesaikan tanpa adanya suatu strategi yang mampu menjaga kestabilan dan
keamanan negara. Tindak-tanduk kerajaan Singapura yang dilihat sebagai satu
cabaran besar benar-benar menguji ketokohan Tunku. Kerisauan terhadap tindak
tanduk kerajaan Singapura ini akhirnya memaksa Tunku untuk memisahkan
Singapura dari Persekutuan Malaysia demi menjaga kestabilan negara. Tunku
berpendapat bahawa dengan pemisahan ini sahaja maka ketegangan antara
kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura dapat diatasi. Oleh itu, usaha ke arah
pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia telah dilakukan.
2.3.2.1.
Pindaan Perlembagaan Malaysia
Pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia bertujuan untuk memisahkan kerajaan
Singpura dari Malaysia. Semasa mendapatkan rawatan di London, Tunku telah
membuat keputusan secara peribadi untuk memisahkan kerajaan Singapura dari
Malaysia memandangkan senario politik ketika itu berada dalam keadaan yang
tidak stabil. Tunku telah menghubungi dua orang pemimpin dalam kabinet iaitu Tun
Abdul Razak dan Dato Dr.Ismail bagi memaklumkan tentang hasrat Tunku untuk
memisahkan kerajaan Singapura dari Malaysia. Pindaan ini telah dibuat pada 9
Ogos 1965 iaitu setelah ketibaan Tunku di Tanah Melayu. Beliau telah
mengumumkan penyingkiran secara rasmi Singapura di Parlimen dan
membentangkan rang undang-undang berkaitan pemisahan Singapura. Rang
undang-undang ini telah diluluskan dengan 126 perwakilan telah menyokong dan
tidak ada sebarang bantahan ataupun berkecuali. Keputusan pemisahan Singapura
dari Malaysia telah dibuat tanpa adanya perwakilan dari Singapura dan dengan
pemisahan ini, senario politik yang agak kacau bilau ketika itu mampu diredakan.
Berikut merupakan antara isi kandungan pindaan Perlembagaan Malaysia yang
berkaitan pemisahan kerajaan Singapura dari Malaysia:
ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan
Negara dan Dewan Rakyat dalam Parlimen yang bersidang, dan dengan kuasanya,
seperti berikut:
1. Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan
Singapura), 1965.
2.
Parlimen boleh, melalui Akta ini, membenarkan Singapura meninggalkan
Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang
berasingan dan bebas daripada Malaysia.
(Bagi isi kandungan penuh Pindaan Perlembagaan Malaysia berkenaan pemisahan
Singapura, sila rujuk lampiran)
2.4.
Konfrantasi Indonesia Malaysia 1963-1966.
Kedudukan kedua-dua negara yang berdekatan ini telah melahirkan satu hubungan
antara Malaysia dan Indonesia yang baik sebelum ini. Ikatan persamaan dari segi
bahasa dan agama dan kedudukan geopolitik juga adalah satu faktor yang
mendorong kepada hubungan yang baik ini. Hubungan baik antara Malaysia dan
Indonesia telah tergugat apabila Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku
menggumumkan pembentukan negara Malaysia yang menggabungkan Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Filipina turut menentang
penubuhan Malaysia, namun Filipina tidak menggunakan kekerasan tidak seperti
Indonesia (Zainal et al., 1996).

2.4.1.
Latar Belakang Konfrantasi.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia mulai serius apabila pemberontakan
daripada Brunei gagal. Konfrantasi ini merupakan satu penentangan yang telah
diistiharkan oleh Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio pada 20 Januari 1963
sebagai bantahan terhadap penubuhan Malaysia (Zulhilmi & Asrar Omar, 2003).
Konfrantasi Indonesia mula rancak apabila pemberontakan yang dilakukan oleh A.M
Azahari di Brunei gagal ( Zainal et al., 1996 ). Pada mulanya, Konfrantasi ini hanya
merupakan penentangan daripada segi ekonomi sahaja. Namum ianya terus
berubah kepada penentangan melalui gerakan tentera. Sabah dan Sarawak telah
diserang oleh tentera-tentera Indonesia sepanjang Konfrantasi tersebut.
Semenanjung Malaysia juga turut diserang oleh Indonesia. Hal ini telah
menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia telah terputus.
Filipina juga telah memutuskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan
negaranya atas dasar tuntutan ke atas Sabah. Dr. Subandrio mengatakan bahawa
Konfrantasi menentang Malaysia kerana Malaysia adalah sebagai pengikut setia
kepada neokolonisme (Zulhilmi & Asrar, 2003).
Alasan utama penentangan Indonesia ialah pembentukan Malaysia yang akan
menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam satu negara
yang baru iaitu Malaysia. Terdapat lagi faktor-faktor lain yang mencetuskan kepada
Konfrantasi namum pembentukan Malaysia telah mempercepatkan lagi dasar
Indonesia ini. Sebelum tahun 1963 lagi hubungan antara Indonesia dengan Kuala
Lumpur memang sudah sedia tegang berikutan tuduhan Indonesia yang
mengatakan bahawa Kuala Lumpur cuba campur tangan dalam hal ehwal negara
Indonesia. Tunku yang cuba menjadi orang tengah dalam persengketaan Indonesia
dengan Belanda dalam hal Irian Jaya kurang disenangi oleh Sukarno.
Indonesia juga menuduh Tunku menggunakan seorang pemimpin PRRI (Pemerintah
Revolusioner Republik Indonesia) iaitu Sumitro Djojohadikusumo supaya memusuhi
Indonesia. PRRI telah melaksanakan pemberontakan antara tahun 1958-1959 di
Sumatera dan Sulawesi (Zulhilmi & Asrar, 2003). Indonesia juga telah mendakwa
bahawa Tanah Melayu tidak mahu menyerahkan orang-orang yang dikatakan
sebagai anggota PRRI yang ditangkap di perairan Persekutuan Tanah Melayu. Bukan
itu sahaja, Indonesia turut menuduh pelabuhan Tanah Melayu digunakan oleh
anggota PRRI untuk menyeludup bahan-bahan seperti kelapa kering dan getah yang
telah menyebabkan kerugian dari segi tukaran luar negara Indonesia. Negaranegara Barat juga telah dikatakan menggunakan pelabuhan di Tanah Melayu
sebagai tempat untuk menyalurkan bantuan kepada PRRI dalam pemberontakan
mereka (William Stevenson dalam Zulhilmi & Asrar, 2003). Peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku antara Tanah Melayu dan Indonesia pada awal tahun 60-an telah
menjadi bibit dalam Konfrantasi tersebut. Pembentukan Malaysia telah menjadi
pencetus kepada peristiwa ini pada tahun 1963.
Penentangan Indonesia adalah desakan daripada PKI (Parti Komunis Indonesia) yang
bimbang bahawa sekiranya Malaysia dibentuk, ini akan menyekat perkembangan
ideologi komunis di Borneo. Dengan pembentukan Malaysia juga, Sukarno bimbang
bangsa Cina di rantau Asia akan bertambah dengan pesat sekali dan ini boleh
menggugat kedudukan bangsa Melayu di rantau itu (Kahin; Kunaselan a/l Muniandy
dalam Zulhilmi & Asrar, 2003). Sukarno juga berasa tersinggung apabila Tunku tidak
berunding dengan beliau terlebih dahulu. Usaha Soekarno untuk membentuk
Indonesia Raya juga telah terkubur dengan pembentukan Malaysia tersebut.
Indonesia telah menghantar tentera-tenteranya di Malaysia. Sepanjang 16
September 1963 hingga 19 Jun 1964, gerila-gerila Indonesia yang menggelar diri
mereka sebagai sukarelawan telah menceroboh ke wilayah Sabah sebanyak 116 kali
dan 61 kali di Sarawak. Indonesia juga telah menceroboh ruang udara Malaysia
sehingga memaksa Malaysia untuk meminta bantuan daripada Britain dan Perancis.
Pengintip juga telah dihantar masuk ke dalam Malaysia untuk menghasut penduduk
tempatan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Banyak sabotaj telah dilakukan ke

atas perahu-perahu nelayan Malaysia di Perairan Selat Melaka. Pada 17 Ogos 1964,
tentera Indonesia telah mendarat di di Pontian dan pada 2 September 1964 juga
pasukan tentera paying terjun Indonesia telah mendarat di Mersing dan Labis, Johor
(Zulhilmi & Asrar, 2003). Misi yang cuba dilaksanakan oleh Sukarno telah menemui
kegagalan selepas tentera-tentera Indonesia yang mendarat di Malaysia telah
mendapati bahawa penduduk Malaysia tidak berada di bawah pentadbiran penjajah
seperti yang didakwa oleh Sukarno. Penduduk Malaysia juga melalui kehidupan
yang lebih baik daripada penduduk di Indonesia.
2.4.2.
Usaha Mengatasi Konfrantasi Oleh Malaysia
Sebelum Konfrantasi Indonesia berakhir, banyak usaha yang telah dilakukan untuk
memulihkan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara. Antara usaha yang
telah dilaksanakan ialah Sidang Kemuncak antara Presiden Diosdado Macapagal,
Presiden Sukarno dan Tunku Abdul Rahman pada 30 Julai 1963 hingga 5 Ogos 1963.
Persidangan tersebut diadakan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah
berkaitan pembentukan Malaysia dan terhasilnya pertubuhan MAPHILINDO (Zainal
et al, 1996). Salah satu tujuan penubuhan MAPHILINDO ialah untuk mencari satu
jalan penyelesaian terhadap bantahan pembentukan Malaysia secara aman namun
pertubuhan ini telah terbubar selepas penubuhan Malaysia pada 16 September
1963. Malaysia juga telah meminta bantuan daripada pihak antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyekat pencerobohan Indonesia.
Dalam persidangan Afro-Asia pula, Tun Abdul Razak cuba mengikis propaganda
yang disebarkan oleh Indonesia ke atas Malaysia. Malaysia telah gagal
mendapatkan bantuan daripada Amerika Syarikat namun telah mendapat bantuan
ketenteraan daripada Negara-negara Komanwel. Sebelum peristiwa Gestapu,
terdapat beberapa usaha-usaha sulit yang telah dijalankan untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Pada Ogos 1965, pegawai-pegawai tentera Indonesia dan
Malaysia telah berunding secara rahsia. Kolonel Ali, pegawai tentera Indonesia telah
melakukan lawatan ke Malaysia manakala Ghazali Shafie juga berunding dengan
pegawai-pegawai tentera Indonesia yang diketuai oleh Jeneral Nasution di Jakarta.
Peristiwa Gestapu adalah titik tolak kepada penamatan Konfrantasi Indonesia
terhadap Malaysia. Peristiwa Gestapu telah melemahkan pengaruh komunis di
Indonesia yang membolehkan Jeneral Suharto merampas kuasa. Sukarno juga
semakin kehilangan pengaruh selepas kejadian tersebut (Mohamad Rodzi, 2001). 11
Mac 1966 merupakan peralihan kuasa daripada Sukarno kepada Suharto yang
memegang tampuk pemerintahan yang baru. Namun pada 13 Mac 1966, Sukarno
tetap mengisytiharkan bahawa dasar Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia tetap
akan diteruskan sehingga Malaysia berjaya dihancurkan. Walaubagaimanapun,
dasar tersebut mendapat tentangan dalaman di Indonesia sendiri. PSII dan
Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia (KAMI) penentang utama dasar tersebut.
Namun pada 23 Mac, Suharto dengan kabinetnya yang baru telah menggumumkan
tiga matlamat utama dan salah satunya ialah sedaya-upaya meneruskan
Konfrantasi menentang Malaysia. Pertemuan Adam Malik dengan Marshall Green
(Duta Amerika Ke Indonesia) telah membuka pintu perdamaian hasil daripada
nasihat yang telah diberikan oleh Marshall Green. Duta British di Indonesia, Andrew
Gilchrist menyatakan bahawa perjanjian damai hanya boleh dilaksanakan jika
Indonesia menghentikan aktiviti konfrantasi. Perlantikan Adam Malik sebagai
Menteri Luar
Indonesia yang baru telah membuka kepada penamatan konfrantasi.
Perbincangan akhir pada 30 Julai dalam mesuarat KOGAM telah mengesahkan
Perjanjian Bangkok oleh Indonesia yang sebelum ini mendapat tentangan daripada
pihak Sukarno dan penyokong-penyokongnya. Pada 11 Ogos 1966, Tun Razak telah
mewakili Malaysia dan Adam Malik sebagai wakil Indonesia telah menandatagani
perjanjian memulihkan hubungan kedua-dua negara dan mengakhiri Konfrantasi
(Mohamad Rodzi, 2001). Perjanjian tersebut mengandungi tiga perkara penting iaitu

satu pilihanraya bebas akan diadakan bagi menentukan pendirian penduduk Sabah
dan Sarawak terhadap kedudukan mereka dalam Malaysia, kedua-dua negara
menyatakan persetujuan memulihkan hubungan diplomatik dan pertukaran
diplomat antara kedua-dua negara akan dilaksanakan secepat mungkin dan
sebarang bentuk permusuhan antara Malaysia dan Indonesia akan ditamatkan.
2.5.
Tuntutan Filipina
Filipina yang diketuai oleh Presiden Diosdado Macapagal telah menentang keras
cadangan penubuhan Malaysia kerana percantuman tersebut melibatkan wilayah
Sabah (Borneo Utara). Filipina cuba membuat tuntutan kerana Sabah merupakan
sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu dan kesultanan ini pula merupakan
sebahagian daripada Filipina juga. Oleh itu kerajaan Filipina membuat kesimpulan
bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina. Menurut daripada Mohd.
Isa (2007), tuntutan yang dikemukakan Filipina ini sebenarnya hasil daripada
desakan beberapa pihak di Filipina agar menuntut hak ke atas Sabah bagi pihak
waris Sultan Sulu. Desakan ini sebenarnya didalangi oleh sekumpulan peniaga
dibawah pimpinan Osmena yang telah membuat tuntutan awal atas nama waris
Sultan Sulu dan kemudiaannya diteruskan oleh kerajaan Filipina (Haji Buyong,
1981). Tuntutan ini telah dijadikan sebagai cabaran oleh kerajaan Tanah Melayu dan
juga Tunku Abdul Rahman dalam merialisasikan pembentukan gagasan Malaysia
pada peringkat awal perancangan. Berdasarkan daripada beberapa penulis,
cabaran daripada pihak Filipina wujud atas alasan Sabah dimasukkan dalam
rancangan untuk menjadikan salah sebuah wilayah dalam gagasan Malaysia dan
tuntutan rasmi Filipina terhadap Sabah bermula sejak 22 Jun 1962.
Filipina juga pernah mengemukakan tuntutan rasmi agar Britain menyerahkan
semula Sabah kepada Filipina berdasarkan daripada teks perjanjian 22 Januari 1878
di antara Sultan Sulu dengan Baron Overbeck dan Alfred Dent sebagai langkah
untuk menghalang gagasan Malaysia. Berdasarkan daripada perjanjian tersebut,
Filipina mendakwa bahawa Sultan Sulu cuma memajak (lease) wilayah Sabah dan
bukannya penyerahan wilayah (Mazlan, 1978 & Kassim, 2002). Sebagai sokongan
tambahan, kerajaan Filipina turut merujuk pengisytiharan waris Sultan Sulu, Sultan
Ismail Kiram pada 21 Januari 1958 yang membatalkan perjanjian tersebut dengan
alasan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) gagal menjelaskan bayaran
tahunan semasa Perang Dunia Kedua meletus. Namun, dakwaan tersebut dinafikan
oleh SBBU dengan menyatakan bahawa bayaran telah dimasukkan setiap tahun ke
dalam akaun waris Sultan Sulu di London (Ruslan, 2003). Selain daripada itu,
terdapat beberapa asas lain yang digunakan oleh kerajaan Filipina dalam usaha
untuk menghalang pembentukan persekutuan Malaysia seperti Resolusi Macapagal,
surat wakil Sultan Sulu 1962 dan keputusan Mahkamah Tinggi Borneo 1939 (Mohd.
Isa, 2002).
Sebenarnya, tuntutan yang dibuat oleh kerajaan Filipina adalah secara diplomasi
dan tidak melibatkan sebarang kekerasan seperti yang dilakukan oleh kerajaan
Indonesia di bawah pimpinan Sukarno. Walaupun halangan dan protes yang
dijalankan oleh Filipina cuma berbentuk diplomasi, namun hubungan antara
Malaysia-Filipina pernah terputus buat seketika apabila Malaysia diisytiharkan
secara rasmi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa siri rundingan di antara Tanah
Melayu dengan Filipina serta Indonesia telah diadakan bagi menyelesaikan masalah
pertikaian penubuhan gagasan Malaysia.
2.5.1.
Usaha Mengatasi Tuntutan Filipina
2.5.1.1. Rundingan London 1963
Bagi mengatasi masalah ini, beberapa usaha telah dijalankan khususnya melalui
rundingan meja bulat di antara beberapa pihak yang terlibat termasuklah kerajaan
British, Filipina, Tanah Melayu dan juga Indonesia. Usaha ini dijalankan bagi mencari
jalan keluar kepada persengketaan khususnya yang bersangkutan dengan tuntutan

Filipina ke atas Sabah. Usaha pertama yang dijalankan bagi mengatasi masalah
tuntutan Filipina ialah dengan mengadakan rundingan dua hala di antara kerajaan
Britain-Filipina di mana masing-masing diwakili oleh Setiausaha Luar kedua-dua
negara. British diwakili oleh Lord Home, manakala Filipina pula diwakili oleh
Emmanuel Pelaez yang juga merangkap Timbalan Presiden ketika itu. Rundingan ini
berlangsung di London bermula pada 28 Januari sehingga 1 Februari 1963 (Nik
Anuar, 2001).
Rundingan ini sebenarnya bertujuan untuk membincangkan soal keselamatan
dan juga kestabilan rantau Asia Tenggara. Selain itu, rundingan ini juga diharapkan
dapat mengekalkan hubungan baik dengan Filipina dan perkara yang paling penting
ialah untuk memastikan rancangan gagasan Malaysia berjalan dengan lancar. Ini
merupakan salah satu daripada matlamat utama rundingan Britain-Filipina bagi
mengatasi masalah tuntutan tersebut. Sepanjang berlangsungnya rundingan
tersebut, kerajaan Filipina telah mengemukakan soal pembentukan Malaysia pada
sesi pertama rundingan dan mendakwa idea tersebut menjadi pencetus kepada
ketegangan seperti kekacauan yang berlaku di Brunei dan juga perbalahan antara
Tanah Melayu dengan Indonesia (Nik Anuar, 2001). Bagi menjawab usul yang
dibangkitkan oleh Filipina, Britain mengemukakan beberapa bukti yang
menunjukkan bahawa Sabah adalah sah di bawah naungan British. Akhirnya, pada
sesi akhir rundingan telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu tuntutan
tersebut dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab
untuk meneliti isu tersebut. Bagi kerajaan Britain, jawatankuasa tersebut
ditubuhkan untuk menjaga kepentingan politik khususnya politik Filipina. Menurut
daripada Mohd. Isa (2002), rundingan tersebut gagal kerana sejak awal lagi
kerajaan British telah menolak tuntutan tersebut. Namun, jika dilihat dari sudut
yang positif, rundingan tersebut merupakan satu usaha penyelesaian untuk
merealisasikan gagasan Malaysia dan usaha ini juga telah meletakkan batu asas
kepada usaha-usaha seterusnya dalam mengatasi cabaran ini.
2.5.1.2. Persidangan Kemuncak Manila 1961
Bagi menyelesaikan masalah isu tuntutan Filipina ke atas Sabah, rundingan tiga
hala telah diadakan antara Tanah Melayu, Filipina dan juga Indonesia. Rundingan
awal diadakan pada 9 17 April 1963 yang diadakan di Manila dan rundingan ini
merupakan di antara peringkat pegawai-pegawai kementerian di mana Tanah
Melayu diwakili oleh Mohd Ghazali (Setiausaha Tetap Kementerian Luar), Filipina
diwakili oleh Salvador P. Lopez (Setiausaha Rendah Hal Ehwal Luar) dan Dr. Suwito
Kusumowidagdo (Timbalan Menteri Luar) mewakili Indonesia (Mohd. Noor, 1979).
Rundingan pada peringkat ini membincangkan cara untuk menyelesaikan masalah
bersama seperti kestabilan politik, keselamatan dan pembangunan ekonomi
serantau. Selain itu juga, rundingan ini membincangkan usaha untuk merapatkan
hubungan di antara ketiga-tiga negara. Sebenarnya, rundingan ini telah membuka
jalan kepada persidangan menteri-menteri luar bagi ketiga-tiga negara pada bulan
Jun 1963.
Rentetan daripada itu, pada 7 11 Jun 1963, satu persidangan peringkat
menteri telah diadakan di Manila. Ketiga-tiga perwakilan terdiri daripada Tun Abdul
Razak (Timbalan Perdana Menteri Tanah Melayu), Emmanuel Palaez (Naib Presiden
Filipina) dan Dr. Subandrio (Timbalan Menteri Pertama Indonesia). Melalui
persidangan ini, wujud satu keputusan yang dikenali sebagai Persetujuan Manila
(Manila Accord) yang menunjukkan persetujuan kerajaan Filipina dan Indonesia
terhadap pembentukan gagasan Malaysia dengan syarat ianya merupakan
kemahuan dan disokong oleh penduduk di wilayah Borneo dan disokong oleh
Setiausaha Agung PBB pada ketika itu (Mohd. Noor, 1979). Melalui persidangan ini,
dapat dilihat bahawa keputusan tersebut menunjukkan kejayaan mengatasi
masalah tuntutan Filipina ke atas Sabah walaupun ianya bukanlah dianggap sebagai
kejayaan mutlak dalam penubuhan Malaysia.
Berikutan dengan persetujuan persidangan peringkat menteri tersebut, satu

persidangan kemuncak telah diadakan di antara ketua-ketua kerajaan termasuklah


Tunku, Macapagal dan Sukarno. Persidangan ini bertujuan untuk menyelesaikan
pertikaian yang wujud akibat daripada gagasan Malaysia dan juga untuk
menyelesaikan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah dan persidangan ini telah
diadakan di Manila bermula 30 Julai 5 Ogos 1963. Menurut daripada Mohd. Noor
(1979), persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menerima dan
mengesahkan Persetujuan Manila yang telah dicapai semasa persidangan peringkat
menteri sebelum itu. Melalui persidangan itu juga, lahir satu pengisytiharan
bersama untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,
kebudayaan dan juga politik. Selain itu, persetujuan juga dicapai bagi membentuk
satu perikatan di antara ketiga-tiga negara, iaitu MAPHILINDO.
3.0.
Penilaian
Gagasan Malaysia yang dicetuskan oleh Tunku merupakan salah satu idea yang
dilihat sukar untuk direalisasikan pada ketika itu jika dilihat daripada situasi politik
di rantau Asia Tenggara yang masih bergelut dengan pengaruh penjajahan Barat
dan idealogi Komunis. Sejurus sahaja Tunku mengumumkan idea pembentukan
gagasan Malaysia, timbul beberapa reaksi daripada banyak pihak termasuklah dari
Tanah Melayu sendiri, Singapura, wilayah-wilayah di Borneo serta negara-negara
jiran khususnya Filipina, Indonesia dan juga Brunei. Ada pihak yang menyatakan
sokongan lansung dan ada juga pihak yang menentang kerana idea tersebut
dianggap belum lagi relevan untuk berbuat demikian pada masa itu. Terdapat
berbagai-bagai andaian yang mengatakan bahawa idea ini sebenarnya bukanlah
dicetuskan oleh Tunku kerana sebelum itu sudah wujud rancangan lain untuk
membentuk satu penggabungan atau kesatuan di rantau Nusantara yang meliputi
Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Filipina dan juga wilayah-wilayah di Borneo.
Tambahan pula, sebelum abad ke-20 lagi sudah timbul idea untuk membentuk
penggabungan di gugusan ini, namun akibat kurangnya sambutan dan masa yang
tidak sesuai, maka usaha tersebut terkubur begitu sahaja.
Sebenarnya, idea gagasan Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa faktor
dan salah satu sebab yang utama adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Pada
masa itu, idealogi Komunis semakin merebak di beberapa buah negara di rantau
Asia Tenggara termasuklah Vietnam, Filipina, Indonesia, Singapura dan Tanah
Melayu sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, Tunku selaku ketua kerajaan
Tanah Melayu cuba mengambil inisiatif untuk menubuhkan gagasan Malaysia bagi
menghalang perkembangan ideologi tersebut. Apabila Tunku bertindak
mengumumkan idea gagasan Malaysia secara rasmi, timbul berbagai-bagai reaksi
sama ada yang positif ataupun yang negatif yang dianggap sebagai cabaran dalam
penubuhan gagasan Malaysia. Cabaran utama yang dihadapai dalam merialisasikan
idea ini datangnya dari negara jiran khususnya Filipina dan Indonesia yang akhirnya
membawa kepada penentangan secara terbuka dan kekerasan. Walaupun gagasan
Malaysia akhirnya berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963,
namun penentangan terhadap Malaysia masih lagi diteruskan sehingga penghujung
tahun 1960-an. Dapat dilihat bagaimana wujudnya sentimen perkauman dan
terputusnya hubungan politik dengan negara-negara jiran adalah bukti jelas yang
menunjukkan bahawa usaha yang dikatakan murni ini tidak semestinya diterima
dengan mudah oleh semua pihak. Setelah sekian lama dan beberapa usaha
dirangka, akhirnya Malaysia dapat diterima secara terbuka oleh semua pihak.
4.0.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa gagasan Malaysia secara jelas telah
menerima banyak cabaran di awal pembentukannya sehinggalah beberapa tahun
selepas pengisytiharan Malaysia secara rasmi. Kebanyakan daripada cabarancabaran tersebut berjaya diatasi sama ada melalui kaedah diplomasi atau pun

tindakan ketenteraan. Tidak dinafikan bahawa Tunku Abdul Rahaman telah


memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran demi
merialisasikan idea gagasan Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh Tunku,
kerajaan Tanah Melayu, Singapura dan juga kerajaan British akhirnya membuahkan
hasil yang sangat diharapkan dan perkara yang paling penting ialah keamanan
yang dikecapai sehingga hari ini.
Rujukan
Abdul Rahman Haji Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Comber, L ( Terjemahan Omardin Haji Ashari ). 1985. Peristiwa 13 Mei: Sejarah
Perhubungan
Melayu-Cina. Petaling Jaya : International Book Service.
Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
& Kementerian Pendidikan Malaysia.
INTAN. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara.
Jayum Anak Jawan. 2003. Malaysian Politics & Government, Shah Alam. Karisma
Publications
Sdn. Bhd.
Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik. Johor. Universiti
Teknologi Malaysia.
Lily Zubaidah Rahim. 1960. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran
Masyarakat
Melayu, Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur. Utusan Publications
& Distributors.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800 1963). Selangor. Utusan
Publications & Distributors.
Mohd. Noor Abdullah. 1979. Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mohamad Rodzi Abd Razak. 2001. Gestapu Dan Penyelesaian Konfrantasi MalaysiaIndonesia.
Jebat 28. 75-106.
Nazaruddin Mohd. Jali. 1997. Penubuhan Persekutuan Malaysia: Reaksi Awal
Terhadap Gagasan Malaysia. Dalam Asnarulkhadi Abu Sabah & Jayum A. Jawa.
Kenegaraan Malaysia. Selangor. Universiti Putra Malaysia.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2001. Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara. Selangor.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruhanie Haji Ahmad. 2005. Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme, Kuala
Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ruslan Zainuddin et.al. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor. Fajar Bakti.
Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei Sebelum dan Selepas. Kuala Lumpur. Utusan
Publications
& Distributors Sdn Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia: Warisan Dan Perkembangan; Edisi
Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. 2003. Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang. PTS
Publication & Distributors SDN.BHD.

Вам также может понравиться