Вы находитесь на странице: 1из 6

Berhijrah Kepada Menutup Aurat &

Menjaga Hati Dengan Sempurna


Aku yang dulu terlalu leka dengan dunia. Seiring dengan usiaku yang
bergelar remaja. Semuanya aku nak cuba.
Bercouple.
Ya, aku tidak terkecuali. Aku tahu ianya salah. Tapi sebab pengaruh rakan,
juga melayani perasaan serta nafsu, aku turut sama terjebak ke kancah
percintaan yang sia-sia.
Ya Allah, jahilnya aku dulu.
Tapi sebenarnya perasaan ingin berubah, ingin meninggalkan perbuatan
maksiat dah lama terbuku.
Cuma aku tak tahu bagaimana harus aku mulakan. Kerana aku lihat
manusia sekelilingku juga melakukan hal yang sama. Tiada yang mampu
membawa aku ke arah yang lebih baik.

Saat Mula Mengatur Langkah Menutup Aurat Dengan


Sempurna
Pada tahun 2012, aku menerima tawaran untuk masuk ke Tingkatan 6.
Mulanya aku memang tidak mahu sebab ada yang mengatakan pelajaran
STPM sangat susah.

Tapi aku tiada pilihan. Aku terpaksa terima kerana aku fikir akan masa
depanku. Aku kasihankan ibu ayahku yang sentiasa berharap anakanaknya masuk ke universiti.
Jadi aku mengambil langkah untuk masuk ke Tingkatan 6.
Minggu pertama kemasukan semuanya berjalan dengan baik.
Cuma..biasalah, first impression aku bila masuk tempat baru, aku tak suka
dengan kawan-kawan baru sebab mereka urban, sombong.
Allah.. jahatnya aku berfikiran sedemikian. Walhal kenal dengan mereka
sendiri pun tidak. Tapi sudah bertanggapan yang negatif.
Sehinggalah kami ditempatkan di kelas-kelas yang telah kami pilih, masih
juga sama. Suasananya kekok. Kerana semuanya baru. Aku hanya
berborak dengan kawan baikku sahaja.
Amat jarang untuk bergaul dengan rakan baru yang lain. Kami seolah
mengasingkan diri.
Hari demi hari, minggu demi minggu, walaupun aku belajar dalam keadaan
terpaksa yang kadangkalanya aku ada rasa ingin sahaja berhenti daripada
Tingkatan 6 tersebut, tapi aku cuba juga untuk teruskan kerana aku tak
punya pilihan lain.
Aku mula membiasakan diri dengan keadaan itu kerana aku akan berada
di situ dalam jangka masa yang panjang. Jadi aku mula bergaul dan
berkawan dengan orang baru yang sebelum ini tidak pernah aku
mengenalinya.

Aku rapat dengan seseorang yang juga merangkap ketua kelas aku.
Seorang lelaki. Aku tidak tahu bagaimana kami boleh menjadi rapat.
Kadangkala,

apa-apa

masalah

dia

suka

berkongsi

pada

aku.

Perwatakannya sederhana, baik orangnya. Aku cukup selesa berkawan


dengannya.
Suatu hari, dia mencadangkan aku menjadi AJK Kelas yang baru dalam
Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) kerana AJK sebelumnya menarik diri dari
jawatan tersebut.
Aku dengan rasa rendah diri menerima tawaran itu. Tapi, bukan hal itu
yang aku mahu ceritakan di sini.
Sejak memasuki MPP, aku jadi lebih peramah, banyak bergaul dan aku
sangat rapat dengan semua ahli MPP tersebut. Aku mula mengenali
seorang kawan. Perempuan. Manis wajahnya, putih bersih mukanya,
lembut sahaja perwatakannya.
Aku suka melihatnya. Pakaiannya yang sopan, menutup aurat, menarik
perhatianku.
Hidayah Menyapa
Semua ahli MPP bercadang untuk mengadakan konvoi raya antara ahliahli. Aku juga tidak ketinggalan untuk turut serta.
Sangat teruja kerana pertama kalinya aku beraya dengan kawan baru,
kawan yang tidak sangka menjadi kawan aku sekarang ni. Alhamdulillah
kerana aku dipertemukan dengan mereka.

Suatu hari, semasa bersiap-siap untuk pergi beraya bersama rakan MPP,
aku mengenakan selendang pada hari tersebut. Aku sibuk melilit
selendang sambil diperhatikan ibu di hadapan cermin di ruangtamu
rumahku.
Biasanya aku buat ia agak pendek kerana nak nampak kemas dan selesa
dipakai seharian.
Namun pada hari itu, aku cuba melabuhkan selendang tersebut hingga ke
bawah dada kerana aku segan pada seorang kawan perempuan yang aku
katakan pakaiannya sopan serta menutup aurat.
Aku juga turut mengatakannya pada ibuku yang memerhati sahaja aku
yang sedang bersiap-siap.
Ya, mungkin masa tu hati aku mula diketuk oleh hidayahNya. Cuma aku
sahaja yang tidak perasan. Semuanya berlaku dengan pantas sehingga
aku juga tidak perasan. Tapi ianya masih segar di ingatanku kini setelah
aku berhijrah.
Bermula daripada situ, aku mula mengatur langkah perlahan-lahan
berhijrah.
Teman lelaki aku, aku mula tinggalkan kerana aku mulai tidak gemar
dengan dirinya yang suka mengasak aku untuk hal yang sia-sia.
Aku mula menutup aurat dengan sempurna, melabuhkan tudung,
mengenakan sarung tangan dan memakai sarung kaki. Memang banyak
dugaannya.
Ada juga yang mengata itu ini. Tapi aku abaikan.

Aku terus berjalan pandang ke hadapan tanpa menoleh. Aku perlukan


perubahan bagi diri aku. Perubahan yang baik. Yang membawa aku
menuju Allah.
Aku mula menyempurnakan solat fardhu ku yang sebelumnya banyak aku
tinggalkan, perbetulkan bacaan serta pergerakannya. Ibadah sunat juga
banyak aku lakukan.
Aku juga lebih suka mendengar nasyid serta zikir. Lagu-lagu yang lagha
semua aku delete daripada playlist telefonku. Gambar-gambarku yang
tidak menutup aurat sempurna di media sosial telahku delete.
Begitu juga status-statusku yang lagha. Kini aku banyak post perkara
islamik.
Dan kini, Alhamdulillah, aku masih di atas landasanku mencari redha Ilahi
kerana aku ingin menggapai syurgaNya. Masih lagi belajar dan terus
belajar.
Alhamdulillah aku dikelilingi orang yang baik-baik. Apa-apa masalah aku
cuba untuk cari Allah dulu.
Aku yakin, bila kita berubah kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan
kita. Alhamdulillah untuk hidayah Allah ini. Perempuan yang aku ceritakan
itu mungkin pengantara bagi aku untuk aku mendapat hidayahNya.
Aku sangat bersyukur dan aku doakan supaya kami terus istiqamah dlm
perjalanan kami. Semoga kita berjumpa di syurga nanti.
Aku harap kalian jadikan ini sebagai pengajaran. Aku juga doakan kalian
disapa oleh hidayahNya. Doakan aku supaya terus istiqamah.

Kiriman oleh sahabat kita yang ingin dirahsiakan identitinya. Semoga


bermanfaat :)
Tweet
Share

Вам также может понравиться