Вы находитесь на странице: 1из 5

Hari Sukan

Sekolah saya mengadakan Hari Sukan pada hari Sabtu yang lalu. Padang sekolah dihiasi

dengan belon dan panji-panji yang berwarna-warni. Murid-murid berkumpul di padang sekolah
pada pukul 7:30 pagi.

Peserta-peserta dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu rumah merah, rumah kuning,

rumah biru dan rumah hijau. Sebelum acara sukan dimulakan, ibu bapa dijemput duduk di bawah

khemah. Guru Besar memberikan ucapan pada pukul 8:00 pagi.

Selepas itu, acara sukan pun bermula. Antara acara-acara yang dipertandingkan termasuklah

lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari, tarik tali dan sebagainya. Peserta-peserta bertanding dengan

bersungguh-sungguh.

Para penonton bersorak dan bertepuk tangan untuk memberi sokongan kepada para peserta.

Suasana pada hari itu sungguh meriah. Kemudian, upacara penyampaian hadiah diadakan.

Rumah merah muncul sebagai johan keseluruhan. Hari sukan tamat pada pukul 11:00 pagi.

Murid-murid mengemaskan padang sebelum pulang ke rumah. Murid-murid berasa gembira kerana

dapat menyertai Hari Sukan ini.

Gotong-royong di Sekolah

Sekolah saya telah mengadakan aktiviti bergotong-royong pada hari Sabtu yang lalu. Tujuan
aktiviti ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan sekolah. Semua guru dan murid

berkumpul di padang sekolah pada pukul 7:00 pagi.

Murid-murid membawa peralatan seperti cangkul, sabit, penyapu, kain buruk dan

sebagainya. Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang menebas

rumput, mengutip sampah, menanam tin-tin kosong dan lain-lain lagi.

Murid-murid telah bekerjasama untuk melakukan tugas masing-masing dengan berdisiplin.


Kami tidak berasa penat walaupun cuaca pada hari itu sangat panas. Semua kerja telah selesai kirakira pada pukul 11:00 pagi.

Selepas itu, guru-guru dan murid-murid menikmati jamuan ringan di kantin. Murid-murid
Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com


dapat makan banyak makanan yang sedap. Kami berasa sangat kenyang selepas makan.

Kami pulang ke rumah masing-masing pada pukul 1 petang. Murid-murid berasa letih tetapi sangat
gembira kerana sekolah kami menjadi bersih dan cantik.

Perhimpunan Sekolah

Sekolah saya mengadakan perhimpunan sekolah pada setiap hari Isnin. Murid-murid

berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Murid-murid beratur mengikut kelas masingmasing.
Mula-mula, murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri. Murid-murid berdiri

tegak dan menyanyi dengan penuh semangat.Kemudian, murid-murid pun membaca Rukun Negara.

Selepas itu, Guru Besar memberikan ucapan di atas pentas. Guru Besar menasihati murid
murid supaya rajin belajar untuk mendapat keputusan yang baik. Guru Besar juga menasihati

murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan sekolah. Guru kokurikulum telah melaporkan

aktiviti-aktiviti sekolah pada minggu itu.

Setelah itu, beberapa orang murid telah naik ke atas pentas. Guru Besar telah menyampaikan

hadiah kepada mereka. Murid-murid bertepuk tangan dengan meriah di bawah pentas .

Perhimpunan sekolah tamat pada pukul 8.30 pagi selepas murid-murid menyanyikan lagu

sekolah. Kemudian, murid-murid beratur balik ke kelas masing-masing dengan tertib.

Sambutan Hari Kanak-kanak

Sekolah saya telah menyambut Hari Kanak-kanak pada hari Rabu yang lalu. Dewan sekolah

telah dihias dengan belon dan reben yang cantik. Murid-murid juga menyusun kerusi dengan
kemas.

Murid-murid telah berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian, Guru

Besar telah memberikan ucapan. Beliau menasihati murid-murid supaya rajin belajar untuk

Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com

mendapat keputusan yang baik. Murid-murid memasang telinga semasa Guru Besar berucap.

Selepas itu, murid-murid telah membuat persembahan yang menarik. Antaranya ialah tarian,

nyanyian, drama dan sebagainya. Murid-murid bertepuk tangan dengan gembira. Guru Besar juga
memberikan hadiah kepada murid-murid.

Setelah itu, murid-murid beratur ke kantin untuk menikmati jamuan ringan. Murid-murid

dapat makan banyak makanan yang sedap. Kami berasa sangat kenyang selepas makan.

Sambutan Hari Kanak-kanak telah tamat pada pukul 1.00 petang. Murid-murid berasa

gembira dan berharap dapat menyambut Hari Kanak-kanak dengan meriah pada setiap tahun.

Abang Saya
Saya ada seorang abang. Nama abang saya Lee Chan Ming.
Wajahnya kacak. Dia berbadan tinggi dan tegap. Dia sangat tegas tetapi penyayang.

Abang saya berumur lima belas tahun. Dia masih bersekolah di Sekolah Menengah
Bentong. Pada masa lapang, dia gemar bermain badminton. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang
guru.
Abang selalu membantu ayah dan emak. Dia juga selalu membantu saya dalam pelajaran.
Saya sangat menghormatinya.

Saya berasa bangga kerana ada seorang abang yang baik, kacak dan penyayang.

Emak Saya
Semua orang ada emak. Nama emak saya Lee Yi Mun.
Wajah emak saya ayu. Emak saya bertubuh sederhana. Emak saya seorang yang lemah
lembut dan bersifat penyayang.

Umur emak saya 39 tahun. Emak saya seorang suri rumah tangga. Pada masa lapang, emak
gemar memasak.

Emak menjaga kami dengan baik. Setiap hari emak mengemas rumah dan memasak

makanan yang lazat untuk kami. Saya sangat menghormati beliau. Bagi saya, emak sayalah emak
yang paling baik di dunia ini.
Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com

Saya begitu bangga kerana mempunyai emak yang penyayang dan mengambil berat tentang
keluarganya.

Keluarga Saya

Semua orang ada keluarga masing-masing. Begitu juga saya.


Keluarga sayg terdiri daripada empat orang iaitu bapa, emak, abang dan saya. Bapa saya
bernama Lee Hong. Emak saya pula bernama Chan Mei Mei. Abang saya bernama Lee Ming.

Kami hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Hubungan kami juga sungguh
rapat dan mesra.

Saya berharap kami sekeluarga akan terus bahagia Saya juga berharap ahli keluarga saya
akan sentiasa sihat.

Saya berasa sungguh bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia ini.

Saya sebuah Kamus


Saya sebuah kamus bahasa. Saya sangat berguna kepada murid-murid. Saya dilahirkan di
sebuah kilang buku.
Saya diperbuat daripada kertas. Badan saya tebal. Kulit saya juga tebal. Harga saya
RM38.00. Saya dijual di sebuah kedai buku.
Saya dibeli oleh seorang murid. Saya digunakan untuk mencari maksud perkataan.
Saya berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus.

Saya sebuah Buku Latihan


Saya sebuah buku latihan biasa. Saya sangat berguna kepada murid-murid.
Saya dilahirkan di sebuah kilang yang besar. Saya diperbuat daripada kertas. Badan saya
nipis. Kulit saya juga nipis.
Harga saya RM0.50. Saya dijual di sebuah kedai buku. Pada suatu hari, saya telah dibeli
oleh seorang budak lelaki. Saya digunkan untuk menulis dan melukis.
Saya berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah buku latihan.

Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com

Saya sebuah Almari


Saya sebuah almari pakaian. Saya sangat berguna kepada orang ramai.
Saya dilahirkan di sebuah kilang yang besar. Saya diperbuat daripada kayu. Saya ada empat
kaki
dan di badan saya terdapat dua buah laci.
Harga saya RM1300. Saya dijual di sebuah kedai perabot. Pada suatu petang, saya telah
dibeli oleh
seorang wanita. Saya digunakan untuk menyimpan pakaian.
Saya berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah almari yang cantik.

Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com

Вам также может понравиться