Вы находитесь на странице: 1из 3

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan

menentukan kejayaan seseorang itu.


Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada
masa ini.

Ilmu pelita ilmu dan Ilmu suluh kejayaan. Itulah dua kata-kata hikmat
yang dapat membuktikan bahawa ilmu begitu penting dalam hidup setiap
manusia. Dalam era globalisasi ini, para remaja perlu diberi lebih penekanan
berkenaan kepentingan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang kerana jika
seseorang itu tidak memiliki ilmu pengetahuan, mereka akan ketinggalan serta
mengalami kesulitan untuk meneruskan hidup. Disebabkan tuntutan zaman,
para remaja perlu lebih aktif dan berusaha untuk menimba seberapa banyak
ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup pada masa akan datang.
Dengan adanya ilmu, seseorang itu berupaya mencipta inovasi baru
dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Ciptaan baharu yang merupakan
inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada hidup mereka malahan
memberi manfaat kepada semua golongan yang memiliki ciptaan tersebut.
Contohnya, telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Penciptaan alat
elektronik dan alatan lain kini sarat dengan pembaharuan seiring dengan
peredaran zaman yang semakin moden serta pesat membangun.
Seterusnya, negara dapat melahirkan banyak tenaga pekerja yang mahir
dan berkebolehan. Pendidikan pada alaf ini menyediakan skop pengetahuan dan
ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin
kompleks dan bercorak global. Ilmu pengetahuan yang tinggi akan memberi
kelebihan pada tenaga mahir di Malaysia. Tenaga mahir tersebut akan
menyumbangkan idea-idea bernas dalam sesuatu perkara. Misalnya, penciptaan
tembikar daripada tanah liat dengan teknik dan keunikkan yang tersendiri telah
menarik minat banyak syarikat dan pelabur dari luar negara untuk bekerjasama
dengan Malaysia. Pada masa yang sama, Malaysia bukan sahaja melahirkan
banyak tenaga mahir malahan dapat mengharumkan nama Malaysia ke persada
antarabangsa sekaligus menyumbang kepada pertambahan hasil ekonomi
negara.

Di samping itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang juga dapat


menjamin peningkatan taraf hidup. Dengan ilmu yang dikuasai, mereka akan
menjawat jawatan yang baik dengan gaji yang lumayan. Pendapatan yang
mereka perolehi membolehkan mereka mengubah corak hidup dan membina
kehidupan yang lebih baik serta selesa. Mereka juga mampu memiliki kenderaan
sendiri dan dapat memenuhi kehendak diri mereka sendiri. Golongan yang
menguasai ilmu juga dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk
memperoleh pendapatan sampingan seperti berniaga, mengajar di pusat tuisyen
dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, golongan yang memiliki ilmu juga tidak mudah
dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita sering membaca di
dada-dada akhbar bahawa kes penipuan kebanyakannya berlaku dalam kalangan
penduduk kampung. Ini menggambarkan bahawa masyarakat yang tinggal di
kampung tidak begitu mengambil berat soal ilmu mungkin disebabkan
pendapatan isi rumah tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan anakanak untuk ke sekolah dek kerana kos sara hidup yang kian meningkat.
Disebabkan itu, penipu dengan mudahnya menggunakan helah melalui kontes
atau peraduan gores dan menang untuk melakukan penipuan. Masyarakat
dengan mudahnya memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau
wang tunai semata-mata kerana tertarik dengan hadiah yang ditawarkan. Hal ini
terjadi kerana, wujudnya masyarakat yang mudah terpedaya dan tidak berfikir
panjang serta kurang ilmu pengetahuan. Hal seperti ini sudah tentu tidak akan
berlaku kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan.
Akhir sekali, penguasaan ilmu penting bagi membolehkan seseorang itu
berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama. Ilmu yang dimiliki bukan sahaja
memajukan diri sendiri malahan mereka juga boleh menyumbangkannya kepada
orang lain dengan tujuan yang betul dan saluran yang tepat. Sebagai contoh,
doktor dapat memberikan rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu
memberikan kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu
kepada para pelajar. Secara tidak langsung, penguasaan ilmu dalam pelbagai
bidang pada era ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan khususnya
kepada sesebuah negara itu sendiri.
Konklusinya, terbuktilah bahawa ilmu itu amatlah penting dalam
kehidupan setiap manusia. Ilmu perlulah ditimba dengan seberapa banyak
mungkin kerana ilmu memberi manfaat kepada sesiapa yang memilikinya. Ilmu

yang dicari bukan sahaja dalam bentuk duniawi, malahan ilmu agama juga
penting agar keseluruhan ilmu yang dicari seimbang. Janganlah kita menjadi
seseorang yang berilmu, bekerjaya dan berkedudukan tetapi akhlak serta rohani
rosak. Cabaran duniawi pada era globalisasi ini menuntut kita untuk menguasai
ilmu agama sebagai benteng dan kekuatan daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum agama.

Вам также может понравиться