Вы находитесь на странице: 1из 10

1.

LUKISKAN GAMBAR RAJAH ALAT ARTIKULASI DAN TANDAKAN NAMA BAGI ALAT
ARTIKULASI TERSEBUT.BERIKAN FONEM-FONEM YANG DIHASILKAN OLEH ALAT
ARTIKULASI TERSEBUT

Pengenalan
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Seseorang pengguna bahasa perlulah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya untuk menguasai kemahiran bertutur
bahasa Melayu dengan baik. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang iaitu fonologi dan
fonetik.
Fonologi
Fonologi adalah bidang untuk mengkaji sistem bunyi yang dituturkan atau diucapkan oleh
manusia. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1986:61), bidang fonologi adalah
bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.
Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61) pula menjelaskan ilmu fonologi
merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah
Hassan (1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa itu. Parker (1974:112) menjelaskan ilmu fonologi ialah ....sesuatu bidang yang
mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan
sebutan.
Fonetik
Bagi fonetik pula ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dalam
saluran suara dikenali sebagai Fonetik Artikulasi, juga sifat gelombang bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh saluran suara iaitu Fonetik Akustik, dan ilmu yang mengkaji berkenaan dengan
pendengaran dan proses-proses yang tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi
bahasa dikenali sebagai Fonetik Auditori. Menurut Kamus Dewan (2005:354) menyatakan
fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Abdullah Hassan (1993:40) pula menjelaskan ilmu fonetik sebagai
ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.

DEFINISI ALAT ARTIKULASI


Alat artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat
banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam
sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Aliran udara juga
digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Alat yang boleh digerak-gerakkkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa
kedudukan di dalam mulut.
(b) Daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas
pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.
Manusia berbeza daripada haiwan primat kerana manusia berupaya untuk menghasilkan bunyibunyi ujaran, malah kebanyakan kita belajar bertutur tanpa mengetahui sepenuhnya tentang
keupayaan organ-organ ujaran yang kita miliki. Kita menyedari hal ini hanya setelah kita
menghadapi masalah sakit kerongkong yang menyebabkan suara kita tidak keluar. Ahli terapi
pertuturan memahami dengan lebih mendalam cara tubuh badan manusia menghasilkan bunyibunyi bahasa. Hal ini termasuklah cara kita menentukan dan memilih ujaran tertentu dan
mengenal pasti bunyi-bunyi yang kita kehendaki. Secara umumnya, kita boleh berfikir secara
mudah bagaimana kita menggunakan paru-paru untuk bernafas, menarik nafas dan
menghembuskan udara, menghasilkan getaran dalam tenggorok dan kemudian menggunakan
lidah, gigi dan bibir untuk mengubah suai bunyi-bunyi suara. Kesemua ini ada kaitannya dengan
organ yang terlibat dengan pertuturan manusia.
Pada hari ini, saintis dapat meletakkan kamera yang sangat kecil ke dalam rongga mulut untuk
tujuan memeriksa dan meneliti sebahagian daripada pergerakan fizikal yang berkaitan pertuturan.
Kebanyakan daripada kita menggerak-gerakkan organ melalui pemantulan atau kebolehan
megenal pasti bunyi-bunyi yang hendak kita hasilkan. Hal ini tidaklah semudah cara kita
memahami dan meneliti pergerakan dan kedudukan huruf-huruf vokal dalam sesuatu perkataan.

Di dalam tenggorok, terdapat pita suara yang akan bergetar apabila udara melaluinya, terutama
apabila mengeluarkan bunyi bersuara seperti bunyi vokal. Udara yang bergetar ini seterusnya
akan melalui rongga-rongga yang akan mengubah suai bunyi tersebut dan akhirnya akan
diartikulasikan. Sebelum itu, bunyi ini akan melibatkan penggunaan organ-organ tertentu, sama
ada artikulator yang pasif seperti lelangit keras, gigi gusi dan gigi atas ataupun artikulator yang
aktif seperti lidah. Tegasnya, penghasilan bunyi-bunyi bahasa akan melibatkan organ pertuturan
seperti farinks, lelangit lembut, gusi dan gigi bawah, bibir dan yang paling aktif ialah lidah.

SENARAI ALAT ARTIKULASI MANUSIA


Seperti yang telah dijelaskan, alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan
peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Senarai alat artikulasi manusia adalah seperti
yang berikut:

1.

Bibir atas

8.

Anak tekak

15. Pita suara

2.

Bibir bawah

9.

Hujung lidah

16. Rongga tekak

3.

Gigi atas

10.

Hadapan lidah

17. Rongga hidung

4.

Gigi bawah

11.

Tengah lidah

18. Rongga mulut

5.

Gusi

12.

Belakang lidah

19. Rahang

6.

Lelangit keras

13.

Akar lidah

20.

7.

Lelangit lembut

14.

Epiglotis

Tenggorok

Anak Tekak
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut.
Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari
lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit
lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu
bunyi sengau atau tidak. Oleh yang demikian, anak tekak ini juga boleh digerakkan, sama ada
dinaikkan atau diturunkan.
Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah,
belakang lidah, dan daun lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-erakkan sama ada
diangkat, dinaikkan atau diturunkan untukmembuat penyekatan terhadap udara yang keluar
melalui rongga mjulut.

Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting dalam

pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iait vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang. Hujung
lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif dan boleh digerak-gerakkan ke mana-mana
bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara. Oleh sebab lidah ini sangat aktif
dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa maka lidah dinamakan artikulasi utama.
Ahli sains mengesan kawasanyang berbeza bagi kedudukan lidah dan bergantung pada bunyibunyi tertentu yang dihasilkan. Bahagian dan kedudukan bahagian lidah tersebut adalah seperti
yang berikut:
(a) belakang lidah - bertentangan dengan lelangit lembut.
(b) tengah lidah - bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut.
(c) hadapan lidah - bertentangan dengan lelangit keras.
(d) daun lidah - sepanjang garisan yang menghadap gusi.
(e) hujung lidah - bahagian yang paling akhir

Tiga bahagian yang awal, iait belakang, tengah, dan hadapanlidah dikenali sebagai
dorsum dalam bahasa Latin dan bermaksud tulang belakang kepada pertuturan manusia.

Pita Suara
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam mengasilkan bunyi bahasa.
Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara, manakala
orang yang tidak mempunyai pita suara pula akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua
keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara kedua-dua selaput itu disebut
glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup,
sementara apabila selaput itu direnggangkan, glotis menjadi luas.
Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan
itu bersuara ataupun tidak bersuara. Apabila selaput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat,
udara dari paru-paru yang keluar melalui akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara.
Sebaliknya, apabila selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka tetapi tidak terlalu luas,
udara dari paru-paru yang keluar melaluinya tidak bergetar dan bunyi itu disebut bunyi tidak
bersuara.

Rahang
Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi
bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam pembunyian vokal. Sebagai
contoh, keadaan bukaan antara dua rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa
membunyikan vokal [i] dan vokal [u]. Sebaliknya, keadaan rahang akan terbuka luas semasa
membunyikan vokal [a] dan []
Rongga
Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

Rongga

merupakan bahagianlapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru.
Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga
tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita usara hinggalah ke bahagian anak tekak.
Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah
dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke
hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung pada keadaan,
sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.

DAERAH ARTIKULASI
Daerah artikulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa. Daerah artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa ialah
bibir, gigi, gusi dan lelangit. Daerah artikulasi ini ada yang boleh digerakkan seperti lelangit
lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan dan ada juga yang kedudukannya adalah tetap
seperti lelangit keras, gigi, dan gusi.
Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk
menyekat perjalanan udara. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan.

Sebagai contoh, apabila menyebut bunyi [i], keadaan bibir adalah hampar.

Sebaliknya, apabila menyebut bunyi [u], kedudukan bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi

untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Sebagai contoh,
apabila menyebut bunyi [m], aliran udara akan disekat di bibir.
Gigi
Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah
aktif. Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan gigi bawah. Bahagian ini tidak boleh
digerak-gerakkan dan fungsinya adal untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas
melalui rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi [] dan [] gigi turut berperanan sebagai daerah
penyebutan.
Gusi
Gusi (alveolar) ialah alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit keras. Keadaannya
cembung dan bergungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak
bolehdigerak-gerakkan. Gusi berperanan dalampengeluaran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan
hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [t]
dan [d].

Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras (palatal/palatum) dan
lelangit lembut (velar/velum). Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut.
Lelangit keras merupakan tulang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut. Lelangit keras
berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Lelangit lembut
pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit
lembut merupakan tisu lembut pada bahagian belakang lelangit keras. Lelangit lembut boleh
diturunkan dan dinaikkan. Alat ini amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang
dihasilkan itu bunyioral atau bunyinasal. Apabila telangit lembut diturunkan, rongga mulut akan
tertutup danudara akankeluar melalui rongga hidung. Keadaan ini menyebabkan bunyi sengau
terhasil, misalnya bunyi [n] dan [m]. Sebaliknya, apabila lelangit lembut dinaikkan, rongga

hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar melalui rongga mulut. Keadaan ini menyebabkan
terhasilnya bunyi-bunyi letupan dan geseran, misalnya bunyi [b] dan [h].

FONEM BAHASA MELAYU


Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Unit yang paling besar ialah ayat dan
unit yang paling kecil ialah fonem. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh
dipenggal-penggalkan. Hal ini bersesuaian dengan sifat fonem yang memang boleh diasingasingkan antara satu dengan yang lainnya. Sebagai contoh, satu perkataan (yang juga merupakan
salah satu unit dalam bahasa), iaitu padam, boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan
yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan, iaitu /p/, /a/, /d/, /a/ dan /m/. Unit-unit terkecil
ini tidak mempunyai sebarang makna jika diletakkan secara berasingan. Sebaliknya, jika salah
satu daripada unit terkecil atau fonem itu digantikan dengan satu fonem yang lain, maka makna
perkataan itu akan berubah. Misalnya, jika fonem /m/ pada perkataan padam tersebut
digantikan dengan satu fonem yang lain akan menghasilkan perkataan /padan/, /padat/, /padah/
dan /padang/. Hal ini menunjukkan bahawa fonem mempunyai fungsi distingtif, iaitu fonem
berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan.
Maksud yang lain bagi fonem ialah unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh
membawa perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang
mempunyai sifat-sifat fonetik yang sama dan mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza
hanyalah lambang-lambang diakritiknya. Tegasnya, fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang
distingif, iaitu fonem ialah unti sifat bunyi yang mampu membezakan makna bagi sesuatu kata.
Kedua-dua fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan dalam membezakan
makna. Dalam bidang fonologi, kita perlu memperlihatkan perbezaan tersebut agar jelas. Semasa
kecil kita sering menyebut dan belajar bunyi-bunyi b, c, d, f dan sebagainya ialah bunyi
konsonan dan a, e, i, o dan u ialah bunyi vokal. Dalam hal ini, konsonan dan vokal
menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai bunyi yang saling berkaitan. Ahli fonologi
berminat dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta simbol-simbol fonetik yang digunakan
untuk menggambarkannya. Memanglah mudah jika kita hanya menggunakan huruf-huruf vokal
dan konsonan itu sendiri bagi melambangkan bunyi, tetapi adalah lebih baik jika kita dapat

mewujudkan suatu simbol yang jelas dan dapat digunakan bagi menghilangkan kekaburan dan
kekeliruan dalam penulisan dan percakapan.

Keadaan bibir ketika penghasilan Fonem Vokal

Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Lelangit

Lelangit
Keras

tb

Pita Suara

Letusan

tb

Lembut

Letupan

Gusi-L Keras

Bibir

Gusi

Daerah Sebutan

j
n

Sengauan

Geseran

tb

Getaran

Sisian

Separuh Vokal

tb = tak bersuara b = bersuara

Вам также может понравиться