Вы находитесь на странице: 1из 9

PENGENALAN

Kabel adalah satu media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat
yang lain di samping berfungsi sebagai tempat sambungan beban ke
bekalan.Oleh sebab itu pemilihan, penyokongan dan pendawaian sesuatu kabel
perlu diketahui dengan jelas. Pemilihan yang salah bukan sahaja
membahayakan pendawaian itu malah mengancam keselamatan pengguna.
Setiap kabel mempunyai fungsinya yang tersendiri dan tidak boleh
disalahgunakan. (Jangan menganggap semuanya serupa).Kabel dikelaskan
berdasarkan kemampuan voltan,keboleh lenturan,jenis penebatan,jenis
sarung ,bahan pengalir dan bilangan teras yang digunakan,misalnya kabel voltan
rendah jenis kaku bertebatkan pvk berpengalir kuprum.Berikut ialah sebahagian
jenis kabel yang terdapat di pasaran untuk pendawaian tetap. Kabel berpengalir
aluminium kurang daripada 10mm tidak boleh digunakan sebagai pendawai tetap
kerana kesukaran menyambungkan dawainya.Antara kabel yang sering
digunakan dalam industri dan kerja-kerja pendawaian hari ini ialah kabel  kaku
atau pun kabel tidak boleh lentur. Antara contoh kabel kaku adalah seperti
berikut :

KABEL KAKU( tidak boleh lentur) dan pengalir untuk voltan rendah;

(A)   Berpengalir kuprum,berteras pejal atau berlembar,berpenebat pvk


bersarung pvk

(B)   Berpengalir kuprum,berpenebat,berlapis pvk,berperisai dawai keluli dan


bersarung pvk

(C)  Berpengalir kuprum,berpenebat pvk,berpengalir pelindung


bumi,berpengalir neutral berpenebat pvk, bertali pvk dan bersarung
keseluruhannya

(D)  Berpengalir kuprum halus,berpenebat getah,berjalin kain dan sebatian

(E)   Berpengalir kuprum,berpenebat bahan galian,bersarung


kuprum,bersarung keseluruhannya dengan pvk

(F)   Berpengalir kuprum padu,berpenebat teras keras,berpenebat kertas


secara bertali,bersarung aluminium di luar,lapisan bitumen,bersarung pvk
di luar sekali 
PEMILIHAN KABEL           

Di samping itu,sebagai juruteknik elektrik kita juga perlu tahu apakah faktor-
faktor yang mesti di ambil kira dalam pemilihan sesuatu kabel untuk pendawaian
elektrik.Ini bagi memastikan tahap keselamatan sesuatu pendawaian itu betul
betul mematuhi tahap piawaian yang telah ditetapkan. Antara faktor-faktor
pemilihan kabel untuk sesuatu pendawaian adalah seperti berikut:

            ( A) Jenis Kabel

-         merujuk kepada ketahanan kabel terhadap suhu tempat kabel itu
digunakan.

            ( B) Kemampuan Membawa Arus

-         kemampuan kabel membawa arus litar dengan selamat. Haba


yang dihasilkan oleh kabel ketika membawa arus menentang
rintangan pengalir hendaklah sama banyak dengan kehilangan
haba yang disebabkan oleh aliran pancaran kabel itu.Dengan
pemilihan begini barulah kabel itu selamat.Kemampuan membawa
arus ini merujuk kepada saiz kabel.

             (C) Kaedah Pemasangan

                   -   sama ada pemasangan kabel itu terdedah atau tertutup. Jika
kabel itu tertutup seperti pembuluh, kemampuan membawa
arusnya berkurangan berbanding dengan kabel yang dipasang
terdedah

             ( D) Faktor Kumpulan

-         Kabel yang dipasang secara berkumpulan ( jambak ) sukar


mengeluarkan kepanasan yang wujud berbanding dengan kabel
yang dipasang berasingan. Dengan itu kadaran membawa arus
kabel berkenaan akan berubah (berkurangan) 
             ( E) Suhu ambien

-         Kabel yang dipasang di tempat yang mempunyai suhu ambient


yang tinggi sukar menyebarkan haba yang terhasil berbanding
dengan suhu ambient yang rendah. Dengan itu keupayaan
membawa arus juga berubah (berkurangan)

  ( F) Penebat Terma

-         Kabel yang digunakan untuk tujuan pemanasan bilik dan


sebagainya. Kabel ini dihalang dengan bahan penebat terma agar
suhu   kepanasan itu dapat disebarkan untuk memanaskan bilik.
Saiznya juga lebih besar berbanding dengan kabel untuk
kegunaan biasa

 
Beberapa Jenis - Jenis Kabel

 Kabel NYA

Kabel NYA berinti tunggal, berlapis bahan isolasi PVC, untuk instalasi luar/kabel
udara. Kode warna isolasi ada warna merah, kuning, biru dan hitam. Kabel tipe
ini umum dipergunakan di perumahan karena harganya yang relatif murah.
Lapisan isolasinya hanya 1 lapis sehingga mudah cacat, tidak tahan air (NYA
adalah tipe kabel udara) dan mudah digigit tikus.

Supaya selamat memakai kabel tipe ini, kabel harus dipasang dalam pipe/conduit
jenis PVC atau saluran tertutup. Sehingga tidak mudah menjadi sasaran gigitan
tikus, dan apabila ada isolasi yang terkelupas tidak tersentuh langsung oleh orang.
 Kabel NYM

Kabel NYM memiliki lapisan isolasi PVC (biasanya warna putih atau abu-
abu), ada yang berinti 2, 3 atau 4. Kabel NYM memiliki lapisan isolasi dua lapis,
sehingga tingkat keamanannya lebih baik dari kabel NYA (harganya lebih mahal
dari NYA). Kabel ini dapat dipergunakan dilingkungan yang kering dan basah,
namun tidak boleh ditanam.

 Kabel NYAF

Kabel NYAF merupakan jenis kabel fleksibel dengan penghantar tembaga serabut
berisolasi PVC. Digunakan untuk instalasi panel-panel yang memerlukan fleksibelitas
yang tinggi.
 Kabel NYY

Kabel NYY memiliki lapisan isolasi PVC (biasanya warna hitam), ada yang
berinti 2, 3 atau 4. Kabel NYY dipergunakan untuk instalasi tertanam (kabel
tanah), dan memiliki lapisan isolasi yang lebih kuat dari kabel NYM (harganya
lebih mahal dari NYM). Kabel NYY memiliki isolasi yang terbuat dari bahan
yang tidak disukai tikus.

 Kabbel NYFGbY

Kabel NYFGbY ini digunakan untuk instalasi bawah tanah, di dalam ruangan di dalam
saluran-saluran dan pada tempat-tempat yang terbuka dimana perlindungan terhadap
gangguan mekanis dibutuhkan, atau untuk tekanan rentangan yang tinggi selama
dipasang dan dioperasikan.
 Kabel ACSR

Kabel ACSR merupakan kawat penghantar yang terdiri dari aluminium berinti kawat
baja.Kabel ini digunakan untuk saluran-saluran transmisi tegangan tinggi, dimana jarak
antara menara/tiang berjauhan, mencapai ratusan meter, maka dibutuhkan kuat tarik yang
lebih tinggi, untuk itu digunakan kawat penghantar ACSR.

 Kabel AAAC

Kabel ini terbuat dari aluminium-magnesium-silicon campuran logam, keterhantaran


elektris tinggi yang berisi magnesium silicide, untuk memberi sifat yang lebih baik.
Kabel ini biasanya dibuat dari paduan aluminium 6201. AAAC mempunyai suatu anti
karat dan kekuatan yang baik, sehingga daya hantarnya lebih baik.
 Kabel ACAR

Kabel ACAR yaitu kawat penghantar aluminium yang diperkuat dengan logam
campuran, sehingga kabel ini lebih kuat daripada kabel ACSR.
KESIMPULAN

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan
dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak
asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal
yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga
digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

Sistem pendawaian juga perlu di titik beratkan.Pendawaian elektrik boleh dilakukan


sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya
dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada
dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna
mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau
memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut
baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi
kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah
rapuh dan haus mengikut masa.Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan
pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi
kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir
kuprum sahaja yang dibenarkan.oleh itu,setiap kerja pendawaian tidak boleh di pandang
remeh kerana ia melibatkan nyawa.

Вам также может понравиться