Вы находитесь на странице: 1из 6

Pada tahun 2014, Malaysia akan menyambut keempat Tahun Melawat Malaysia yang bertema

"Meraikan 1Malaysia Truly Asia" untuk menggambarkan kepelbagaian dalam perpaduan rakyat
Malaysia. Kera Bekantan telah dipilih sebagai maskot manakala kempen promosi telah bermula
pada tahun 2013 dengan satu siri acara-acara panjang khas tahun dan aktiviti yang membawa
kepada TMM 2014. Kali ini, TMM 2014 akan menjadi perayaan pelancongan terbesar dan paling
gah dengan beratus-ratus acara dan festival semua berbaris untuk menyambut dunia. Secara
keseluruhannya diharapkan TMM 2014 akan menyumbang kepada sasaran Kerajaan untuk
menerima 36 juta ketibaan pelancong dan RM168 bilion pendapatan pada tahun 2020, seperti yang
digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP) 2020.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Melawat_Malaysia

10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014


Berikut merupakan 10 senarai destinasi utama yang menjadi tumpuan
pelancong seluruh dunia. Rekod 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia ini
dikeluarkan oleh portal MSN Travel.com. Teringin juga nak tahu pasal apa destinasi tu menjadi
sasaran pelancong. Pelancong seluruh dunia lagi tu! So, apa kata kita terjah 10 destinasi
pelancongan terbaik di dunia dan geledah kelebihan destinasi tersebut. Senarai top 10
anugerah tahunan TripAdvisor.

Senarai 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia


Tahun 2014
1. ISTANBUL, TURKI

Turki sebuah negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi
bangunan seni bina tradisional, ini menjadikan Istanbul sebagai bandar raya
yang wajib dikunjungi oleh pelancong seluruh dunia. Grand Bazaar di Istanbul
tempat yang sangat popular sebagai destinasi percutian. Jadi, tidak hairanlah
Istanbul menduduki tempat pertama dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di
dunia tahun 2014.

2. ROME, ITALI

Bandar Itali kaya dengan bangunan bersejarah sehingga menarik tumpuan


pelancong dunia. Antara tempat menarik di Rome ialah Vatican City, Trevi
Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki
tempat kedua dalam senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun
2014 ini.

3. LONDON, ENGLAND

London merupakan tempat ketiga dalam senarai 10 destinasi pelancongan


terbaik di dunia

Tahun 2014. Tempat menarik menjadi tumpuan pelancong dunia di London ialah
Menara London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng Windsor, Sungai
Thames, Menara Big Ben, Shakespeares Globe Theatre, Hampton Court
Palace dan Istana Kensington. Kehadiran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL)
menaikkan lagi populariti dan keinginan pelancong untuk menjejakkan kaki ke
London.

4. BEIJING, CHINA

Kota Larangan atau 'Forbidden City' yang menjadi istana dan pusat pentadbiran
zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih
daripada 100 buah muzium. Ini meletakkan Bandar Beijing, China berada di
kedudukan keempat dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun
2014.

5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH

Prague dipilih sebagai kota kelima dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di


dunia tahun 2014. Ini kerana kekayaan Republik Czech terhadap nilai budaya
dan kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di Prague menjadikannya
dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO). Prague telah
berjaya menarik 5 juta pelancong antarabangsa!

6. MARAKECH, MAGHRIBI

Kota Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satusatunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan
pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir.
Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke
benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling
sesuai untuk dikunjungi. Jadi, Marakech menduduki tempat keenam dalam 10
destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.

7. PARIS, PERANCIS

Paris sering menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang
bercinta ataupun baru berkahwin. Sehingga ia dikenali sebagai Kota Cinta dan
Kota Fesyen. Paris memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik
di dunia. Buat anda semua yang ini berbulan madu di Paris, datanglah ke kota
cinta ini yang mana Paris berada di kedudukan ketujuh dalam 10 destinasi
pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.

8. HANOI, VIETNAM

HANOI terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya
utama. Antara tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui
pelbagai artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang
negara ini dan sebaran penduduk di Asia Tenggara. Hanoi berada di kedudukan
kelapan dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia.

9. SIEM REAP, KEMBOJA

Siem Reap kini menjadi destinasi popular di kalangan pelancong dan


meletakkannya di kedudukan kesembilan dalam 10 destinasi pelancongan
terbaik di dunia tahun 2014. Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu
Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina
purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi lokasi menarik untuk orang
ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.

10. SHANGHAI, CHINA

Shanghai di kedudukan kesepuluh dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di


dunia tahun 2014. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di
China dan ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki

penduduk paling ramai. Walaupun kemunculan bangunan-bangunan pencakar


langit, moden dan kontemporari namun bangunan lama masih dikekalkan dan
dibaik pulih sebagai sejarah.
Sumber: Utusan & kredit foto 1 2 3

Itulah senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia! Setiap daripadanya


mempunyai keunikan tersendiri. Jika kengkawan merancang ingin melancong,
lakukan sedikit kajian destinasi pelancongan tersebut. Melancong bukan sahaja
secara berkumpulan malah melancong keseorangan pun boleh. Berminat untuk
melancong ke destinasi pelancongan terbaik dunia seperti senarai di atas? Silasila Jauh pengembaraan, luas pengetahuan!
- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/05/10-destinasi-pelanconganterbaik-di-dunia-tahun-2014.html#sthash.xhUoyv1m.dpuf

http://umikasum.blogspot.com/2014/05/10-destinasi-pelancongan-terbaik-di-duniatahun-2014.html

Вам также может понравиться