Вы находитесь на странице: 1из 5

Devandran Kalai Chelvam

PISMP SEMESTER 5/2015

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini
telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Sebagai seorang guru, saya dapat mengenai
konsep budaya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di tanah air kita dan seterusnya ia
dapat membantu kita supaya menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan lebih berkesan
lagi dalam kerjaya perguruan. Kepelbagaian budaya ialah keadaan yang majmuk dimana
semua rakyat hidup dalam keadaan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, kebudayaan,
kepercayaan agama dan sebagainya. Dalam situasi ini, masyarakat hidup saling hormatmenghormati bagi mewujudkan keseimbangan budaya dalam kelompok masyarakat yang
berbilang kaum tidak kira orang Melayu, Cina, India dan sebagainya. Manakala kepelbagai
budaya di Malaysia murujuk kepada masayarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai budaya mereka
yang tersendiri yang diamalkan sejak turun temurun. Selain itu, setiap budaya berbeza dari segi
agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai. Gabungan kesemua kaum yang ada di Malaysia
ini menghasilkan satu masyarakat yang majmuk di bawah payung perpaduan bagi membina
Negara bangsa yang harmoni dan sejahtera.
Sebagai guru, semasa menjalankan P&P dalam kelas kita perlu menerapkan nilai-nilai
murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama
memupuk perpaduan kaum. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara
semua kaum. Selain itu, kepelbagaian budaya di Negara Malaysia ini menjadi keutamaan
kepada keharmonian masyarakat yang wujud sekarang ini. Secara ringkasnya, sebagai rakyat
Malaysia kita perlulah berganding bahu dalam mewujudkan perpaduan tanpa mengira
pandangan politik, status ekonomi dan sosial dan sebagainya. Apabila kesemua aspek ini stabil
maka Malaysia boleh membina Negara yang harmoni dan mengelakkan perpecahan seperti
perkauman dan sebagainya.
Tambahan lagi, kepelbagaian budaya yang kaya raya di Malaysia ini sebenarnya
mengandungi potensi yang hebat bagi meningkatkan kreativiti, ciptaan, ilmu, teknologi,
penghasilan ekonomi dan sebagainya jika tenaga-tenaga kreatif generasi muda di dalam kaumkaum yang berbeza saling bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama dan perhubungan
antara kaum ini banyak membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi dan sosial di Negara
kita. Perpaduan antara kaum sangat penting dalam mewujudkan satu kelompok rakyat Malaysia
yang aman dan damai. Sebagai seorang guru perpaduan antara kaum ini sangat berkesan
1

Devandran Kalai Chelvam


PISMP SEMESTER 5/2015

dalam kerjaya saya kerana sewaktu mengadakan sesuatu perbincangan mestilah bergaul
ataupun berkolobrasi antara kawan-kawan berlainan agama. Secara jelasnya, dengan adanya
perpaduan kaum, semua kaum boleh hidup dalam satu komuniti tanpa rasa takut. Bagi
menyatukan rakyat Malaysia, pelbagai program perpaduan telah dirancang bagi mendekatkan
rakyat Malaysia dengan lebih baik. Pendekatan pepaduan yang tekah dirancang lebih
menekankan toleransi dan menghormati kaum demi muwujudkan satu masyarakat yang hidup
secara harmoni.
Perpaduan telah berjaya memupuk perpaduan dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru,
Wawasan 2020, Program Latihan Khidmat Negara, Program Citra Warna dan kini konsep Satu
Malaysia. Pendekatan yang dilaksanakan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menyatukan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum demi kemarmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Jika terdapat ancaman untuk memecahkan kaum di Malaysia, perpaduan antara kaum akan
menjadi banteng yang kukuh bagi menghalang perkara seumpama ini terus berlaku.
Selain daripada ini, dari segi sistem pendidikan sangat penting dalam memupuk
perpaduan antara kaum di Negara kita. Berdasarkan sistem pendidikan, penghayatan prinsip
Rukun Negara perlu didedahkan dengan lebih jelas kepada semua pelajar bertujuan untuk
memupuk rasa hormat dan cinta kepada Negara, membentuk kepercayaan dan sebagainya.
Kita juga perlu memperkenalkan JERIS sewaktu menjalankan P&P kita. Dengan mengajar
mata pelajaran pendidikan moral contohnya diharap dapat memupuk sifat kewarganegaraan di
kalangan pelajar supaya memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Apabila ini berlaku, misi perpaduan kaum akan dapat dicapai
dengan jayanya. Selain daripada ini, semua muridnya akan merealisasikan perpaduan antara
semua kaum di Malaysia. Tambahan lagi, mereka juga dapat menghormati adat resam budaya
berlainan.
Sebagai Negara budaya yang majmuk, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya agak
unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada
Hidangan Malaysia dan ia dijadikan satu daya tarikan kepada para pelancong. Ketiga-tiga
kaum diMalaysia ini sentiasa kreatif berganding bahu antara satu sama lain dalam
menghasilkan masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya yang
berlainan seperti pelbagai makanan yang terdiri daripada Nasi Ayam, Mi Mamak, Tosai dan Mi
Kari. Dengan ini warga asing terikat dengan dengan masakan budaya masing-masing. Selain
daripada ini, pelancong asing juga ditarik perhatian dengan alat tradisional muzik tradisional
2

Devandran Kalai Chelvam


PISMP SEMESTER 5/2015

muzik agama-agama tertentu. Muzik diMalaysia merangkumi muzik tradisional dan dirangkumi
dengan dimainkan oleh rakyat Malaysia. Sebagai contoh gendang, seruling, gong dan
sebagainya adalah alat muzik yang diguna oleh rakyat Malaysia. Alat muzik tertentu
melambangkan sesuatu budaya. Selain daripada ini, di Negara ini jugaterkenal dengan tarian
tradisional masing-masing. Bagi kaum Melayu pula, tarian tradisional mereka adalah joget,
kaum Cina pula tarian naga manakala tarian kaum India pula tarian Baratham.
Kesimpulannya, konsep kepelbagaian budaya di Malaysia perlu difahami dengan lebih
mendalam. Perpaduan dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya merupakan
elemen yang penting dalam kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sebagainya.
Kerjasama, persefahaman dan komitmen antara kaum perlu diwujudkan antara kaum setiap
masa bagi memupuk perpaduan antara kaum.

Devandran Kalai Chelvam


PISMP SEMESTER 5/2015

2. Bincangkan mengapa konsep kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan masyarakat


perlu dipelajari.
Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti
Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India
yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza
yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996,
muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia
juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ). Kepelbagaian
sosio budaya masyarakat bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja.
Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.
Kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang
berbeza. Sesetengah kaum hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata
berkemungkinan menghadapi masalah pergaulan antara kaum yang berlainan. Kesannya
mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan mereka juga memberi keutamaan kepada kaumkaumnya sendiri. Selain daripada ini dalam alam persekolahan pula, para pelajar juga
mengalami masalah tersebutnya. Dengan membuktikan, dua atau lebih bahasa dengan kosa
kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar
yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah
terbentuk dalam otaknya. Dengan ini, pelajar cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep
dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai
dengan keupayaanya.
Kaum etnik juga merupakan implikasi yang jelas kerana masyarakat dikalangan satu
kaum etnik akan berfikir dengan pandangan yang sama kerana mereka hanya mengamalkan
satu budaya sahaja. Nyatalah bahawa mereka akan menghadapi kesukaran dalam
menyesuaikan diri dengan etnik yang lain kerana pemahaman dan kesedaran konsep mereka
hanyalah melalui pergaulan dan bukannya amalan yang dilakukan dan dilihat disekelilingnya.
Ianya berbeza yang hidup dengan pelbagai etnik kerana mereka akan terdedah dengan
amalan, adat resam, pandangan, dan cara berfikir yang berlainan sama ada sedar ataupun

Devandran Kalai Chelvam


PISMP SEMESTER 5/2015

tidak. Masyarakat di Malaysia juga akan belajar secara tidak langsung sama ada formal
ataupun tidak.
Selain itu, kelas sosial serta penempatan juga merupakan implikasi sosiobudaya
terhadap masyarakat kita. Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Iainya
wujud daripada taraf pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid yang berkelas sosial rendah
akan mengalami kesukaran dalam pembiayaan pembelajaran serta pendedahan meluas
terhadap pendidikan. Mereka kebiasaannya bertempat dikawasan luar Bandar seperti di
pendalaman. Berbeza dengan golongan sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka di
pinggir Bandar dan Bandar memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih luas dan
jelas.
Selain daripada ini, jantina juga menjadi salah satu konsep kepelbagaian sosiobudaya.
Secara jelasnya bahawa kaum lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara di
dalam golongan kemasyarakatan. Lelaki kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan
mempunyai interaksi yang baik terhadap semua orang berbanding golongan perempuan. Tetapi
perempuan mempunyai daya ketekunan yang tinggi dalam masyarakat berbanding dengan
lelaki dan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada golongan masyarakat tertentu.
Sebagai contoh, pada masa kini golongan kaum wanita kian berpendidikan tinggi berbanding
dengan kaum lelaki.
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam
masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi
sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan
bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat
dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kearah pencapaian prestasi budaya
cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian
akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat.
Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat
berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.
Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,ketrampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru .

Вам также может понравиться