Вы находитесь на странице: 1из 3

Cabaran baharu kerjaya guru abad ke21

OLEH HAKIMI ISMAIL | 15 Mei 2015 12:52 AM


UTUSAN MALAYSIA

SAMBUTAN Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak
dilihat selaras dengan pengorbanan golongan tersebut selama ini yang tanpa jemu memberikan
didikan dan tunjuk ajar berguna untuk generasi masa depan Malaysia.

PUTRAJAYA 14 Mei - profesion keguruan pada abad ke-21


terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk
kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan,
ideologi baharu dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata,
bagi mendepani cabaran tersebut para guru perlu membina dan
membentuk pelajar agar mampu bangkit dan membina kekuatan untuk

menentukan masa depan yang lebih cerah.


Beliau berkata, guru juga perlu memahami bahawa penghayatan moral,
nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas
martabat sesuatu profesion khususnya profesion keguruan yang
bertanggungjawab memelihara tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi
masa depan yang penuh persaingan, pendidikan adalah bersifat futuristik,
maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi sebarang kemungkinan.
Kita juga perlu melahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global
dan teknologi terkini serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini, katanya ketika ditemui barubaru ini.
Menurut Khair, pemilihan tema sambutan hari guru tahun ini, Guru :
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak adalah selaras dengan hasrat
kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 iaitu mengenai enam aspirasi murid.
Kementerian mahu lahirkan murid yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian serta identiti nasional, sehubungan itu guru perlu
memainkan penting dalam menjayakannya.
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan
individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara, ilmu
juga membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi dan daya kreatif
dalam kalangan individu dan bangsa, saya percaya semua agama dan
sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan,
katanya.
Sehubungan itu katanya, para pendidik seharusnya mengorak langkah
untuk melengkapkan diri sebagai pembina dan pemimpin ilmu khususnya
berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan
penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan bersedia
dengan minda untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal
intelektual tinggi menghadapi era globalisasi ketika ini. Kemahiran berfikir
dan pemikiran konstruktif juga perlu terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa, katanya.
Sejajar dengan tema itu, beliau berkata, kementerian berhasrat untuk
melahirkan murid yang boleh bersaing bukan sahaja di dalam negara
tetapi di peringkat global, namun dalam masa yang sama menjadi

warganegara yang masih berakar umbi kukuh sebagai rakyat Malaysia


bertunjangkan nilai etika dan kerohanian tinggi.
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan
pembelajaran bagi membudayakan anak didik dengan amalan akhlak dan
nilai-nilai murni, mereka perlu faham bahawa perkembangan dan
kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat.
Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi
seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang
berteraskan keilmuan berkualiti. Oleh itu para pendidik adalah wahana
yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf
baharu di abad ke-21, katanya.
Sementara itu katanya, tugas dan tanggungjawab guru dalam
menyempurnakan akhlak adalah selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan yang menyatakan pendidikan Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu.
Etika dan kerohanian masih diberikan penekanan dalam PPPM 2013-2025
sebagai salah satu daripada enam aspirasi murid, tanpa memasukkan
elemen pendidikan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran, cita-cita
untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua aspek tidak akan
berhasil, katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan tarikh 16 Mei untuk
menyambut hari guru, Khir berkata, tarikh tersebut dipilih bertepatan
dengan 16 Mei 1956 iaitu tarikh yang sama ketika Laporan Razak diiktiraf
dan dijadikan sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Objektif utama sambutan hari guru ialah untuk menghargai jasa dan
peranan guru dalam pembangunan negara, modal insan serta
perkhidmatan mereka kepada masyarakat selain memupuk perasaan
perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam kalangan guru.
Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk melihat keberhasilan
gelombang kedua PPPM 2013-2025, oleh itu sambutan hari guru 2015
akan memfokuskan kepada elemen keberhasilan gelombang pertama
PPPM khususnya inisiatif-inisiatif yang berkaitan keberhasilan murid,
kualiti guru dan kepimpinan sekolah, katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/umum/cabaran-baharu-kerjaya-guru-abad-ke-211.91781#sthash.KaK0Efok.dpuf

Вам также может понравиться