Вы находитесь на странице: 1из 14

BAB 4

KELUHURAN UNDANG-UNDANG

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami pengertian Konsep Keluhuran Undang-Undang.
2. Membandingkan Konsep Keluhuran Undang-Undang oleh
Dicey dengan pemakaian konsep yang terpakai di Malaysia
sekarang.
3. Menerangkan kedudukan Keluhuran Undang-Undang di
Malaysia
4. Mengkaji kes-kes yang ada kaitan dengan Konsep Keluhuran
Undang-Undang di Malaysia.
4.1

PENGENALAN

Anda tentu pernah mendengar tentang Konsep Keluhuran UndangUndang atau Rule of Law. Tahukah anda apakah yang
dimaksudkan dengan Konsep Keluhuran Undang-Undang tersebut?
Sebenarnya agak sukar untuk kita mendapat satu definisi yang
lengkap dan tepat tentang Konsep Keluhuran Undang-Undang. Ini
kerana terdapat perbezaan dari segi takrif dan kegunaannya,
bersesuaian dengan pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi. Cuma
yang menjadi persamaan ialah pandangan bahawa kuasa pemerintah
atau kerajaan perlulah dilaksanakan mengikut undang-undang
walaupun implikasinya berbeza.
Terdapat tiga pandangan utama berkaitan Konsep Keluhuran
Undang-Undang yang diklasifikasikan seperti berikut (Le Sueur &
Sunkin, 1997):
(i)

Bertindak mengikut undang-undang - Bererti


rakyat, kerajaan dan perbadanan awam mestilah
bertindak mengikut undang-undang dan perlu
mempunyai kuasa atau peruntukkan yang terdapat
dalam undang-undang sekiranya tindakan tersebut
menyentuh hak seseorang.
41

(ii)

(iii)

Tindakan yang rational dan boleh diterima akal Keluhuran Undang-Undang memerlukan alasan
dalam membuat keputusan bukannya kuasa arbitrari.
Bagi memenuhi tuntutan Keluhuran UndangUndang, setiap keputusan yang di buat mestilah
disertai dengan alasan yang logik dan kemas.
Keluhuran undang-undang dan hak asasi Keluhuran Undang-Undang menuntut kawalan ke
atas hak asasi rakyat oleh kerajaan.

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas apakah Konsep Keluhuran


Undang-Undang, rujukan dibuat kepada satu kes yang wujud dalam
kurun ke-18 di England, iaitu Entick V Carrington (1765) 19 Tr
1030. Dalam kes ini pihak plaintif menuntut gantirugi terhadap dua
wakil raja yang dikatakan telah melanggar hak plaintif kerana
menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah plaintif dan merampas
dokumen-dokumen beliau. Pihak defendan mengemukakan
pembelaan dengan manyatakan bahawa mereka mempunyai waran
yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Negeri yang mengarahkan
mereka mencari dan membawa plaintif mengadap Setiausaha Negeri
untuk disoal siasat.
Setiausaha negeri mengakui bahawa tiada sebarang peruntukkan
undang-undang yang memberi kuasa untuk beliau berbuat demikian
tetapi menegaskan bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk
mengawal kepentingan negeri dari ancaman hasutan. Mahkamah
dalam kes ini menegaskan bahawa kerajaan perlu kuasa yang jelas
dan sah untuk menangkap seseorang dan alasan mengeluarkan
waran tersebut disebabkan keperluan adalah tidak sesuai.
SOALAN DALAM TEKS 4.1
1. Jelaskan tentang Konsep Keluhuran UndangUndang mengikut pandangan Le Sueur &
Sunkin.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

42

4.2

DEFINISI KELUHURAN UNDANG-UNDANG

Professor H.W.R. Wade telah membahagikan definisi Keluhuran


Undang-undang kepada empat bahagian (H.W.R Wade, 1988).
(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Definisi pertama yang juga merupakan definisi utama


Keluhuran Undang-Undang bermaksud semua
perkara mesti dilaksanakan mengikut undang-undang.
Kuasa di sini adalah khusus kepada kuasa Kerajaan.
Setiap pihak berkuasa Kerajaan yang melaksanakan
tugas seperti pengambilan tanah atau menyentuh
kebebasan seseorang mestilah dapat memberi
justifikasi bahawa tindakannya itu dibenarkan di sisi
undang-undang, sekiranya tiada maka tindakan
tersebut adalah salah.
Definisi kedua bermaksud, Kerajaan mesti
melaksanakan tugas mengikut rangka kerja yang telah
dikenal pasti di dalam mana-mana peraturan dan
prinsip-prinsip tertentu bagi menghadkan amalan
kuasa budibicara yang terlalu luas.
Definisi
ketiga,
Keluhuran
Undang-Undang
bermaksud, perselisihan berkenaan dengan keesahan
tindakan badan Kerajaan mesti diputuskan oleh
hakim-hakim yang bebas dari kawalan eksekutif.
Definisi
keempat,
undang-undang
mestilah
dikendalikan secara sama rata antara kerajaan dan
rakyat. Kerajaan tidak perlu menikmati hak
keistimewaan yang tidak sepatutnya atau pun
pengecualian dari mana-mana undang-undang biasa.

Selain dari definisi-definisi di atas tadi, terdapat juga definisi penting


lain yang berada di luar skop Pentadbiran Awam. Sebagai contoh
tiada seorang pun boleh di hukum kecuali jenis kesalahan tersebut
telah tersebut secara sah di dalam mana-mana peruntukan undangundang.

43

SOALAN DALAM TEKS 4.2

1. Jelaskan secara ringkas tentang konsep sama rata


dalam konteks Keluhuran Undang-Undang
mengikut definisi yang diberi oleh Wade.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.3

KELUHURAN
DICEY

UNDANG-UNDANG

MENGIKUT

Perkembangan konsep ini banyak dipengaruhi oleh pendapat Dicey.


Pada tahun 1885, Dicey berpendapat bahawa Konsep Keluhuran
Undang-Undang adalah
1.

Kekuasaan mutlak atau keutamaan undang-undang biasa


barbanding dengan pengaruh kuasa arbitrari dan
mengenepikan kewujudan kuasa arbitrari, prerogatif dan
kuasa budi bicara yang luas oleh pihak Kerajaan

Mengikut Dicey, di England Kerajaan ditadbirkan oleh undangundang biasa dan tidak wujud Kuasa Budibicara atau kuasa arbitrari.
Sementara di negara lain pihak eksekutif mempunyai banyak kuasa
begitu juga dengan kuasa budibicara yang sangat luas. Di mana ada
kuasa budibicara, penyelewengan kuasa serta ancaman terhadap
kebebasan individu sering berlaku.
2.

Kesamarataan di sisi undang-undang. Semua orang tidak


kira kedudukannya adalah tertakluk kepada undangundang biasa yang ditadbirkan oleh mahkamah biasa

Dicey mengatakan bahawa di England setiap orang adalah tertakluk


kepada undang-undang biasa yang sama yang ditadbir oleh
mahkamah biasa. Beliau mengkritik Sistem Droit Administratif di
Perancis yang mengadakan satu mahkamah pentadbiran yang khas
untuk menentukan pertikaian antara Kerajaan dan individu.
44

Mengikut sistem ini lagi, seseorang pegawai dalam melaksanakan


tugas resminya adalah terkecuali dari undang-undang biasa dan juga
bidangkuasa mahkamah biasa. Mereka tertakluk kepada undangundang resmi yang ditadbirkan oleh badan-badan resmi tersebut.
4.3.1 Kritikan Terhadap Pendapat Dicey
Konsep Keluhuran Undang-Undang yang diutarakan oleh Dicey
mendapat banyak kritikan dari ahli ilmuan undang-undang.
Beberapa penulis ada mengatakan bahawa tafsiran Dicey tidak tepat
dan beliau telah salah tafsir tentang keadaan sebenar yang wujud di
England pada waktu tersebut. Situasi yang dinyatakan Dicey
sebenarnya tidak wujud di England pada masa tersebut. Antaranya
(i)

(ii)
(iii)

(iv)

(v)

Dicey tidak mengambil kira keutamaan dan


kekebalan yang dinikmati oleh Raja dan Kerajaan
pada waktu itu. Kerajaan England adalah dikecualikan
daripada
tindakan
undang-undang
terhadap
tanggungan Kontrak dan Tort sehingga pada 1947
apabila Crown Proceeding Act 1947 digubal dan
memansuhkan kekebalan Kerajaan.
Pada waktu itu juga statut-statut telah memberi kuasa
budibicara kepada eksekutif yang tidak boleh dicabar
di mahkamah biasa.
Dicey telah gagal mengambil kira kewujudan
Tribunal-Tribunal Pentadbiran yang dijalankan oleh
badan-badan pentadbiran. Badan-badan berkuasa telah
menjalankan kuasa adjudikasi atau kuasa kehakiman
ke atas hak seseorang.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa Droit
Administratif lebih efektif dalam mengawal badan
pentadbiran dan individu berbanding dengan sistem
Common Law Inggeris.
Dicey juga silap apabila menyatakan tidak wujud
Undang-Undang Pentadbiran di England ketika itu
sedangkan sejarah sendiri telah membuktikan tentang
kewujudannya.

Berdasarkan pandangan daripada Dicey, dapat kita rumuskan di sini


bahawa tidak terdapat Konsep Keluhuran Undang-Undang yang
diamalkan pada masa kini. Profesor M.P Jain (Administrative Law in
Malaysia and Singapore, 1997) juga menyatakan tidak wujud Konsep
45

Keluhuran Undang-undang pada masa kini di dalam masyarakat


ataupun kita hanya menekankan kepada nilai yang diperolehi
daripada konsep tersebut.
SOALAN DALAM TEKS 4.3
1.
2.

Apakah maksud Sistem Droit Administratif?


Jelaskan secara ringkas kritikan yang dibuat
terhadap pendapat Dicey berkenaan konsep
Keluhuran Undang-Undang.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


4.4

PENGERTIAN NILAI ATAU KONSEP KELUHURAN


UNDANG-UNDANG

Badan pentadbiran berkuasa melaksanakan tugas serta membuat


sebarang keputusan sekiranya diberi kuasa untuk berbuat demikian.
Setiap tindakan yang diambil perlu ada peruntukkan oleh undangundang. Dalam konteks ini maka wujudnya Doktrin Ultra virus dan
kawalan undang-undang bagi sebarang tindakan pihak pentadbiran.
Kita harus membezakan antara kuasa budibicara dan kuasa arbitrari
kerana pegawai Kerajaan boleh memiliki kuasa budibicara tetapi
bukan kuasa arbitrari. Di sinilah Undang-Undang Pentadbiran
memainkan peranan kerana antara tujuannya adalah untuk
menggalakkan penggunaan konsep keluhuran undang-undang
seperti
(i)
(ii)

(iii)

Memberi keseimbangan antara kuasa awam dan


kepentingan persendirian.
Menyediakan mekanisma kawalan kepada pihak
pentadbiran dan mekanisma yang menghalang badan
pentadbiran bertindak sewenang-wenangnya terhadap
seseorang.
Memastikan amalan kuasa pihak pentadbiran selaras
dengan undang-undang.

46

Kewujudan Tribunal-Tribunal Pentadbiran tidak bertentangan


dengan keluhuran undang-undang kerana ianya digunakan untuk
mengawal kuasa pentadbiran dan menyediakan keadilan atau
perbicaraan yang cepat kepada individu.
SOALAN DALAM TEKS 4.4
1.

Apakah peranan Undang-Undang Pentadbiran


terhadap konsep Keluhuran Undang-Undang?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


4.5

PEMAKAIAN DOKTRIN DI MALAYSIA

Nilai-Nilai Doktrin Keluhuran Undang-Undang diperuntukkan di


dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Bahagian II dari
Perkara 5 sehingga 13.
1.

Perkara 5

Perkara 5 adalah secara amnya mengenai kebebasan diri atau


nyawa.Tidak seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang perlu
diberitahu dengan kadar segera sebab-sebab penangkapan, hak untuk
mendapat pembelaan dari mana-mana peguam pilihan, habeas corpus
dan dihadapkan kemahkamah dalam tempoh 24 jam selepas
ditangkap.
Kes-kes yang berkaitan adalah seperti kes Assa Singh lwn Menteri
Besar Johor [1969] 2 MLJ 30. Dalam kes ini Assa telah ditangkap dan
ditahan di bawah kuasa Restricted Residence Enactment. Beliau
mencabar penahanannya di bawah Enakmen Tahanan Terhad
kerana tidak diberitahu sebab penahanannya. Mahkamah
Persekutuan dalam hal ini memutuskan bahawa walaupun
peruntukan seperti Perkara 5 tidak ada dalam enakmen, perkara
162(1) membolehkan Perkara 5 dibaca ke dalam enakmen tersebut.

47

Oleh itu ketiadaan Perkara 5 di dalam enakmen tidak menjadikan


enakmen itu batal atau tidak sah.
Ooi Ah Pua lwn O.I.C Kedah/Perlis [1975] 2 MLJ 198, Tertuduh telah
ditangkap dan ditahan selama seminggu untuk siasatan. Semasa
dalam tahanan bapa tertuduh telah mengarahkan peguam untuk
berunding dengan beliau tetapi tidak dibenarkan oleh pihak polis.
Bapa tertuduh kemudiannya memohon Habeas Corpus. Mahkamah
dalam kes ini menyatakan bahawa hak orang yang ditangkap untuk
berunding dengan peguam berkuatkuasa dari masa tangkapan dibuat
tetapi hak ini tidak boleh dilaksanakan serta merta selepas
penangkapan jika ia boleh menghalang siasatan polis.
Karpal Singh lwn Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1988] 1
MLJ 46, pemohon ditahan atas 6 tuduhan dan beliau mencabar
tuduhan ke enam iaitu menghasut. Bagaimanapun menteri mengaku
dakwaan ke enam itu tidak betul kerana ada kesilapan dalam
siasatan. Mahkamah memutuskan bahawa arahan penahanan yang
diberi oleh menteri tidak boleh dipertikaikan di mahkamah kecuali
atas tiga sebab:
(i)
(ii)
(iii)

Ada mala fide pada kes tersebut.


Alasan yang diberi tidak ada dalam perundangan yang
membenarkan penahanan.
Kegagalan untuk mengikut syarat.

Dalam kes ini kesilapan timbul hasil dari siasatan yang dibuat oleh
pihak Polis dan menteri tidak boleh mengenepikan kesilapan ini
kerana dakwaan yang dikatakan berlaku menjadi alasan penahanan.
Mahkamah boleh menggunakan keadaan ini untuk menentukan
sama ada tanggungjawab dan perhatian telah digunakan di dalam
melaksanakan kuasa penahanan. Mahkamah memutuskan kesilapan
tersebut menunjukkan bahawa arahan dibuat tanpa berhati-hati,
tanpa perhatian dan perasaan tanggungjawab. Keadaan sedemikian
melampaui batas undang-undang.
2.

Perkara 6

Perkara 6 ialah mengenai larangan terhadap keabdian dan kerja


paksa. Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi dan segala jenis
kerja paksa adalah dilarang kecuali jikalau Parlimen membuat
undang-undang bagi maksud perkhidmatan kerahan tenaga.
48

3.

Perkara 7

Perkara 7 adalah berkaitan perlindungan daripada undang-undang


jenayah yang berkuatkuasa kebelakang dan perbicaraan berulang.
Tiada siapapun boleh dihukum terhadap sesuatu perbuatan atau
ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan pada masa perbuatan atau
ketinggalan itu dilakukan.
Dalam Kes Fan Yew Teng lwn PP [1975] 2 MLJ 235 didapati tidak sah
kerana tidak mengikut prosedur dan dia dibebaskan. Kemudian dia
ditahan semula dan didakwa di bawah tuduhan yang sama.
Mahkamah memutuskan bahawa disebabkan perbicaraan pertama
tidak sah, maka ia tidak terpakai. Oleh itu perbicaraan dan sabitan
kedua tidak bertentangan dengan Perkara 7.
4.

Perkara 8

Perkara 8 ialah mengenaiHak sama rata di sisi undang-undang.


Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam kes Mohamed Sidin lwn PP [1967] 1 MLJ 106, tertuduh
ditahan kerana memiliki senjata api. Beliau mencabar kesahihan
Peraturan Darurat yang membenarkan kesnya dibicarakan di
hadapan seorang hakim sahaja, sedangkan kes-kes jenayah perlu
dibicarakan di hadapan juri atau beberapa orang hakim.Ia
membezakan tertuduh dengan penjenayah lain dan dihujahkan
sebagai diskriminasi dan bertentangan dengan Akta Darurat (KuasaKuasa Perlu) 1964. Mahkamah memutuskan bahawa peraturan ini
tidak
menunjukkan
penggunaan
kuasa
arbitrari
oleh
pendakwa.Perbezaan yang wujud dalam Peraturan ini adalah untuk
keselamatan awam iaitu dalam kes-kes khas.
Seterusnya dalam kes PP lwn Tengku Mahmood Iskandar & Anor
[1973] 1 MLJ 128, tertuduh telah menyebabkan kecederaan pada
orang lain dan dikenakan hukuman ringan, tidak setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan. Dalam kes ini keputusan Mahkamah
Sesyen bercanggah dengan Perkara 8 kerana menjatuhkan hukuman
yang dikenakan tidak mencerminkan kesalahan sebenar, hanya
kerana tertuduh anak raja.

49

Dalam kes PP lwn Datuk Harun Idris & Ors. [1976] 2 MLJ 116,
tertuduh pada mulanya dituduh di Mahkamah Sesyen, kemudian
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas sijil dari Pendakwaraya di
bawah Seksyen 418A Criminal Procedure Code. Mahkamah Tinggi
memutuskan walaupun Perkara 145(3) memberi kuasa kepada
Pendakwa untuk menggunakan budibicaranya, beliau tidak boleh
mendiskriminasi dan menyalahgunakannya. Dalam kes ini, didapati
tertuduh telah diprejudis, oleh itu sijil yang dikeluarkan oleh
Pendakwa di bawah Seksyen 418A CPC adalah terbatal kerana
bertentangan dengan Perkara 8.
5.

Perkara 9

Perkara 9 ialah mengenai larangan buangan negeri dan kebebasan


bergerak. Semua warganegara bebas masuk ke dalam Persekutuan
kecuali di dalam keadaan yang diperuntukkan di bawah Perkara 9
fasal (2) iaitu bagi maksud keselamatan ketenteraman awam,
kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah. Atas sebabsebab ini larangan boleh dikenakan dari memasuki Persekutuan.
6.

Perkara 10

Perkara 10 ialah mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan


menubuhkan persatuan. Kebebasan ini tertakluk kepada fasal (2)
iaitu Parlimen boleh mengenakan sekatan jikalau difikirkan perlu
bagi maksud keselamatan dan ketenteraman negara.
Dalam kes Dewan Undangan Negeri kelantan & Anor lwn Nordin bin
Salleh & Anor [1992] 1 MLJ 697, responden telah menang dalam
pilihanraya umum tetapi setelah dilantik sebagai Ahli Dewan
Undangan Negeri, mereka telah masuk parti lawan. Di bawah
Perlembagaan Kelantan, jika ahli parti yang menang telah menukar
parti lain, kerusi mereka diisytiharkan kosong. Pilihanraya Kecil
diadakan dan mereka telah kalah. Mahkamah memutuskan bahawa
Perlembagaan itu telah memberi sekatan ke atas hak asasi seseorang
ADUN untuk berhenti dari menjadi ahli sesebuah parti politik.
Seterusnya dalam kes Madhavan nair & Anor lwn PP [1975] 2 MLJ
264, tertuduh didapati melanggar syarat dalam lesen perhimpunan
awam di mana beliau tidak dibenarkan menyentuh soal keputusan
MCE & Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
Beliau mencabar syarat lesen tersebut sebagai ultra virus dan
50

bertentangan dengan Perkara 10. Mahkamah tinggi memutuskan


bahawa syarat tersebut tidak bertentangan dengan Perkara 10 kerana
polis mempunyai kuasa di bawah Akta Polis 1967 untuk
mengenakan syarat tersebut.
7.

Perkara 11

Perkara 11 ialah mengenai kebebasan beragama. Ia meliputi hak


untuk menganutidan mengamal. Walau bagaimanapun, terdapat
sekatan terhadap hak ini iaitu sekatan di dalam Perkara 11 fasal(4)
iaitu hak untuk mengembangkan agama masing-masing kepada
orang Islam.
8.

Perkara 12

Perkara 12 adalah mengenai hak-hak berkenaan dengan pelajaran.


9.

Perkara 13

Perkara 13 adalah mengenai hak terhadap harta. Tiada seseorang


pun boleh dilucutkan hartanya melainkan mengikut undangundang.
SOALAN DALAM TEKS 4.5
1.
2.

Apakah maksud kebebasan diri dan nyawa


dalam Perkara 5 Perlembagaan Malaysia?
Apakah sekatan yang dikenakan di dalam
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


4.6

KESIMPULAN

Konsep keluhuran undang-undang adalah merupakan aspek penting


yang wujud dalam sesebuah negara demokratik. Konsep ini
sekiranya benar-benar menjadi amalan akan dapat mewujudkan
sebuah negara yang adil dan saksama. Selain dari itu ia dapat
menjamin ketenteraman dan kesejahteraan di dalam negara.
51

Persoalannya sekarang adakah konsep ini diamalkan dengan


sepenuhnya mengikut ciri-cirinya yang sebenar. Di negara kita
sendiri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tentang nilainilai konsep keluhuran undang-undang yang terpakai di Malaysia,
walaupun begitu nilai-nilai ini adalah tidak mutlak kerana masih ada
sekatan yang dikenakan bagi tujuan menjamin kesejahteraan dan
keselamatan negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
masyarakat majmuk, kepentingan negara atau rakyat secara kolektif
mengatasi kepentingan individu. Oleh sebab itulah konsep atau
nilai-nilai tersebut perlu diseimbangkan dengan kepentingan
keselamatan dan ketenteraman negara.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.

Huraikan tentang pemakaian Konsep Keluhuran UndangUndang di Malaysia.

2.

Di dalam membincangkan tentang konsep kedaulatan


undang-undang kita tidak dapat lari daripada merujuk
pendapat Dicey mengenainya. Walau bagaimanapun,
pendapat tersebut agak sukar diterima sepenuhnya. Komen
kenyataan di atas.

3.

Bincangkan mengenai perkara-perkara berikut:


(a)
(b)

Definisi atau maksud Keluhuran Undang-Undang


Pengertian Konsep Keluhuran Undang-Undang
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 4.1
1.

(i)
(ii)
(iii)

Bertindak mengikut undang-undang.


Tindakan yang rational dan boleh diterima akal.
Keluhuran undang-undang dan hak asasi manusia.

52

SDT 4.2
1.

Konsep sama rata antara kerajaan dan rakyat bermaksud


kerajaan tidak perlu menikmati hak keistimewaan yang tidak
sepatutnya atau pun pengecualian dari mana-mana undangundang biasa.
SDT 4.3

1.

Satu mahkamah pentadbiran yang khas untuk menentukan


pertikaian antara kerajaan dan individu.

2.

(i)

Dicey tidak mengambil kira keutamaan dan


kekebalan yang dinikmati Raja dan kerajaan pada
waktu itu.
Telah wujud statut yang memberi kuasa budibicara
kepada pemerintah.
Telah wujud Tribunal-Tribunal Pentadbiran yang
dikendalikan oleh badan pentadbiran.
Berdasarkan kajian, sistem Droit administrative lebih
efektif dari sistem Common Law Inggeris.
Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa UndangUndang Pentadbiran telah wujud ketika itu.

(ii)
(iii)
(iv)
(v)

SDT 4.4
1.

Undang-undang pentadbiran menggalakkan penggunaan


konsep keluhuran undang-undang dengan
(i)

Memberi keseimbangan antara kuasa awam dan


kepentingan individu.
(ii) Menyediakan mekanisma kawalan kepada pihak
pentadbiran.
(iii) Memastikan amalan kuasa pihak pentadbiran selaras
dengan undang-undang.

SDT 4.5
1.

Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan


kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Jika
53

ditangkap mereka perlu diberitahu dengan kadar segera


sebab-sebab penangkapan, hak untuk mendapat pembelaan
dari peguam yang disukai, habeas corpus dan dihadapkan ke
mahkamah dalam tempoh 24 jam.
2.

Perkara 10(2): Parlimen boleh kenakan sekatan jikalau


difikirkan perlu untuk menjamin keselamatan dan
ketenteraman negara.

54

Вам также может понравиться