Вы находитесь на странице: 1из 4

Sistem Kepercayaan dan Agama

Sistem kepercayaan dan agama dalam tamadun Islam dapat dibahagikan kepada
dua fasa. Fasa yang pertama adalah ketika sebelum tersebarnya ajaran Islam iaitu
pada zaman Jahiliah. Fasa kedua adalah dimana ajaran Islam yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad S.A.W mulai berkembang dan tersebar ke seantero dunia
sehinggalah kini.
Pada zaman Jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan agama
memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut. Masyarakat Arab pada ketika itu
sedang menempuhi zaman kegelapan. Pengaruh asing merupakan faktor utama
yang membawa kepada penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab.
Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan hubungan dua hala
dengan negara luar khususnya dalam urusan perdagangan, hubungan diplomatik,
atau kegiatan-kegiatan keagamaan. Terdapat beberapa kawasan yang memainkan
peranan penting dalam hubungan dua hala ini. Kawasan di pesisiran pantai dan
bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah, Yaman, Oman dan Bahrain terkenal
sebagai pusat tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat lokal dan
antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan
penyembahan berhala pada zama tersebut.
Golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab dikategorikan kepada lima.
Pertama, agama Wathani iaitu agama yang menyembah berhala. Kedua, agama
yang menyembah api iaitu agama Majusi. Agama lain termasuklah agama Yahudi,
Nasrani (Kristian) dan agama Hanif (Samawi). Agama menyembah berhala adalah
agama yang paling penting dan berpengaruh dalam kalangan orang Arab pada
ketika itu. Menurut Ibn Kalbi, agama menyembah berhala bermula bila Umar bin
Luai yang melawat ke Syam (Syria) untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan. Pada
ketika itu, beliau melihat kaum Balqa menyembah berhala. 1 Beliau membawa
agama ini ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan haji,
mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya. Mereka kemudiannya
membawa batu-batu tersebut ke tempat masing-masing untuk disembah sebagai
mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu kepercayaan sesetengah orang
Arab terhadap Hajar as-Aswad yang berada di Kaabah dikatakan berpunca daripada
langit. Maka mereka menyembahnya sebagaimana mereka menyembah bintangbintang di langit. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada emas atau
perak yang berbentuk asli atau replika. Antara berhala-berhala yang masyhur
disebut dalam Al-Quran ialah berhala al-Lat (Taif), al-Uzza (Nakhlah), al-Manar
(antara Makkah dengan Madinah) dan Hubal (kota Makkah). Makkah merupakan
pusat agama berhala dan di sekeliling Kaabah dianggarkan terdapat sejumlah 360
buah berhala yang disembah pada ketika itu. 2
1 Abi al-fida Ismail Ibn Khathir, Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Jilid 1, (Beirut: Dar ar
Marifah, t.t), hlm.61.

Terdapat beberapa kepercayaan dan agama pada zaman Jahiliah. Antaranya


adalah agama menyembah api atau Majusi yang berasal dari Parsi. Kaum Majusi
tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabu yang diutuskan oleh Allah
S.W.T. Kaum ini mengikut ajaran-ajaran nabi-nabi palsu. Agama Majusi ini terbahagi
kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut
agama majusi menetap di Yaman, Oman, dan Bahrain. Hal ini kerana semua
kawasan ini berada dalam pengaruh jajahan Parsi. Zaradushtiyah atau Zarathushtra
atau juga dapat disebut dengan agama Zoroaster merupakan agama wahyu yang
memiliki umur cukup tua yang masih ada sehingga ke hari ini. Di negara barat,
agama ini lebih dikenali sebagai Zoroastrianisme.3
Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan baginda
diutuskan membawa kitab suci Taurat. Penganut asal agama ini adalah berasal
daripada kalangan bani Israel di Utara Semenanjung Tanah Arab. Kitab Taurat
mengandungi 39 Safr dan sekarang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. 4
Namun begitu, golongan agama bani Israel telah mengubahsuai kandungan kitab
suci Taurat dan ini dilaknat oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud :
Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulish Al-Kitab dengan
tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: Ini dari Allah, (dengan maksud) untuk
memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu (Surah Al Baqarah:
Ayat 79). Antara yang menganut agama Yahudi ini ialah Yusuf Dhu Nawas,
pemerintah terakhir kerajaan Himyar.
Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan
Allah s.w.t. kepadanya bersama-sama kitab suci Injil dan penganut asalnya yang
juga dari kalangan bani Israel. Mereka juga mengingkari ayat-ayat Allah s.w.t
dengan mengubahsuai kitab suci Injil menurut keperluan dan kepentingan mereka.
Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi peranan
penduduk Ghassan dan Hirah dan di sebelah selatan melalui peranan penduduk
Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat beberapa suku Arab yang meenerima
agama ini iaitu suku Ghassan, Judham, Salih, Lakhm (di timur), Tayy dan Thalabah
(di tengah). Pusat agama Nasrani yang terkenal ialah di Najran, kawasan barat daya
Semenanjung Tanah Arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat beberapa tokoh yang
juga menganuti agama Nasrani termasuklah Waraqah bin Naufal.

2 Saffiy al-Rahman al-Mabarkafuri, al-Rahiq al-Makhtum, al Wafa Lial tabaah wa alnasyr, t.t, hlm.34.
3 H. Mukti Ali. Agama-Agama Dunia, (Yogyakarta: IAIN Sunan Kallijaga Press, 1988),
hlm. 269.
4 http://www.academia.edu/9373139/Agama_Yahudi (Diakses pada 29 Mac 2015)

Agama Hanif atau digelar Hunafa dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan dianuti
oleh segelintir orang Arab. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. adalah
hanif(jamak: hunafa) yang mentauhidkan Allah s.w.t. Baginda sorang hanif dan
Muslim, bukan Yahudi atau Nasrani. Antara yang menganut agama ini ialah Nabi
Muhammad s.a.w. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal. Penganut agama ini tidak
menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan tidak melakukan
perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t.
Walaupun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan
sebahagian pula mengamalkan kepercayaan animism seperti menyembah roh,
penunggu atau kuasa ajaib; dancorak penyembahan dan pemujaan yang dilakukan
bergantung kepada suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya
masyarakat Petra dan Palmyra yang menyembah matahari, sementara bulan dipuja
oleh masyarakat Main. Matahari dan bulan disembah kerana kedua-duanya
dianggap menghidupkan tanaman mereka. Mereka percaya bahawa yang mereka
sembah adalah punca kepada kehidupan mereka.
Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap adat
(sunnah) yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara yang
diamalkan ialah menilik nasib bagi melihat masa depan mereka sama ada baik atau
buruk. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli sihir dan kuasa azimat.
Kepercayaan dan agama masyarakat Arab ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu pertama, kepercayaan beragama dan kedua, kepercayaan animism.
Secara umumnya, sejumlah besar masyarakat Arab Jahiliah berada dalam
kehidupan yang penuh dengan kesesatan dan terpesong daripada akidah yang
sebenar. Maka itu, kedatangan Islam pada tahun 610 Masihi menerusi Nabi
Muhammad s.w.t. telah mengubah masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya.
Ia bukan sekadar akidah tetapi juga aspek-aspek ketamadunan manusia.
Namun begitu, tidak dinafikan tamadun Islam selepas wafatnya Nabi
Muhammad s.a.w. dan para Sahabat telah mulai goyah. Pada masa kini, pegangan
agama masyarakat telah mulai goyah. Kepercayaan kepada Tuhan telah mulai
longgar dalam kalangan masyarakat Muslim di seluruh dunia khususnya golongan
remaja. Golongan remaja khususnya semakin hilang identiti sebagai seorang
Muslim. Ada segelintir daripadanya yang tersesat daripada ajaran sebenar yang
dianjurkan Islam. Hal inilah merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial
yang serius dan menjatuhkan maruah seseorang individu tersebut dimata orang
lain. Bukan sahaja maruah individu tersebut, malah maruah agama juga tercalar
akibat perbuatan tidak berakhlak tersebut. Terdapat juga individu yang sudah jauh
terpesong dan menjadi murtad.
Terdapat juga sesuatu kumpulan yang terlalu fanatik dan melakukan
keganasan dan peperangan atas nama Jihad. Ia pada asalnya adalah untuk tujuan
yang baik. Namun disebabkan beberapa kumpulan dan individu-individu tertentu

menggunakan perkataan tersebut sebagai ideology mereka untuk menuntut


kemahuan mereka. Perkara ini sudah tentunya melanggar hukum dan juga
menjatuhkan nilai agama. Mereka ini dipercayai sama ada orang Muslim yang
ekstrim atau juga orang bukan Muslim yang sengaja ingin menjatuhkan martabat
Islam dengan melakukan kerosakan atas nama Jihad.
Namun begitu, tidak semuanya perkara negatif yang sedang terjadi pada
ketika ini. Sangat banyak perkara positif yang wujud dalam dunia Islam pada hari
ini. Pada hari kita dapat lihat semakin banyak rancangan-rancangan yang
berunsurkan keagamaan. Malah, terdapat stesen televisyen dan radio khas untuk
rancangan perkongsian ilmu agama sahaja. Semakin banyak motivasi, cerama dan
sebagainya di corong-corong radio dan di paparan televisyen.
Terdapat juga banyak aktiviti amal, aktiviti keagamaan dan sebagainya di
pusat-pusat ilmu seperti di masjid, surau, institusi pendidikan malah di tempat
awam juga. Hal ini telah berjaya menyebarkan erti Islam yang sebenar dan berjaya
menarik minat orang bukan Islam untuk belajar tentang Islam dan seterusnya
menerima Islam. Semakin ramai yang berhasrat untuk memeluk Islam setelah
memahami ajaran Islam.

Вам также может понравиться