Вы находитесь на странице: 1из 45

BAB 1 :

PENGENALAN
LATIHAN
INDUSTRI

BAB 1
1.1 PENDAHULUAN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta
menyediakan laporan latihan industri saya pada masa dan waktu yang
dikehendaki oleh pihak Kolej Vokasional Arau.
Dalam tempoh masa 4 bulan bermula pada 23 November 2015 sehingga
24 Mac 2016, saya telah menjalankan latihan industri di syarikat Rosli Motor
Enterprise. Dalam tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui
pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan sebagai
mekanik. Sewaktu saya berada di syarikat ini saya dapat mempraktikkan
penggunaan alatan yang saya tidak pernah pelajari di Kolej Vokasional Arau.
Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini bagi saya ialah,
dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang
sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat
membuka minda untuk memikirkan bagaimana proses perlaksanaan kerja atau
penyelesaian sesuatu masalah yang berlaku. Ianya juga dapat membantu
menambah keyakinan diri terhadap kemampuan diri seseorang pelajar itu.

Selain itu, latihan industri merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar
seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul dengan rakan sekerja dan juga
pihak atasan. Di dalam latihan industri pelajar akan mendapat peluang untuk
mempraktikkan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga
pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di
titik beratkan dalam alam pekerjaan.

Secara tidak langsung, latihan industri ini juga dapat mewujudkan sikap
lebih berdisiplin, bertanggungjawab, dan berupaya menguji keyakinan diri
membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru
itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang
berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam
pekerjaan pada masa akan datang.

BAB 1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana kolej


vokasional perlu menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu
selama 4 bulan bagi menepati syarat yang ditetapan pihak kolej. Latihan industri ini
juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di
anugerahkan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum
diiktiraf diploma. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah :

i.

Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di kolej vokasional
dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di
firma tersebut.
iv. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi
semasa menjalani latihan industri dan dimasa akan datang.
v. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat pengajian
di kolej vokasional kelak.

vi. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh
pihak kolej vokasional seperti menyediakan buku laporan industri

BAB 1
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu,
maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kolej vokasional. Ia adalah
bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang
dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia
merupakan satu dokumen penting untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap
latihan yang diikuti.
Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarahpensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula untuk sesi
pembentangan laporan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi
makna jika ia tidak dicatat atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk
dijadikan bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari
pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan
dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami
oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk
penilaian serta rujukan terhadap laporan

BAB 1
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang
memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam pembelajaran. Ia dapat dilihat dari
pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan
kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri
di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu
bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting
untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan
diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita yang diimpiankan ketika belajar. Segala
penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan
dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri.
Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di
dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam
bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini
tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu
yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang
ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas
pelatih setelah tamat pengajian kelak.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah
sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa
akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa
dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar
untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai
seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

BAB 2 :
LATAR
BELAKANG
SYARIKAT

BAB 2
8

2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT


Rosli Motor Enterprise telah ditubuhkan, pada 3 Julai 2000 di bawah
Akta pendaftaran perniagaan 1956 dan terus beroperasi sehingga ke hari ini
dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan membaikpulih kenderaan dan
menjual alat ganti kenderaan yang memuaskan kepada pelanggan. Kini Rosli
Motor Enterprise telah beroperasi selama 16 tahun beralamat di 488, Jalan Alor
Sena, Santan, Perlis.

VISI
Visi Rosli Motor Enterprise adalah untuk menjadi sebuah syarikat
BUMIPUTERA terkemuka yang memainkan peranan utama dalam bidang
automotif.

MISI
Misi Rosli Motor Enterprise adalah untuk menyediakan perkhidmatan
membaikpulih kenderaan yang komprenhensif serta berdaya saing bagi memenuhi
kehendak pelanggan yang menyeluruh. Bagi menyempurnakan misi ini, Rosli
Motor Enterprise akan berinovatif dan berpandangan jauh, prihatin dan
menyesuaikan diri dengan perubahan kehendak pelanggan dan persekitaran
pasaran, komited kepada kecekapan, keberkesanan kos, keberuntungan dan
tanggungjawab sosial serta berkemampuan menggunakan peluang dalam
menghadapi cabaran baru.

BAB 2
9

2.2 SKOP PERNIAGAAN

Skop perniagaan Rosli Motor Enterprise dapat dibahagikan kepada 2 bahagian


utama iaitu:
Perkhidmatan Membaikpulih Kenderaan Ringan dan Berat.
Perkhidmatan membaikpulih kenderaan ringan dan berat ini disediakan untuk
kesemua kenderaan berenjin DIESEL & PETROL . Skop kerja kami adalah
meliputi:

Service keseluruhan.

Kerja-kerja mengetok & mengecat body.

Wirering.

Transmission.

Membekal alat ganti.

Menyediakan perkhidmatan MENGAMBIL dan MENGHANTAR


kenderaan yang hendak dibaikpulih

Perkhidmatan bergerak Rosli Motor Enterprise / Break Down Servces.


Rosli Motor Enterprise juga menyediakan perkhidmatan bergerak atau Break
Down Services untuk kenderaan yang rosak semasa dalam perjalanan. Ini kerana
Rosli Motor enterprise berpendapat kos penyelenggaraan kenderaan yang rosak
akan lebih ekonomik jika dibaiki di lokasi daripada ditunda ke bengkel kecuali
jika berlaku kerosakkan yang besar.

10

BAB 2
2.3 LOKASI SYARIKAT

ALAMAT:
ROSLI MOTOR ENTERPRISE
PUSAT SERVIS KERETA
488, JALAN ALOR SENA,
01000, KANGAR, PERLIS

11

BAB 3 :
RINGKASAN
MINGGUAN

12

BAB 3
3.1 PENDAHULUAN
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang
ditulis di dalam buku log latihan industri secara ringkas akan di terangkan dalam
bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas
yang dijalankan akan dicatat dalam buku log harian. Oleh itu, bahagian ini akan
menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan
semasa menjalani latihan industri.
Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu
supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di
samping itu bagi memudahkan proses penyemakkan. Hari kerja dalam seminggu
tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang
diumum oleh pihak syarikat.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak
perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di kolej
vokasional, saya juga telah didedahkan dengan suasana persekitaran. Ketika
menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah diberi amanah sebagai salah
seorang mekanik yang lebih kepada membaik pulih dan menyelenggara kereta
pelanggan.

13

Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 10 jam
sehari, bermula dari jam 10.00 pagi 8.00 malam (akan kerja lebih masa jika
perlu) setiap hari bermula dari hari Isnin Sabtu. Berikut merupakan ringkasan
mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 16 minggu.

14

BAB 3
3.2 RINGKASAN MINGGUAN
Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri
selama 18 minggu.
MINGGU

AKTIVITI/TUGASAN
23 NOVEMBER 2015 28 NOVEMBER 2015

1
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar kerbeda Toyota Starlet.


Top overhaul Proton Saga.
Tukar exsober hadapan kiri dan kanan Proton Satria.
Tukar spark plug Daihatsu Charmant.
Servis caliper brek kiri dan kanan Proton Wira.
Servis karburetor Proton Saga.

30 NOVEMBER 2015 5 DISEMBER 2015


2
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memasang klac plat dan menukar klac bearing Perodua Kancil.


Cuti sakit.
Tukar pam bahan api Perodua Kancil.
Tukar mounting enjin dan gear box Perodua Kancil.
Membantu memasang kepala silinder Proton Perdana.
Tukar oil seal fly wheel Proton Saga.

7 DISEMBER 2015 12 DISEMBER 2015


3
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar mounting enjin Proton Gen2.


Menukar minyak pelincir dan penapis minyak pelincir Toyota Hilux.
Tukar flywheel Nissan Vanette.
Mengeluarkan @ mengangkat enjin Perodua Kancil.
Tukar radiator hos Perodua Kancil.
Membantu memasang enjin Perodua Kembara.

15

MINGGU
4

AKTIVITI/TUGASAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.

14 DISEMBER 2015 19 DISEMBER 2015


Tukar wheel cylinder pump kiri dan kanan Perodua Kancil.
Tukar klac plat dan bearing Proton Wira.
Laras kelegaan stereng rak & pinion Proton Saga.
Tukar oil seal piston caliper brek Proton Wira.
Servis caliper brek kiri dan kanan Datsun 333S.
Tukar kable palam pencucuh ( spark plug ) Honda Civic.
21 DISEMBER 2015 26 DISEMBER 2015

1.
2.
3.
4.

Tukar valve seal Proton Satria.


Pasang wiring pada enjin Naza Ria.
Tukar lower arm Proton Persona.
Menukar tempat membuka pintu sebelah dalam dan luar Ford

Laser.
5. Keluarkan@angkat enjin Perodua Kancil.
6. Tukar pitman arm Mitshubishi Pajero.

28 DISEMBER 2015 2 JANUARI 2016


6

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Servis karburetor Toyota DX Wagen.


Tukar pad brek kiri dan kanan Proton Wira.
Membantu memasang wiring Honda Ej.
Tukar oil seal cam shaft Perodua Kancil.
Tukar belting aircond Perodua Kancil.
Tukar oil seal pump klac Mini Cooper
4 JANUARI 2016 9 JANUARI 2016

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Cuci radiator Proton Wira.


Tukar 6 pam brek Daihatsu DV5.
Servis throttle body Honda Ek.
Tukar alternator Kia Citra.
Cuci enjin dan ruang enjin Honda Ek.
Tukar water pump dan paip Proton Satria.

MINGGU

AKTIVITI/TUGASAN

16

11 JANUARI 2016 16 JANUARI 2016


8
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar hose radiator top bottom Honda Ek.


Angkat kepala silinder Kia Sportage.
Tukar bumper belakang Proton Wira.
Servis master pump Toyota Hiance.
Tukar gasket manifold dan ekzos Toyota Hiance.
Tukar hose hidraulik jek Hicom Perkasa.

18 JANUARI 2016 23 JANUARI 2016


9
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar lower arm kiri dan kanan Perodua Kenari.


Servis brek hadapan Toyota Furtener.
Tukar drive shaft kiri dan kanan Perodua Kancil.
Tukar kerbeda Isuzu TRD Comic.
Tukar center rod stereng Toyota Dyna.
Pateri condenser aircond Toyota Dyna.

25 JANUARI 2016 29 JANUARI 2016


10
1.
2.
3.
4.
5.

Tukar belting power stereng Proton Saga.


Tukar stereng coupling Ford Econovan.
Tukar oil ring distributer Proton Wira.
Laras tappet Proton Waja.
Tukar drive shaft boot outer kiri dan kanan Proton Saga.

1 FEBRUARI 2016 6 FEBRUARI 2016


11
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar stater Nissan Vanatte.


Tukar timing belt Proton Perdana.
Tukar brek shoes kiri dan kanan Perodua Kancil.
Tukar bumper hadapan dan belakang Perodua Kancil.
Tukar power stereng Honda Crv.
Tukar oil seal gear box Perodua Kancil.

17

MINGGU

AKTIVITI/TUGASAN
8 FEBRUARI 2016 13 FEBRUARI 2016

12
1.
2.
3.
4.
5.

Gotong-royong mengemas bengkel.


Gotong-royong mengemas bengkel.
Tukar timing belt Mitshubishi Pajero.
Pasang wiring radio Toyota Dyna.
Mencari DTC Kia Carnival dan Toyota Levin Sr

menggunakan scan tool.


6. Tukar lampu hadapan kiri dan kanan Proton Satria.

15 FEBRUARI 2016 20 FEBRUARI 2016


13
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar cranksensor Proton Waja.


Tukar alternator Proton Wira.
Tukar kable plug Perodua Kelisa.
Tukar pressure paip power stereng Honda Civic.
Buka piston Proton Saga.
Servis troutle body Perodua Viva.

22 FEBRUARI 2016 27 FEBRUARI 2016


14
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar automatic tranmision fluid Perodua Myvi.


Tukar kable gear Perodua Rusa.
Tukar servo brek Proton Saga.
Tukar bearing tayar belakang kiri dan kanan Proton Saga.
Tukar minyak pelincir dan penapis minyak pelincir Bmw M3.
Pasang kepala silinder (cylinder head) Proton Saga Blm.

29 FEBRUARI 2016 5 MAC 2016


15
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tukar valve seal Proton Saga.


Tukar exsober dan exsober mounting Perodua Myvi.
Tukar klac plat dan diafram Perodua KAncil.
Tukar mounting enjin dan gear box Perodua Kembara.
Tukar pam bahan api Perodua kelisa.
Memateri paip by pass yang berada di throttle body Proton
Wira.

18

MINGGU

AKTIVITI/TUGASAN
7 MAC 2016 12 MAC 2016

16
1. Buka dan angkat kepala silinder (cylinder head) Perodua
2.
3.
4.
5.
6.

Kancil.
Tukar motor kipas radiator Perodua Kancil.
Tukar palam pencucuh (spark plug) Proton saga.
Tukar klac plat Hicom Perkasa.
Tukar spring penyerap hentak Proton Satria.
Tukar penyerap hentak belakang kiri dan kanan Proton Savvy.
14 MAC 2016 19 MAC 2016

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Buka dan angkat enjin Daihatsu DV5.


Tukar belting kipas dan aircond Proton Saga.
Tukar coil spark plug Perodua Kembara.
Tukar valve cover gasket Naza Citra.
Servis caliper brek dan tukar pad brek Toyota Alphard.
Modified turbo Daihatsu L5 untuk dimasukkan pada enjin

17

Daihatsu L2s
21 MAC 2016 24 MAC 2016
18
1.
2.
3.
4.

Pasang kerbeda Toyota Ke 30.


Servis injector Perodua Kenari.
Tukar wheel silinder dan brek shoes kiri Proton Wira.
Tukar lower arm kiri dan kanan Proton Saga.

19

BAB 4 :
LAPORAN
TEKNIKAL

BAB 4
4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
20

pelajar latihan industri selama 4 bulan semasa sesi Latihan Industri di syarikat
Rosli Motor Enterprise. Aktiviti-aktiviti yang dibincangkan adalah sama ada yang
dilakukan oleh pelajar latihan industri.

4.2 LANGKAH-LANGKAH MENUKAR EXSOBER BELAKANG

Rajah 4.2.3
spring clamp

21

Spring clamp merupakan salah satu special tools untuk mengapit spring. Jika
tidak menggunakan spring clamp ia amat merbahaya kerana spring
berkemungkinan akan membingkas atau terpelanting.

Rajah 4.2.4

Penyerap hentak yang telah rosak kerana terdapat minyak bocor


disekeliling penyerap hentak.

Rajah 4.2.5
absorber baru

Sebelum memulakan kerja pastikan persekitaran tempat kerja

berada dalam keadaan yang teratur dan selamat.


Jek bahagian belakang kereta dan letakkan sangga keselamatan
kiri dan kanan. Buka dan keluarkan tayar.
22

Buka dua nut bersaiz 12mm mounting penyerap hentak yang diikat
pada badan kereta.

Buka skru

bersaiz 17mm yang

memegang

antara penyerap hentak dan

lower arm.

Rajah 4.2.7

Rajah 4.2.8

Selepas membuka nut saiz 12mm dan 17mm penyerap hentak


sudah boleh dikeluarkan.

23

Rajah 4.2.9

Rajah 4.2.10
Penyerap hentak yang telah dikeluarkan daripada kereta.

Rajah 4.2.11

24

Langkah-langkah mengeluarkan spring daripada penyerap hentak


dengan menggunakan spring clamp yang telah diterangkan di rajah

4.2.1.
Dengan menggunakan dua spring clamp letakkan di sebelah kanan
dan kiri, pastikan kedudukan spring clamp berada dalam keadaan

selaras atau stabil.


Kunci spring clamp sedikit demi sedikit secara berselang sebagai
contoh sebelah kiri 2 pusingan dan 2 pusingan sebelah kanan untuk
memampatkan spring. Kunci sehingga spring longgar.

Rajah 4.2.12

Buka mounting penyerap hentak untuk mengeluarkan spring.


Kepit hujung batang penyerap hentak dengan menggunakan jammed

playar kerana ia akan memusing apabila nut dibuka.


Buka nut yang bersaiz 17mm dan keluarkan mounting penyerap hentak.

25

Rajah 4.2.13

Rajah 4.2.14

Tarik keluar spring daripada penyerap hentak.

26

Rajah 4.2.15

Pastikan penyerap hentak yang baru sama dengan penyerap hentak yang
lama.

27

Rajah 4.2.16

Masukkan dust cover pada penyerap hentak yang baru.

Rajah 4.2.17

Masukkan spring pada penyerap hentak yang baru.


Pastikan spring berada dalam takat/lopak yang berada pada penyerap

hentak.
Pastikan spring stooper berada dalam lopak spring dengan betul.

28

Rajah 4.2.18

Pasang mounting penyerap hentak dan pastikan skru mounting penyerap


hentak dikunci dengan ketat.

Rajah 4.2.19

29

Rajah 4.2.20

Akhir sekali ,pasang semula penyerap hentak ke tempat asal.


Kunci nut mounting penyerap hentak dibahagian atas terlebih dahulu

kemudian kunci skru yang berada di lower arm.


Pasang semula tayar kereta, keluarkan sangga keselamatan dan turunkan
jek.

30

4.3

LANGKAH-LANGKAH MENUKAR WHEEL BEARING

Rajah 4.3.1

Sebelum memulakan kerja pastikan persekitaran tempat kerja berada

dalam keadaan yang teratur dan selamat.


Jek bahagian hadapan kereta dan letakkan sangga keselamatan kiri dan
kanan. Buka dan keluarkan tayar.

Rajah 4.3.2

Buka dua skru caliper brek yang memegang diantara knucle dan caliper
brek.

31

Rajah 4.2.3

Keluarkan caliper brek daripada knucle.

Rajah 4.3.4

Buka skru balljoint pada bahagian bawah knucle di hujung lower arm.

Cabut pin

Rajah 4.3.5
nut driveshaft dan

buka nut

driveshaft .

32

Rajah 4.3.6

Buka pin dan nut tie rod end

Rajah
4.3.7

Buka 2 biji skru pada penyerap hentak


Tarik knucle supaya drive shaft terpisah dari lubang knucle.

Rajah 4.3.8

Cungkil bawah knucle dan ketuk menggunakan penukul menanggal ball


joint dari knucle

33

Rajah

4.3.9

Rajah diatas menunjukkan knuckle yang telah dibuka dan dicabut keluar.
Gunakan needlenose untuk mengeluarkan ring stopper dari permukaan
bearing.
Rajah 4.3.10

Letakkan knuckle diatas mesin press bearing


Alas /letakkan soket yang sepadan saiznya dengan bearing untuk
mengeluarkan bearing tayar didalamnya.

34

Rajah 4.3.11

Dibahagian pemegang disc lakukan kerja yang sama iaitu cungkil bearing
sehinnga keluar.

Rajah 4.3.12
Bersihkan bahagian knucle dan bahagian tempat bearing.
Sapu sedikit minyak pada bahagian tempat bearing.

35

Rajah 4.3.13

Sapukan greese pada whell bearing yang baru seperti contoh yang

diberikan.
Pastikan greese kena pada semua bahagian bearing.

Rajah 4.3.14

Letakkan knucle pada mesin press bearing.


Alas /letakkan soket yang sepadan saiznya dengan bearing untuk

memasukkan bearing tayar yang baru didalamnya.


Tekan press perlahan-lahan sehingga bearing masuk dengan rapat dan di
kedudukan sebelumnya.

36

Rajah 4.3.15

Apabila selesai pressing pasang semula clip ditempatnya dan masukkan


ring groove yang baru pada bearing.

Rajah 4.3.16

Apabila semuanya selesai pasang semula knucle pada drive shaft.

37

Rajah 4.3.17
Kemudian tekan turun lower arm, masukkan knucle pada ball joint dan

kunci skru ball joint.


Pasang tie rod end pada knucle. Kunci nut tie rod end dan pasang pin nut

tie rod end.


Pasang dan kunci 2 skru penyerap hentak.
Pasang
semula
disc
plate
dan
caliper
brek.

38

Rajah 4.3.18

Setelah selesai memasang semua kompenan, kunci nut drive shaft dan

pasang pin nut drive shaft.


Pasang dan kunci tayar megikut kekuatan touque yang telah ditetapkan.
Keluarkan sangga keselamatan dan turunkan jek.

BAB 5 :
DAPATAN &
CADANGAN
39

BAB 5
5.1 DAPATAN & CADANGAN

Selama saya menjalani latihan di Syarikat Rosli Motor Enterprise, saya


berpuas hati terhadap setiap arahan, kerja-kerja ataupun tugasan yang telah
mereka berikan.Selama 4 bulan saya menjalani Latihan Industri, ianya banyak
memberi kelebihan saya dalam menyelesaikan masalah. Saya

juga

dapat

menjalankan latihan yang telah saya pelajari di Kolej Vokasional.

Sepanjang menjalani Latihan Industri di Syarikat Rosli Motor Enterprise,


saya melakukan kerja-kerja yang diberikan itu mengikut tunjuk ajar dari pekerja
yang berpengalaman dan pengurus syarikat sendiri. Mereka tidak berat mulut
untuk memberi tunjuk ajar dan mereka juga turut memberi peluang kepada saya
sedikit sebanyak tentang supaya mengutarakan apa sahaja soalan dan pendapat
untuk menambah baik sistem.

Di samping itu juga, saya juga mendapat banyak pengalaman dan


pengetahuan yang tidak pernah saya alami ketika di dalam kelas. Saya juga
40

mendapat pendedahan suasana pekerjaan di dalam syarikat.Saya telah belajar


bagaimana menguruskan masa dan menghargai kerja berkumpulan di kalangan
rakan sekerja. Malah, saya turut mengikuti apa yang telah saya pelajari di Kolej
Vokasional.

41

Walaubagaimanapun, ada sesetengah perkara yang perlu di ambil berat


oleh pihak syarikat ini iaitu kakitangan hendaklah menunjukkan sikap yang
profesional ketika bekerja kerana ia akan memberi tanggapan yang negatif kepada
orang yang berada di sekeliling dan pelanggan. Selain itu, perkara lain yang perlu
di ambil berat ialah ketika pengambilan pelajar yang memohon untuk menjalani
latihan, pastikan pihak syarikat meneliti betul-betul kursus yang diambil oleh
pelajar yang memohon dan menempatkan di bahagian yang sesuai dengan kursus
yang di ambil oleh mereka.

Sungguh pun tempoh saya berada di Syarikat Rosli Motor boleh dikatakan
agak singkat, tetapi masih banyak lagi perkara yang belum dipelajari, namun apa
yang saya perolehi amat berharga dan berguna untuk saya aplikasikannya untuk
pembelajaran dan kehidupan saya pada masa akan datang.

Tempat latihan industri adalah satu advance kepada para pelajar yang
menjalani latihan tersebut kerana banyak yang diperlukan dan difahami seperti
dalam teori ketika pembelajaran di Kolej Vokasional. Diharap pihak yang
berkenaan akan mengambil tindakan yang proaktif bagi meningkatkan lagi mutu
dan kualiti masing-masing.

42

BAB 6 :
KESIMPULAN

43

BAB 6
KESIMPULAN
Latihan Industri merupakan salah satu cara bagi mendedahkan kepada
para pelajar dengan cara bekerja yang sebenar dan bagi mengukuhkan lagi
pengajian yang telah dipelajari secara teori di Kolej Vokasional. Disebabkan itu,
pihak Kolej Vokasional mewajibkan semua pelajar di Kolej Vokasional menjalani
Latihan Industri kerana ianya mempunyai objektif yang tersendiri dan yang paling
penting ialah ianya dapat mendedahkan kepada para pelajar dengan alam
pekerjaan yang sebenar sebelum mereka menamatkan pengajian di Kolej
Vokasional. Selain itu, Latihan Industri juga merupakan advance kepada pelajar
apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar yang lebih realiti dan mencabar
kelak.
Akhir sekali, penglibatan para pelajar dalam latihan seumpama ini dapat
membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan
dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadikan Kolej Vokasional sebagai platform
pendidikan yang praktikal.Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan
Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang
lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila
mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan
matlamat Kolej Vokasional itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang
berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini.

44

RUJUKAN

1. Pengurus Rosli Motor Enterprise iaitu En Rosli Bin Itam.


2. Mekanik Rosli Motor Enterprise iaitu En Mohd Hafiz Bin Mokhtar.

45

Вам также может понравиться