Вы находитесь на странице: 1из 10

ISI KANDUNGAN

Bi

Bahagian.
Sekapur Sireh

Muka surat.
3

1.0

Pendahuluan

2.0

Siapakah Individu-individu Yang Layak Dikategorikan


Sebagai Keperluan Khas.

3.0

Bagaimana Mengenalpasti Seseorang Murid Berkeperluan

Khas?
4.0

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Sesuai Digunakan Kepada Murid Berkeperluan Khas.

5.0

4.1 Kaedah Pengajaran Yang Dicadangkan.

Keperluan Fiziakal Yang Perlu Disediakan Bagi Murid

Berkeperluan.
6.0

Kesimpulan

11

Rujukan

Sekapur Sireh
Selamat Sejahtera ,
Segala kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana
mengizinkan saya meghabiskan tanggunjawab
walaupun

di

dalam

keadaan

kesuntukan

tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

menyiapkan
masa

demi

telah

tugasan ini
melaksanakan

Saya juga turut mengenang budi

semua pensyarah-pensyarah, rakan-rakan di OUM, sekolah, sahabat-sahabat


dan tutor forum dan rakan-rakan forum kerana berkongsi maklumat dan
memberi idea bagi melengkapkan tanggujawab ini. Terima kasih kepada juga
kepada semua insan yang telah membantu dan memberi idea bagi memurnikan
lagi tugasan berkenaan seminar perkembangan profesionalisme keguruan
tersebut..
Sekian.
Salam Satu Malaysia.

2.0 Pendahuluan
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara
demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan
ekonomi, keadilan sosial, dankekuatan rohani, moral dan etika, ke arah
mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,demokratik, liberal dan
dinamik.

Sistem

pendidikan

yang

bertaraf

dunia

seharusnya

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi


gagasansesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi
jangka masa panjangyang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan
bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi
aset kepada

setiap

individu

termasuklah

golonganbe

keperluan

khas.

Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan


pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan
perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas. Sebenarnya idea asas program
inklusif ialah semua pelajar perlu dilibatkan dalam pembelajaran dan komuniti
sekolah dan semua perlu menerima kepelbagaian hingga tidak mengasing sesiapa
sahaja (Stainback, Stainback & Jackson, 1992 dari McLeskey & Walron 2000).
Maka cabarannya adalah mewujudkan kepelbagaian pelajar dan pembelajaran di
dalam kelas. Malah program inklusif atau pendidikan khas ini mempunyai banyak
kebaikan . Misalannya, pogram ini membolehkan pelajar pendidikan khas
mendapat tempat yang sama dalam pendidikan. Mereka ditempatkan di dalam
persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
Program ini juga membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam semua aspek
kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal. Ianya juga memberi peluang kepada
mereka untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan serta dapat berinteraksi
dengan semua pelajar normal. Pelajar normal pula mendapat keuntungan dari
usaha mereka membantu rakan-rakan mereka yang istimewa itu. Ini adalah satu
usaha murni di mana meningkatkan penglibatan dan kerjasama antara pentadbir
dengan guru-guru dan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Salah satu kebaikannya juga
3

ialah memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti


masyarakat setempat. Tambahan lagi pendidikan berbentuk ini menyediakan lebih
peluang

kepada

kanak-kanak

untuk

berdikari

dan

memperoleh

peluang

pekerjaan. Program inklusif berbeza dengan sekolah tradisional yang memisahkan

pelajar yang kelainan upaya dari pelajar biasa.

Program inklusif memerlukan

guru-guru yang mempunyai latihan, kemahiran dan pengetahuan khusus. Isu-isu


yang terlibat dalam penubuhan dan penyelengaraan sekolah inklusif sering berbeza
dari isu-isu sekolah biasa. Ini juga bermakna ia sering memerlukan penyelesaian
yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru program inklusif memerlukan sumber yang
khusus untuk menyesaikan masalah berkaitan program inklusif.
Konsep Inklusif terdiri daripada Inlusif Penuh di mana pelajar mengikuti semua
mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal
dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan
daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang
masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas
diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam.Ujian mata pelajaran terlibat
sama dengan pelajar biasa. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing
atau guru pendamping. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan
Khas. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Inklusif
Separa pula pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran
tertentu sahaja.
2.0 Siapakah Individu-individu Yang Layak Dikategorikan Sebagai Keperluan
Khas.
Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran
bertutur, masalah pembelajaranadalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai
murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk
menerima pendidikan denganmenghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu
sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan
inklusif. Pendidikan khas di Malaysiapada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat
kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian


Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikankepada
murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul
RahimSelamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajarpelajar berkeperluankhas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada
mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama
rakan sebayamereka (Kamariah Jalil, 1995). Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di
Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua.
Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara
Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997).

3.0 Bagaimana Mengenalpasti Seseorang Murid Berkeperluan Khas?


Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif.2. Jawatankuasa Program
Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuatpemilihan pelajar berdasarkan hasil
laporan penilaian pencapaian serta ujiandiagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah
dipertanggungjawabkan.3. Mengumpul
yang akan mengikutiProgram

,menganalisis

Inklusif.4. GPK

data dan maklumat


1 mengadakan

pelajar khas
perbincangan

dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah
mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk
mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. Mengadakan perbincangan dengan ibu
bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggiluntuk diterangkan tujuan dan kepentingan
program ini terhadap anak-anakmereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis
surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran

di

kelasbiasa.

Membuat

perjumpaan dengan semua murid

yang berkenaan. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan
matapelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas. Menyediakan
jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada
semua pelajar aliran perdana danwarga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.
Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak
5

sekolah turut memaklumkankepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program
Inklusif dijalankan.
Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiadaperubahan
atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat keatas kelas yang dipilih. Namun
demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindaksebagai mentor kepada mereka. Kedudukan
murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalamsatu-satu kelas
.Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru ataupapan hitam dan
memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dansebaliknya. Semua mata
pelajaran wajib diinklusifkan.. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas
normal. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran
yangbersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif
ataukelas pendidikan khas.
Semasa program dilaksanakan pemerhatian perlu dibuat dari semasa ke semasa.
Guru pendamping perlu mendapatkan maklum balas dan berbincang
dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
Mereka mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama
dengan pelajar lain. Semua murid digalakkan terlibat secara aktif
dalam

semua

aktiviti

yang

dianjurkan

oleh

sekolah. Guru mata

pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang


sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . murid
pendidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan
yangdiberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid
pendidikanKhas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping
sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru
khassekiranya

diperlukan. Dari segi

sosialisasi dan komunikasi, murid

pendidikan khas ini sudah bolehberkomunikasi dengan guru-guru dan murid


lain dan boleh bersosialisasidengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa
berlaku di sekolah malah di luar sekolah. Sikap tolenrasi dan keprihatinan
guru-guru

mata

pelajaran

telah memberikan

pembelajaran murid pendidikan khas.

impak

positif

kepada

Selepas Program guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan
murid danmencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran
ke dalam Rekod Prestasi. Penilaian keberkesanan program terhadap murid
pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. Guru
Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
Selain dari itu, guru pendamping juga memaklumkan perkembangan
murid kepada ibu bapa atau penjaga.
4.0 Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai Digunakan
Kepada Murid Berkeperluan Khas.
Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan kepada murid berkeperluan
khas.Ini melibatkan pengajaran secara berkumpulan pengajaran secara individu.
Pengajaran secara kumpulan berasaskan startegi berpusat kepada murid. Jenis
a) mengikut kebolehan dan b) guru rancang P&P secara berperingkat. Murid
dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian. Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan
kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan. Komposisi ahli tidak sama untuk
setiap kumpulan bagi matapelajaran yang berlainan. Kumpulan pelbagai kebolehan
merujuk kepada pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang
mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Sesuai untuk menjalankan
aktiviti seperti permainan, simulasi, perbincangan, projek dan ujikaji murid-murid
yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat
Pengajaran secara individu pula ialah kaedah mengajar yang berlaku di antara

seorang guru dan seorang murid sahaja. Murid-murid yang diajar dengan kaedah
ini akan dapat mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, jasmani
dan sosial secara menyeluruh serta seimbang
Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu ialah:
Kebolehan dan pengalaman sedia ada, punca masalah yang dihadapinya, strategi
dan teknik mengajar, isi pelajaran dan bahan bantu mengajar, langkah-langkah
pengajaran mengikut urutan, aktiviti pengukuhan dan penilaian serta aktiviti
pembelajaran untuk murid-murid lain.
7

4.1 Kaedah Pengajaran Yang Dicadangkan.


Saya bercadang untuk bagi mengajar mata pelajaran Matematik dengan
pendekatan pengajaran secara berkumpulan dan strategi berpusatkan murid.Saya
ingin mengenalpasti dan mengajar Operasi Penambahan dengan menggunakan
aktiviti-aktiviti yang mudah dan berkesan kepada murid-murid yang terpilih ini.

5.0 Apakah Keperluan Fiziakal Yang Perlu Disediakan Bagi Murid Berkeperluan
Khas ?
Kemudahan infrastruktur khas amat perlu untuk program pendidikan khas. Satu
ruangan kelas yang khusus perlu untuk keselesaan pelajar dan kemudahan bagi
guru untuk mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Ruangan kelas ini
pula perlu dibahagi kepada kelas-kelas kecil dan bilik khas untuk aktiviti
sampingan lain seperti bilik belajar mengendali perkakas asas, bilik komputer dan
bilik pelbagai.
Pelajar khas juga banyak menggunakan bahan yang membantu pembelajaran
mereka. Bahan seperti kad kerja, kad imbasan, bahan maujud, gambar-gambar,
carta dan berbagai jenis lagi bahan yang digunakan. Selain itu, alat audio visual
juga perlu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang
disediakan hendaklah praktikal, mudah alih dan senang digunakan.

Mengajar
kumpulan
berpusat
pada
murid
mengikut
kebolehan
masing
masingkebolehan
b)
secara
guru
rancang
P&P
kan
hasil
penilaian
untuk
kemahiran
aktiviti
asas
membaca,
dan
menulis
boleh
ditukarkan
mengikut
kepada
kumpulan
lain
6.0 Rumusan

Halangan yang menjadi kekangan kepada keberkesanan pendidikan inklusif;


antaranya adalah sikap negatif guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan
pendidikan inklusif. Haniz Ibrahim (1998) Pendekatan Pendidikan inklusif ini telah
wujud secara semula jadi di Malaysia di mana pelbagai kategori MBK belajar
bersama rakan sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau
khidmat sokongan. Supiah Saad (2003) Hanya 12 peratus (1/8) guru prasekolah
aliran perdana tahu definisi pendidikan inklusif. Tidak ada seorang pun daripada
28 orang guru aliran perdana yang ditanya dapat memberi maksud pendidikan
inklusif dan pendidikan khas dengan tepat. Kebanyakan menjawab tidak pernah
8

dengar perkataan tersebut. Dapatan kajian bertajuk Komitmen dan peranan guru
dalam pelaksanaan pendekatan pendidikan inklusif di Malaysia Supiah Saad
(2010) Walaupun pendidikan inklusif telah diwartakan dalam Akta Pendidikan
1996 (1998) sedekad yang lalu, Malaysia masih jauh ketinggalan bagi mencapai
hasrat untuk menginklusifkan pelajar. Zalizan Mohd Jelas (2010). Adalah
diharapkan Pendekatan Inklusif atau Pendidikan Kgas ini akan dilaksanakan
denga lebih berkesan dengan komitment
agensi kerajaan dan juga swasta.
-

Tamat -

yang lebih menyeluruh dari beragai

Rujukan
http://www.slideshare.net/suzianakamaruddin/presentation-pendidikan-inklusif-dipendidikan-khas-masalah-pembel
https://www.academia.edu/4135250/kajian_kes_ke_atas_program_pendidikan_inkl
usif_di_sekolah_aliran_perdana
http://pkbpskjalanbintang.blogspot.my/2011/01/kaedah-pengajaran.html
http://zulwahab.blogspot.my/2013_11_01_archive.html

10

Вам также может понравиться