Вы находитесь на странице: 1из 3

BAHASA MELAYU

UNIVERSITI
UVW410
ANALISIS BUDAYA POPULAR DARI
ASPEK HIBURAN MODEN
PENSYARAH: PN.SUHAIDAH BT SAID
AHLI KUMPULAN:
SITI AZILINA BT SHERFUDEEN
NUR SHAFAWATI BT AHMAD SHUKRI
NUR AFIFAH BT MOHD NORDIN
ROHASLIDA LIYANA BT MOHMAD

ISI KANDUNGAN
NO
.

PERKARA

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.

PENGENALAN
LATAR BELAKANG
PENYATAAN MASALAH
TUJUAN DAN KEPENTINGAN
KAJIAN TERDAHULU
METODOLOGI
BATASAN KAJIAN
HASIL KAJIAN
PENUTUP

BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN

MUKA SURAT

Budaya popular ialah unsur-unsur budaya yang diminati atau diberikan


tumpuan ramai. Unsur-unsur budaya itu menjadi bahan pengguna kepada majoriti
anggota masyarakat. Golongan majoriti dalam sesuatu masyarakat itu pula adalah
golongan muda mudi, maka budaya popular itu pula kerapkali didokongi oleh
golongan muda mudi.
Budaya popular dalam masyarakat tradisi tidak tersebar luas, dan lebih
menyatakan ciri kedaerahan. Dalam masyarakat moden, dengan pembangunan
ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi dan kemudahan-kemudahan asas yang baik
membolehkan penyebaran unsur-unsur budaya popular itu tersebar luas. Perubahan

yang berlaku itu memberikan peluang kepada pihak pengusaha untuk mengusahakan
pengeluaran unsur-unsur budaya secara banyak untuk penyebaran yang meluas.
Perubahan budaya seiring dengan perkembangan zaman membuat definisi
budaya popular menjadi semakin kompleks. Lull (2000), melihat budaya popular
sebagai artifak dan gaya ekspresi manusia yang berkembang daripada kreativiti orang
kebanyakan dan beredar dalam kalangan orang ramai menurut minat, kecenderungan
dan selera mereka. Sehaluan dengan itu, Lull (2000) menegaskan bahawa budaya
popular lahir daripada masyarakat dan tidak dikonstruksikan oleh pihak luar. Ini
disokong oleh Fiske (1995 dlm Ibrahim 2007): popular culture is made by the people,
not produced by the cultural industry popular culture is made by the people at the
interface between the products of the culture industries and everyday life popular
culture is made by the people, not imposed upon them; it stems from within, from
below and not from above. Maka jelaslah bahawa Fiske melihat budaya popular hanya
dapat berkembang daripada dalam, ia tidak boleh dipaksakan dari luar atau dari atas.
Di dalam tajuk budaya popular dari aspek hiburan moden terdapatnya
Kekuatan industri budaya lebih mendominasi dalam mempengaruhi budaya
popular selain daripada pengaruh dalam. Kepelbagaian produk industri budaya adalah
suatu ilusi untuk sesuatu yang disediakan bagi semua orang sehingga tidak
seorangpun boleh lari daripadanya (Adorno & Horkheimer 1979 dlm Barker 2005).

Вам также может понравиться