Вы находитесь на странице: 1из 8

UNIT 14: PENGANGKUTAN ALAF INI

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor
pengangkutan awam semakin tidak popular dan kewajaran masyarakat mengutamakan
perkhidmatannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke destinasi yang biasa
dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan
tentang masalah masa perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara
inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja
daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa
pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang
demikian, mereka tidak mahu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis daripada
pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan
dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai ke destinasi. Di negaranegara maju pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya.
Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan awam
bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana tidak menyediakan
perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu
pengangkutan awam di Malaysia dikatakan ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu
pengangkutan awam di negara-negara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi
semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengahtengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang menyebut bahawa
banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur
dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang
beroperasi sebagai pengangkutan awam tetapi kebanyakannya dalam keadaan yang cukup
uzur dan usianya melebihi sepuluh tahun.
Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada
waktu puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini melemahkan semangat mereka
untuk menggunakannya. Oleh sebab itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah
ini jika kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual perjalanannya supaya tidak
terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang terpaksa menunggu ketibaan bas
secara tidak menentu sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat
ini suatu kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai
menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar menyediakan
insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka,
misalnya dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang.

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas?

[2 markah]

ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki?

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan bayaran yang
mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani?
[4 markah]

JAWAPAN
Pengenalan

Markah

Petikan membincangkan sebab/punca pengangkutan awam semakin tidak


popular di negara kita

Petikan membincangkan sebab/punca pengangkutan awam semakin tidak


popular

Isi tersurat (punca pengangkutan awam semakin tidak popular)


1. Masa perjalanan pengangkutan awam tidak tetap/ menentu.
2. Pengangkutan awam dianggap sesuai untuk golongan kurang mampu
sahaja/ orang ramai memandang remeh perkhidmatannya.
3. Pengangkutan awam dikatakan tidak cekap.
4. Perkhidmatannya tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.
5. Mutu pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan (berbanding
dengan di negara lain).
6. Teksi dan pelbagai jenis bas awam sudah uzur / tidak layak digunakan
lagi/ berusia lebih daripada 10 tahun.
7. Orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatannya pada waktu puncak.

2
2
2
2
2
2
2

Isi tersirat (kewajaran orang ramai mengutamakan perkhidmatannya)


1. Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan/ masalah tempat kereta yang
terhad dapat diatasi.
2. Perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan dapat dijimatkan/
Kos pengangkutan pengguna dapat dijimatkan.
2
3. Pencemaran udara/ bunyi dapat dikurangkan.
2
4. Kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.
2

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama mengatasi masalah perkhidmatan
pengangkutan awam supaya dapat memberikan keselesaan/ kepuasan kepada para pengguna.

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum

Maksud rangkai kata alternatif untuk sampai ke destinasi


(satu daripada cara) pilihan untuk tiba ke tempat yang dituju
[maksimum 2 markah]

ii

Cara-cara menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam


-

perkhidmatan bas perlu ditambah.

jadual perjalanan bas perlu diperkemas

kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai


menggunakan pengangkutan awam
1

syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif kepada orang ramai


yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
1
[maksimum 3 markah]

iii

Cara menangani masalah tambang mahal


-

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengambil tindakan tegas


terhadap pemandu teksi
1

penumpang mesti melaporkan kegiatan penipuan dengan segera kepada pihak


berkuasa
1

Kementerian Pengangkutan mesti mewajibkan penggunaan meter bayaran di


dalam teksi -Persatuan Pemandu Teksi mesti mendidik ahli supaya lebih
berdisiplin dan bertimbang rasa
1

pengguna menggunakan kenderaan awam yang lain seperti bas

pengguna memastikan pemandu teksi menggunakan meter

kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik kepada pemandu teksi supaya


sentiasa jujur dan amanah
1

[maksimum 4 markah]

UNIT 13: PENDIDIKAN ALAF INI


Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
e-pembelajaran dan halangan dalam melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Di Malaysia, bidang pendidikan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
sudah menjadi kelaziman dan lebih dikenali sebagai konsep e-pembelajaran. Pihak kerajaan
juga telah membelanjakan berbilion dana untuk memastikan pendidikan secara elektronik ini
dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Antara kebaikan konsep e-pembelajaran atau
e-learning yang diperkenalkan ini termasuklah guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi
secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada
sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan Internet sebagai
medium. Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses
pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan
kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran mampu menjadikan
pengajaran guru lebih terancang dan fleksibel kerana mudah dicapai oleh murid-murid.
Dalam pelaksanaan e-pembelajaran ini, telah banyak perisian yang dicipta untuk
membantu guru. Penciptaan perisian ini dalam pelaksanaan e-pembelajaran ini dapat mengenal
pasti bilangan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran dengan lebih cepat. Proses mengenal
pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai
sumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu
membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu
mata pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian
dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa,
pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis
secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Keputusan itu
juga dapat dicapai oleh ibu bapa dengan mudah untuk tindakan susulan di rumah. Bukan itu
sahaja, hubungan antara guru dan ibu bapa juga akan menjadi lebih baik kerana guru dapat
menghubungi ibu bapa melalui perkhidmatan e-pembelajaran yang disediakan untuk
berbincang tentang masalah para pelajar.
Pada masa yang sama, e-pembelajaran juga turut menjadikan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas lebih menarik. Hal ini demikian kerana penggunaan komputer
menjadikan sesi itu lebih interaktif dan mesra pelajar melalui perisiannya yang dapat
merangsang kesediaan untuk belajar. Selain itu, dasar penjimatan juga dapat dilakukan tanpa
halangan kerana kurangnya penggunaan kertas. Sebagai contoh, para pelajar boleh menjawab
soalan secara maya tanpa menggunakan buku soalan. Guru-guru mata pelajaran juga akan
menjadi lebih kreatif kerana kebanyakan perisian turut menyediakan kemudahan kepada para
guru untuk mengubah suai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka.
Mereka dibantu oleh enjin pencari Internet yang memudahkan maklumat dicapai melalui hujung
jari sahaja.

Sesungguhnya, e-pembelajaran merupakan satu revolusi baharu dalam dunia


pendidikan negara. Semoga pembaharuan yang berlaku ini dapat mewujudkan modal insan
yang mampu memajukan negara dalam pelbagai aspek.
Soalan 2 Pemahaman Petikan
Soalan 2 (a) - Petikan Umum.
Berdasarkan petikan soalan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
i

Berikan maksud rangkai kata sudah menjadi kelaziman.


markah ]

ii

Mengapakah pembelajaran menggunakan komputer lebih menarik?

iii

[2

[ 3 markah ]

Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan untuk memajukan bidang
e-pembelajaran di Malaysia?
Nyatakan peranan tersebut

[ 4 markah ]

JAWAPAN
Pengenalan

Markah

Petikan membincangkan faedah / manfaat/ kepentingan e-pembelajaran dalam sistem


pendidikan di Malaysia

Petikan membincangkan faedah / manfaat/ kepentingan e-pembelajaran

Isi tersurat (kebaikan e-pembelajaran)


1. Guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata.
2. Menjadikan pengajaran guru lebih terancang dan fleksibel
3. dapat mengenal pasti bilangan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran
dengan lebih cepat.
4. mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap
komponen dalam satu-satu mata pelajaran
5. keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar
6. hubungan antara guru dan ibu bapa juga akan menjadi lebih baik
7. menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik.
8. dasar penjimatan juga dapat dilakukan tanpa halangan
9. Guru-guru mata pelajaran juga akan menjadi lebih kreatif

2
2
2
2
2
2
2
2
2

Isi tersirat (halangan dalam melaksanakannya)


1. Capaian Internet yang lemah
2. Memerlukan kos yang tinggi
3. Bilangan komputer yang tidak mencukupi.
4. Penggunaan kurang efektif akibat kekurangan bilik-bilik khas.

2
2
2
2

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjayakan konsep e-pembelajaran agar
dapat meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum

(i)

Maksud rangkai kata sudah menjadi kelaziman.


-

Telah dianggap sebagai kebiasaan.


[maksimum 2 markah]

(ii)

Sebab-sebab pembelajaran menggunakan komputer lebih menarik


-

penggunaan komputer menjadikan sesi itu lebih interaktif

penggunaan komputer menjadikan sesi itu mesra pelajar

perisiannya dapat merangsang kesediaan untuk belajar

[maksimum 3 markah]
2 peranan pihak kerajaan untuk memajukan bidang e-pembelajaran di Malaysia
-

Penyediaan Internet berkelajuan tinggi terutamanya di kawasan


pedalaman

1+1

Menyediakan lebih banyak kemudahan komputer di sekolah untuk


memastikan semua pelajar berpeluang menggunakan perisian tersebut

1+1

Menyediakan guru-guru yang berkemahiran dalam bidang ICT melalui


latihan dan kursus berkaitan ICT

1+1

[maksimum 4 markah]

Вам также может понравиться