Вы находитесь на странице: 1из 3

KETAQWAAN MARYAM

NUR AMSEARAH BT. JAHARUN


SK. KABOGAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..


Awal bicara salam sejahtera
Selawat dan salam ke atas Rasulullah
Semoga Allah melimpahkan barokah
Alhamdulillah, bertemu kita di pentas bercerita
Yang dimuliakan;
Tuan pengerusi yang bijak menyusun kata
Panel hakim yang arif lagi bijaksana
Tak lupa juga buat si penjaga masa..
Seterusnya..
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah..
Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah KETAQWAAN MARYAM.
Kawan-kawan,
tahukah kawan-kawan siapakah Maryam?
Isi 1
Maryam adalah salah seorang wanita yang mempunyai kisahnya tersendiri di
dalam Al-Qurn. Ayahnya bernama Imran, ibunya bernama Khannah.Telah
dirakamkan di dalam beberapa surah tentang keimanan dan ketaqwaan
Maryam yang kukuh kepada Allah S.W.T. Beliau sentiasa beribadat tanpa rasa
jemu. Keimanan dan ketaqwaannya ini sekaligus menjadikan beliau antara
calon penghuni syurga.
Firman Allah


43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersamasama orang-orang Yang rukuk ".

Marilah kita contohi Maryam.. Beliau seorang hamba yang sangat taat
sehingga Allah menetapkan sebuah surah bersempena nama Maryam di
dalam kitab suci Al-Quran. Pendek kata, hamba yang taat Allah akan
sayang..

KETAQWAAN MARYAM
NUR AMSEARAH BT. JAHARUN
SK. KABOGAN

Isi 2
Muncul Jibril berupa pemuda
Terkejut Maryam tidak terperi
Membawa khabar dari yang Esa
Bakal peroleh zuriat lelaki
Alangkah terkejutnya Maryam mendengar perkhabaran itu. Dirinya tidak
pernah berkahwin, jika benar..ini sudah tentu akan menjadi buah mulut
penduduk Baitul Maqdis. Maryam berasa sangat gusar. Akan tetapi beliau
tetap menerima ketentuan Allah dengan hati yang redha.
Maryam tekad untuk menyendiri daripada keluarga serta penduduk
kampung. Beliau mengisi masa dengan beribadat dan mengabdikan diri
kepada Allah. Inilah jalan terbaik yang beliau pilih. Firman Allah:

16. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri
dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

Yakawan-kawan
Contohilah kesabaran dan ketabahan Maryam. Jangan mudah berputus asa
sehingga sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menghadapi tekanan
hidup.
Isi 3
Anak
lima
Anakayam
ayamturunnya
turun lapan
Mati
empat
Matiseekor
seekortinggallah
tinggal tujuh
Maryam
walau
dilemma
Tibalah terhibur
waktu untuk
melahirkan
Mendapat
sertaMaryam
mukjizatberteduh
Di bawah karomah
pohon kurma

Kawan-kawan,
Ketika hendak bersalin, timbul
perasaan yang sangat hiba di
hati Maryam kerana dicemuh
masyarakat sehingga Allah
menghantar Malaikat untuk menenangkan hati Maryam yang gundah gulana.
Firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril berkata: Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan
kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia. ( Ali-Imran: 42)

Oleh itu.. Ingat ya kawan-kawan, orang yang bersabar dengan ujian Allah
akan diberi ganjaran pahala serta ditinggikan darjatnya.
Isi 4
Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya
Janin yang kau lahirkansiapa bapanya 2
Sedang dirimu masih suci tiada ternoda

KETAQWAAN MARYAM
Ahli
keluarga
tidak percaya
NUR
AMSEARAH
BT. JAHARUN
Fitnah
tersebar di mana-mana..
SK. KABOGAN
Maryam diperintah Allah untuk tidak berkata
Hanya isyarat diberi pada semua
Dengan harapan segalanya terbukti jua..

Di saat semua mengata nista pada


Maryam, tiba-tiba Isa yang berada di
dalam buaian pun berkata: Aku
adalah hamba Allah. Dia memberiku

kitab Injil dan menjadikan aku seorang nabi.


Maka sesudah itu, tersebarlah cerita mengenai Isa yang masih bayi tetapi boleh
bercakap. Peristiwa ini jelas menjadi bukti bahawa ibunya Maryam merupakan
wanita yang kekal suci dan terpelihara. Firman Allah:

Yang bermaksud :Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantahbantahan tentang kebenarannya. ( Ayat 34 , Surah Maryam)

Kawan-kawan,
Pengajaran dari peristiwa ini, janganlah kita sesekali membuat fitnah tanpa usul
periksa kerana fitnah itu dosanya lebih berat daripada membunuh.

Isi 5
Akhirnya Maryam dan juga Isa hidup sejahtera. Mereka tinggal di desa
bernama An-Nashirah sehingga Nabi Isa mencapai usia remaja. Dan Maryam
lah yang memberikan sokongan dan semangat kepada Isa Alayhissallam
ketika pertama kali mendapatkan wahyu melalui mimpi.
Begitulah hebatnya kisah seorang wanita penghuni Syurga. Namanya masih
menjadi sebutan sehingga kini. Dia menerima segala perancanagn Allah
dengan penuh taqwa dan sabar. Justeru kawan-kawan, marilah kita samasama mencontohi ketaqwaan Maryam binti Imran.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah


Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Вам также может понравиться