Вы находитесь на странице: 1из 5

TEKS PENGACARA BINA INSAN GURU FASA V

JAM

QUE

PERKARA
Di majlis ini kami bermadah,

1230

BERKUMPUL DI

TENGAH

DEWAN

HARI

Mengucap puji Alhamdulillah,


Madah ini pembuka wadah,
Semoga majlis dikurniakan limpah
Selat Melaka Indahnya nian,
Terserlah indah khazanah lautan,
Selamat bersua tuan dan puan,
Penutupan lawatan penanda aras, kita raikan.

PENGENALAN

Yang berbahagia _____________________Guru besar Sekolah


Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min.

Yang berusaha, penasihat BIG semester 5 Institut Pendidikan Guru


kampus Perlis, Puan Che Som Bt Baharom, Metor PJ(A) Encik
Elias Bin Talib, Mentor PJ(B) Encik Mohamad Idris Bin S.Syed
Ahamed dan dan para pensyarah semester 5 ipg kampus Perlis.

Yang dihormati saudara Leow Chee Song Pengerusi program


lawatan penanda aras Fasa 5.

Guru- guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min.

Jawatankuasa pelaksana program.

Seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati

CATATAN

Selamat petang, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Menadah tangan tanda kerendahan,


1230-1300

BACAAN DOA

PTG

Lafaz bismillah memperkukuh tautan


Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan.

Sebelum aturcara dimulakan, eloklah kiranya tirai majlis kita


pada hari ini dibuka dengan bacaan doa. Majlis menjemput
saudara ____________________ untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucakan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, marilah sama- sama kita memanjatkan setinggi

ISI

kesyukuran kehadrat Tuhan atas segala limpah kasihnya kerana kita


dapat berhimpun di sini pada hari ini bagi menjayakan
Program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras PISMP semester 5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS.

Saya selaku pengacara majlis pada hari ini ingin mengucapkan


setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan Sin Min atas kerjasama, pengalaman bermakna
serta perkongsian ilmu yang telah diberikan pada hari ini.

Bermula pada jam 9.30 pagi hingga ke saat ini, kami telah disajikan
dengan beberapa fasa dan slot perbincangan. Sepanjang program ini

berlangsung kami semua telah mengikutinya dengan penuh semangat

UCAPAN

dan banyak ilmu telah digalimelalui sekolah yang berprestasi tinggi ini.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput
dan mempersilakan saudara Leow Chee Song Selaku Pengerusi

PENGERUSI

program bina insan guru PISMP semester 5 ini untuk menyampaikan

PROGRAM

ucapan alu-aluan.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Apalah bulan tanpa berbintang,


UCAPAN GURU
BESAR

Malamkan suram kelam bersemi,


Apalah majlis meriah diundang,
Andai tiada yang sudi merasmi.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan


yang berbahagia ___________________ Guru besar Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min untuk menyampaikan
ucapan sekaligus merasmikan majlis penutupan program bina insan
guru lawatan penanda aras pismpsemester 5.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan dan perasmian


sebentar tadi.


PENYAMPIAN

Hadirin sekalian,Majlis diteruskan dengan aturcara penyampaian


cenderamata kenang- kenangandaripada pihak IPG Kampus Perlis

CENDERAMATA

kepada pihak sekolah atas kesudian menerima kami untuk


melaksanakan program lawatan penanda aras di sekolah ini.Untuk
majlis menjemput dan mempersilakan ( Encik Elias Bin Talib / Encik
Mohamad Idris Bin S.Syed Ahamed / Puan Che Som Bt
Baharom ) wakil pensyarah IPG Kampus Perlis diiringi oleh Leow
Chee Song pengerusi program Bina Insan Guru lawatan penanda
aras PISMP semester 5 untuk menyampaikan cenderamata kenangan
kepada yang berbahagia ______________ guru besar Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min. Dengan segala hormat,
majlis mempersilakan.

1300 PTG

BERSURAI /

Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka

PENUTUP

berakhirlah program Bina Insan Guru lawatan penanda aras PISMP


semester 5.

Pihak majlis ingin mengambil kesempatan mengucapakan jutaan


terima kasih sekalilagi kepada yang berbahagia guru besar, guruguru dan warga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min,
para pensyarah dan semua yang terlibat secara langung atau tidak
langsung atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, tibalah waktu untuk majlis kita
melabuhkantirainya

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Saya selaku wakil IPG Kampus Perlis memohon ampun dan maaf
,jika ada keterlanjuran kata, terkasar bahasa dan terguris rasa
sepanjang berlangsungnya program kita pada hari ini.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulilah wassala tanabi,
Dengan takdir illahi Rabbi,
Selesailah sudah majlis ini.
Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain acara.
Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.

Вам также может понравиться