Вы находитесь на странице: 1из 22

SCHOOL OF EDUCATION AND SOCIAL DEVELOPMENT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


LOCKED BAG NO.2073,
88999 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

SUMBANGAN KETAMADUNAN ISLAM DALAM FALSAFAH MATEMATIK

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA
SURAT

1.0

PENDAHULUAN

2.0

SEJARAH MATEMATIK DALAM TAMADUN ISLAM

3.0

TOKOH MATEMATIK UTAMA TAMDUN ISLAM


3.1 Al-KHWARIZMI

3.1.1 LATAR BELAKANG TOKOH

3.1.2 PENDIDIKAN

3.1.3

PERANAN

DAN

SUMBANGAN

AL-

KHWARIZMI
3.1.4 KETOKOHAN AL-KHWARIZMI

6
7
8

3.1.5 STRATEGI PENGISLAMAN MATEMATIK DAN


SAINS

10

3.2 IBNU BAJJAH

10

3.2.1 LATAR BELAKANG TOKOH

10

3.2.2 RENTETAN KEHIDUPAN

13

3.2.3 KARYA-KARYA IBU BAJJAH


3.2.4 SUMBANGAN IBNU BAJJAH
3.3 IBNU HAITHAM

13
14

3.3.1 LATAR BELAKANG IBNU HAITHAM

16

3.3.2 SUMBANGAN IBNU HAITHAM

16

4.0

3.3.3 KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

17

5.0

3.3.4 SUMBANGAN IBNU HAITHAM

18

PENUTUP
RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN
Pada zaman awal Islam, iaitu lebih kurang pada tahun 700M, orang Islam
mengarahkan

perhatian

mereka

kepada

aktiviti-aktiviti

intelektual.

Tumpuan utama mereka ialah bidang ilmu amali seperti matematik dan
astronomi. Ada unsur-unsur keagamaan yang menyebabkan orang Islam
memerlukan matematik dan astronomi. Dengan ilmu geometri, mereka
menentukan arah Mekah (Kaabah) yang menjadi kiblat pada waktu
mereka bersembahyang setiap hari. Manakala aritmatik dan algebra
diperlukan untuk mengira harta pusaka, hari dan tahun. Dengan ilmu
astronomi pula, mereka dapat menentukan hari-hari kebesaran yang lain
(hari raya dan permulaan berpuasa dalam bulan Ramadhan).
Pada zaman kegelapan di Barat, matematik telah merosot ke tahap
yang amat rendah. Sungguhpun demikian, kejayaan intelek orang Yunani
dalam ilmu ini untuk manusia tidak hilang begitu saja. Di bawah pengaruh
dorongan agama Islam yang agung, orang Islam menjadi kuasa besar
yang meluas dengan cepatnya.
Bagaimanapun, orang Islam tidak menghadkan penggunaan ilmu
yang

mereka

majukan

itu

semata-mata

untuk

agama

tetapi

memperluaskan lagi penggunaannya untuk manafaat manusia. Apabila


orang Islam berpaling ke bidang matematik yang kadangkala dirujuk
sebagai Cermin Peradaban, mereka telah mengikuti jalan yang sukar
untuk memperkembangkan kebudayaannya. Orang Islam

begitu maju

pada zaman pertengahan Islam kerana mereka mempelajari tentang


langit dan bumi dengan mencari bukti-bukti untuk menambah keimanan
mereka. Ini seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam,
bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna kepada
manusia, dan apa yang diturunkan oleh Allah dari langit berupa air, lalu
dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya dan Dia
sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pergerakan angin dan awan
2

yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapa)t tandatanda

(keesaaan

dan

kebesaran)

memikirkannya ( Al-Baqarah ; 164).

Allah

bagi

kaum-kaum

yang

Nabi Muhammad s.a.w sendiri

menyuruh para pengikutnya mencari ilmu seperti yang dinyatakan dalam


hadith yang mafhumnya Dan sesungguhnya malaikat merendahkan
sayapkan bagi penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan
oleh penuntut ilmu tersebut. (Hadith Riwayat Imam Ahmad 5/196).
Hadith yang lain mafhumnya Sesiapa yang mengembara untuk mencari
ilmu pengetahuan, bermakna dia mengembara pada jalan Allah menuju
ke syurga(Hadith Riwayat Abi Syaibah, 8/729)
Bermula dari tahun 600M hingga 1200M, Empayar Islam merentang
dari India hinggalah ke Sepanyol, Baghdad dan Cordova merupakan pusat
pentadbiran para khulafa yang memerintah. Abad ke-9 dan ke-10
dianggap sebagai zaman keemasan ahli-ahli matematik Islam. Dunia
terhutang

budi

kepada

mereka

kerana

memelihara

dan

memperkembangkan matematik orang Yunani yang bermutu tinggi.


Begitu juga zaman Renaisans Eropah terhutang budi kepada Zaman
keemasan Islam. Perhubungan atau pertalian ini membuka pintu yang
luas untuk para cerdik pandai seterusnya membuat penyelidikan lanjutan.
Perhatian khusus patut diberikan terhadap kebangkitan negara
Islam

yang

mengagumkan

ketika

Eropah

mengalami

zaman

kegelapannya. Hanya sedekad selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah


dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M, semua kaum di Semenanjung
Tanah Arab yang hidup berpecah belah dapat disatukan oleh semangat
keagamaan mereka yang begitu tinggi sehingga terbentuklah sebuah
negara yang amat berpengaruh. Kira-kira pada tahun 800M, khalifah yang
memerintah pada masa itu telah menjadikan bandar Baghdad sebagai
pusat ilmu pengetahuan. Khalifah al-Mamun contohnya adalah seorang
cendikiawan, ahli falsafah dan teologi telah membina Bayt al-Hikmah
sebagai perpustakaan, akademi dan institusi penterjemahan. Ia juga
merupakan pusat pendidikan terpenting dibangunkan selepas penubuhan
Muzium Iskandariyah pada pertengahan abad ke-3 S.M.
3

2.0 SEJARAH MATEMATIK DALAM TAMADUN ISLAM


Kekhalifahan Islam (Empayar

Islam)

yang

diasaskan

di Timur

Tengah, Afrika Utara, Iberia, dan sesetengah bahagian India (di Pakistan)
pada abad

ke-8 mengekalkan

dan

menterjemahkan

banyak

teks

matematik yunani (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab) yang


kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu. Penterjemahan
berbagai-bagai teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan
kesan yang utama kepada matematik Islam, termasuk pengenalan angka
Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta diterjemahkan dalam bahasa
Arab pada kira-kira tahun 766 masihi. Karya-karya India dan yunani
menyediakan asas dalam penyumbangan matematik dalam ketamadunan
Islam yang menyusul kemudiannya. Serupa dengan ahli matematik India
pada waktu itu, ahli-ahli matematik Islam minat mereka lebih menjurus
kepada kajian bidang astronomi.
Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa
Arab, bukan semuanya ditulis oleh orang Arab kerana seperti dengan
status bahasa Greek di dunia keyunanian, bahasa Arab juga dipergunakan
sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-cendekiawan bukan Arab di
seluruh dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik yang
terpenting adalah orang Parsi.
Khalifah al-Mamun juga mengumpulkan para cerdik pandai untuk
menterjemahkan karya-karya terkenal dalam bahasa Yunani ke bahasa
Arab. Lantaran ini, tidak hairanlah jika karya-karya Ptolemy, Eulid,
Aristotle dan lain-lain lagi tersebar jauh dari Baghdad hingga ke universitiuniversiti Islam di Sicily dan Sepanyol. Melalui universiti-universiti di
Sepanyol

jugalah

orang-orang

Islam

memperkenalkan

pengetahuan

saintifik serta memindahkannya ke Eropah yang pada ketika itu berada


dalam kegelapan. Boleh dikatakan serentak dengan zaman orang Islam
dalam sejarah matematik, sama ada mereka adalah putera raja, tokoh
agama ataupun orang kaya, kesemua mereka ini berlumba-lumba
4

mengupah orang menterjemahkan hasil-hasil tulisan lama dan menulis


tentang

ciptaan

baru

yang

saintifik.

Untuk

tujuan

ini,

mereka

menggunakan cerdik pandai Islam, kristian, Yahudi dan Zorostrian.


Walaupun mereka semua berlainan agama dan bangsa tetapi mereka
mempunyai tujuan yang sama. Kesemua mereka ini menulis dalam
bahasa Arab iaitu bahasa orang Islam.
Abu al-Rihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni mengisytiharkan
bahasa Arab sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan beliau sendiri lebih
suka

menggunakan

bahasa

Arab

yang

kata-katanya

agak

kasar

berbanding bahasa Farsi yang lebih halus. Malah kebanyakan buku-buku


teks yang digunakan di universiti-universiti di Turki ditulis dalam bahasa
Arab sebagai lanjutan bahasa ilmu pengetahuan sehingga abad ke lapan
belas.
Dalam bukunya Life of Science, Professor George Sarton dari
Universiti Harvard mengatakan Berdasarkan fakta, saya menegaskan
walaupun aktiviti utama para cerdik pandai yang menulis dalam bahasa
Arab itu ialah usaha penterjemahan dan asimilasi, mereka juga berusaha
lebih daripada itu. Mereka tidak sewenang-wenangnya menyebarkan ilmu
pengetahuan dahulu kala tapi juga mencipta sesuatu yang baru.
Bagaimanapun terdapat juga beberapa orang Yunani yang hampir-hampir
secara mendadak mencapai ke peringkat yang amat mengagumkan. Ini
disebut sebagai pencapaian orang Yunani yang menakjubkan. Tetapi
orang

akan

berkata

juga

tentang

pencapaian

orang

Arab

yang

menakjubkan meskipun dalam konteks berlainan. Munculnya peradaban


baru yang bersifat antarabangsa dan ensiklopedia hanya dalam tempoh
dua abad merupakan suatu yang walaupun dapat dihuraikan tetapi tidak
dapat diungkapkan secara sepenuhnya (George Sarton, 1948)
Prof. George A.Miller dari University Illinois menulis; Sejarah
matematik merupakan antara ilmu yang mempunyai suatu bentuk yang
dianggap sempurna dan mempunyai hasil-hasil yang menggalakkan. Ini
terbukti sejak dua ribu tahun dahulu melalui proses pemikiran yang sama
seperti yang kita gunakan hari ini. Oleh sebab itulah sejarah matematik
5

perlu

mengarahkan

perhatian

kepada

pencapaian

saintifik

yang

mempunyai nilai tetap disamping memberi perhatian kepada warisan


intelektual agung yang wujud pada hari ini.
Kemungkinan tiada satupun

karya yang penting pada zaman

keemasan orang Yunani yang tidak diterjemahkan atau dikuasai oleh


orang Islam(F.W Kokomoor, 1936). Orang Islam telah memajukan dan
memperkembangkan

ilmu

pengetahuan

dalam

bidang

matematik

sehingga mereka menghasilkan karya-karya bermutu tinggi melebihi had


yang telah dicapai oleh orang Yunani khususnya dalam bidang algebra
dan trigonometri. (Edward S.Atiyah , 1958)

3.0

TOKOH FALSAFAH MATEMATIK UTAMA TAMADUN ISLAM


3.1 AL-KHAWARIZMI
3.1.1 LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, alCowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa
cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah
zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara
tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar
awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di
Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun
266H/850M di Baghdad.
3.1.2 PENDIDIKAN
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang
tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran
beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah,
logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Al-Khawarizmi
menciptakan

sebagai guru

pemakaian

Secans

aljabar

dan

di

Tangens

Eropah. Beliau telah


dalam

penyelidikan

trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah


pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni
belajar

matematik

dan astronomi. Al-Khawarizmi

juga

dipercayai

memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angkaangka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau
juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Al-Khawarizmi

adalah

seorang

tokoh

yang

mula-mula

memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang


beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep
matematik

yang

begitu

popular

sehingga

digunakan pada

zaman

sekarang.
3.1.3 PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, alCowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah
dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul
sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai
Aurym atau Augrim.
Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans
dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contohcontoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah
soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng
dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah
dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia
penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan


dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari
oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.
Hasil Karya Al-Khawarizmi
Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan
karya-karya

agong

dalam

bidang

matamatik. Hasil

karya

tersebut

terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.


Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu
De Numero Indorum.
2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu
dalam pelbagai bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan
ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M
dan ia mengenai algebra.
5. Al-Amal bi Usturlab
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
3.1.4 KETOKOHAN AL-KHWARIZMI
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan
al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik
dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara
terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan
aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor
ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan
ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan
telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang


dihasilkan. Antaranya

ialah

kos,

sin

dan

tan

dalam

trigonometri

penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki


dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam
geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor
juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah
diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada
zaman

tamadun

Islam. Astronomi

dapat

ditakrifkan

sebagai

ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian


tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang
berkaitan dengan bintang].
Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan
dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa
Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan
Kristian.
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam
amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan
matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.
Peribadi al-Khawarizmi
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga
Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang
masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat
dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan pencapaian-pencapaian yang
tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur.... Maka temasuklah
al-Khawarizmi itu sendiri.
Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang yang
pintar. Menurut Wiedmann pula berkata.... al-Khawarizmi mempunyai
personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa
yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi
mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh
orang Islam.
9

3.1.5 STRATEGI PENGISLAMAN MATEMATIK DAN SAINS


Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa
perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini
kerana

ia

perlu

bagi

tokoh-tokoh

yanh

beragama

Islam

supaya

melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undangundang Islam.

1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana
dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya
Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan
keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan
matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak
harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.
2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk
masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak
diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan
masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan
mencabar

kebenaran

hakiki

daripada

agama

samawi

untuk

memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah


berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga
harus di dalam sudut syariah.
3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga
ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia
dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak
yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang
10

melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama


Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan syaiyah itu dapat
memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.
Cabang Matematik
Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri,
algebra, aritmetik dan lain-lain.
Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang
diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan
rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya
Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani
iaitu geo bererti bumi dan metri bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula
geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan
magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman
firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri
Mesir

kepada

Grik

sebagai

satu

sains

dedukasi

dalam

kurun

ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains


dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.
Algebra/aljabar
Ia

merupakan

nadi

untuk

matematik

algebra. Al-Khawarizmi

telah

diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam


bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul
Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada
tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

3.2

IBNU BAJJAH

3.2.1 LATAR BELAKANG TOKOH


Abu

Bakar

Muhammad

Ibn

Yahya

al-Saigh

al-Tujibi

al-Andalusi
11

al-

Samqusti atau dikenali sebagai Ibn Bajjah. Beliau berasal dari keluarga alTujib yang bekerja sebagai pedagang emas. Tetapi di Barat ia di kenali
sebagai dengan nama Avempace. Beliau dilahirkan di Saragossa pada
tahun 1082 Masih .
Ibn bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat
menguasai pelbagai ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :
1.

Ahli hafiz Al-Quran

2.

Bidang kedoktoran

3.

Seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal

4.

Menguasai ilmu matematik, fizik dan falak

5.

Bidang falsafah

3.2.2 RENTETAN KEHIDUPAN


Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah,
beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia bermula di
tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragoassa apabila dia mula bergiat
sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn
Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ ,Ibn Bajjah dilantik
sebagai menteri .
Pada tahun 1118 M,( 512 H ) Saragossa dapat ditakluk oleh raja
Alfonso yang berasal dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke
Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville dia singgah di Valencia . Di
Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak
menulis tentang ilmu logic dan matematik.
Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau
berpindah ke Afrika Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh
kerana cara pemikiran falsafahnya asing di kalangan masyarakat di situ
,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi oleh Amir
12

Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad
dan pembawa bidah .Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn
Bajjah dilepaskan.
Ekoran dari kejadian tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di
Morocco. Disana ,beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan
orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya
Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu yang panjang .
Kedudukan yang beliau perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan
iri hati dari pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun
1138

M(

533

H)

menurut

satu

riwayat beliau

meninggal

dunia

akibat diracuni oleh seorang doktor, yang bernama Abu al-ala Ibn Zuhri
yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat
pada Ibn Bajjah. Beliau dimakamkan di samping makam Ibn Arabi di Fez .
Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat
mengenai latar belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua
orang ini. Dua orang pengikutnya ialah Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin alIman dan Ibnu Tufail

3.2.3 KARYA-KARYA IBN BAJJAH


Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang
termasuklah dalam matematik. Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang
31 karya meliputi pelbagai bidang. Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam
Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Bahasa
Latin. Manuskripmanuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di
dalam perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan di perpustakaan
Escurial. Di antara karya-karyanya yang terpenting ialah :

KARYA-KARYA AGUNG IBNU BAJJAH


- Risalah al-wida

13

Ia mengandungi tentang ketuhanan ,kewujudan manusia, alam, serta


huraian mengenai kedoktoran dan perubatan .Buku ini terletak di
perpustakaan Bodlein.
- Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik,
matematik, mantik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan
individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Kandungan buku
ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah ,karangan al-Farabi. Risalah
Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol
setelah wafatnya Ibn Bajjah.
- Risalah al-Ittisal al-Aql Bi al-Insan
Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta
huraian mengenainya.
- Kitab an-Nafs
Ia mengandungi yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan
tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang
tertinggi dari kewujudan manusia (kebahagiaaan). Persoalan ini
banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani ,oleh
sebab itulah Ibn Bajajh banyak membuat ulasan terhadap karya dan
hasil tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi ,dan al-Razi.
-Kitab komentar tentang ilmu Logik al-Farabi
Sampai

sekarang

masih

ia

tersimpan

di

perpustakaan

Escurial (Spanyol ). Beberapa ulasan terhadap buku falsafah hasil


karya

Aristotle

,al-Farabi,

Porphyrius

dan

sebagainya

Di

perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn


Bajjah. Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair ). (Carra dew Vaux,
2001)
3.2.4 SUMBANGAN IBN BAJJAH

14

Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat meliputi


pelbagai

bidang

termasuklah

matematik.

Ia

bersesuaian

dengan

kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau


sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di
Andalusia. Menurut Ibn Khaldun, kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf
dengan Ibn Rusyd (Averroes ), Ibnu Sina(Avincenna) dan al-Farabi .
Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui
kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang
tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang
berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah.
Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya.
Sebagai contoh , beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia
sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana barat berbuat demikian.
Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara
tidak langsung . Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan
dan

pemikirannya

telah

meletakkan

tapak

yang

kukuh

kepada

perkembangan ilmu dan falsafah pelbagai bidang termasuklah falsafah


matematik di bumi Andalusia .
3.3

IBNU HAITHAM

Nama sebenar Ibnu Haitham adalah Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin
al-Haitham al-Basri Al-Misri. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan
beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih
terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
3.3.1 LATARBELAKANG IBNU HAITHAM
Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.
Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi
pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di dua kota inilah
beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai
pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat
dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau
15

ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian


dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi
seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang
ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama
mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan,
falsafah, mantik dan lain-lain lagi. Beliau adalah salah seorang tokoh
cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian
ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.
Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani
Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin
Amirillah

(386-411H/996-1021M)

mengundangnya

ke

Mesir.

Maksud

undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang


dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir
Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya,
beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang
dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu.
Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian
meninggalkan

pekerjaan

itu

dengan

berpura-pura

hilang

ingatan.

Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat
dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam
kegiatan ilmu.
Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti
al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang
cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik
dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu
pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik
sehingga terkenal dalam bidang optik. Pada tahun terakhir hayat beliau,
beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga
akhir hayatnya. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun
1039M katika usianya 74 tahun.

16

3.3.2 SUMBANGAN IBNU HAITHAM


TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan
percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang
terkenal ialah hukum pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan
bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut
masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa
cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari
berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah
di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada
19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik
moden, hukum ini dikenali dengan nama hukum pembiasan Snell yang
bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
TEORI PENGLIHATAN (optik)
Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik
beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah
meletakkan

optik

pada

batu

asas

yang

kukuh.

Beliau

telah

menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam


penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan
imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak
teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat
benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut
Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang
dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.
CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat
cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan
ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik.
Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin
parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

17

TEORI BIASAN CAHAYA


Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat
halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton
memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip
masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).
AHLI BIDANG FALSAFAH
Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah
Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni.
Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang
dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: bahawa untuk
mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat
yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal
rasional.
BIDANG ASTRONOMI
Beliau

melanjutkan

pendapat

ilmuwan

Yunani

tentang

proses

pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya


astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam
terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik.
Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman
Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk
ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.
BIDANG FIZIK
Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang
membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah
mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak
kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da
Vinci, dan Johannes Kepler.
3.3.3 KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

18

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak


karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak
kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di
antaranya ialah: Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota),
Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi
al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi
Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala
senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi alMakan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa alQuth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi.Karyakarya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu
di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.
Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu
cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak
tahun 1907M. Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang
teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi
rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan
oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner
pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.
3.3.4 SUMBANGAN IBNU HAITHAM
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak.
Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi
material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan
pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun
sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat
tanpa

memberikan

penghargaan

yang

sewajarnya

kepada

beliau.

Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para
sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih
diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan
landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama
19

tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran


sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh
pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham,
dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang
tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada
zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan
usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak
pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir.
Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang
cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja,
malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang
beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di
tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan
sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya,
teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan
Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang
kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang
penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong
semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan
diri kepada Allah SWT.

4.0 PENUTUP
Ahli

matematik

Islam

menyedari

kemajuan

intelek

manusia

merupakan kecenderungan yang bijak untuk percapaian manusia sama


ada pada waktu yang lalu, sekarang mahupun yang akan datang. Oleh itu,
perkembangan matematik dalam ketamadunana islam telah digembeling
semaksima

mungkin

oleh

sarjana-sarjana

islam

terdahulu

dalam

memenuhi aspirasi kehendak Allah dalam Al-Quran dan Hadith. Selain itu
ia juga menjadi wadah dalam memenuhi kehendak dan keperluan
sekeliling khasnya melibatkan perkembangan teknologi yang sedia ada
pada zaman berkenaan. Umpamanya, matematik pada zaman Mesir
20

purbakala dan Rom menjadi alat untuk menyelesaikan masalah-masalah


harian. Dalam sejarah tamadun manusia, kesemuanya telah berusaha ke
arah pencapaian dalam bidang matematik. Zaman permulaan pra sejarah
tidaklah diperolehi sebagaimana penemuan bahasa dan seni. Oleh itu,
permulaan peradaban hanya boleh dihubungkaitkan dari tingkah laku
orang primitf hari ini. Walau dari mana pun sumbernya, matematik yang
kita dapati hari ini telah melalui dua aliran nombor dan bentuk; pertama
melalui aritmetik dan algebra dan kedua melalui geometri(Eric Temple
Bell, 1940)

5.0 RUJUKAN
Abu Bakar Ahmad bin Ali Razi Al-Jashoshi 2001. Ahkamul Quran Cetakan Beirut Lebnon
ms 110-115
Abu Abdullah Muhamamd Ismail, 860M. Kitab Bukhari Cetakan Beirut Lebnon
Abu Fadl Ahmad bin Ali bin Hajr Asqalani, 1449. Fath Al-Bari bi Syarh Shahih AlBukhari cetakan Mesir Publication bhd. Ms 224-226
Edward S.Atiyah, 1958, The Arabs. Ediburgh. R. and R.Clark, hlm 55.
Eric Temple Bell , 1940. The Development of Mathematics. N.York. Mc
Graw Hill Book Company, hlm 3
F.W Kokomor, 1936. The Mathematics Teacher. vol.29, hlm 229.
George Sarton, 1948. The Life of Science. New York, Henry Schumann, hlm
150.
Rene Taton, 1963. History of Science, N.York, Basic Books, hlm 386.

21

Вам также может понравиться