Вы находитесь на странице: 1из 3

AGENDA

TEKS

Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat En Mustafa


Kamal bin Munie (Penasihat PIBG SK Sungai Durian )
dengan diiringi En. Abdul razak bin Mohd Aris(Yang
Dipertua PIBG), En Mohd Azamuri bin Saminon (YDP
PIBG) Guru-Guru Kanan dan AJK PIBG Sekolah
Kebangsaan Sungai Durian

Nyanyian Lagu
Negeri Selangor
dan Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
Menyanyikan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berbahagia En Mustafa Kamal Bin Munie,
Penasiahat PIBG SK Sungai Durian
Yang Dihormati En. Abdul Razak bin MOhd Aris
Yang Dipertua PIBG SK Sungai Durian
En. Mohd Azamuri bin Saminon
Naib Yang Dipertua PIBG SK Sungai Durian

Barisan Guru Kanan


Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
Salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 tahun 2016 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Sungai Durian,

turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang


tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.
Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
muizzuddin bin Abdullah . Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz
Muizzudin bin Abdullah atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah
aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga.
Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru
adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam
usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam
melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan
oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja
dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia
diri yang cemerlang.
Oleh itu kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa amatlah
ditutntut.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Abdul Razak bin


Mohd Aris , Yang dipertua PIBG untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada en
Abdul Razak bin Mohd Arisatas ucapan alu-aluan itu
tadi.

Cabutan bertuah.
Ucapan Perasmian

Untuk maklumat hadirin sekalian, kita akan aakan 3


kali cabutan bertuah. Jadi saya menjemput en Abdul
RAzak untuk mencabut nombor-nombor yang bertuah.
Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan

ADUN Batang Kali

ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat


En Mustafa Kamal bin Munie , Penasihat PIBG SK
Sungai Durian dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK Sungai Durian kali ke 27bagi tahun
2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.

Cabutan bertuah
Mesyuarat Agung
PIBG
Cabutan bertuan

Majlis Penutup

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada En Mustafa Kamal bin
Munie atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Saya menjemput kembali En Mustafa Kamal bin Munir
untuk mencabut nombor cabutan bertuah.
Dipersilakan.
Seterusnya saya menyerahkan majlis kepada YDP Sk
Sungai Durian, En Abdul Razak bin MOHD aris untuk
mempengerusikan mesyuarat PIBG pada tahun ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sekali lagi, kita akan mencabut nombor-nombor untuk
cabutan bertuah. Jadi saya menjemput en
_________________________ selaku
____________________ untuk mencabutnya.
Dipersilakan.
Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka
selesailah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai
Durian, kali ke-27 bagi tahun 2016.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,
merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua
hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..

Вам также может понравиться