Вы находитесь на странице: 1из 14

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

BAB 2: PERANAN SASTERA DALAM PEMBINAAN DAN PENYATUAN


BAHASA MELAYU

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:


Menjelaskan tentang peranan sastera dalam pembinaan dan
penyatuan bahasa Melayu di Malaysia.

2.1
2.2
2.3

Pengenalan
Sifat Bahasa Sastera
Peranan Sastera dalam Penyatuan
Bahasa Melayu

RINGKASAN
RUJUKAN

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

2.1 PENGENALAN

Sastera dengan pengertiannya sebagai hasil kreativiti kebahasaan yang istimewa merupakan
salah satu wadah bahasa yang penting. Sastera, baik yang tertulis mahupun yang lisan,
mempunyai peranan yang besar dalam pertumbuhan sesuatu bahasa.
Jika bahasa sering diungkapkan sebagai alat untuk menghasilkan sastera, maka sastera
dapat dikatakan sebagai salah satu wadah yang memungkinkan bahasa berkembang, maju dan
terus hidup. Dalam hubungannya dengan hakikat itulah pembicaraan ini berusaha
memperlihatkan peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan bahasa Melayu.

Peranan

sastera

dalam

pembinaan bahasa Melayu


dapat dilihat daripada sudut
pembinaan korpus bahasa itu
sendiri.
Yang termasuk di dalamnya
ialah
tulisan,

tatabahasa,

sistem

perkamusan,

pengucapan dan gaya bahasa.


Dalam hal penyatuan pula,
akan dibincangkan penyatuan pada peringkat serantau.

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

2.2 SIFAT BAHASA SASTERA

Sudah banyak yang diperkatakan orang tentang sifat istimewa bahasa sastera, dan rasanya
tidak perlu hal itu disentuh dengan mendalam di sini. Walau bagaimanapun, sebagai dasar
untuk melihat peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan bahasa Melayu, baik juga
sifat bahasa sastera itu disebut sepintas kilas.

Slametmuljana (1966 : 5 - 9) telah


merumuskan dua ciri utama bahasa
sastera. Pertama, setiap kata yang
digunakan dalam ciptaan sastera ialah
kata

berjiwa,

iaitu

kata

yang

mengandungi nafas penciptanya.

Dengan tepat sekali Slametmuljana


membandingkn

kata-kata

yang

terdapat dalam karya sastera dengan kata-kata yang terdapat dalam karya sastera dengan katakata yang terdapat dalam kamus. Berbeza dengan kata-kata dalam kamus yang berupa bahan
mentah, kata-kata dalam karya sastera merupakan kata-kata yang terpilih, sesuai dengan
maksud yang hendak disampaikan oleh pengarang. Dalam hubungan inilah kita mendapati
bahawa diksi atau pemilihan kata menjadi soal yang penting sekali, baik dalam penciptaan
prosa mahupun puisi.

Ciri kedua bahasa sastera yang digariskan oleh Slametmuljana ialah bahawa ikatan ayat atau
susunan katanya terasa mengandungi hembusan nafas pengarangnya. Jika buku tatabahasa
menyajikan ayat-ayat yang berbagai-bagai pola dan jenisnya untuk maksud memperkenalkan
atau mengajarkannya, maka karya sastera menyajikan pola-pola dan jenis-jenis ayat yang
tertentu untuk maksud menimbulkan kesan tertentu pada khalayak. Oleh sebab adanya sifat
istimewa pada bahasa sastera itu, maka timbullah suatu bidang penyelidikan yang diberi
nama stilistik.

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Dalam pada itu, baik juga kita insafi bahawa sifat istimewa bahasa sastera itu tidaklah sampai
keluar daripada sistem bahasa umum sesuatu masyarakat. Menurut Slametmuljana (1966: 25),
seni sastera pada hakikatnya adalah bingkisan kata yang dikirimkan oleh seniman tidak dapat
melepaskan diri daripada bahasa umum semasa berkarya.

Umar Junus (1971 : 287) memperjelas hakikat tersebut dengan mengatakan bahawa kelainan
yang ada dalam hasil sastera dengan bahasa biasa bukanlah kelainan sistem, melainkan
perbezaan pemilihan pola-pola yang ada. Umar Junus dengan keras menolak pengertian gaya
bahasa sebagai penyimpangan bahasa. Katanya, Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa,
sesuai dengan yang ingin dinyatakan penulisnya, sehingga menimbulkan kesan tertentu
kepada pembacanya... Dalam tulisannya yang lain (Umar Junus, 1980), ia menekankan
bahawa .....manipulasi penggunaan bahasa tidaklah bererti penyimpangan bahasa, iaitu
suatu pengertian gaya yang biasanya dihubungkan dengan unsur bahasa.....

1. Apakah pengertian sastera.


2. Jelaskan sifat bahasa sastera yang anda fahami. Berikan contoh-contoh yang
berkaitan.

2.2.1 Peranan Sastera dalam Pembinaan Bahasa Melayu


Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut:

(1) Karya sastera sebagai sumber data bagi penyusunan tatabahasa;


(2) Karya sastera dan pertumbuhan tradisi persuratan;
(3) Karya sastera sebagai sumber data perkamusan;
(4) Pengucapan sastera dan retorik;
(5) Karya sastera sebagai peningkat estetik bahasa;
4

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

(6) Karya sastera sebagai bahan pengajaran dan pemelajaran bahasa.

2.2.2 Karya Sastera sebagai Sumber Data Penyusunan Tatabahasa

Walaupun sastera sering dikatakan memiliki tatabahasanya sendiri, iaitu yang disebut oleh
Slametmuljana (1966 dan 1969) sebagai gramatika stilistika atau yang dikatakan William O.
Hendricks (1976) sebagai grammar of style, namun dengan berdasarkan pada hakikat
bahawa bahasa sastera itu tetap dalam lingkungan bahasa umum juga, maka karya sastera
dapat menjadi salah satu sumber data bagi penyusunan tatabahasa.

Apabila Profesor Asmah Hj. Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu tulisan yang
ada sekarang ini merupakan lanjutan daripada bahasa kitab Sejarah Melayu yang ditulis
dalam abjad ke-17 pada zaman Kerajaan Johor, hakikat yang tidak dapat kita tolak ialah
bahawa Sejarah Melayu sebagai karya sastera memang dapat menjadi sumber penyusunan
tatabahasa Melayu. Apa yang dimaksudkan
ialah bahawa pola-pola dasar, yang dalam
disiplin linguistik digambarkan rumus-rumus,
yang menerbitkan ayat-ayat dalam Sejarah
Melayu

sampai

sekarang

masih

lagi

dipertahankan meskipun bentuk dan lenggok


zahirnya terasa asing oleh kita (Awang
Sariyan,

1984).

Apabila

pola-pola

itu

dibandingkan dengan pola-pola dasar yang


menerbitkan ayat-ayat dalam karya sastera
moden seperti yang dihasilkan oleh Keris
Mas dan Anwar Ridhwan, misalnya terlihat suatu kesinambungan pola-pola dasar bahasa
Melayu. Dalam hal ini, besar sekali peranan sastera sebagai korpus untuk penyusunan
tatabahasa bahasa Melayu baku.
Peranan sastera dalam pemantapan tatabahasa bahasa Melayu dengan jelas juga dapat kita
saksikan apabila kita sedar bahawa antara yang cukup besar jasanya dalam usaha awal
pembakuan tatabahasa bahasa Melayu di Indonesia termasuklah para sasterawan Balai
Pustaka, yang secara aktif menghidupkan bahasa Melayu dengan hasil karya-karya mereka
(Sutan Takdir Alisjahbana, 1971 : 29-30). Tokoh seperti St. Perang Bustami, Nur Sutan
5

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Iskandar, Abdoel Moeis, Sutan Pamuntjak, Sanusi Pane, dan St. Takdir Alisjahbana
merupakan orang yang bertanggungjawab meletakkan batu asas untuk tradisi kesusasteraan
Melayu baharu di Indonesia (C.A. Mees, 1969 : 10-11). Bahasa yang digunakan mereka itu
besar sekali pengaruhnya dalam pembinaan bahasa Melayu baku di Indonesia.

Antara penyusun tatabahasa bahasa Melayu yang jelas memanfaatkan karya sastera
termasuklah A. A. Fokker dan C. A. Mees. Buku Pengantar Sintaksis Indonesia karangan
Profesor Dr. A. A. Fokker (1950) merupakan hasil analisis sintaksis atau pembentukan ayat
yang berdasarkan pada karya sasterawan Angkatan 45.

2.2.3 Karya Sastera dan Pertumbuhan Tradisi Persuratan

Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan. Menurut sejarah, media lisanlah
yang pertama menjadi wadah sastera. Sehingga sekarang ini tradisi sastera lisan masih
kelihatan kesan dan pengaruhnya.
Walau bagaimanapun, sangat terang pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratan yang
akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa, tidak
terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat
penulisan daripada lisan. Bukti yang jelas ialah bahawa puisi atau sajak yang lebih hidup
apabila dideklamasikan ternyata ditulis terlebih dahulu, kemudian diucapkan.

Pertumbuhan sastera tertulis memberikan erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa.
Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu
bahasa dan kebudayaan manusia.

Menurut Profesor St. Takdir Alisjahbana:


Pentingnya erti mendapat kepandaian menulis dalam sejarah adalah akibat yang logik
daripada peristiwa bahawa menulis itu bukanlah semata-mata mencatatkan bahasa
percakapan, tetapi juga oleh sebab kepandaian menulis itu mengubah kuantiti dan kualiti
bahasa sebagai alat proses perhubungan dan fikiran manusia, yang memungkinkan
timbulnya kehidupan tinggi pertama yang pertama dalam sejarah manusia.
( 1981 : 20 )
6

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Dalam hubungannya dengan hakikat tersebut, karya sastera tertulis amat besar peranannya
dalam menubuhkan tradisi persuratan yang utuh bagi bahasa Melayu. Karya sastera seperti
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tajus Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai,
Hikayat Aceh, Hikayat Hang Tuah, dan beberapa banyak lagi menjadi dasar bagi bahasa
Melayu tertulis sekarang ini.

2.2.4 Karya Sastera sebagai Sumber Data Perkamusan

Dengan memahami hakikat kamus sebagai rujukan tentang


kekayaan budaya bangsa melalui bahasa, sudah semestinya
karya sastera mempunyai peranan yang besar sekali dalam
penyusunan kamus. Hal ini demikian kerana sastera
merupakan salah satu sumber kekayaan budaya bangsa juga.
Budi, perasaan, dan pemikiran masyarakat juga turut terdapat
dalam karya sastera.
Oleh sebab itu, selayaknya karya sastera menjadi salah satu
sumber data bagi penyusunan kamus, terutama kamus umum.
Karya sastera bukan hanya dapat menyajikan kata-kata
sebagai data mentah yang dapat menjadi masukan atau entri kamus, malah yang lebih
penting ialah penggunaan kata-kata dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.

Dalam semantik leksikal atau makna kata, kita dapat mengenal adanya metafora
antropomorfis (sejenis metafora yang menggabungkan benda dengan bahagian tubuh
manusia, seperti kaki langit), metafora abstraksi (sejenis metafora yang memberikan sifat
untuk benda konkrit kepada benda abstrak, seperti pengalaman yang pahit). Selain itu, kita
tahu akan adanya peluasan dan penyempitan makna. Misalnya, kata hidup yang asalnya
dihubungkan dengan unsur bernyawa dapat juga digunakan untuk unsur yang tidak bernyawa.
Misalnya, dapat kita katakan lukisan yang hidup. Kata kitab pula ternyata mengalami
penyempitan makna, daripada makna bahan bacaan menjadi buku agama sahaja. Konsepkonsep semantik atau makna yang sedemikian itu akan dapat ditemukan penerapannya
dengan meluas dalam karya sastera.

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Demikian juga halnya dengan proses pembentukan kata yang berupa pengimbuhan,
pengulangan, dan pemajmukan. Bentuk-bentuk kata yang terhasil daripada ketiga-tiga proses
itu yang dirakamkan dalam kamus dapat ditemukan dengan banyaknya karya sastera.
Selanjutnya karya sastera dapat pula menjadi sumber ayat contoh yang menggambarkan
konteks penggunaan sesuatu kata dalam masyarakat.

Dalam sejarah perkamusan kita, usaha R.J. Wilkinson memasukkan sekian banyak kata
daripada karya sastera Melayu Klasik dalam kamusnya A Malay-English Dictionary ternyata
memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembinaan bahasa Melayu, khususnya
daripada sudut etimologi. Kata-kata yang ejaannya menimbulkan kekeliruan dengan mudah
dapat kita pastikan bentuknya yang betul dengan merujuk kepada kamus tersebut.

Kamus Umum Indonesia yang disusun oleh Profesor W.J.S. Poerwadarminta yang kemudian
diperbaharui oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia pun ternyata
menjadikan karya sastera sebagai salah satu sumber datanya. Demikianlah juga halnya
dengan Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.2.5 Pengucapan Sastera dan Retorik

Salah satu aspek keindahan dan kekuatan sastera ialah aspek bunyi dan pengucapan. Sebuah
puisi, misalnya lebih meningkatkan kesan apabila diucapkan. Sehingga kini kita sudah
mempunyai tradisi pengucapan puisi yang mantap dan berkesan. Dapat dirumuskan bahawa
pengucapan puisi Melayu yang ada sekarang ini bersifat fonemis, iaitu kata-kata yang
diucapkan sebagaimana yang dieja. Pengucapan puisi yang fonemis sifatnya itu ternyata
meninggalkan kesan retorik yang kuat.

Apabila sekarang ini kita berusaha menetapkan sebutan baku, timbul saranan supaya sebutan
baku itu didasarkan pada prinsip fonemik. Selain beberapa banyak sebab lain mengapa
prinsip fonemik patut dijadikan dasar sebutan baku, satu sebab yang dapat kita kaitkan
dengan sifat pengucapan puisi ialah kesan retorik yang timbul daripada pengucapan fonemis
itu. Walau pun pengucapan kita dalam pidato, syarahan, dan sebagainya tidak sama benar
dengan pengucapan ketika kita mendeklamasikan puisi, kerana pengucapan puisi harus
menitikberatkan hal-hal lain seperti pemenggalan, pemanjangan, dan sebagainya, namun

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

kesan retorik yang timbul daripada pengucapan fonemis itu dapat memperkuat prinsip
fonemik bagi sebutan baku bahasa Melayu.

2.2.6 Karya Sastera sebagai Peningkat Estetik Bahasa

Sesuai dengan sifat istimewa bahasa sastera yang terhasil daripada manipulasi bahasa,
peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada sudut
peningkatan estetik bahasa.

Karya-karya sastera bukan hanya memaparkan realiti dan menyampaikan amanat sematamata, malahan harus mementingkan teknik penyajian. Dalam hal teknik penyajian itulah
gaya bahasa memainkan peranan. Isi dan dan bahasa sebagai alat penyampaian isi berpadu
sehingga gaya bahasa turut menentukan isi.

Keindahan dalam sastera dapat dilihat pada aspek bunyi, ungkapan, dan ayat. Dalam aspek
bunyi, karya sastera menampilkan unsur seperti aliterasi, asonasi, dan rima. Dalam hal
ungkapan, karya sastera memperkaya bahasa dengan metafora, simile, personafikasi,
hiperbola, dan sebagainya. Dalam hal ayat, pemilihan antara gaya nominal dengan gaya
verbal, antara ayat mudah dengan ayat majmuk, dan sebagainya mencorakkan bahasa sastera
menjadi suatu ragam bahasa yang berseni.

Kepadatan bahasa yang terungkap dalam puisi lama seperti gurindam, seloka, pantun, dan
syair dan yang terungkap juga dalam sebahagian puisi moden dengan jelas memperlihatkan
suatu proses penghalusan serta peningkatan estetik bahasa Melayu.

2.2.7 Karya Sastera sebagai Bahan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu

Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada sudut
pendidikan bahasa. Matlamat pendidik bahasa yang utama ialah memberikan kemahiran
bahasa kepada pelajar supaya dengan adanya kemahiran itu dapatlah pelajar memperoleh
pengetahuan-pengetahuan lain yang pelbagai. Dalam hubungannya dengan matlamat
memberikan kemahiran bahasa itu, karya sastera yang terpilih dapat dijadikan bahan
pengajaran bahasa. Faedah menggunakan karya sastera sebagai salah satu bahan pengajaran

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

bahasa terletak pada kenyataan bahawa karya sastera menampilkan pengalaman manusia
sehingga pengajaran bahasa menjadi lebih hidup dan berkesan.

Di samping itu, bahasa sastera yang baik dan berkesan akan dapat menjadi contoh kepada
pelajar dalam hal karang-mengarang dan pengutaraan buah fikiran, baik secara mahupun
tulisan. Guru akan dapat menunjukkan contoh bahasa yang baik dan berkesan daripada karya
sastera yang terpilih. Murid secara beransur-ansur dapat pula memperkuat rasa bahasa dan
mempertajam daya kreatif dalam berbahasa.

Huraikan peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dengan


memberikan contoh-contoh yang berkaitan.

2.3

Peranan Sastera dalam Penyatuan Bahasa Melayu

Peranan sastera dalam penyatuan bahasa Melayu dapat dilihat dalam dua peringkat, iaitu
peringkat negara dan peringkat serantau:

2.3.1 Penyatuan di Peringkat Negara

Jika kita meneliti perkembangan sastera moden di negara ini, akan kita dapati
bahawa pada umumnya kita hanya mengenal sastera Melayu yang berbahasa Melayu
umum. Karya-karya sastera kita menggunakan bahasa Melayu umum. Karya-karya
sastera kita menggunakan bahasa Melayu yang dapat difahami oleh seluruh
masyarakat pembaca, baik pembaca itu ada di Perlis atau di Johor, di Semenanjung
atau di Sabah dan di Sarawak.

10

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Dengan meneliti perkembangan novel Melayu di Malaysia sebagai contoh, kita


mendapati bahawa bahasa yang digunakan dalam novel Melayu yang pertama, iaitu
Hikayat Faridah Hanum (1926) karangan Syed Syeikh Al-Hadi adalah bahasa
Melayu umum walaupun lenggok bahasanya agak kearaban. Tradisi novel M elayu di
Malaysia dilanjutkan kemudian oleh penulis-penulis daripada kalangan guru seperti
Harun Aminurrasyid, Ahmad Bakhtiar dan Abdullah Sidik. Pada tahun-tahun 1950an seperti Ahmad Lufti. Sesudah merdeka, muncul merdeka, muncul Hassan Ali,
Atan Long, Awang Had Salleh, Arenawati dan Ibrahim Omar. Dalam tahun-tahun
1960-an, novel Melayu meningkat lebih maju di tangan penulis seperti A. Samad
Said, Shahnon Ahmad, dan Abdullah Hussein. Dari tahun-tahun 1970-an sehingga
sekarang, kian banyak novel yang dihasilkan.

2.3.2 Penyatuan di Peringkat Serantau


Sejarah perkembangan bahasa Melayu menunjukkan bahawa sejak tradisi tulisan
bermula, karya-karya sastera Melayu pada dasarnya menggunakan ragam bahasa
Melayu yang sama, biar di daerah Melayu mana sekalipun, karya tersebut dihasilkan .
Jika kita menoleh ke zaman silam, dapat kita pastikan bahawa bahasa Melayu
mempunyai suatu ragam bahasa sastera yang dikenal sebagai bahasa hikayat, atau
daripada tilikan linguistik sejarah, ragam tersebut diistilahkan sebagai bahasa
Melayu klasik.

Hikayat Raja-raja Pasai yang dikarang di Sumatera, Hikayat Aceh yang dikarang di
Aceh, dan Sejarah Melayu yang disusun di Johor, sebagai contoh telah
memperlihatkan ragam bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Klasik, dengan
perbezaan-perbezaan kecil yang disebabkan oleh faktor zaman karya-karya itu
dikarang. Banyak lagi karya besar dalam khazanah sastera kita yang terhasil di
daerah-daerah Melayu yang luas ini dengan menggunakan bahasa Melayu yang
difahami oleh seluruh masyarakat Melayu. Buah fikiran Hamzah Fansuri melalui
kitab-kitab tasawuf dan syairnya tetap dapat dihayati di seluruh Alam Melayu
biarpun Hamzah berkarya di Aceh. Madah Nurudin Al-Raniri, Syamsudin Pasai, dan
yang lain-lain dapat kita banggakan sebagai madah pujangga orang Melayu
seluruhnya biarpun karya mereka terhasil di Sumatera.

11

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Dalam

perkembangan

sekarang,

sastera

berbahasa

Melayu

masih

tetap

menyimpulkan tali penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara, walaupun ada


kecenderungan yang memperlihatkan perkembangan sastera Melayu yang menjurus
kepada sifat-sifat bahasa Melayu setempat.

Peranan sastera dalam penyatuan bahasa Melayu banyak memberikan manfaat kepada
kita semua. Oleh itu, jelaskan secara terperinci penyatuan peringkat Negara dan di
peringkat Serantau.

12

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

Sastera dengan pengertiannya sebagai hasil kreativiti kebahasaan yang istimewa


merupakan salah satu wadah bahasa yang penting.

Sastera, baik yang tertulis mahupun yang lisan, mempunyai peranan yang besar
dalam pertumbuhan sesuatu bahasa.

Jika bahasa sering diungkapkan sebagai alat untuk menghasilkan sastera, maka
sastera dapat dikatakan sebagai salah satu wadah yang memungkinkan bahasa
berkembang, maju dan terus hidup.

Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut
pembinaan korpus bahasa itu sendiri.

Dengan tepat sekali Slametmuljana membandingkn kata-kata yang terdapat dalam


karya sastera dengan kata-kata yang terdapat dalam karya sastera dengan kata-kata
yang terdapat dalam kamus.

Berbeza dengan kata-kata dalam kamus yang berupa bahan mentah, kata-kata dalam
karya sastera merupakan kata-kata yang terpilih, sesuai dengan maksud yang hendak
disampaikan oleh pengarang.

Profesor Asmah Hj. Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu tulisan yang
ada sekarang ini merupakan lanjutan daripada bahasa kitab Sejarah Melayu yang
ditulis dalam abjad ke-17 pada zaman Kerajaan Johor, hakikat yang tidak dapat kita
tolak ialah bahawa Sejarah Melayu sebagai karya sastera memang dapat menjadi
sumber penyusunan tatabahasa Melayu.

Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan.

Walau bagaimanapun, sangat terang pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratan
yang akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu
bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu.

Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan.

Karya sastera bukan hanya dapat menyajikan kata-kata sebagai data mentah yang
dapat menjadi masukan atau entri kamus, malah yang lebih penting ialah penggunaan
kata-kata dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.

Salah satu aspek keindahan dan kekuatan sastera ialah aspek bunyi dan pengucapan.

13

Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

_____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti.
Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan
Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

Вам также может понравиться