Вы находитесь на странице: 1из 2

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan

kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang


tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera
ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan
lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam
budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang
memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan
jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalurjalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan
iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan,
Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula
membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang
adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna
utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah
Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara
Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih
reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan
tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih
sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat
beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada
22 dan 23 Februari 1950.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul
yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera
tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan
dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah

dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM RajaRaja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950.
Selepas

penubuhan

Malaysia

pada

16

September

1963,

Bendera

Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak,


Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun Singapura
keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan
ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997,
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah
mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera
Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.

Вам также может понравиться