Вы находитесь на странице: 1из 31

SOLAT

DARIPADA PERSPEKTIF
SAINS

AKUJANJI SOLAT

Katakanlah sesungguhnya solatku,


ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan
semesta alam.
(Surah al-Anam 6:162)

PERINTAH SOLAT
Dan perintahkanlah kepada keluargamu
mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam
mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu. Bahkan kami yang memberi rezeki
kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah
bagi orang yang bertakwa.
(Surah Taha 80 :132)

Solat yang disebut sebanyak 95


kali di dalam 41 surah daripada
Al-Quran sudah tentu adalah
perkara yang amat penting dalam
hidup.

WAKTU SUBUH
Hormon kartison ini berfungsi untuk mengurangkan
keradangan dan kesakitan serta bengkak di tempat
yang terdapat kecederaan. Oleh itu manusia akan
menjadi lebih aktif selepas subuh. Waktu selepas
subuh ini adalah waktu yang sesuai untuk
melakukan segala kerja-kerja. Ozon yang diketahui
mempunyai kesan yang menyegarkan juga
mencapai tahap maksimum pada ketika itu

WAKTU ZOHOR
Waktu zohor adalah waktu untuk
memulihkan jantung dan badan manusia
setara dengan satu jam rehat
Waktu zohor menerbitkan warna alam yang
menguning dan ini akan mempengaruhi
hati, perut dan sistem pencernaan secara
keseluruhannya. Warna menguning ini juga
selalu dikaitkan dengan keceriaan manusia.
Individu yang selalu melewatkan solat zohor

WAKTU ASAR

solat untuk menyegarkan badan. Hormon adrenalin


bertambah di dalam darah dan badan pada ketika ini.
Penambahan secara mendadak ini boleh memberi
kesan yang buruk kepada pesakit jantung.
Pensyariatan solat Asar pada waktu ini akan
menyebabkan jantung berada di dalam keadaan yang
lebih baik
Jelaslah ada hikmah di sebalik arahan melaksanakan
solat Asar kerana kekhusyukan di dalam solat akan
memudahkan jantung berdenyut dalam keadaan
normal
waktu Asar ditetapkan dengan suasana warna oren.
Warna oren ini dikaitkan dengan daya kreativiti.

WAKTU MAGHRIB
Perembesan kortison berkurang dan aktiviti badan akan
beransur-ansur berkurang juga. Dengan perubahan
daripada siang ke malam, melatonin akan bertambah
menyebabkan manusia berasa relaks dan tidur. Solat
adalah sebagai sebagai transisi
Warna alam akan berubah kepada merah selepas masuk
waktu maghrib. Daripada kajian sains, frekuensi warna
ketika ini adalah sama dengan frekuensi jin dan iblis. Pada
waktu ini, jin dan iblis sangat bertenaga kerana mereka
bergema dan bergetar bersama dengan warna alam.
Mereka yang berada di dalam perjalanan sebaik-baiknya
berhenti seketika dan mengerjakan solat maghrib terlebih
dahulu. Dengan itu, keselamatan lebih terjaga kerana pada

WAKTU ISYAK

Badan yang sebelum ini berada di


dalam keadaan bergerak akan
berubah kepada keinginan untuk
tidur. Oleh itu, solat pada waktunya
adalah jalan terbaik untuk menjamin
keseimbangan badan. Ia juga akan
menyebabkan badan boleh berfungsi

TAKBIRATUL IHRAM

Perlakuan takbiratul ihram ini akan meratakan tulang


belikat yang berada di punggung. Kesannya, risiko
menjadi bongkok pada bahu dan punggung dapat
dikurangkan. Perbuatan ini juga dapat melapangkan
rongga dada, menambahkan isi padu oksigen di dalam
darah. Perbuatan meluruskan jari-jari tangan pula
dapat melancarkan perjalanan darah jika dilakukan
paling minimum tiga kali bagi setiap rakaat.

POSISI SOLAT- BERDIRI BETUL


dalam posisi ini, sendi siku dan sendi
pergelangan tangan serta otot-otot dari
kedua-dua belah tangan dalam keadaan
rehat penuh. Ini akan mengelakkan
daripada timbulnya penyakit sendi seperti
kekakuan sendi

RUKUK
Ketika di dalam posisi ini, ruas tulang belakang yang terdiri
daripada tulang punggung, tulang leher dan tulang
pinggang. Gerakan rukuk ini dapat menghindar penyakit
yang biasa menyerang ruas tulang belakang seperti sengal
pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang
rawan, radang tulang bahu dan sengal otot
Posisi rukuk ini juga, menurut kajian yang lain, akan
mengecutkan otot bahagian hadapan badan seperti otot
dada, perut dan bahagian hadapan kaki. Pada masa yang
sama, otot tubuh bahagian belakang tubuh akan
mengendur secara perlahan, seperti otot punggung,
bahagian belakang kaki, dan bahagian belakang pinggul.
Keadaan ini dapat memanjangkan dan menambahkan
kelenturan sehingga membolehkan seseorang itu dapat
berjalan dengan lebih baik dan cepat.

RUKUK
Posisi rukuk yang betul juga
menambahkan pengaliran bendalir
dalam badan yang akan melembutkan
pergerakan sendi. Ini menjadi terapi
bagi penyakit artritis dan sakit
belakang

IKTIDAL

Ictidal adalah gerakan


daripada rukuk dan
kembali berdiri. Gerakan
berturut-turut daripada
rukuk, diikuti ictidal dan
kemudian sujud adalah
gerakan yang sangat baik
untuk sistem pencernaan.
Ini kerana organ-organ
pencernaan mengalami
pengembangan serta
pelonggaran secara
berganti-ganti. Kesan
daripada ini, sistem
pencernaan menjadi lebih
lancar

SUJUD
Kepala yang dipenuhi darah ketika
posisi sujud juga dipercayai dapat
menyembuhkan pelbagai penyakit
seperti sakit kepala, tekanan darah
rendah (hipotensi), kurang darah
(anemia), lemah jantung dan
pelbagai penyakit yang berkaitan
dengan kekurangan oksigen dan
zat makanan ke otak melalui darah.

SUJUD
Pergerakan sujud di dalam solat
dimulai dengan meletakkan
tangan dan lutut di lantai,
kemudian diikuti kedua-dua
hujung jari (jari-jari kaki yang
dibengkokkan) di permukaan
lantai dan juga dahi juga di
lantai. Dalam keadaan ini
saluran-saluran darah (arteri
dan vena) dan limfa terurut
menyebabkan aliran darah dan
limfa lebih lancar. Ini akan

SUJUD

Posisi sujud juga dapat mencegah daripada


penyakit urat simpul (Vena varikos). Urat simpul
ini berlaku di bahagian kaki kerana tekanan
semasa berdiri. Mereka yang berdiri terlalu lama
terdedah kepada risiko ini kerana kaki terpaksa
menampung berat badan yang berlebihan. Di
dalam posisi sujud, darah daripada badan
bergerak ke jantung mengikut tarikan graviti.
Proses ini mengurangkan tekanan pada vena
seterusnya mengurangkan risiko mendapat urat
simpul.

Duduk antara dua sujud


Duduk antara dua sujud yang juga dinamakan
sebagai duduk iftirash, ialah keadaan duduk
dengan tapak kaki kiri diduduki dan menjadi
seperti ala (firash). Tapak kaki sebelah kanan
ditegakkan di atas lantai, sementara jari kaki
menghadap (duduk bersimpuh). Di dalam
keadaan ini, tumit menekan otot-otot pangkal
paha yang besar di mana posisi ini dapat
melancarkan pengaliran darah ke jantung.
Selain daripada itu, posisi ini dapat menjadi
penawar penyakit saraf pangkal paha.

Membengkokkan jari ketika sujud dan duduk


Antara dua sujud menyeimbangkan komposisi
dalam badan. Ini kerana kolesterol dan lemak
pada badan dapat diturunkan. Secara tidak
langsung dapat mengurangkan risiko penyakit
jantung dan strok. Jika seseorang itu tidak
membengkokkan hujung jari kaki semasa sujud
dan duduk di Antara dua sujud, jisim lemak
badan akan bertambah. Ini menyebabkan tisu
0tot mengecut. Tisu otot yang mengecut ini
akan menyebabkan terkumpulnya gumpalan
lemak badan seterusnya mendedahkan kepada
risiko penyakit jantung, strok dan obesiti

Membengkokkan jari ketika sujud


dan duduk Antara dua sujud
menyeimbangkan komposisi
dalam badan. Ini kerana
kolesterol dan lemak pada badan
dapat diturunkan. Secara tidak
langsung dapat mengurangkan
risiko penyakit jantung dan strok.

Posisi ini juga sangat baik bagi lelaki


kerana tumit kaki menekan uretra
(salur kencing), kelenjar kelamin
(lelaki) dan juga saluran vas
deferens. Jika posisi ini dilakukan
dengan betul, ia dapat mencegah
kemandulan. Bagi wanita pula,
posisi ini akan menekan bahagian
perineum. Tekanan tumit kaki kiri ke
bahagian ini akan memperbaiki
organ reproduksi

SOLAT DAN KESAKITAN

Secara keseluruhannya, bagi mereka yang


menghadapi radang sendi atau lebih
dikenali sebagai osteoatrithis, senaman
secara berterusan dapat mengurangkan
kesakitan atau keradangan sendi. Ini dapat
dilakukan dengan melakukan solat 5 kali
sehari seperti yang telah ditetapkan oleh
Allah kepada umat Islam. Hal ini demikian,
kerana ketika solat, hormon endorphin
dirangsang keluar yang berfungsi
mengurangkan deria sakit.

SOLAT DAN MEDITASI


Meditasi dapat menyingkirkan pemikiran
yang tidak relevan, pemikiran yang
bukan-bukan melalui latihan penumpuan.
Ini juga berlaku di dalam solat dan berada
di dalam keadaan gelombang alfa.
Gelombang theta terhasil apabila
seseorang berada di dalam keadaan
meditasi yang mendalam manakala di
dalam solat, ianya dikenali sebagai
khusyuk. Apabila ini dicapai, kadar
autonomik seperti penurunan tekanan
darah, kadar denyutan nadi serta kadar
pernafasan. Pada masa ini juga, berlaku
peningkatan daya tahan pada kulit
manusia. Endokrin yang bersangkutan
dengan stress akan menurun ini
mengurangkan tekanan perasaan.

SOLAT DAN GERAKAN DALAM SOLAT


Regangan yang dilakukan secara berterusan
ini dapat mengurangkan ketegangan otot,
mencegah kecederaan, meningkatkan
gerakan sendi, memantapkan koordinasi otot,
meningkatkan peredaran darah dan
seterusnya akan meningkatkan prestasi tubuh.

SOLAT
BERJAMAAH

Daripada kajian sains pula, solat berjemaah dapat


meningkatkan keupayaan sel-sel hidup mengkonduksi
cas-cas elektrik. Tisu hidup di dalam badan manusia
terdiri daripada ion-ion positif dan ion-ion negatif.
Apabila anggota badan jemaah merapatkan barisan
sehingga bersentuhan antara bahu dan tumit kaki (bagi
jemaah lelaki), berlaku pengaliran cas-cas positif dan
negatif. Pengaliran cas-cas ini akan menyeimbangkan
cas di anggota badan dan seterusnya akan
menyebabkan seseorang itu lebih bertenaga untuk
melakukan kerja seharian. Pesakit demam panas adalah
Antara pesakit yang digalakkan untuk solat berjemaah
supaya cas-cas dalam badannya.

SOLAT DAN PUASA


Kajian yang dilakukan di Universiti Malaya mendapati,
solat tarawih yang dilakukan selama 140 minit
seminggu bersama dengan berpuasa pada siang hari
bersamaan dengan melakukan senaman selama 150
minit seminggu bersama dengan pengambilan diet
yang seimbang. Solat tarawih bersama dengan
puasa ini ternyata dapat mengurangkan nilai glukosa
dan meningkatkan kandungan air di dalam sel badan.

SOLAT WANITA HAMIL

Menguatkan pelbagai sel otot dan pembuluh darah,


membentuk ruas-ruas tulang belakang sehingga ia dapat
menguatkan tubuh badan. Ia sangat penting ketika proses
mengandung dan bersalin. Solat yang antara lain
melancarkan perjalanan darah akan memudahkan janin di
dalam rahim mendapat makanan yang dibawa oleh darah.
Kajian yang dilakukan oleh Dr Najwa Ibrahim al Said pula
mendapati antara sebab rasa mual dan loya yang dialami
oleh ibu mengandung adalah disebabkan oleh sistem
pencernaan yang terganggu. Gerakan-gerakan di dalam
solat dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan
ianya dapat mengurangkan alahan yang dialami oleh ibu
mengandung.

SOLAT SUNAT DAN QIAMULLAIL


Solat sunat yang dilakukan sekurang-kurangnya
30 minit (bersamaan 12 rakaat) dan dilakukan
sekurang-kurangnya 3 malam setiap minggu,
dapat meningkatkan jumlah ereksi, tempoh
ereksi dan penambahan isi padu zakar bagi
pesakit yang mengidap kencing manis dan
darah tinggi

ZIKIR SELEPAS SOLAT


Seseorang itu akan berzikir dengan mengulangi
kalimah-kalimah Allah seperti Subhanallah,
Alhamdulillah mahupun Allahu Akbar.
Perlakuan ini akan mengaktifkan saraf-saraf
otak. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
aktif ini akan mempengaruhi kumpulan saraf
yang lain untuk sama aktif. Dengan itu, otak
akan aktif secara keseluruhan.

HIKMAH SOLAT
Tingkat perasaan ubudiah rendah diri
Bertaubat hapus dosa
Makanan Akidah konsisten memperkuatnya
Pengurusan masa disiplin diri
Bersihkan diri membersihkan lahiriah , wuduk/tayamum
Kesihatan fizikal pergerakan solat , senaman
Latihan kepimpinan Lahirkan sifat taat, jemaah
Menutup aurat disiplin tutup aurat akan latih di luar solat

Вам также может понравиться