Вы находитесь на странице: 1из 4

Ayat Majmuk

8.

AYAT MAJMUK

8.1

Definisi

Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau
lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan
menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa, kata relatif yang, tanda koma dan
tambahan keterangan.
Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu
klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula
mengandungi lebih daripada satu klausa. Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih
daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.
Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan cara
pembentukannya.
8.2

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan
dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh
berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
a.
Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu
serta dan sambil
digunakan. Contohnya:
i.
ii.

Ia menjerit lalu menangis.


Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.

b.
sebaliknya dan
i.
ii.

Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi,


padahal, hendaklah digunakan. Contohnya:

Pegawai itu sombong tetapi pemurah.


Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya.
c.

Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis

yang
sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya
dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:
i.
ii.

Dia sudah mandi dan berpakaian.


Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?

d.
i.

Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat


tiap-tiap hari.
e.

i.

Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang


terakhir. Contohnya:

Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan


perubahan makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika
dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, hentian suara yang
sebentar dilakukan sebagai penentu. Contohnya:

Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung


lawannya.
Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku

pada
subjek, predikat dan keterangan. Penggabungan boleh juga dilakukan pada
ayat dan objek. Contohnya:
i.
Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat)
kakak ke pejabat ayah.
ii.
Ibu membeli ikan dan sayur
di pasar.

(penggabungan objek)

Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan


sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.
8.3

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama
atau
ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a.

Ayat Relatif
Ayat relatif menggunakan kata relatif yang yang memancangkan

ayat
kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.
Contohnya:
i.
Budak yang menangis itu sudah diberi makan.

Budak itu menangis. (Ayat kecil)


b.
Ayat Komplemen
Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa

komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa,


untuk, dan
demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.
Contohnya:
i.
Bahawa saya bersalah memanglah saya akui.
(KK sebagai subjek)
ii.
Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di
UIA. (KK sebagai objek)
iii.
Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah
(KK sebagai unsur predikat)
c.

Ayat Keterangan
Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas

sebagai
keterangan predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah
ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun.
Contoh:
i.

Dia lambat tiba kerana keretanya rosak.(Keterangan sebab)

ii.

Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)

iii.

Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah. (Keterangan pertentangan)

iv.

Kakak berdoa semoga suaminya selamat.(Keterangan harapan)


8.4

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat
ini
biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang
dinyatakan di atas. Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif yang dan kata
komplemen bahawa dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian. Tanda
koma
juga kerap digunakan dalam ayat ini.
Contoh:
Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan, kita hendaklah
selalu
membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun lagi.
8.5

Ayat Majmuk Pasif

Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja
transitif. Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.

Contoh:
i.
Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik
kuliah.
ii.
iii.
iv.

Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM, Skudai.


Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan oleh pihak pentadbiran
jabatannya.
Komputer ini sering digunakan oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika
membuat tunjuk cara.

Вам также может понравиться