Вы находитесь на странице: 1из 5

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

,
,
......
Yang Berbahagia,
Yang dihormati,
Berdirinya saya disini dihadapan tuan- tuan dan puan puan adalah
untuk membicarakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya iaitu
masalah kegunaan dadah di Malaysia.
Masalah Kegunaan Dadah Di Malaysia
Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah sampai

di tahap

serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara. Penyalahgunaan


dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta
tidak diterima oleh masyarakat umum. Namun,dadah boleh digunakan
secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan
oleh doktor.
Kedudukan

Malaysia sebenarnya

terlalu dekat dengan Golden

Triangle ( segi Tiga Emas ) kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan


pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja
adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand.
Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara
Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.
1

Di antara faktor-faktor yang meletakkan masalah kegunaan dadah sebagai


ancaman utama negara ialah :-

Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;

Jumlah wang yang digunakan untuk pemulihan;

Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;

Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah


Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, Polis Di Raja Malaysia

PDRM

berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri

daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan


dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para
nelayan.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
memainkan peranan yang amat penting bagi membenteras gejala kegunaan
dadah. Mengikut laporan PDRM

telah menangkap seramai 5,881 pesalah

dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya
(Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985. Ini merupakan peningkatan
sebanyak 3.03% jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.
PDRM juga telah melaksanakan dasar penguatkuasaan

dengan

menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap penggunapengguna dadah. Selain itu, peruntukan undang-undang yang mencukupi
untuk tujuan penguatkuasaan dilaksanakan. Bagi tempoh 1997 hingga Jun
1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah
di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang
ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas
(LLPK). Sebanyak 14 buah makmal haram dapat dibongkar oleh pihak polis
dalam tahun 2009. Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah
menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat

Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung


sampai mati.

Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM juga


telah

mengambil

bahagian

di

dalam

"International

Narcotics

Joint

Operations" di peringkat antarabangsa untuk membantu membendung


masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.
Kebiasaanya ketagihan dan kebergantungan kepada dadah ialah
penyakit progresif yang boleh menyebabkan penagih hilang harga diri,hilang
punca kewangan dan seterusnya mereka mengabaikan tugas, mereka juga
kehilangan sokongan daripada orang tersayang yang tidak dapat membantu
mereka. Ramai keluarga yang mengabaikan atau menyembunyikan hakikat
bahawa orang tersayang mereka mengalami ketagihan dan kebergantungan
kepada dadah. Dalam keadaan paling buruk, individu tersebut mungkin
dipinggirkan atau tidak diterima oleh keluarga masing-masing,Selain itu,
kurangnya didikan agama

dan perpecahan keluarga juga menjadi punca

meningkatnya masalah kegunaan dadah.


Kaedah rawatan telah diperkenalkan bagi membantu membendung
masalah kegunaan dadah, kaedah paling berkesan ialah pendekatan
serampang dua mata yang menangani keperluan atau ketagihan fizikal dan
juga keperluan psikologi dan emosi penagih.Terdapat satu lagi pilihan
rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) di mana
penagih dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan tetapi tanpa
perasaan amat gembira (euforia) yang dikaitkan dengan penggunaan dadah
sebenar.
Pelbagai Program pencegahan dilakukan bermula dengan Program
Pendidikan Pencegahan Dadah diperingkat pra sekolah iaitu Program TUNAS.
Seterusnya Di Peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institusi
Pengajian Tinggi, Institusi Kemahiran/ Latihan, malahan Program Pendidikan
3

Pencegahan di Tempat Kerja juga dijalankan untuk memberi kesedaran


kepada semua golongan masyarakat.
Kesan Buruk Najis Dadah
Pelbagai kesan buruk boleh berlaku kepada penagih penagih dadah
antaranya:

Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

Mengakibatkan kematian mengejut

Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal


pergerakan badan

Risiko

jangkitan

AIDS,

hepatitis

dan

kancing

gigi

apabila

menggunakn alat suntikan yang kotor.

Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi


songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan
melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.

Melemah

dan

merosakkan

daya

pemikiran,

pemahaman,

percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah,


budibicara dan penganalisaan.

Semua pihak perlu membantu untuk menangani masalah kegunaan


dadah di Malaysia, antara pihak yang perlu sama sama membantu adalah
seperti ibu bapa, pihak kerajaan, pihak swasta, polis dan semua

lapisan

masyarakat. Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan

Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga

Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga

Menjadikan diri sebagai contoh yang baik.

Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.

Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anakanak.


4

Peka

dan

mengambil

tahu

aktiviti-aktiviti

anak

dan

rakan

sebayanya.

Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor


atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang
telah ditetapkan.

Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin


dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak
polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan..

Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang


melibatkan ahli-ahli keluarga.

Masalah kegunaan dadah ini pasti dapat di bendung dan dibenteras


dengan kerjasama semua pihak. Generasi hadapan tunggak Negara. Dadah
musuh Negara.
Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться