You are on page 1of 34

KEPELBAGAIAN

AGAMA:
MENCARI TITIK
PERTEMUAN

Islam

Xian, China
abad ke-8

Delhi, India
abad ke 17
Empayar
Monggol

Buddha
Hari Wesak Kuil Maha
Vihara, Brickfields.
Kg Cina, Kuala
Terengganu

Kuil Sukhavati, Penang

Hindu

Kuil Sri Maha


Mariamman,
Kuala Lumpur

Thaipusam
Batu Caves

Kristia
n

Sikh

Gudwara Tatt
Khalsa Diwan, KL
(kuil terbesar Sikh
di Asia Tengara

Jainisme

Hyderabad,
India

Shinto

Bahai

New Delhi,
India
Chicago, US
Simbol

Zoroastrianisme

Iran

Peranan Agama
1.

Sumber nilai moral


berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang
dinamik
pedoman pengikut dalam mengatur kehidupan lebih
bermakna

2.

Penyatuan
membangunkan ikatan sosial
upacara keagamaan mengukuhkan integrasi sosial

3.

Pendorong dan Pengesahan Program


Pembangunan
Program Pembangunan mendapat sambutan jika disahkan
oleh ahli agama

Peranan Agama (samb..)


4. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
Peranan ulama dalam hubungannya dengan
gerakan nasionalis sebelum dan selepas
kemerdekaan. Begitu juga yang berlaku di
Negara Filipina, Indonesia dan Burma
5. Perpaduan Nasional
Islam mempunyai sejarah dalam menangani
pluraliti seperti Piagam Madinah
6. Kewujudan Tamadun
Jatuh bangun sebuah kerajaan berkait rapat
dengan sesuatu agama

Peranan Agama (samb..)


6. Fungsi Pemerintahan
Ketua Negara menjadi ketua agama.
Contoh: Kerajaan Mesir dan Firaun.
7. Mengembangkan Kesenian
Agama mempunyai hubungan rapat
dengan kesenian.
Seni bina, lukisan, ukir kayu dan seni
pahat
Hiasan
Arabesque di
Al Hamra,
Sepanyol

PENGOLONGAN AGAMA
2

Pendapat Yang Membezakan Pengolongan Agama

golongan Menganggap agama sebagai satu unsur


kebudayaan sesuatu mesyarakat.
Golongan kedua agama terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Agama ciptaan manusia
b) Agama ciptaan tuhan.
* Terjadi pencangahan dlm kalangan ilmuan terhadap
agama, terutama agama wahyu adalah kerana perspeksi
mereka tentang agama yang disamakan dengan institusi
laian seperti institusi sosial, ekonomi dan politik.

Agama samawi
Agama

ciptaan tuhan atau agama samawi ialah agama


yang bersumberkan wahyu tuhan.

Agama

diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi


keinginan dan kecintaan manusia yang semula jadi kepada
tuhan Fitrah.

Agama/

wahyu diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan


tuhan yang berjiwa suci dan luhur Rasul-rasul Allah SWT

Agama

dengan pengertian ini tidak boleh dianggap sebagai


unsur kebudayaan manusia kerana agama ini bukan hasil
pemikiran dan pengalaman manusia.

Sambungan Agama
Samawi

Agama

yang berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada


Allah SWT dalam bentuk perintah dan larangan yang dibawa oleh
Rasul-rasul Allah Dlm Bentuk Wahyu.

Terdiri

daripada agama Islam, Kristian dan Yahudi.

Ketiga-tiga

agama ini diturunkan dari langit dan penganut mereka


percaya bahawa tuhan itu pencipta alam, percaya rasul-rasul dan
kitab-kitab Allah.

Perbezaan

antara penganut agama dalam perkara berkaitan

dengan:
1.Konsep ketuhanan
2. Rasul terakhir
3. Kitab Allah yang tulen
4. Persoalan kitab Allah yang paling sempurna.

Agama Ciptaan Manusia


Agama

duniawi yang datang daripada diri manusia


Agama duniawi dikenali sebagai agama alam @
agama budaya.
Kerana agama itu lahir dari dlm kebudayaan , dibentuk
oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli
fikir masyarakat.
Agama ini terdiri daripada gagasan dasar dan
peraturan umum yang ditetapkan oleh kumpulan yang
berpengaruh supaya mereka mematuhinya.
Agama ini tidak bersandarkan wahyu, ajaran-ajaran
rasul, sebaliknya berbentuk pengajaran dan kaedahkaedah umum.

Samb
Agama

ini lahir daripada usaha-usaha manusia


mencari tuhan berdasarkan akal fikiran.
Agama ini tumbuh melalui hasil pemikiran dan
pengalaman mereka dan diwarisi daripada generasi
kepada satu generasi berikutnya.
Sifat agama ini ialah kitab sucinya berdasarkan ilham
pengasasnya.
Terdapat agama dalam kelompok ini yang merupakan
gabungan sesetengah unsur agama ciptaan tuhan
dengan tambahan dan pindaan daripada fikiran ahli
agamanya.
Agama ini berubah mengikut perubahan penganutnya.

Samb
Sebahagian

agama dalam kategori ini percaya kepada


penjelmaan tuhan atau tuhan-tuhan dalam tubuh manusia.
Terdapat juga tuhan yang menghendaki korban jamuan
dan upacara pemujaan.
Terdapat juga penyembahan cakerawala sepeti matahari
dan bulan, adanya simbol seperti berhala, gamabaran
panji-panji.
Terdapat juga ajaran @ upacara penyeksaan diri dan
pengharaman daripada nikmat hidup tertentu.
Tujuannya adalah untuk mencapai kesucian diri dan restu
tuhan.
Agama ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam
masyarakat primitif, mundur dan terpencil.

Konflik agama
Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya erti
kasih sayang, pengampunan dan perdamaian.
Namun banyak konflik agama yang berlaku seperti:
1. Bosnia-Herzegovina dgn Serbia- April 1992
2.Hindu Islam di India- Disember 1992
3. Islam-Kristian di Ambo, Maluk & Almahera di Indonesia

Konflik berlaku kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran


agama.
Terdapat juga agama digunakan sebagai mengasbahkan sesuatu
tindakan demi kepetingan politik dan ekonomi untuk mengatasi
pihak lawan.
Disamping itu juga konflik juga berlaku kerana tidak menghormati
ajaran agama dan upacara agama orang lain.

Mencari Titik pertemuan


Kefahaman

dan tingkah laku beragama boleh


memisah @ membina hubungan sesama
penganut dalam sesuatu agama atau
dengan penganut-penganut agama lain.
Kemampuan agama dalam membina ikatan
dan hubungan nerentas individu dan
kumpulan agama yang berlainan adalah
potensi yang perlu diteliti dan perhalusi.
Menggunaka ruang sosial sedia ada amat
diperlukan bagi memungkinkan peluang
membawa penganut pelbagai agama
bergerak ke arah persefahaman.

SambMencari Titik
pertemuan
Shamsul

(2011) melihat agama dari sudut tafsiran


autoriti akan memisah dan mengasingkan
penganut pelbagai agama terutama sekali apabila
agama itu telah diideologi dan dipolitikkan.
Contohnya di Malaysia apabila berlaku
perkahwinan campur, salah seorang pasangan
meninggalkan agama asal dan menganut agama
pilihan atas Dasar cinta.
Sekiranya berlaku konflik dalam hubungan
perkahwinan, perbezaan agama antara keluarga
pasangan terbabit akan menimbulkan
ketengangan, bukan setakat keluarga itu tetapi
kepada komuniti yang lebih besar lagi.

SambMencari Titik
pertemuan
Perkara

ini dapat dielak sekiranya


perhubungan tersebut diurus dengan cara
yang penuh hikmah.
Di sebalik konflik yang berlaku yang berkaitan
dengan agama, agama mempunyai nilai
kesejagatan yang berpotensi membina
keharmonian bermasyarakat, kestabilan dan
kemajuan.
Interaksi antara mereka mampu membina
ikatan sosial yang kuat dengan perbezaan
agama anutan . Contohya ketika berlaku
malapetaka banjir dan yang terbaru kehilangan
MH370.

SambMencari Titik
pertemuan

Pada

pemerhatian masyarakat di Malaysia


mendapati perayaan agama dan kebudayaan
seperti Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina,
Deepavali, Keamatan, hari Krismas dan lain-lain
lagi perayaan dikongsi dan raikan bersama.
Tambahan lagi pada bulan Ramadhan dinantinantikan oleh penganut agama lain- kerana
bermacam-macam juadah kuih muih di jual.
Nilai kesejagatan yang dikongsi bersama telah
membawa rakyat Malaysia untuk memilih
tindakan atas perkiraan sosial yang rasional dan
dihajati bersama iaitu keharmonian, kedamaian,
kekayaan, kemuliaan dan kebaikan.

AGAMA AGAMA
DI MALAYSIA

AGAMA ISLAM

Dianuti sebanyak 60% penduduk Malaysia.


Seseorang yang beragama Islam beerti berserah
diri dan mengikut perintah Allah serta mencontohi
Nabi Muhammad s.a.w.
Sumber ajaran Islam ialah al-quran dan al-sunnah
sbagai sumber kedua.
Sumber ketiga ialah ijtihad, qiyas, syura yang
diinstitusikan sebagai respon ulama terhadap
perubahan dan kemajuan dalam kehidupan harian.
Islam adalah suatu peraturan hidup dan agama
praktikal dengan kehidupan dunia dan akhirat.
Islam adalah agama sejagat dalam kelasnya
tersendiri dari segi kosmologi, epistemologi,
metafizik dan weltanschauung.

SAMBUNGAN

Ciri2 Islam :
Dari segi ekonomi memberi kebebasan umatnya
berusaha mencari kekayaan dengan cara mulia dan
bersih serta halal.
Dalam bidang politik, Islam menekankan
musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin
secara adil tanpa membezakan kelas, keturunan,
bangsa, agama dan warna kulit.
Dari segi sosial,Islam memperjuangkan dasar
kehormatan diri manusia.Islam menggalakan
mempertahankan kebersihan jiwa. Prinsip kebebasan
beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat
yang wajar dalam Islam.
Dari segi ilmu pengetahuan, Islam menggalakkan
perkembangan ilmu dan menganjurkan kajian serta
penyelidikan terhadap rahsia2 alam.

PERAYAAN AGAMA ISLAM


Dua perayaan besar umat Islam iaitu :
Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1
Syawal kalendar hijrah setelah menunaikan
puasa sebulan pada bulan Ramadhan. Solat
hari raya secara berjamaah di masjid dan
membayar zakat untuk membantu fakir
miskin.
Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban yang
jatuh pada 10 Zulhijjah dimana sebahagian
besar umat Islam menunaikan haji di Mekah.
Disunatkan berkorban untuk disedekahkan
kepada golongan fakir dan miskin dan juga
menunaikan solat sunat Hari Raya Korban.
Perayaan perayaan lain juga disambut

AGAMA BUDDHA

Agama kedua terbesar di Malaysia.


Majoriti penganut terdiri daripada etnik cina yang
berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana.
Manakala komuniti Thai mengamalkan Buddha
Theravada yang tinggal di utara Semenanjung Malaysia.
Asal-usul agama Buddha merupakan suatu reaksi
terhadap kekerasan dan penindasan oleh golongan
Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit
menentang golongan Kshatriya terdiri daripada anak2
raja dan perajurit.
Diasaakan oleh Siddhartha Gautama yang memikirkan
punca penderitaan dan kemelaratan.
Mengetepikan perbincangan tentang ketuhanan kerana
berpendapat manusia bergantung kepada diri sendiri
bukannya Tuhan.
SAMBUNGAN

SAMBUNGAN

Antara ajaran moral Buddha yang terpenting adalah


menghormati kehidupan manusia, tumbuhan atau
haiwan.
Prinsip diseru oleh Buddha adalahpembasimian kasta.
Di Malaysia, bukan semua etnik Cina menganut
agama Buddha kerana sebahagiannya mengamalkan
ajaran Taoisme, Konfusianisme, Kristian dan Islam.
Terdapat juga yang mengamalkan dua @lebih ajaran
Konfusianisme, Buddha dan Taoisme dlm masa yang
sama.
Upacara keagamaan :
Objek utama yang sangat signifikan ialah Tiga
Permata(Tripple Gem) iaitu Buddha, dharma ( ajaran
Buddha) dan sangha ( komuniti Buddha yang
berpegang dengan ajarannya)

SAMBUNGAN

Upacara

penyembahan dilakukan di tokong, wat


atau rumah dimulakan dengan menyembah
patung Buddha dan diikuti dengan bacaan
mentera bertujuan untuk memohon
perlindungan.
Wesak merupakan perayaan penting yang
disambut. Biasanya perayaan ini jatuh pada
bulan Mei setiap tahun bagi memperingati
kelahiran, kemunculan dan pencapaian
Gautama Buddha ke nirvana ( syurga ).
Penganut Buddha akan berhimpun di tokong
bagi menjalankan upacara meditasi.

AGAMA HINDU

Dianuti oleh sebahagian besar komuniti India dan


merupakan identifikasi bagi etnik India walaupun
terdapat dikalangan mereka yang menganut agama lain.
Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi
pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu.
Wujud sejak awal ke 8 SM yang dikenali dengan nama
agama Brahma yang diambil perkataan Brahman iaitu
gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai
mempunyai unsur ketuhanan dan tidak diketahui
siapakah pengasasnya.
Berevolusi daripada ajaran Veda yang muncul sebelum
penaklukan bangsa Arya ke atas India.
Umumnya kitab suci yang terbesar adalah Veda,
Undang-undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga
Vasishths dan Ramayana.

KITAB VEDA
Terbesar dan dianggap sebagai ensiklopedia agama
hindu.
Veda mengandungi cerita pelbagai aspek kehidupan
bangsa Arya di India pada masa lampau.
Bermula permukiman, pengembaraan, agama, politik,
peradaban, kebudayaan, kehidupan, pergaulan, tempat
tinggal, makanan, minuman, pekerjaan, mata
pencarian hinggalah doa2 ketuhanan.
Terdiri daripada 4 jenis iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sams
Veda dan Athar Veda.
Setiap veda mengandungi 4 bahagian iaitu Samhita,
Brahman, Aranyaka dan Upanishads.
Penganut Hindu mempercayai banyak tuhan.
Roh-roh dianggap mempunyai kekuatan yang
tersembunyi di sebalik bentuk yang kelihatan dan
mendekatinya melalui perbuatan ibadat.

Kesimpulan
Di

Malaysia mempunyai 4 agama yang besar dunia iaitu


Islam, Buddha, Kristian dan Hindu ditambah lagi dengan
agama-agama yang lain turut mencorakkan warna
kehidupan beragama.
Kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh
perlembagaan memberi ruang yang secukupnya untuk
semua agama menikmati pengamalan agama masingmasing.
Kepelbagaian anutan, fahaman dan amalan agama di
Malaysia merupakan model yang sukar dibandingkan
dengan negara luar.
Masyarakat Malaysia mempunyai ruang yang luas dan
terbuka untuk meraikan hubungan etnik dengan
pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama.