Вы находитесь на странице: 1из 3

Peraturan 

Perkhemahan Unit Uniform


 

Disiplin

Peserta dikehendaki berkelakuan baik semasa perkhemahan

Menghormati sesama peserta,fasilitator serta tetamu menjadi amalan.

Peserta dilarang menggunakan perkataan kesat,memaki hamun sesama sendiri atau


pelawat.

Dilarang bergaduh dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Menepati masa adalah sesuatu yang perlu diamalkan.

Sentiasa memakai  tanda nama.

Pakaian

Pakaian sentiasa kemas dan bersih

Sentiasa memakai kasut sukan atau bertutup

Dilarang memakai selipar semasa aktiviti rasmi

Pakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti

Pakaian tidak terlalu menjolok mata dari segi saiz,warna serta tulisan yang
keterlaluan.

Makan Minum

Mesti makan dan minum pada masa yang ditetapkan  dan menepati masa makan.

Menjaga kebersihan kawasan dan tidak membuang sisa makanan merata tempat.

Tidak berebut-rebut ketika makan

Memakai pakaian yang sopan

Membaca doa ketika hendak makan

 
Kawasan Kem

Kawasan Kem/penginapan hendaklah sentiasa bersih.

Tidak menggunakan lilin  di dalam  khemah dan kawasan kem

Pakaian basah hendaklah disidai pada tempat yang ditentukan

Dilarang merosakkan tanaman atau tumbuhan di sekitarnya.

Tidak berlari-lari di kawasan  kem/Penginapan

Tidur apabila diarahkan serta tidak menimbulkan kekecohan.

Program Ceramah

Peserta perlu menyediakan alat tulis dan buku catatan.

Tidak membuat bising

Mendengar serta menghayati intipati ceramah yang disampaikan.

Sentiasa mengambil bahagian.

Masa Tidur

Masa tidur adalah pada pukul 11.00 malam

Tidak dibenarkan keluar dan merayau pada masa tidur

Dilarang membuat bising

Tindakan akan diambil kepada peserta yang melanggar peraturan.

Semua peserta mestilah tidur di dalam khemah yang disediakan

Penggunaan Tandas

Tidak berebut-rebut semasa menggunakan tandas

Sentiasa menjaga kebersihan tandas


Melapor kepada urusetia ketika hendak ke tandas pada waktu malam dan
berpasangan.

Menggunakan tandas apabila perlu.

Kawasan mandi

Mandi di kawasan yang dibenarkan

Mesti mendapat kebenaran dan ada pengawasan yang rapi

Mandi dengan berpakaian yang sopan

Tidak berebut-rebut ketika mandi

Menggunakan bilik mandi yang disediakan.

Pergerakan

Mesti bergerak di dalam kumpulan dan bersama

Kumpulan yang lewat akan didenda

Bergerak melalui kawasan yang dibenarkan sahaja.

Kecemasan

Melaporkan kepada urusetia sekiranya ada kecemasan dengan segera.

Melaporkan kepada urusetia sekiranya ada pelawat.

Mendengar arahan sekiranya berlaku kecemasan.

Sentiasa berada dalam kumpulan khemah masing-masing.

Вам также может понравиться