Вы находитесь на странице: 1из 10

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA

A.

TANGGUNGJAWAB GURU BESAR

Guru Besar perlu melaksanakan / menyediakan perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran
asrama iaitu :1

Dasar

Visi dan Misi


Falsafah dan Matlamat
Peraturan Asrama
Pengambilan dan Pemilihan Murid Asrama

Pengurusan dan Pentadbiran Asrama


Penasihat semua jawatankuasa di asrama.
Menyediakan Struktur Organisasi Pengurusan Asrama.
Mengagihkan tugas kakitangan asrama.
Menguruskan pelantikan warden.
Menyediakan dan mengawalselia Pejabat Pentadbiran Asrama dan Rumah Warden.
Mengurus, memantau dan menguatkuasa Kontrak Bekalan Makanan Bermasak / Mentah,
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Perkhidmatan Pembersihan kawasan.
Mengurus pembangunan dan penyelenggaraan fizikal bangunan, peralatan dan kemudahan
asrama.
Memaklumkan dan menghantar semua laporan yang berkaitan dengan kes-kes keracunan
makanan, dendaan dan kes-kes yang melanggar perjanjian kontrak penswastaan kepada
Jabatan Pelajaran Negeri.

Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan


Menentukan keperluan peruntukan asrama dan Anggaran Belanja Mengurus mencukupi.
Memastikan kewangan asrama diurus mengikut kehendak Pekeliling Kewangan.
Mengawalselia semua pungutan yuran asrama.
Mengurus pembayaran tuntutan bekalan makanan bermasak / mentah kepada pembekal setiap
dua minggu sekali.
Memastikan semua jenis pembayaran dijelaskan oleh kontraktor atau pihak lain (seperti pihak
yang menyewa bangunan asrama)kepada asrama supaya tidak berlaku Akaun Belum Terima
(ABT).
Memastikan pihak kontraktor telah menjelaskan semua tanggungan yang berkaitan dengan
asrama seperti bil air, bil elektrik, kerosakan peralatan dan premis sebaik sahaja kontrak tamat.

Pengurusan Murid Asrama


1
Akademik
Memastikan Jadual Harian Murid Asrama dirancang dan disediakan secara sistematik.
Memastikan jadual Kelas Persediaan (Prep) dipatuhi sepanjang masa.
Melantik warden yang bertanggungjawab menyelia perjalanan jadual prep setiap hari.
Menyedia tempat prep yang selesa.
Merancang dan melaksanakan kelas tambahan.
Menyediakan perpustakaan, buku rujukan, komputer serta kemudahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi.
Merangka, merancang, melaksana, memantau dan menilai program peningkatan dan
kecemerlangan akademik menerusi perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang.

Disiplin
Memastikan peraturan asrama dipatuhi oleh murid dan waris serta dikuatkuasakan
pelaksanaannya.
Menyediakan sistem pemantauan displin yang sesuai dan mampu menangani permasalahan
murid asrama.

Pembangunan Sahsiah
Mengadakan kursus-kursus motivasi, kepimpinan dan ketahanan diri.
Mengadakan kelas Fardhu Ain.
Menganjurkan majlis-majlis sempena hari kebesaran Islam.
Mengadakan program penghayatan sempena hari kemerdekaan / kebesaran negara.

Kebajikan
Mempastikan kebajikan murid asrama dititikberatkan seperti penyediaan tempat tinggal yang
kondusif.
Memastikan murid asrama yang sakit diberikan rawatan yang sewajarnya.
Memastikan tempat tinggal warden dalam keadaan yang selamat dan selesa.
Mewujudkan Tabung Kebajikan Murid Asrama (mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran
Negeri).
Menubuhkan Majlis Perwakilan Ibubapa yang terdiri daripada ibubapa / waris murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas


Memahami dan melaksanakan Surat Pekeliling Ikhtisas dan arahan berkaitan dengan asrama.

B.

Kokurikulum Dan Sukan


Memastikan semua murid asrama mengambil bahagian dalam semua aktiviti kokurikilum dan
sukan di asrama.
Menyediakan kemudahan, tempat dan perlatan yang mencukupi.
Menyediakan jurulatih dan pembimbing.
Mengadakan pertandingan antara dormitori dan asrama.
Mengadakan lawatan sambil belajar / integrasi / program pertukaran murid.
Memastikan murid asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran
Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar.

TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Melaksanakan program peningkatan akademik murid asrama.


Pengurusan kewangan asrama.
Pengururusan kakitangan asrama.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.
Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.

C.

TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Memastikan semua murid asrama melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan di
asrama.
Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi.
Menyediakan jurulatih dan pembimbing.
Memastikan murid asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.

Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya

D.

TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama.

Memastikan pengurusan kesihatan murid asrama dijaga.

Membantu urusan pelantikan warden asrama.


Melaksanakan program-program bagi peningkatan prestasi akademik murid asrama.
Membantu dan memantau kewangan asrama.

Menyelaraskan semua pungutan wang seperti pungutan yuran asrama, Buku Tunai, Buku Resit
dan Buku Stok.
Membantu mengurus kakitangan asrama.

Menyemak data Sistem Maklumat Asrama.


Menyelia tugas warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid.
Memastikan penyeliaan makanan dipantau mengikut jadual/menu yang ditetapkan.
Memastikan premis asrama dijaga dengan bersih dan selamat.
Membantu dalam pengurusan sebut harga/ tender makanan asrama sekolah.
Memastikan kemudahan rekreasi mencukupi di samping menggalakkan penyertaan murid
asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum.
Menjadi Pengerusi Lembaga Pengawas Asrama.
Bertanggungjawab atas keselamatan murid, bangunan dan alatan asrama supaya sentiasa
dalam keadaan baik.
Menyelia supaya penggunaan air dan elektrik tidak berlaku pembaziran.
Menyelaras penyediaan Laporan Harian Asrama dan Laporan Bulanan Asrama.
Melaporkan segera sebarang kes kecemasan yang berlaku di asrama kepada
Guru Besar.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

E.

TUGAS WARDEN

Menguatkuasakan / mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan atas hal-hal
berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas Laporan Harian Pengawas dan Ketua
Domitori.
Menyediakan laporan harian untuk tindakan Guru Besar / Penolong Kanan HEM.
Menyelia / memantau dan merekodkan aktiviti-aktiviti harian; contohnya:
Kelas Persediaan (Prep)
Waktu Solat
Waktu Makan
Kelas Fardhu Ain / Kelas Agama
Aktiviti Gotong-Royong
Pertandingan Antara Dormitori
Majlis Makan Beradab
Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
Memantau pengawas bertugas menjalankan roll-call.
Mengadakan pemeriksaan dan roll-call.
Menguruskan kebenaran keluar / masuk murid asrama.
Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-ketua Dormitori.

Mengadakan pemeriksaan dan membuat Laporan Harian Dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air,
persekitaran serta dewan makan.
Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan denganya.
Memantau dan memeriksa Laporan Prestasi Akademik serta mengambil tindakan susulan yang sesuai.
Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama:
Minit Mesyuarat terdahulu
Laporan Bulanan Asrama
Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.
Mesyuarat / perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan
sekali.
Membantu mengurus kemasukan murid asrama ;
Penyediaan borang / dokumen
Taklimat Kemasukan
Sesi suai kenal murid baru
Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.
Mengumpul data / maklumat murid untuk :
Menganalisa prestasi akademik / peperiksaan
Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri.
Menganjurkan aktiviti / kursus / seminar / bengkel.
Mengadakan perjumpaan dengan waris.
Mengadakan latihan kecemasan.
Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.
Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan :
Makanan
Keselesaan di asrama
Kesihatan
Keselamatan
Biasiswa
Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :
Pungutan yuran asrama
Perkhidmatan pembersihan kawasan
Kawalan keselamatan
Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dan
Penolong Kanan HEM.

F.
1

TUGAS PENYELIA ASRAMA

Pentadbiran
Menyelia kakitangan asrama, perkhidmatan keselamatan dan pembersihan.
Mengurus inventori asrama.
Mengurus semua stor asrama.
Menyediakan rekod-rekod murid yang tinggal di asrama.
Menyediakan Jadual Tugas Harian / Bulanan bagi kakitangan asrama.
Mengurus Pejabat Asrama dan memastikan perkara-perkara berikut teratur dan kemas.
Sistem Fail
Data-data
Peralatan dan perabot serta susun aturnya
Buku Stok / Inventori peralatan, perkakas, perabot dan lain-lain
Pekeliling-pekeliling yang berkaitan asrama
Buku Laporan Prestasi Kontraktor

Membantu warden dalam urusan / proses pengambilan dan pendaftaran murid baru.
Memastikan hapuskira peralatan dan perabot asrama / dewan makan diuruskan.
Bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan kepada Guru Besar dan mengambil tindakan
susulan setelah mendapat kebenaran.
Mengumpul maklumat dari pihak yang berkaitan, menyediakan dan menghantar data kepada pihakpihak yang memerlukan.
Membantu menjayakan sebarang aktiviti asrama.
Menghadiri mesyuarat, taklimat serta kursus yang berkaitan.
Mengurus hal-hal yang berkaitan penggunaan asrama oleh pihak luar.
Membantu tugas-tugas warden ketika ketiadaannya di asrama.
Bertanggungjawab melengkap dan mengemaskini data SMA.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan HEM.
Kewangan
Mengurus permohonan pembelian barang dan peralatan asrama untuk kegunaan asrama.
Menyediakan anggaran peruntukan tahunan asrama.
Mengurus pembayaran bil-bil asrama.
Mengurus Buku Tunai Asrama.
Menutup akaun asrama setiap hujung bulan.
Membuat penyata audit setiap hujung tahun.
Menuntut Geran Perkapita (PCG) asrama dan pelarasan jika ada.
Membuat kutipan yuran asrama.
Membantu memohon kelulusan menggunakan Wang Lebihan Makanan Asrama ke Jabatan Pelajaran
Negeri / Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kontrak Penswastaan
1
Bekalan Makanan Bermasak
Mengawal kebersihan makanan dan minuman serta pekerja dewan makan mengikut garis panduan
kesihatan.
Mengemukakan Laporan Bulanan Makanan ke Jabatan Pelajaran Negeri.
Mengemukakan laporan makanan tahunan ke Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan bekalan makanan :
Mengisi Borang Pesanan (Jadual 8)
Menerima dan memeriksa bahan mentah
Mendapatkan pengesahan atau persetujuan Guru Besar jika berlaku pertukaran bahan /
menu.
Memantau proses penyediaan makanan.
Mengurus Buku Laporan Harian bekalan bemasak.
Memastikan kontraktor mematuhi perjanjian kontrak dari aspek bahan mentah, menu,
spesifikasi dan masa yang ditetapkan.
Memastikan premis, perabot dan peralatan selamat digunakan.
Memastikan kontraktor mematuhi peraturan / garis panduan berkaitan pekerja yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan
Pihak Berkuasa Tempatan.
Memastikan penerimaan bahan mentah mencukupi dan berkualiti.
Membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan tender bekalan
makanan asrama.
2
Kawalan Keselamatan
Mempastikan Pengawal Keselamatan menjalankan tugas seperti dalam perjanjian kontrak.
Menyediakan jadual bertugas Pengawal Keselamatan.
Menyedia dan menghantar laporan harian / bulanan kepada Pihak Pengurusan Sekolah.
3
Pembersihan Kawasan

Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan seperti dalam perjanjian kontrak.


Menghantar laporan bulanan kepada Pihak Sekolah dan kontraktor.

Kebajikan
Penyeliaan kesihatan murid berkaitan :
Pengurusan Bilik Sakit
Pengurusan Pergerakan murid asrama ke klinik / hospital.
Memberi bantuan mula kepada murid asrama.
Menyediakan dan mengemaskini Rekod Kesihatan Murid Asrama.
Fizikal
Menjaga kebersihan kawasan asrama termasuk bangunan-bangunan.
Melaporkan kerosakan harta benda kerajaan.
Menjaga semua alatan dan kemudahan di asrama.
Menjalankan pemeriksaan setiap pagi untuk menentukan kebersihan dormitori, tandas, bilik air, bilik-bilik
khas, surau, dewan makan dan persekitaran asrama dalam keadaan bersih, teratur dan diurus rapi.
Menghantar Laporan Bulanan Pembersihan Kawasan Asrama.

Keselamatan
Memastikan semua peralatan keselamatan di asrama berfungsi dengan baik.
Memastikan keselamatan persekitaran asrama.
Memastikan semua kerosakan di asrama diselenggara dengan segera.
Memastikan semua pendawaian dan peralatan elektrik mematuhi piawaian keselamatan untuk
digunakan.

G.

TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID ASRAMA

Bertanggungjawab dalam pembentukan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid
asrama.
Menjaga hal ehwal murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan di asrama.
Membimbing / melatih / murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek yang berkaitan dengan tata
kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri / alam sekitar.
Melayan keperluan murid yang sakit atau bermasalah emosi.
Mengawasi keselamatan murid.
Menjadi pengantara dengan ibu bapa dan penjaga murid.
Menghadiri dan mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat pengurusan asrama.
Membantu pelaksanaan Program Orientasi murid baru.
Bertanggungjawa melaporkan kepada Pihak Pentadbir dan Pengurusan Asrama sebarang perkara yang
tidak teratur, tidak mencukupi dan tidak sesuai di asrama.
Menyemak dan memastikan keperluan diri murid terurus.
Menyediakan laporan / rekod kesihatan murid asrama.
Membantu pelaksanaan aktiviti murid asrama.
Memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan mengikut jadual :
Aktiviti Umum membantu melaksana dan memastikan murid mengambil bahagian secara
aktif dalam aktiviti seperti berikut ;
Perhimpunan Umum
Gotong-royong
Aktiviti sukan dan rekreasi
Kelas Fardhu ain
Pemeriksaan mengejut / Roll-call
Sambutan Hari Kebesaran

Latihan Kecemasan
Lawatan Sambil Belajar
Aktiviti Harian Melaksana serta memastikan aktiviti harian dipatuhi oleh semua murid.
Melatih, mendidik dan memastikan murid ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
Hadir ke sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan rasmi bermula:
Hari Persekolahan Harian
Kelas Bimbingan
Persekolahan Gantian
Aktiviti Sukan dan Permaianan / Kokurikulum
Majlis dan Upacara sekolah
Membawa bahan dan peralatan yang selengkapnya ke sekolah.
Memaklumkan kepada guru kelas / pihak pentadbiran jika murid tidak dapat hadir ke sekolah
atas sebab-sebab kesihatan.
Kelas Persediaan
Membimbing dan membantu murid belajar selepas waktu persekolahan.
Memastikan murid mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum masuk ke kelas
persediaan.
Membimbing dan memastikan murid asrama hadir ke kelas persediaan pada waktu yang
ditetapkan.
Membaca buku dan membuat kerja rumah.
Mematuhi disiplin belajar ketika berada di dalam kelas.
Mengemas bahan dan peralatan yang digunakan sebelum meninggalkan bilik kelas
persediaan.
Waktu Solat
Membimbing dan menentukan murid Islam :
Bersuci dan bersembahyang lima waktu
Menguruskan kelas Al-Quran
Membersihkan diri murid sebelum solat dan belajar Al-Quran.
Memakaikan pakaian yang sesuai, lengkap dan bersih.
Memastikan murid ke surau untuk bersembahyang berjemaah sebelum azan.
Memastikan murid hadir ke kelas Al-Quran selewat-lewatnya 5 minit sebelum kelas
bermula.
Membimbing murid mengambil wudhuk sebelum solat / kelas
Al-Quran.
Memastikan murid tidak melakukan perkara yang dilarang ketika berada di surau / kelas
Al-Quran.
Sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan surau.
Bagi murid bukan Islam, masa ini dipenuhi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan kerohanian
mengikut kesesuaian amalan dan kepercayaan agama mereka.
Waktu Makan
Melayan, membimbing dan memastikan penghuni asrama mengamalkan cara-cara dan adab sopan
ketika makan.
Membasuh tangan dengan menggunakan sabun sebelum makan.
Beratur ketika mengambil makanan.
Mengambil makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran.
Duduk dengan tenang dan sopan.
Membaca doa sebelum makan.
Tidak berbual secara keterlaluan dan bermain ketika makan.
Membaca doa selepas makan.

Meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan selepas makan.


Membersih tangan selepas makan.
Keluar dari Dewan Makan dengan teratur.
Waktu Masuk Dan Bangun Tidur
Melatih murid tidur pada masa yang ditetapkan.
Melatih dan memastikan murid supaya membuang air dan membersih diri sebelum masuk
tidur.
Melatih murid supaya mengamalkan adab tidur.
Memastikan lampi dormitori dipadamkan semasa waktu tidur.
Memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur setiap masa.
Pemeriksaan Kesihatan
Melatih murid menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan di asrama.
Menjaga kebersihan dormitori, tandas, persekitaran dan bilik-bilik khas.
Mempastikan tidak ada sampah di persekitaran asrama.
Bersama bertanggungjawab memelihara kesegaran tumbuhan.
Sentiasa menggunakan kasut / selipar ketika berjalan.
Pengurusan Diri
Membimbing murid asrama sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan diri.
Membimbing murid asrama menyesuaikan diri dengan rakana-rakan dalam pergaulan.
Membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan
teratur.
Membantu dan membimbing murid asrama mengurus pakaian seperti membersih dan
mengemas pakaian pada setiap hari.
Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik seperti ;
Memakai pakaian dengan kemas dan teratur.
Menggunakan krim rambut dan minyikat dengan rapi.
Memakai bedak yang dibenarkan.
Membasuh, menjemur, mengangkat, menggosok dan menyimpan pakaian dengan
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Riadah
-

Membimbing penghuni asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan dan waktu
kegiatan riadah.
Hadir ke padang dan bilik kegiatan pada waktu yang ditetapkan.
Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.
Bermain di kawasan padang atau ruang-ruang yang dibenarkan.
Memastikan prosedur dipatuhi sewaktu riadah.
Membimbing murid mengamalkan serta menghayatai semangat kesukanan sepanjang aktiviti
riada dilaksanakan.

Pengurusan Disiplin
Membimbing dan mengasuh murid asrama supaya sentiasa berakhlak, berdisiplin dan mematuhi
peraturan yang ditetapkan :
Dalam pergaulan seharian
Ketika makan
Semasa menyertai kegiatan sukan dan rekreasi
Ketika belajar
Solat
Kebersihan

Membimbing, melatih, mengawasi dan memastikan penghuni asrama menjaga kebersihan


dan keceriaan asrama.
Dormitiri
Persekitaran
Dewan Makan
Bilik mandi dan tandas
Bilik mencuci pakaian
Kelas Persediaan
Bilik rawatan dan rehat
Bilik-bilik khas

Kebajikan dan Keselamatan


Membantu dan melayan keperluan penghuni asrama yang sakit atau menghadapi masalah
emosi.
Menghubungi ibu bapa dan penjaga.
Menyediakan rawatan awal.
Pengurusan mendapatkan rawatan di Klinik dan hospital
Mengiringi murid balik ke rumah ibu bapa atau penjaga
Mengatur pertemuan murid asrama dengan Guru Kaunseling
Melayan keperluan murid yang sakit menghadapi masalah emosi.
Mengawasi murid asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan.
Memupuk nila-nilai kasih sayang dan sosial di kalangan murid asrama.
Memastikan dan mendidik murid asrama mengamal cara pemakanan yang baik.
Pengantara dengan ibu bapa atau penjaga
Menjadi pengantara kepada murid yang sakit atau pun menghadapi masalah disiplin,
kesihatan, gangguan emosi dan keperluan lain.
Menghubungi ibu bapa / penjaga bagi murid asrama yang bermasalah.
Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ibu bapa / penjaga.
Memaklumkan masalah kepada ibu bapa / penjaga murid asrama.
Menjalankan tugas dan amanah yang diarahkan oleh Pihak Pengurusan Asrama.
-

H.

TUGAS PELAYAN ASRAMA / TUKANG MASAK

Waktu bertugas ialah 8 jam.


Jadual waktu bertugas mengikut budi bicara Guru Besar.
Setiapkali bertugas, dapur hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.
Menerima bahan-bahan makanan darinPenyelia Asrama / Warden yang bertugas.
Menyedia dan membersihkan bahan-bahan yang hendak dimasak seperti memotong daging, ikan,
sayur-sayuran dan lain-lain.
Bahan-bahan yang telahdimasak hendaklahdipastikan rasanya mencukupi.
Bertanggungjawab yang bahan-bahan itu tidak hangus atau mentah.
Bahan-bahan yang telahdimasak hendaklahdisaji di meja mengikut masa yang ditetapkan.
Kalau ada kekurangan, beritahu dengan segera pada AJK Makanan.
Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan sebelum balik ke rumah.
Tempat-tempat meletakkan makanan yang dikhaskan mesti dibersihkan tiap-tiap hari.
Alat-alat yang rosakboleh diminta ganti dengan menunjukkan alat yang lama. Jika hilang, mestilah
menggantinya sendiri.

Semasa penghuni-penghuni makan, pelayan asrama perlu menunggu dan melayan mereka.
Membuat sebarang kerja yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Tidak dibenarkan membawa keluar / membawa balik sebarang bahan makanan dan minuman.

Вам также может понравиться