Вы находитесь на странице: 1из 2

Persaingan perniagan dalam dunia global bagi mendapatkan pelanggan atau pembeli yang

ramai bagi produk yang dihasilkan dilihat semakin sengit di pasaran. Amatlah penting bagi
produk yang ditawarkan dipersembahkan kepada pembeli dengan cara atau kaedah yang
tepat sekaligus dapat menarik perhatian merek untuk membeli produk ataupun mendapatkan
perkhidmatan tersebut. Starbuck terkenal sebagai francais yang menawarkan produk kopi
pra-campuran yang dihidangkan kepada pelanggan di dalam suasana restoran yang mewah
lagi menyenangkan. Starbuck telah berjaya mewujudkan imej positif dalam menghasilkan
produknya melalui kualiti dan harga menarik kepada ramai pembeli sebelum ini. Penciptaan
imej positif bagi sesebuah industri atau produk adalah amat penting dalam usaha bersaing di
pasaran (Kennedy, 1997). Rekabentuk komunikasi visual seperti logo, jenama, juga
merupakan antara kaedah yang digunakan dalam menambatkan hati pelanggan. Selain itu,
ekuiti jenama turut berperanan dalam mempengaruhi kuasa beli. Hasil analisis dari David A.
Aoker, mendapati ekuiti jenama dapat dibahagikan kepada kesedaran, kesetiaan, kualiti
dilihat, persatuan dan kelakuan pasaran. Sebagai syarikat yang mempunyai rangkaian
perniagaan yang luas , Starbuck juga mengamalkan konsep perkongsian perniagaan melalui
kerjasama perniagaan secara adil dengan persatuan-persatuan perniagaan seperti pembekal
dan penjual kopi melibatkan beberapa buah negara.
Salah satu kelebihan utama dalam corak perniagaan ini adalah dengan menguasai dan
memenuhi kepuasaan pelanggan dengan kualiti produk yang tinggi. Halaman web My
Starbuck Idea merupakan satu saluran untuk syarikat ini memahami masalah pelanggan dan
melihat kepada idea dari mereka untuk digunakan bagi usaha penambahbaikan serta dapat
memperbaiki pengalaman pelanggan di Starbuck. Contohnya, idea untuk pembayaran produk
Starbuck melalui talian mobil diterima sebagai maklum balas dari seorang pelanggan dan
diusahakan oleh syarikat walaupun

ia memerlukan pelaburan modal yang agak besar,

penaiktarafan teknologi dan latihan kepada pekerja untuk menjayakannya. Cara ini

mengagalkan persepsi buruk tentang pengalaman pelanggan terhadap produk syarikatnya


dan meningkatkan kemampuan syarikat di dalam membuat perubahan yang positif mengikut
edaran masa

(rujukan http://retailindustry.about.com/b/2012/06/30/my-starbucks-ideas-

boost-customer-loyalty-profits-and-employee-engagement-that-u-s-restaurant-chains-cantignore-sbux.htm).
Iklan yang lebih menonjolkan kelebihan syarikat dan berterusan adalah penting untuk
komersilkan syarikat dan mengekalkan kesetian pelanggan. Iklan meluas terhadap lebih
banyak negara luar dapat membantu Starbuck untuk mendapat liputan yang lebih luas dan
dapat menembusi pasaran yang belum didekati sebelum ini.
Tidak terkecuali seperti syarikat syarikat lain, Starbuck juga menghadapi cabaran iaitu
persaingan yang hebat dari syarikat-syarikat besar yang lain seperti McDonald dan Buskin
Robin dalam penghasilan produk kopi dan ini menyebabkan pelanggan dapat membuat
perbandingan yang nyata dengan kualiti dan kemampuan syarikat-syarikat ini. Pelanggan
dapat memiliki produk yang hampir sama dengan harga yang lebih murah. Oleh itu, Starbuck
perlu mengambil alternatif dan inovasi yang bersesuaian dalam meneruskan usaha
memepelbagaikan produk-produk bukan sahaja kopi malah Starbuck perlu

mengubah

penampilan stor yang lebih menepati kehendak pelanggan dari masa ke semasa selain
menyediakan variasi dalam hidangan kepada pelanggannya.

Starbuks juga perlu

memperkemaskan kualiti produk sediaada supaya dapat menjustifikasikan dengan harga


tinggi yang ditawarkan oleh mereka. Kini, misalnya Starbuck mula memperkenalkan lebih
dari dua puluh jenama produk nya . Antaranya adalah termasuk Veranda Blend, Pike Place
Roast, French Roast dan Ethiopia (rujukan http://adage.com/article/news/starbucks-launchescampaign-focused-bean-quality/244263/) akan dikeluarkan dan menemui pelanggannya di
seluruh negara.

Вам также может понравиться