Вы находитесь на странице: 1из 26

Bab 7

PEMBELAJARAN BERDASARKAN MASALAH


Di akhir modul ini, anda harus boleh:
Mentakrif Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL)
Menjustifikasi penggunaan PBL dalam bidang anda
Menerangkan ciri-ciri dan manafaat PBL
Menerangkan prosedur melaksanakan PBL
Mengenal pasti peranan yang berlainan pembimbingdan pelajar yang
terlibat dalam PBL

GARIS LATAR MODUL


7.5 Apakah pembelajaran berdasarkan
masalah?
7.2 Kenapa pembelajaran berdasarkan
masalah?
7.3 Sejarah pembelajaran berdasarkan
masalah
7.4 Asas teori pembelajaran berdasarkan
masalah
7.5 Tujuan pembelajaran berdasarkan
masalah
7.6 Ciri-ciri pembelajaran berdasarkan
masalah
7.7 Mereka bentuk dan membina
ransangan
7.8 Proses pembelajaran berdasarkan
masalah
7.9 Peranan pembimbing
7.10 Ciri-ciri pembimbing yang baik
7.11 Peranan pelajar
7.12 Penilaian pembelajaran berdasarkan
masalah

Modul 1: Apa itu Pengajaran?


Modul 2: Pengajaran Deduktif dan Induktif
Teaching
Modul 3: Pengajaran Kolaboratif
Modul 4: Pengajaran Kumpulan Kecil
Modul 5: Projek & Amali
Modul 6: Mengajar untuk Mempertingkatkan
Kreativiti
Modul 7: Pembelajaran Berasaskan Masalah
Modul 8: Simulasi dan Main Peranan

Istilah Penting
Ringkasan
Rujukan
Modul ini membincangkan pelaksanaan pembelajaran berdasarkan masalah sebagai
sebuah strategi pengajaran dalam pengajian tinggi. Pembelajaran berdasarkan masalah
yang telah bermula dengan pengajaran pelajar perubatan sedang berkembang pesat ke
disiplin lain di universiti dan kolej. Sementara ada yang menganggap bahawa ia
hanyalah suatu tarikan sementara dalam pendidikan, ada juga yang telah mengguna
pakai strategi pengajaran ini dengan jaya dalam disiplin mereka masing-masing
seperti dalam pengurusan, kejuruteraan, pendidikan, pergigian, kejururawatan dan
lain-lain.

Belajar bukanlah sebuah sukan penyokong. Pelajar tidak belajar banyak


hanya dengan duduk dalam kelas mendengar guru, menghafal tugasan
yang dibungkus terlebih dahulu, dan meluahkan jawaban. Mereka mesti
bercakap tentang apa yang mereka belajar, tulis tentangnya,
hubungkannya dengan pengalaman lampau, aplikasikannya kepada
kehidupan seharian mereka. Mereka mesti membuat apa yang mereka
belajar sebagai sebahagian daripada diri mereka.

Arthur W. Chickering
Seven Principles for Good Practice (1987), diterjemah

7.1 Apakah Pembelajaran Berdasarkan Masalah?

Sementara tidak ramai yang akan membangkang dengan Arthur Chickeringson


yang pembelajaran bukan suatu sukan penyokong, universiti dan kolej tidak dapat
lari daripada pendekatan pembelajaran ini. Kedatangan zaman maklumat dan
perkembangan pesat dalam maklumat yang mudah diakses bagi pelajar membolehkan
pelajar untuk belajar semua perkara dalam masa yang singkat semasa mereka berada
dalam kolej ataupun universiti. Mereka perlu belajar bagaimana untuk belajar dan
menjadi pelajar terarah kendiri. Kemungkinan, penyelesaiannya adalah
Pembelajaran Berdasarkan Masalah atau PBL di mana pelajar berkumpul dalam
kumpulan kecil dengan seorang pembimbing untuk membincangkan suatu set
masalah. Pada mulanya pelajar menjelajah masalah tersebut menggunakan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka diikuti dengan penggubalan hipotesis.
Mereka menentukan apa mereka sudahpun ketahui dan maklumat tambahan yang
mana diperlukan untuk memahami dan menyelesaikan masalah tersebut (Kiley,
Mullins, Peterson dan Rogers, 2000).
Pelajar secara berdikari membuat kajian dan mengumpul maklumat yang
memastikan ataupun sebaliknya hipotesis mereka serta menjana pemahaman baru.
PBL telah dijelaskan sebagai pembelajaran yang terhasil daripada mengerjakan
masalah (Rhem, 1998. p.1, diterjemah). Walaupun terdapat perkataan belajar
dalam PBL, ia merupakan strategi pengajaran dan kurikulum di mana pelajar
dilibatkan dengan masalah kurang berstruktur dalam konteks dan diberi tugasan untuk
mencari penyelesaian kepada masalah.
Adakah PBL sama dengan penyelesaian masalah? Ia tidak sama. Dalam
syarahan dan tutorial tradisional yang didaktik; pelajar diberikan masalah ataupun
latihan dan mereka mengingat semula dan mengaplikasi kaedah dan prosedur yang
dipelajari sebelumnya. Dalam erti kata lain, pelajar bekerja ke hadapan daripada masa
silam kepada penyelesaian untuk menunjukkan aplikasi teori ke dalam amalan dan
selalunya terdapat satu jawaban betul. Ini merupakan suatu teknik pengajaran yang
berkesan, tetapi ia bukan PBL. Dalam sebuah kurikulum PBL, masalah datang dahulu
dan pelajar cuba memahami apa yang mereka perlu pelajari semasa membincangkan
masalah.
Dengan begitu banyak istilah yang beredar seperti pembelajaran aktif,
pembelajaran kooperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berdasarkan

kajian, pembelajaran penemuan, ada ahli akademik menjadi sinis dan menganggap
PBL satu lagi kegilaan pendidikan. Sebenarnya, PBL mungkin dianggap sebagai
semua di atas. PBL menggalakkan pembelajaran aktif di mana pelajar bekerja
secara kooperatif dan kolaboratif menyelam jauh ke dalam penyelesaian sesebuah
masalah atau kes yang memerlukan mereka menjalankan penyelidikan (kajian) dan
pencarian (penemuan) untuk maklumat daripada pelbagai sumber. Walaupun terdapat
keraguan tentang PBL, terdapat minat yang semakin mendalam tentang strategi
pengajaran tersebut dan ia sedang semakin popular dalam pengajaran berbagai
disiplin dalam pendidikan tinggi.
Telah dicadangkan bahawa PBL merupakan suatu strategi pengajaran yang
sesuai kerana ia meniru cara minda kita bekerja. Dalam PBL, pembelajaran dilihat
sebagai suatu proses yang berterusan di mana pelajar terlibat secara aktif dalam proses
pengajaran-pembelajaran dan bukan menjadi penerima fakta, konsep dan prinsip yang
pasif. Sejauhmana berkesannya PBL? Secara umumnya, terdapat bukti kajian yang
menunjukkan bahawa PBL membawa kepada mutu pembelajaran yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu mengukur hasil daripada segi jumlah
fakta yang dipelajari, maka kajian yang menyokong PBL tidaklah kukuh. Ini mungkin
menghalang sesetengah pengajar daripada mengguna pakai PBL. Tetapi, harus
ditekankan bahawa dalam pendidikan dan psikologi, adalah suakr untuk menentukan
dengan pasti keberkesanan sesebuah kaedah pengajaran disebabkan beberapa
pembolehubah penghalang yang tidak dapat dikawal dalam sebuah eksperimen.
Pendidikan PBL yang tulen memerlukan pelajar melalui aktiviti yang sama
semasa pembelajaran yang dihargai dalam dunia sebenar. Tujuannya adalah
untuk mencabar pelajar dengan masalah yang bakal dihadapi dalam amalan
sebagai ransangan untuk pembelajaran dan juga sebagai focus untuk
menyusun apa yang telah dipelajari untuk diingat kembali kemudian dan
aplikasi dalam kerja masa hadapan.
(Sumber: H.S.Barrows. 1996. Problem-based learning in medicine and beyond: A
brief overview. Bringing problem-based learning to higher education: Theory and
practice. San Franciscc: Jossey-Bass Inc. p.3, diterjemah)

7.1 AKTIVITI

a) Apakah yang pelajar suka tentang pengajaran anda?


b) Bilakah pembelajaran menjadi suatu bebanan untuk pelajar
anda?
c) Apakah yang dimaksudkan oleh Barrows dengan suatu
pendidikan PBL yang tulen dalam pernyataan di atas?

7.2 Kenapa Pembelajaran Berdasarkan Masalah?


Alam pekerjaan dan kehidupan harian telah banyak berubah. Masa di mana
seseorang memberitahu anda apa hendak dibuat telah berlalu. Graduan yang
memasuki alam pekerjaan perlu menjadi pakar, pemimpin, pengurus, pencipta dan
orang yang membawa pembaharuan. Apa yang dipelajari di universiti ataupun kolej
dengan pantas menjadi lapuk dan dengan itu pelajar mesti bersedia untuk belajar
sepanjang hayat mereka. Menurut Spencer (2000), untuk memegang suatu jawatan
pada hari, seorang individu harus dibekalkan dengan keupayaan asas berikut:
1. Belajar untuk belajar
2. Berkomunikasi dan berkolaborasi dengan orang lain
3. Berfikir dengan kreatif untuk menyelesaikan suatu masalah yang baru
4. Menjadi cekap daripada segi teknikal
5. Memahami peluang dan kekangan dalam ekonomi global
6. Memimpin dan juga mengikut, sentiasa mengambil initiatif
7. Mengurus kerjaya seseorang untuk mengembangkan kemahiran dan
pengetahuan baru
Kaedah pengajaran yang diguna pakai dalam banyak kolej dan universiti tidak
seberkesan untuk mengembangkan tujuh kemahiran di atas. Kaedah pengajaran
guru-bercakap-dan-pelajar-mendengar tidak berkesan untuk mengembangkan
kemahiran berfikir peringkat tinggi. Pelajar menyimpan sedikit sahaja apa yang
mereka telah pelajari selepas beberapa minggu dan mereka jarang mengaplikasi apa
yang mereka telah pelajari kepada masalah dunia sebenar. Lebih penting lagi, pelajar
tidak mendapat banyak latihan dalam berfikir sendiri ataupun menggubal masalah
yang menarik minat mereka. Sebagai kesan, pelajar memasuki alam pekerjaan dengan
kurang persiapan. PBL sebagai suatu strategi pengajaran alternatif telah terbukti
memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan apa yang mereka sudah
ketahui, menentukan apa yang mereka perlu tahu, mengembangkan kemahiran
interpersonal, dan memperbaiki kemahiran menulis dan bertutur mereka.
7.2 AKTIVITI

Adakah anda bersetuju dengan hujah bahawa pembelajaran


Berdasarkan masalah dapat membekalkan graduan dengan
Keupayaan asas untuk dunia hari ini seperti yang
dicadangkan oleh Spence (2000)?

7.3 Sejarah Pembelajaran Berdasarkan Masalah


Pembelajaran berdasarkan masalah telah bermula di sebuah sekolah perubatan
di McMasters University di Kanada dalam tahun 1970an. Ada yang mengatakan
bahawa secara konsepnya, PBL adalah jauh lebih tua daripada itu dan boleh disusuri
kepada zaman Socrates yang telah memperkenalkan kaedah penyoalan Socratic.
Dalam tahun 1930an John Dewey telah bercakap tentang penglibatan dan perlunya
pembelajaran aktif dalam pendidikan. Kaedah penemuan telah dipopularkan oleh
Jerome Bruner dalam tahun 1960an. Pada mulanya, PBL diperkenalkan untuk
memenuhi permintaan yang berubah dengan pantas dalam pendidikan perubatan

dengan ledakan maklumat perubatan dan teknologi baru. Minat telah tertumpu kepada
mempromosi kurikulum berpusatkan pelajar, suatu pendekatan multidisiplin kepada
pendidikan perubatan dan pembelajaran sepanjang hayat dalam amalan profesional.
Mengajar kandungan khusus kepada disiplin seperti anatomi, fisiologi, biokimia dan
farmakologi secara berasingan, menggunakan pendekatan syarahan yang tradisional
tidak memberikan pelajar konteks untuk mengaplikasi kandungan. Yang
memperkukuhkan pendekatan tradisional ini adalah asas pengetahuan yang berubah
dengan pantas dalam sains dan perubatan, yang memandu perubahan dalam teori dan
amalan (Savery, 2006).
Mengikut pengalaman McMasters University, pendekatan PBL telah diguna
pakai di sekolah-sekolah perubatan yang lain dan menjadi suatu pendekatan
pengajaran yang diterima di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah, lebih-lebih lagi di
United Kingdom. Kekuatiran telah diluahkan oleh beberapa pendidik perubatan
tentang samada doktor yang dilatih menggunakan PBL diberi persediaan yang baik
untuk amalan profesional berbanding doctor yang dilatih menggunakan pendekatan
tradisional. Penyelidikan yang meluas telah dijalankan untuk menjawab soalan ini.
Sebagai contoh, Albanese dan Mitchell (1993) yang telah menjalankan suatu analisis
meta selama 20 tahun yang menilai PBL, mendapati bahawa kaedah PBL adalah sama
dengan pendekatan tradisional daripada segi ujian konvensional tentang pengetahuan
(i.e. prestasi dalam peperiksaan badan perubatan). Walau bagaimanapun, pelajar yang
belajar menggunakan PBL telah menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah
klinikal yang lebih baik. Laporan Anekdotal daripada pengamal PBL menunjukkan
bahawa pelajar adalah lebih terlibat dalam mempelajari kandungan (Top dan Sage,
2002). Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa motivasi, kerelevanan, latihan amali,
pembelajaran aktif, dan pembelajaran kontektual lebih jelas dalam suatu suasana PBL
berbanding kurikulum tradisional (Camp, 1996). Pelajar yang diajar menggunakan kaedah
pendidikan konvensional kurang Berjaya dalam mengaplikasi konsep dan prinsip kepada
masalah yang mereka hadapi kemudiannya dalam kerja mereka. Dan juga, strategi
pembelajaran arah kendiri mereka tidak dikembangkan dengan sebaiknya dan mereka juga
menghadapi kesukaran berkolaborasi dengan berkesan. Yang menarik, kebanyakan masalah
ini nampaknya dapat diatasi dengan berpindah kepada kaedah PBL (Camp, 1996). Walau

bagaimanapun, harus diingat bahawa sesetengah penyelidikan yang membandingkan


kedua-dua pendekatan pengajaran tersebut juga mempunyai kekurangan daripada segi
kaedah dan adalah sukar untuk menunjukkan dengan meyakinkan bahawa PBL adalah
lebih baik daripada kurikulum tradisional.
Penggunaan PBL telah diperluaskan kepada sekolah rendah dan menengah,
kolej dan university serta sekolah profesional (Top dan Sage, 2002). Selain
pendidikan perubatan, PBL juga digunakan dalam pengajaran kejuruteraan,
perniagaan dan pengurusan, pendidikan, sains veterinar, kejururawatan, ekonomi,
teknologi maklumat, seni bina dan lain-lain. Minat terhadap PBL sedang bertambah
dan mungkin salah satu inovasi baru dalam pendidikan yang sedang meningkat
momentumnya. Memang sentiasa aka nada kekuatiran yang seperti inovasi dalam
pendidikan sebelum ini, ia akan menemui takdir yang sama dengan yang lain dan
menjadi pudar.
SEMAK KENDIRI 7.1

a) Susuri asal-usul pembelajaran berdasarkan masalah.


b) Pada pendapat anda kenapa PBL lebih digunakan dengan
meluas dalam pendidikan perubatan berbanding disiplin lain?

7.4 Teori Asas Pembelajaran Berasaskan Masalah


Konstruktivisma merupakan falsafah dan teori psikologi yang boleh disusuri
kepada kerja seorang ahli falsafah kurun ke-18, Giambattista Vico. Dia berpandangan
bahawa manusia hanya boleh tahu atau memahami sesuatu apabila mereka telah
membinanya sendiri. Dia menekankan bahawa untuk mengetahui bermakna
mengetahui bagaimana membuat. Seseorang mengetahui sesuatu hanya apabila dia
boleh memberitahu komponen apakah yang terkandung di dalamnya dan apa yang dia
telah bina. Pandangan ini menolak kepercayaan bahawa pengetahuan mestilah suatu
representasi sesuatu yang benar ataupun ianya ada sebelum dialami.
Sebaliknya, ia berpegang kepada pendapat bahawa pengetahuan adalah
sesuatu yang dibina secara peribadi oleh individu dengan suatu cara yang aktif,
apabila mereka cuba memberikannya suatu maksud kepada pemikiran yang diterima
dan dikongsikan masyarakat. Seperti yang dinyatakan oleh von Glasersfeld (1989)
bahawa pengetahuan adalah hasil daripada binaan seorang individu dan bukan sesuatu
yang berada di luar orang yang tahu. Sebagai contoh, apabila anda melihat sebuah
kereta, pemahaman anda tentang kereta itu tidak datang daripada kereta itu tetapi
daripada dalam minda anda. Anda memberikan maksud kepada apa yang anda lihat.
Ia mungkin sebuah kereta lumba, ia mungkin sebuah sedan, ia mungkin buatan Jepun
ataupun ia mungkin buatan Jerman. Sekiranya itu benar, pengetahuan tidak boleh
diberikan daripada satu minda kepada yang lain.
Apabila diaplikasikan dalam pendidikan, pelajarlah yang berinteraksi dengan
objek dan kejadian dan dengan itu mendapat suatu pemahaman tentang ciri-ciri yang
dipunyai oleh objek ataupun kejadian tersebut. Pelajar, dengan itu, membina
konseptualisasinya dan penyelesaian kepada masalah sendiri. Pelajar belajar dengan
memasukkan maklumat baru bersama dengan apa yang mereka sudahpun tahu dan
mereka belajar paling banyak apabila mereka membina dengan aktif pemahaman
mereka sendiri (lihat Gambarajah 7.1). Maka, pembelajaran diletakkan pada pelajar
dan bukan guru ataupun pengajar. Ahli Konstruktif melihat pembelajaran sebagai
hasil daripada pembinaan mental di mana otonomi dan initiatif pelajar diterima dan
digalakkan. Pelajar digalakkan untuk mencipta penyelesaian mereka sendiri dan
mencuba idea serta hipotesis Mereka diberi peluang untuk membina daripada
pengetahuan sedia ada.
Menurut von Glasersfeld (1989), semua guru yang baik tahu bahawa
bimbingan yang mereka berikan kepada pelajar harus sentiasa tentative dan tidak
boleh menggunakan pendekatan penentuan mutlak, kerana dalam konstruktivisma aka
nada lebih daripada satu penyelesaian kepada sebuah masalah dan beberapa
penyelesaian mungkin digunakan daripada sudut pandang yang berlainan.

Gambarajah 7.1 Dua Orang Pelajar Membina Pengetahuan Secara yang


Berbeza

Pembelajaran
berdasarkan
masalah
adalah
berdasarkan
kepada
konstruktivisma yang menggalakkan dan menerima otonomi dan inisiatif pelajar,
melihat pelajar sebagai makhluk yang mempunyai azam dan tujuan, menggalakkan
kajian pelajar, memperakui peranan penting pengalaman dalam pembelajaran.
memupuk sifat ingin tahu yang semula jadi, mempertimbangkan model mental
pelajar, menggalakkan ramalan, analisis dan sintesis, menggalakkan pelajar untuk
terlibat dalam dialog dengan pelajar lain dan guru, mempertimbangkan bagaimana
pelajar belajar, mempertimbangkan kepercayaan dan sikap pelajar, memberikan
pelajar peluang untuk membina pengetahuan dan pemahaman baru daripada
pengalaman tulen, melibatkan pelajar dalam situasi dunia sebenar dan menyokong
pembelajaran kolaboratif dan refleksi.

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah teori asas pembelajaran berdasarkan masalah?

7.5 Matlamat Melaksanakan Pembelajaran Berdasarkan


Masalah

Apakah tarikan PBL? Apakah yang seseorang berharap untuk mencapai


dengan memperkenalkan PBL yang kaedaj tradisional tidak dapat lakukan dengan
berkesan? Henry Barrows, dianggap sebagai bapa PBL, telah mencadangkan tujuan
berikut untuk melaksanakan PBL sebagai suatu kaedah pengajaran di universiti dan
kolej (1986, 1996). Lihat Gambarajah7.1.
Pembelajaran Aktif

Pembinaan Pengetahuan

Perkembangan Strategi Pemikiran

MATLAMAT
PBL

Perkembangan Strategi
Pembelajaran Terarah Kendiri
Kolaborator yang Berkesan

Mempertingkatkan Motivasi
untuk Belajar
Pendekatan Multidisiplinari
Approach

Gambarajah7.2 Matlamat Melaksanakan PBL Dalam Pengajian Tinggi

PEMBELAJARAN AKTIF Pelajar bukanlah penerima maklumat yang pasif


(seperti yang berlaku dalam syarahan beramai) tetapi sebaliknya telibat secara
aktif dalam proses pembelajaran yang mungkin melibatkan memberi
maklumat, mencari maklumat, membuat persembahan lisan, menganalisis
maklumat dan sebagainya.
PEMBINAAN PENGETAHUAN Pelajar menggunakan pengetahuan sedia
adanya dan menggabungkannya dengan maklumat sedia ada untuk
menghasilkan maklumat baru
PERKEMBANGAN STRATEGI PEMIKIRAN Melalui hubungan dengan
masalah hidup sebenar (masalah tulen), pelajar akan kembangkan keupayaan
untuk melihat masalah dan memahami ciri-cirinya, menggubal dan

menganalisis hipotesis dengan kritis dan akhirnya membuat keputusan tentang


tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
KOLABORATOR BERKESAN Pelajar bekerja bersama dalam kumpulan
dan menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam erti kata lain, pelajar
belajar kemahiran sosial seperti mengetahui cara berkelakuan dalam
kumpulan, bagaimana untuk bekerja bersama dan untuk saling membantu
untuk mendapatkan pemahaman tentang apa yang mereka pelajari.
PERKEMBANGAN STRATEGI TERARAH KENDIRI Pelajar belajar
untuk menjadi pelajar terarah kendiri yang lebih berkesan yang sedar peri
pentingnya keperluan pembelajaran peribadi dan dapat memperoleh
pengetahuan melalui belajar sendiri hampir secara berdikari.
PENINGKATAN MOTIVASI UNTUK BELAJAR Apabila pelajar melihat
masalah yang dipelajari sebagai berkaitan, dapat menggunakan pengetahuan
sedia ada mereka dan diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran; mereka akan bermotivasi untuk belajar.
PENDEKATAN MULTISIPLINARI Masalah yang diberikan
menggalakkan pelajar mengambil daripada berbagai sumber maklumat; seperti
kandungan daripada topik ataupun disiplin berlainan ke arah menyelesaikan
sebuah masalah.

Tujuan PBL adalah serupa dengan matlamat pengajaran dalam kebanyakan


sekolah tidak kira disiplin apapun. Adakah anda bersetuju? Kelebihannya adalah
bahawa PBL lebih berkemungkinan merealisasi matlamat tersebut dengan lebih
berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional yang diamalkan di
sekolah-sekolah. Objektif utama PBL adalah untuk meransang pemikiran tahap tinggi,
di mana pelajar menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat dan bukan sahaja
mengetahui dan memahami maklumat. Kolaborasi merupakan suatu komponen PBL
yang penting yang merupakan keupayaan yang mesti dipupuk kerana dalam alam
pekerjaan pelajar akan selalu bekerja sebagai ahli dalam kumpulan.
7.3 AKTIVITI

Sejauhmanakah tujuan PBL selaras dengan matlamat


pengajaran dan pembelajaran dalam institusi anda?

7.6 Ciri-ciri Pembelajaran Berdasarkan Masalah

Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) merupakan suatu cara


pembelajaran aktif yang mengajar pelajar kemahiran menyelesaikan masalah sambil
pada masa yang sama membenarkan mereka memperoleh pengetahuan asas. Ia
merupakan suatu pendekatan berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pembimbing
dan bukannya penyebar. Masalah, senario ataupun kes yang diberikan adalah terbuka
dan kurang berstruktur (bukannya masalah berstruktur) yang menjadi ransangan
permulaan untuk pembelajaran. Masalah mesti direka bentuk supaya pelajar akan
berminat secara intrinsik tentang bidang tersebut. Apabila seorang pelajar berminar
secara intrinsik untuk belajar, terdapat kemungkinan yang dia akan lebih berusaha.

Dalam persekitaran PBL, penekanan diberi kepada pembelajaran (pembelajaran


mendalam) dan bukannya kepada sekadar mengingat kembali (pembelajaran
permukaan). Dan juga, PBL menggalakkan pelajar menjadi pelajar terarah kendiri
dan bukan bergantung kepada pengajar untuk memberitahu mereka setiap butiran.
Kaedah pengajaran konvensional dalam pengajian tinggi selalunyadeduktif
manakala PBL selalunya induktif (lihat Gambarajah 7.2).
Pendekatan Deduktif
Fakta, konsep dan
prinsip
dipersembahkan
oleh guru

Pelajar belajar
kandungan

Masalah diberi untuk


pelajar mengaplikasi
konsep & prinsip

Pelajar mengenal
pasti apa yang
harus dibuat dan
kandungan yang
diperlukan

Selesaikan masalah
dengan kandungan
yang relevan dengan
kandungan dan bukti

Pendekatan Induktif
Masalah
dipersembahkan

Gambarajah 7.2 Pendekatan Pengajaran Deduktif dan Induktif

Pembelajaran adalah berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan


untuk belajar topik-topik yang mereka paling minat dan untuk menentukan
bagaimana mereka hendak mengkajinya. Pelajar akan mengenal pasti
keperluan pembelajaran mereka (apa yang mereka tahu dan apa yang mereka
perlu tahu), membantu merancang kelas, memimpin perbincangan kelas dan
mentaksir kerja mereka sendiri serta kerja rakan sekelas mereka (Reynold,
1997).
Pelajar juga membina keupayaan metacognitif mereka di mana mereka
belajar untuk menyedari tentang maklumat yang mereka sudahpun ketahui
tentang masalah tersebut, maklumat yang mana mereka tidak mengetahui dan
perlu tahu untuk menyelesaikan masalah serta strategi untuk digunakan untuk
menyelesaikan masalah. Untuk menjadi penyelesai masalah yang berkesan
dan pelajar terarah kendiri, pelajar perlu boleh meluahkan pemikiran
sedemikian.
Ada kemungkinan bahawa pada peringkat permulaan, ramai pelajar tidak
mempunyai keupayaan pemikiran metakognitif yang baik; dan dengan itu
pembimbing terpaksa menjadi seorang jurulatih kognitif juga (ArambulaGreenfield 1996). Jurulatih kognitif menjadikan proses pemikirannya sebagai
model supaya pelajarnya boleh melihat strategi kajian yang digunakan dan
juga membantu pelajar untuk memperjelaskan dan menjawab soalan kajian
yang membawa kepada penyelesaian masalah.
Bagi menggalakkan pelajar menjadi pelajar terarah kendiri, pembimbing
mengadakan suatu suasana bilik darjah di mana pelajar terlibat dalam
pemikiran reflektif dan dapat mengekspresi diri mereka dengan bebas tanpa
rasa takut dimarah atau membuat kesalahan.

Kerja kumpulan merupakan suatu aspek PBL yang sangat penting. Kenapa? Ia
membantu pelajar membina komuniti pembelajaran di mana mereka berasa
selesa membina idea-idea baru dan bertanya soalan (Allen, Duch & Groh,
1996). Ia juga mempertingkatkan kemahiran komunikasi pelajar serta
keupayaan mereka mengurus dinamika kumpulan. Selain itu, kerja kumpulan
adalah menarik kerana ia dapat memotivasi pelajar untuk terlibat secara aktif
dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, ia harus diingat bahawa
kumpulan tidak sentiasa bekerja dengan berkesan [Rujuk kepada Bab 2
tentang bagaimana untuk mengurus kumpulan].Pembimbing mungkin perlu
mengajar pelajar untuk berbincang dengan berkesan dalam kumpulan kerana
bukan semua pelajar biasa dengan kerja kumpulan.
Maknanya saya perlu kenal
pasti masalah, tentukan apa
yang saya tahu dan tidak tahu
serta selesaikan masalah
sebagai sebuah kumpulan!

Betul tu. Saya hanya


mereka bentuk masalah
tersebut, pilih beberapa
sumber dan bimbing
pelbelajaran kamu.

7.3 AKTIVITI

a) Berikan contoh-contoh bagaimana anda menggunakan


pendekatan induktif dalam pengajaran dalam bidang anda.
b) Adakah kerja kumpulan penting dalam mata pelajaran yang
anda ajar?
c) Dalam karikatur di atas, pada pendapat anda kenapa pelajar
tersebut nampak kurang senang tentang peranannya dalam
PBL?

7.7 Mereka Bentuk dan Membina Pencetus


Kunci kepada PBL adalah pencetus yang telah diberikan berbagai takrifan
seperti masalah, senario dan kes. Pencetus adalah tumpuan untuk pembelajaran yang
mewakili cabaran yang pelajar akan hadapi semasa internship, latihan praktikal
ataupun apabila mereka menyertai dunia pekerjaan selepas bergraduasi. Pencetus
harus diberikan dengan cara yang sama dengan bagaimana ia berlaku dalam dunia
sebenar. Kunci kepada PBL yang Berjaya adalah jumlah usaha yang diletakkan dalam
mencipta suatu pencetus. Sebagai pengajar, anda harus membina suatu permasalah
atau kes yang benar-benar bermakna kepada pelajar. Menulis sebuah pencetus yang
baik mungkin suatu tugas yang sukar untuk pengajar pada peringkat permulaan

semasa menggunakan PBL untuk kursus mereka. Berikut adalah beberapa garis
panduan untuk bagaimana menulis pencetus yang baik:
Suatu pencetus yang baik harus kurang berstruktur yang bermakna
bahawa ia harus terbuka dan memerlukan pelajar untuk menjelajah banyak
alternatif (penyelesaian pelbagai) sebelum memutuskan suatu penyelesaian
(Shelton & Smith, 1998).
Pencetus yang baik harus memberikan peluang untuk pelajar menyelesaikan
masalah yang ditemui oleh pakar dalam bidang (masalah tulen). Misalnya,
terpaksa membuat keputusan samada untuk menghentikan perkhidmatan
pekerja dalam pekerjaan yang lapuk atau melatih semula merupakan suatu
masalah dunia sebenar yang dihadapi oleh seorang pengarah urusan sesebuah
syarikat.
Suatu pencetus yang baik harus cukup kompleks untuk memerlukan
kolaborasi dan pemikiran menjangkau mengingat. Dalam erti kata lain,
pencetus tidak boleh diselesaikan sendirian dan akan memerlukan pelajar
untuk berkolaborasi.
Suatu pencetus menjana kontroversi dan menyebabkan pelajar bertanya
soalan. Ia memerlukan pelajar untuk membuat perbualan, menjalankan kajian
primer dan sekunder, bertanya soalan, mencungkil dan menyiasat; i.e. refleksi,
pemikiran dan perbincangan.
Suatu pencetus yang baik adalah suatu yang pelajar lihat sebagai relevan
daripada segi profesional dan berguna untuk masa hadapan yang akan
memotivasi mereka untuk mengkajinya. Ia haruslah relevan kepada industri
dan mencerminkan apa pelajar akan temui di tempat kerja bagi
mempersediakan mereka untuk alam pekerjaan.
Suatu pencetus yang baik harus menarik dan mencabar bagi memotivasi
pelajar untuk menyelesaikannya. Masalah harus memberikan peluang yang
cukup untuk pelajar menjalankan kajian dan mengkajinya sendiri, membina
pengetahuan sedia ada dan mempromosi pemindahan pengetahuan kepada
situasi yang unik.
Suatu pencetus memberikan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Suatu pendekatan untuk membina masalah ataupun kes adalah untuk bekerja
ke belakang daripada soalan peperiksaan. Misalnya, sebuah soalan esei
dalam sebuah peperiksaan diperluaskan kepada suatu kes atau permasalahan
yang lebih besar yang lebih tidak berstruktur, memerlukan penyelesaian yang
pelbagai.
Suatu lagi pendekatan adalah untuk mengenal pasti debat semasa dalam
bidang yang boleh dialih menjadi suatu pencetus yang pelajar akan jelajahi.
Suatu pencetus yang dibina harus diuji pilot dengan pelajar untuk mendapat
maklumbalas sebelum menjalankannya.
Suatu pencetus yang baik harus membenarkan pelajar untuk
menggabungjalin maklumat daripada berbagai topik, disiplin ataupun
pengetahuan. Ini kerana pencetus dalam dunia sebenar merentas disiplin dan
mensamarkan garisan di antara topik, mata pelajaran dan disiplin. Pencetus
tidak harus mempromosi pengasingan topik, mata pelajaran atau disiplin
kerana ini tidak tulen.
Cakupan pencetus mesti mencerminkan kekangan guna tenaga, masa dan
bajet. Cakupan masalah tidak harus menjangkau sumber yang tersedia

kepada pelajar. Misalnya, sebuah masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam
masa yang diberi.
Pencetus mesti distruktur untuk menggalakkan pembelajaran kumpulan
kecil untuk menyelesaikan masalah. Pelajar harus belajar untuk bekerja dalam
kumpulan untuk menyelesaikan masalah.

SEMAK KENDIRI 7.3

a) Apakah ciri-ciri suatu pencetus yang baik?


b) Mengapakan suatu pencetus adalah penting dalam
pelaksanaan PBL?

7.8 Proses Pembelajaran Berdasarkan Masalah

Peringkat Persediaan
Pilih sebuah masalah ataupun kes. Pastikan bahawa masalah ataupun kes
tersebut mencerminkan keperluan guna tenaga, masa dan kekangan bajet.
Dalam erti kata lain, jangan pilih suatu masalah yang tidak boleh diselesaikan
dalam masa yang ada atau terlalu mencabar daripada segi keperluan tenaga
atau masa yang diperlukan ataupun wang yang diperlukan.
Selalunya, masalah tersebut haruslah lebih kurang satu mukasurat panjangnya
dan salinan bercetak tersedia untuk disebarkan.
Pecahkan pelajar kepada kumpulan secara rawak (setiap kumpulan haruslah di
antara 6-8 orang ahli).
Berikan sebuah senarai nama ahli dalam setiap kumpulan.
Perkenalkan Pelajar Kepada PBL
Terangkan kepada pelajar apa itu PBL dan bagaimana ianya berbeza dengan
strategi pengajaran yang lain.
Beritahu pelajar apa yang mereka harus buat.
Tentukan norma bilik darjah umum yang bertujuan untuk membuat pelajar
selesa dalam persekitaran pembelajaran yang baru itu.
Kesilapan harus dilihat sebagai peluang pembelajaran dan bukan indikator
kelemahan.
o Soalan yang salah hanyalah soalan yang tidak ditanya
o Jawaban yang salah hanyalah apabila berdiam.
Pelajar diberitahu bahawa mereka adalah dikirakan bersendirian tetapi
pembimbing kursus akan masuk campur apabila perlu.
Pelajar diminta membina norma dan peraturan bilik darjah untuk kumpulan
kerja mereka seperti dasar kehadiran, jadual pertemuan dan sebagainya.
Langkah Dalam Melaksanakan PBL
Banyak model berlainan telah dicadangkan untuk proses PBL. Walau bagaimanapun,
terdapat langkah-langkah umum yang unik kepada semua model berkenaan. Berikur

adalah suatu proses PBL yang generik berdasarkan gabungan berbaga model (Bufield
& Ton Peijs (2003; Spence, 2000).
Langkah 1:
Penerangan

Langkah 2:
Pentakrifan
Masalah

Langkah 3:
Sumbangsaran

Langkah 6:
Mesyuarat
Kumpulan

Langkah 5:
Membaca &
Mengkaji

Langkah 4:
Penelitian
Semula

Langkah 7:
Laporan
Langkah 1: Penerangan Tentang Masalah ataupun Kes
Pelajar akan diberikan pencetus yang
mungkin suatu masalah, kes ataupun
senario; kalau boleh dalam bentuk bercetak.
Pengajar bermula dengan sebuah minisyarahan yang menerangkan masalah dan
untuk mengesan kesulitan.
Pelajar membaca penerangan tentang
masalah ataupun kes ataupun senario, dan
kemudian
mengenal
pasti
maksud
perkataan, terma atau konsep yang tidak
jelas. Pelajar lain atau pengajar boleh
menjawab pertanyaan.
Langkah 2: Mentakrif Masalah ataupun Kes ataupun Senario
Pembimbing akan mengenalkan dirinya dengan memberitahu kumpulan
sesuatu tentang bidangnya dan minat peribadi. Pembimbing mungkin patut
menentukan bagaimana pelajar harus memanggil mereka.
Pelajar akan disuruh untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada
kumpulan. Pelajar memberitahu kumpulan sesuatu tentang diri mereka yang
mereka belum lagi tahu.
Fokus kepada masalah. Apakah masalah yang perlu diselesaikan?
Bagaimanakah kumpulan dapat bersetuju tentang apa yang perlu diselesaikan?

Cipta imej mental tentang situasi


tersebut
dengan
memberikan
tumpuan
kepada
keadaan,
kekangan dan kriteria bagi
menerima suatu penyelesaian.
Pelajar
digalakkan
untuk
menyumbangkan
pandangan
mereka tentang masalah tersebut.
Pembimbing mesti memastikan
bahawa semua orang memberi
sumbangan kepada perbincangan
tersebut.
Menerima hakikat bahawa ahli
kumpulan yang berlainan mungkin
mempunyai
pandangan
yang
berbeza tentang masalah tersebut.
Membandingkan
pandanganpandangan yang berbeza ini
membantu mentakrif tugasan yang
akan dihadapi.
Pastikan susunan tempat duduk
membolehkan aliran perbualan
yang bebas dan memastikan yang
semua orang boleh bertentang
mata dengan semua orang lain
dalam kumpulan. Sekiranya ini
bukan keadaannya, cadangkan
untuk mengubah susunan perabot.

Langkah 3: Sumbangsaran Penyelesaiannya


Ini merupakan langkah yang paling penting dalam proses penyelesaian
masalah.
Pelajar mencuba beberapa penerangan atau penyelesaian kepada masalah
berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka. Cubacuba dengan masalah tersebut!
Teruskan membuat sumbangsaran sehingga tidak ada lagi idea yang datang.
Jangan buat keutamaan untuk idea-idea ataupun cadangan kerana semua
dianggap sama sah walaupun bagaimana pelik ia kelihatan pada mulanya.
Setiausaha menulis semua idea yang berkemungkinan yang menyumbang ke
arah memahami, menerangkan dan menyelesaikan masalah pada papan tulis
ataupun sehelai kertas putih yang besar.
Setelah semua ideas ditulis barulah ia dibincangkan dengan lebih terperinci
dan keutamaan ditentukan.
Pembimbing harus tidak menggalakkan pelajar untuk berbincang terlalu
mendalam semasa fasa sumbangsaran. Langkah ini penting kerana ia
menggalakkan pelajar untuk mendapatkan berbagai penyelesaian kepada
masalah yang sama.
Hasilnya adalah suatu senarai penerangan ataupun penyelesaian yang mungkin
kepada masalah tersebut.

Langkah 4: Penelitian Semula Idea


Di sini kumpulan tersebut akan meneliti semula ideaidea yang diketengahkan dalam sumbangsaran
dengan lebih terperinci untuk mengesan corak dan
penyelesaian ataupun idea yang mempunyai
hubungan.
Memutuskan tentang apa yang sudah diketahui dan
tidak diketahui serta apa yang perlu dijelajahi lebih
mendalam.
Kumpulan perlu menjuruskan kepada sebilangan
penyelesaian yang tentative.
Putuskan isu-isu mana yang semua orang akan tangani dan yang mana akan
dibahagikan (beberapa isu adalah sangat penting kepada keseluruhan bidang
sehinggakan semua pelajar perlu membaca tentangnya sebelum perbincangan).
Langkah 5: Membaca dan Mengkaji
Individu akan diberikan tugasan untuk mencari apa-apa sumber pembelajaran
untuk mendapatkan maklumat yang akan menyumbang kepada pemahaman,
penjelasan dan penyelesaian masalah.
Sumber pembelajaran
o Akses kepada buku teks, syarahan dan rujukan yang dibekalkan oleh
pembimbing.
o Perpustakaan (fizikal atau digital) dan membina strategi pencarian.
o Sumber laman web (menyemak keesahan sumber)
o Sumber-sumber komuniti
Tentukan tarikh akhir untuk setiap ahli kumpulan.
Jadualkan berapa kerap ahli kumpulan harus bertemu untuk memperjelaskan
dan menentukan bahawa semua ahli kumpulan berada di landasan yang betul.
Langkah 6: Pertemuan Kumpulan
Setiap pelajar bertanggungjawab untuk tugasan mereka dan mesti bersedia
untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah dengan berkongsi
apa yang mereka telah kumpulkan.
Selepas setiap pertemuan kumpulan, kumpulan tersebut akan menggubal
peringkat seterusnya tugasan yang akan dibuat.
Langkah 7: Melaporkan Penyelesaian
Setelah memutuskan yang maklumat adalah mencukupi untuk penyelesaian
masalah, kumpulan akan menulis penyelesaian tersebut.
Penyelesaian tersebut dipersembahkan kepada pembimbing.
Proses pembelajaran berdasarkan masalah yang diringkaskan di atas mungkin
berbeza antara disiplin dan objektif pembelajaran. Dan juga, jumlah masa yang
digunakan untuk sesuatu masalah mungkin berbeza mengikut objektif topik ataupun
kursus. Misalnya, dalam situasi tertentu, kumpulan mungkin bertemu untuk lebih
kurang dua jam seminggu sekali selama sesi pembelajaran berdasarkan masalah.
Pelajar mungkin dijangka menggunakan 4-6 jam setiap minggu untuk pembelajaran
mandiri di luar kumpulan kecil untuk membuat kajian dan mengelaborasi maklumat

dan konsep baru. Apabila mereka bertemu semula dalam kumpulan kecil setiap
minggu, mereka akan membawa pengetahuan baru dan maklumat baru ini kepada
kumpulan mereka. Pembimbing mungkin mengenengahkan isu-isu penting dan
objektif pembelajaran yang akan perlu dikenal pasti dan dibincangkan. Maklumat
baru yang dibina dalam masalah yang asal mungkin diperkenalkan oleh pembimbing.
7.4 AKTIVITI

Ada pengajar telah berhujah bahawa proses PBL process tidak


berbeza dengan latihan atau tugasan penyelesaian masalah
yang melibatkan pelajar dalam kelas. Adakah anda bersetuju?

7.9 Peranan Pembimbing


Peranan pembimbing dalam PBL kelas adalah berlainan daripada peranan
pembimbing dalam sesi pengajaran kumpulan kecil yang lain. Yang paling penting
pembimbing
merupakan
seorang
pemudahcara dan bukannya pemberi
maklumat ataupun kandungan. Malah,
telah dicadangkan bahawa pembimbing
tidak semestinya seorang pakar dalam
mata pelajaran (yang mana mungkin sukar
untuk sesetengah ahli akademik untuk
menerimanya!). Berikut adalah senarai
peranan pembimbing dalam kelas PBL:
Pembimbing merupakan seorang
jurulatih yang memantau kemajuan
pelajar melalui proses pembelajaran.
Dia mencetus ataupun meransang pelajar untuk meneliti apa yang mereka
sudah ketahui, i.e. pengetahuan sedia ada.
Pembimbing membimbing pelajar untuk mengenal pasti isu-isu utama dalam
setiap kes, masalah ataupun senario dan untuk memikirkan tentang
kemungkinan.
Pembimbing mesti memastikan bahawa kumpulan tersebut sentiasa mengikut
sasaran dan fokus kepada isu-isu utama untuk dikaji; bukannya pergi kepada
pelbagai arah dengan tidak menentu.
Pembimbing tidak harus takut untuk menyertai kumpulan sebagai peserta
tetapi tidak harus mendominasi kumpulan dengan pendapatnya.
Pembimbing harus menseimbangkan di antara terlibat dengan terlalu pasif
atau terlalu aktif dalam perbincangan.
Pembimbing harus menyoal pelajar untuk membimbing pembelajaran.
o Menggunakan soalan untuk menerangkan dan mentakrifkan
istilah. Misalnya, apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran
karbon? Bagaimanakah tahap pengeluaran karbon memberi kesan
kepada pemanasan global?

o Menggunakan soalan untuk mencungkil proses pemikiran


pelajar. Misalnya; sekiranya seorang bertanya; Bolehkah anda
berikan kami lebih maklumat tentang pemanasan global?,
pembimbing mungkin bertanya:
Apakah sebab-sebab anda bertanya soalan itu?
Bagaimanakah mengetahui jawaban akan membuat
perbezaan kepada pemahaman anda tentang pemanasan
global?
o Gunakan soalan untuk membuat hubungan. Misalnya,
pembimbing mungkin bertanya, "Apakah hubungan di antara
pengeluaran karbon dan pemanasan global? Bagaimanakah isu-isu
tentang gaya hidup negara kaya dapat dikaitkan dengan pemanasan
global?"
o Contoh komen yang seorang pembimbing mungkin buat (Barrows
& Tamblyn, 1980; Sparks (1984).
Hmmmmm
Ya kah?
Saya kurang faham apa yang anda katakan, boleh anda
katakana sekali lagi
Ada idea lain
Kenapa begitu? Macam mana begitu?
Kenapa anda membuat rumusan itu?
Adakah anda bersetuju dengan apa yang telah
dikatakan?
Adakah anda rasa anda perlu mendalami hujah itu?
Bagaimanakah ini berkaitan dengan maklumat lain?
Sudahkah anda mempertimbangkan atau memikirkan
tentang..
Berikan contoh yang jelas?
Adakah terdapat cara lain untuk meneliti masalah ini?
Sebelum kita sudahi, mari kita merefleksi tentang apa yang
kita telah buat

Pembimbing harus mengingatkan pelajar tentang banyak mana mereka


sedang belajar secara berkala. Biar khusus dan berikan contoh.
Pembimbing mesti belajar untuk tolerasi senyap. Apabila komunikasi
terhenti atau tidak bergerak, tunggu selama tiga puluh saat, salah seorang
mesti mula bercakap. Ia mungkin membantu untuk bertanya kumpulan
kenapa mereka tersekat atau bertanya salah seorang untuk memberikan
ringkasan.
Pembimbing harus cuba untuk semak pemahaman pelajar dengan
meminta mereka untuk:
o Lukis sebuah gambarajah untuk menggambarkan suatu konsep.
o Mencipta suatu grid yang menunjukkan hubungan di antara
konsep.
o Meringkaskan perbincangan.

Pembimbing harus sedar tentang sebuah kumpulan yang banyak


bercakap atau ghairah di mana semua orang seronok sehinggakan mereka
menjadi tidak berfokus dan gagal menyoal atau mencabar andaian.
Pembimbing harus membuat nota tentang hujah yang pelajar kurang
pasti dan memastikan samada mereka faham, soalan berikut boleh ditanya:
o Adakah semua orang faham maklumat yang dipersembahkan?
o Adakah semua orang bersetuju dengan maklumat ini atau mereka
ingin tahu lebih lanjut?
o Patutkah disebarkan sehelai kertas ringkasan yang mengandungi
maklumat ini?
Sekiranya pelajar dalam kumpulan tersekat, jangan biarkan mereka
meneka tetapi sebaliknya bantu mereka, walaupun terpaksa memberitahu
mereka apa yang harus dibuat.
Pembimbing harus membantu pelajar untuk membuat refleksi tentang apa
yang telah dibincangkan, kerana refleksi memperbaiki penyelesaian
masalah.
Pembimbing harus mencipta dan meneruskan persekitaran yang mesra dan
selamat di mana pelajar akan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan
idea tanpa rasa takut diperkecilkan.
Pelajar harus jujur dengan pelajar; sekiranya dia tidak tahu, tolong
katakana dan jangan berbohong.
Pelajar harus menjadi diri mereka, seluruhnya.
7.5 AKTIVITI

a) Bincangkan peranan pembimbing dalam kelas PBL.


b) Bagaimanakah soalan digunakan untuk membimbing
pembelajaran dalam kelas PBL?

7.10 Peranan Pelajar

Soalan bodoh hanyalah soalan yang tidak ditanya.

Pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu proses berpusatkan pelajar dan


adalah tanggungjawab individu pelajar untuk terlibat dengan sepenuhnya, bukan
sahaja untuk pembelajarannya sendiri, tetapi juga untuk membantu pembelajaran
orang lain dalam kumpulan. Walaupun banyak masa digunakan bersendirian dalam
perpustakaan atau depan komputer, manafaat PBL tidak dapat diraih secara
bersendirian.
Menghormati

mendengar, dan mengindikasi dengan perlakuan verbal atau bukan verbal


yang sesuai

perlakuan verbal dan bukan verbal adalah tidak biadap, angkuh atau
berlebihan
membenarkan orang lain mengekspresi pendapat mereka dan memberi
maklumat tanpa "merendahkan" sesiapa
terlibat dalam perbincangan tentang perbezaab nilai moral
membezakan nilai maklumat daripada nilai seseorang
memperakui sumbangan orang lain
memohon maaf sekiranya lambat atau memberi sebab dia lambat

Kemahiran Komunikasi

bercakap terus kepada ahli kumpulan


mempersembahkan dengan jelas
menggunakan perkataan yang orang lain faham
menggunakan soalan terbuka dengan bersesuaian
mengenal pasti salah faham antara diri sendiri dan orang lain atau antara orang
lain
cuba menyelesaikan salah faham
memeriksa andaian sendiri tentang ahli kumpulan
menerima dan berbincang isu emosi
dapat mengekspresi keadaan emosi diri sendiri dalam situasi bersesuaian
perlakuan bukan verbal adalah konsisten dengan tona dan kandungan
komunikasi verbal
perlakuan verbal atau bukan verbal mengindikasi bahawa pernyataan telah
difahami
memperaku dan merespond kepada komunikasi bukan verbal ahli kumpulan

Tanggungjawab

tepat masa
menyelesaikan tugasan yang diberi
mempersembahkan maklumat yang relevan
mengenal pasti maklumat yang tidak relevan ataupun berlebihan
mengambil initiatif ataupun membantu untuk meneruskan dinamika kumpulan
memajukan perbincangan dengan merespon kepada atau mengembangkan isuisu relevan
mengenal pasti keadaan emosi atau fizikal diri sendiri apabila relevan kepada
fungsi diri ataupun dinamika kumpulan
menjelaskan kekuatan dan kelemahan ahli kumpulan secara menyokong
memberi notis terdahulu tentang ketidak hadiran
berbincang alternatif sekiranya tidak dapat menyiapkan suatu tugasan yang
diberi

Kesedaran/Penilaian Diri

mengaku kurang faham


mengaku kekurang pengetahuan berkenaan
mengaku kurang selesa dalam berbincang atau menangani suatu isu
mengenal pasti kekuatan diri
mengenal pasti kelemahan diri

mengenal pasti cara membetulkan kekurangan atau kelemahan diri


merespon kepada komen negatif yang membina tanpa mempertahankan diri
atau menyalahkan orang lain
merespon kepada komen negatif yang berpatutan dengan cadangan
bersesuaian untuk perubahan tingkah laku

7.11 Sumber Pembelajaran

Pelaksanaan PBL yang berjaya memerlukan pelajar mendapat akses kepada


sumber pembelajaran yang relevan yang mungkin terdiri daripada yang berikut:
Buku, nota kelas, slaid powerpoint dan lain-lain.
Kamus dan kamus khusus kepada disiplin (e.g. kamus perubatan, kamus
kejuruteraan, kamus pengurusan) untuk memperjelas konsep dan istilah.
Akses kepada rencana jurnal, laporan, monograf. Adalah penting untuk
mengelakkan daripada "permainan meneka" atau membuang masa mengesan
rujukan yang sukar didapati. Tetapi, adalah juga penting untuk membina
kemahiran mencari maklumat yang baik.
Pelajar senior dan pelajar pasca siswazah sebagai sumber
Pelajar harus biasa dengan berbagai bahan rujukan yang ada dalam CDROM/VCD
Sumber web laman web, rencana, gambar, animasi, lakaran, klip video, klip
audio, dan sebagainya.
Kakitangan akademik yang mempunyai minat khusus dalam bidang ataupun
yang telah mengindikasi keinginan untuk bertindak sebagai sumber rujukan.
Pelajar yang ingin menggunakan kakitangan akademik sebagai suatu sumber
harus membuat temujanji. Pelajar harus jelas tentang bidang yang khusus
untuk dibincangkan dan harus telah membuat pembacaan latar dan persediaan
sebelum pertemuan dengan kakitangan akademik tersebut.
Oleh kerana sifat multidisiplinari kebanyakan isu pembelajaran yang akan
membentuk daripada masalah, pelajar dinasihati untuk berunding dengan
kakitangan akademik daripada disiplin berlainan.
Sebahagian daripada keseluruhan pengalaman pembelajaran yang terkandung dalam
PBL adalah pembangunan kemahiran yang akan membantu capaian sumber
pembelajaran sepanjang kerjaya profesional masa hadapan mereka.

7.12 Pentaksiran Dalam Pembelajaran Berdasarkan Masalah


Macdonald dan Savin-Baden (2004) menyenarai beberapa bentuk pentaksiran
yang telah digunakan dengan jayanya dalam PBL dan yang juga melangkah keluar
daripada keperluan peperiksaan berdasarkan hasil. Sebagai ringkasan, ini termasuk:
Persembahan kumpulan
Persembahan individu
Pentaksiran tripartite
Portfolio

Pentaksiran kendiri
Pentaksiran rakan sebaya
Peperiksaan lisan
Jurnal reflektif (atas talian)
Laporan
Peperiksaan
Pentaksiran elektronik

1) Persembahan kumpulan: Pelajar boleh diminta mengambil peranan atau


tugas dalam suatu konteks ataupun senario tertentu, kalau boleh yang setulen
mungkin. Ini mungkin sukar untuk ditanda dan apa yang ditaksir perlu
diperjelaskan; kandungan atau proses ataupun kombinasi kedua-duanya.
2) Persembahan individu: Pelajar diminta mempersembahkan komponen kerja
yang mereka telah kaji sebagai sumbangan mereka kepada penyelesaian
ataupun pengurusan keseluruhan kepada senario masalah.
3) Pentaksiran tripartite: Pertama, kumpulan menyerahkan sebuah laporan dan
mereka menerima markah untuknya. Kedua, individu menyerahkan kerja yang
mereka telah kaji. Akhirnya individu menulis tentang proses kumpulan yang
berkaitan dengan teori kerja kumpulan. Ketiga-tiga komponen ini
dicampurkan untuk membentuk markah individu. Kelebihan cara ini adalah
bahawa ia tidak melebihkan mana-mana pelajar yang membuat kurang kerja
dan seorang individu pelajar akan bertanggungjawab untuk mendapatkan dua
pertiga daripada markah dan dengan itu kebanyakan pelajar melihat
penggredan ini sebagai saksama.
4) Portfolio: Ini mungkin susah dikawal sekiranya tidak diurus dan mungkin
sukar ditanda. Ia akan baik sekiranya direkabentuk dengan baik. Portfolio
telah digunakan dalam beberapa program yang mengajar pelajar untuk
profesion mereka. Kebelakangan ini keperluan untuk portfolio telah
diperkemaskan jauh daripada kuantiti bahan yang banyak kepada suatu versi
padat yang menawarkan lebih banyak refleksi dan kritikan berbanding
sebelumnya. Pelajar juga harus diminta menghasilkan rumusan dan
mensintesis bahan yang terkandung dalam portfolio tersebut.
5) Pentaksiran kendiri: Ini berfungsi dengan baik dengan pembelajaran
berdasarkan kajian dan berdasarkan masalah, tetapi pelajar mesti dipersiapkan
untuk melaksanakannya melalui penerangan dan penjelasan dan mengalami
manafaat pembelajaran dalam tugasan kecil, sebelum terlibat dalam aktiviti
yang lebih besar di mana markah dikira. Pentaksiran kendiri membolehkan
pelajar berfikir dengan lebih teliti tentang apa yang mereka tahu dan yang
mereka tidak tahu, dan apa yang mereka perlu tahu untuk mencapai tugasan
tertentu (lihat Borang Pentaksiran Kendiri di bawah).
6) Pentaksiran rakan sebaya dan maklumbalas:. Pembelajaran harus
mereplikasi situasi berasaskan kerja kumpulan di mana kebanyakan
professional akan ceburi di masa akan datang. Pentaksiran jenis ini
menekankan persekitaran kooperatif ataupun kolaboratif dalam PBL. Walau
bagaimanapun, ramai pelajar mendapati sukar untuk menggunakan pendekatan

ini kerana mereka datang daripada persekitaran sekolah yang lebih bersaing
tinggi, diindividukan.
7) Peperiksaan lisan: Ini digunakan dengan meluas dan berkesan dalam PBL.
Walau bagaimanapun, ia paling berkesan dalam situasi amali dan, walaupun ia
sangat berkesan, ia mungkin mahal, mengambil masa dan sangat menekan
kepada pelajar. Manafaat utamanya adalah bahawa ia membenarkan pentaksir
bertanya soalan susulan, yang tidak dimungkinkan dalam format bertulis yang
lebih formal.
8) Jurnal reflektif: (yang mungkin atas talian): Pelajar menyerahkannya ataupun
menghantarnya atas talian setiap minggu dan menerima markah di akhir setiap
semester. Pelajar selalunya lebih terbuka dan jujur tentang pembelajaran
mereka daripada yang dijangkakan dan ini boleh menjadi criteria yang dirujuk.
Mereka mungkin juga dikaitkan dengan aktiviti komunikasi lain seperti
konferensi ataupun memberi maklumbalas kepada rakan sebaya.
9) Laporan: Komunikasi bertulis adalah suatu kemahiran penting untuk pelajar
perolehi. Memerlukan laporan bertulis akan membenarkan pelajar untuk
mengamalkan bentuk komunikasi ini, khususnya sekiranya bilangan perkataan
terhad dan ia digunakan dalam tahun akhir, kerana ia dapat mempromosi kerja
yang baik dan kritis. Sebagai alternatif, pelajar mungkin diminta untuk
memberikan sebuah ringkasan eksekutif, bersama sebuah portfolio sebagai
pelengkap yang mengandungi bukti dan disampelkan ataupun membentuk
markah penuh.
10) Peperiksaan: Peperiksaan haruslah peperiksaan berdasarkan hasil. Pelajar
harus terlibat dalam aktiviti pra-peperiksaan yang mencerminkan jenis aktiviti
pembelajaran yang mereka telah alami sebelumnya, termasuk bekerja dalam
kumpulan. Buatkan peperiksaan sebagai suatu aktiviti berhad masa (daripada
30 minit hingga seminggu) di mana pelajar mungkin terpaksa bekerja secara
individu dengan data ataupun senario yang baru dan memahami situasi baru.
Pelajar tidak semestinya membuat ulang kaji dalam erti kata tradisional
melalui hafalan, walaupun mereka akan terpaksa membuat persediaan untuk
peperiksaan. Cabaran kedua adalah untuk menyuruh pelajar mengguakan masa
yang banyak untuk berfikir, bekerja dengan idea dan tidak sahaja menulis
fakta yang mereka ingat.
11) Pentaksiran elektronik: Pendekatan ini semakin canggih dan boleh
digunakan sebagai simulasi, senario dan aktiviti berhad masa yang lain, yang
selalunya berkaitan dengan persekitaran pembelajaran virtual yang
memberikan akses kepada pelbagai sumber dan peluang berkomunikasi.

RINGKASAN

Pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah pengajaran di


mana pelajar berjumpa dalam kumpulan kecil dengan seorang pembimbing
untuk berbincang suatu set masalah.

Pelajar membuat kajian dan mengumpul maklumat secara berdikari untuk


menentukan atau sebaliknya hipotesis mereka dan menjana pemahaman baru.
PBL telah diterangkan sebagai pembelajaran yang terhasil daripada
mengerjakan masalah.

Pembelajaran berdasarkan masalah bermula di sekolah perubatan di


McMasters University di Kanada dalam tahun 1970an.

Tujuan PBL adalah untuk menggalakkan pembelajaran aktif, membina


pengetahuan, mengembangkan kemahiran berfikir, mempertingkatkan
pembelajaran terarah kendiri, mempromosi pembelajaran kolaboratif,
meningkatkan motivasi dan menggunakan pendekatan multidisiplinari.

Proses PBL: penerangan, takrifan masalah, sumbangsaran, pertemuan


kumpulan, membaca & mengkaji, pemeriksaan semula dan melapor.

Peranan pembimbing: membimbing, memantau, menggalakkan refleksi,


mencetus pengetahuan sedia ada, mencungkil, membuat hubungan, menyemak
pemahaman dan lain-lain.

Peranan pelajar: menghormati, kemahiran berkomunikasi, kesedaran diri dan


tanggungjawab.

Berbagai jenis sumber pembelajaran harus diberikan kepada pelajar: buku,


rencana, rencana jurnal, laporan, sumber web (lakaran, klip video, klip audio)
dan lain-lain.

Pentaksiran PBL termasuk yang berikut: persembahan kumpulan,


persembahan individu, pentaksiran tripartite, portfolio, pentaksiran kendiri,
pentaksiran rakan sebaya, peperiksaan lisan, jurnal reflektif (ataas talian),
laporan, peperiksaan dan pentaksiran elektronik.

Pentaksiran PBL harus menumpu kepada teknik pentaksiran yang tulen


walaupun teknik tradisional seperti peperiksaan mungkin digunakan.

KEY TERMS
Pembelajaran berdasarkan masalah Pembelajaran aktif
Pembimbing
Pencetus
Sumber pembelajaran
Membimbing Senario
Pentaksiran tulen

Sumbangsaran

RUJUKAN
Albanese, M. A., & Mitchell, S. (1993). Problem-based learning: A review of the
literature on its outcomes and implementation issues. Academic Medicine, 68 (1), 5281.
Allen, D. E., Duch, B. J., & Groh, S. E. (1996). The power of problem-based learning
in teaching introductory science courses. In L. Wilkerson & W. H. Gijselaers (Eds.),
Bringing problem-based learning to higher education: Theory and practice (pp. 4352). San Francisco: Jossey-Bass.
Barrows, H. S. (1996). Problem-based learning in medicine and beyond: A brief
overview. In L. Wilkerson & W. H. Gijselaers (Eds.), Bringing problem-based
learning to higher education: Theory and practice (pp. 3-12). San Francisco: JosseyBass.
Barrows, H.S. and R.M. Tamblyn (1980) Problem-based Learning: an approach to
medical education, Springer Publishing, New York, NY.
Busfiled, J. and Peijs, T. (2003). Learning materials in a problem based course.
London: The UK Centre for Materials Education.
Camp, G. (1996). Problem-based learning: A paradigm shift or a passing fad?
Medical Education Online 1996 (1)2.
Kiley, M., Mullins, G., Peterson, R. & Rogers, T. (2000). Leap into .problem-based
learning. Centre for Learning and Professional Development. University of Adelaide.
Australia.
Macdonald, R.F. and Savin-Baden, M. (2004) A Briefing on Assessment in Problembased Learning, LTSN Generic Centre Assessment Series.
Reynolds, F. (1997). Studying psychology at degree level: Would problem-based
learning enhance students experiences? Studies in Higher Education,22 (3), 263-275.
Rhem, J. (1998). Problem-based learning: An Introduction, The National Teaching &
Learning FORUM. 8(1).
Savery, J.R. (2006). Overview of problem-based learning: Definitions and
distinctions. The Interdisciplinary Journal of Problem-Based Learning. Spring. 1(1).
Shelton, J. B., & Smith, R. F. (1998). Problem-based learning in analytical science
undergraduate teaching. Research in Science and Technological Education, 16 (1),
19-29.
Spence, L. (2000). Problem-based learning: Learn to learn, learn to lead. School of
Information Sciences and Technology.

Torp, L., & Sage, S. (2002). Problems as possibilities: Problem-based learning for K16 education(2nd ed.). Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development.
von Glasersfeld, E. (1989). Cognition, construction of knowledge and teaching.
Synthese, 80 (1), 121-140.
Woods, D.R., (1984) PS Corner, Journal of College Science Teaching, 13, May, 469472