Вы находитесь на странице: 1из 3

Karangan spm 2015...

Penggunaan rangkaian sosial yang betul


oleh remaja
Penggunaan aplikasi rangkaian sosial begitu meluas dalam
kalangan remaja masa kini.
Huraikan cara-cara remaja memanfaatkan laman sosial itu?
Rangkaian sosial merujuk penggunaan perisian internet
dalam membuat hubungan sosial atau interaksi sesama manusia
pada zaman ini. Kajian membuktikan bahawa rangkaian sosial
seperti facebook, twitter, instagram, dan sebagainya telah
menjadi peneraju dalam interaksi sesama manusia terutamanya
dalam kalangan remaja. Kekerapan remaja menggunakan
rangkaian sosial telah mencetuskan pelbagai kritikan sosial yang
turut mengundang wacana daripada masyarakat umum. Jadi,
apakah kaedah-kaedah yang betul dalam penggunaan rangkaian
sosial ini buat remaja?
Penggunaan yang sewajarnya ialah remaja
menggunakannya untuk berkomunikasi dan berhubung dengan
pantas dan mudah. Remaja yang mahir dalam rangkaian sosial ini
memerlukan satu sentuhan sahaja untuk bertanya khabar atau
berbual dengan ibu bapa dan rakan mereka. Pemilikan telefon
bimbit yang semakin canggih telah menjadikan kaedah
komunikasi sebegini satu cara hidup remaja yang menarik untuk
diperhatikan oleh sesiapa sahaja. Jelaslah, rangkaian sosial boleh
digunakan oleh remaja untuk memudahkan mereka
berkomunikasi dengan insan lain di dunia ini.
Selain itu, remaja yang berwawasan akan menggunakan
rangkaian sosial untuk berkongsi informasi dan ilmu dengan
orang lain. Perkongsian ini boleh dilakukan dalam aspek
pembelajaran di sekolah dan aktiviti harian mereka supaya semua
pihak mengetahui perkara yang sedang berlaku itu. Tindakan ini
akan mempercepat penularan sesuatu berita atau perkara
penting sesama remaja seperti pembatalan kelas di sekolah dan
sebagainya. Ringkasnya, rangkaian sosial menjadikan remaja
boleh berkongsi dengan sesiapa sahaja maklumat yang dirasakan
perlu dalam mudah.
Bakat dan kebolehan remaja boleh ditonjolkan menerusi
rangkaian sosial apabila digunakan dengan sebaik mungkin.
Rangkaian sosial seperti facebook boleh memuat naik aksi remaja
seperti menyanyi dan memasak lalu aksi ini akan diketahui oleh
banyak pihak yang mempunyai rangkaian sosial yang serupa.
Pendedahan sebegini bukan sahaja membuka peluang bakat
remaja dikenali ramai tetapi peluang untuk menjadi lebih terkenal

sehingga kebolehan itu menjadi kerjaya juga amat tinggi untuk


berlaku.
Penggunaan rangkaian sosial yang ketara dalam kalangan remaja
ialah rangkaian ini memudahkan mereka mencari atau
memperoleh kawan baru. Perkenalan yang dibuat menerusi
rangkaian sosial begitu mudah kerana tidak memerlukan
interaksi bersemuka yang kadang kala boleh menimbulkan rasa
tidak selesa kepada seseorang remaja. Apabila mereka
berkenalan menerusi kaedah ini pelbagai perkara boleh
dibincangkan seperti perbualan kawan dalam dunia nyata tetapi
menggunakan telefon bimbit dan komputer sahaja. Lamakelamaan remaja boleh meluahkan perasaan dan masalah mereka
sehingga menjadikan kehidupan remaja yang penuh cabaran itu
lebih tenang dan baik.
Remaja juga boleh menggunakan rangkaian sosial untuk mencari
bahan bacaan yang diperlukan dalam kehidupan harian mereka.
Banyak syarikat penerbitan dan akhbar serta syarikat telah
menggunakan rangkaian sosial untuk mempopularkan bahan
mereka terutama apabila berita-berita sensasi berlaku. Remaja
boleh membaca bahan ini dengan mudah tanpa perlu membeli
bahan bacaan sebenar pula. Sesungguhnya, rangkaian sosial
akan menjadi remaja kita lebih berinformasi lalu mampu untuk
membuat tindakan yang betul dalam kehidupan mereka.
Kesimpulannya, rangkaian sosial begitu penting dalam kehidupan
remaja lalu cara menggunakannya perlulah betul. Kegagalan
untuk menggunakannya dengan tepat akan membawa pelbagai
impak seperti kes jenayah dan masa dihabiskan sia-sia pula.
Kerajaan bersama-sama masyarakat perlu bersikap terbuka
dalam isu ini kerana dunia remaja memang oenuh dengan
internet terutamanya rangkaian sosial. Peribahasa ukur baju di
badan sendiri seolah-olah menekankan kepentingan remaja
menilai sendiri keperluan mereka dalam penggunaan rangkaian
sosial itu.

Вам также может понравиться