Вы находитесь на странице: 1из 5

SK SULTAN

ABDUL AZIZ
36000 TELUK INTAN

KERTAS KERJA
FROG CLASSROOM MAKEOVER
PROJECT

1.0 PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz adalah antara

sekolah rendah yang di

calonkan oleh PPD Hilir Perak untuk menjalani transformasi Frog Classroom
Makeover yang dianjurkan oleh Syarikat YTL Foundation di bawah projek 1
BESTARINET. Ini merupakan peluang kepada guru dan murid untuk meningkatkan
tahap pengajaran dan pembelajaran agar mencapai tahap pendidikan abad ke 21.
2.0 RASIONAL
Transformasi pendidikan negara membawa perubahan kepada prestasi sekolah
daripada sederhana kepada yang lebih baik dalam usaha melahirkan pelajar dan
sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan .Transformasi pembelajaran
abad ke 21 mengambil kira tahap kemampuan pelajar yang berbeza dan setiap pelajar
mampu mengembangkan potensi diri

3.0 OBJEKTIF
i) Memberi pendedahan kepada guru-guru tentang prasarana pembelajaran abad ke 21
ii) Mendapat idea dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iii) Memberi peluang kepada guru-guru untuk berkongsi idea dan kreativiti dalam
pembentukan kelas abad ke 21
iv) Mengimplementasikan pembelajaran abad ke 21 di kelas 3 Dinamik sebagai
permulaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kelas Tahun 3 Dinamik
5.0 TARIKH DIJANGKA UNTUK MULAKAN PROJEK CLASSROOM MAKEOVER
19 Mei 2016
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Kos untuk Projek Frog Classroom Makeover ialah RM 25, 000 di mana RM 11, 150
perlu di sediakan oleh pihak sekolah meliputi kos seperti dalam lampiran.
6.0 PENUTUP
Saya berharap program ini berjaya membuka kesedaran kepada peserta bahawa
pembelajaran abad ke 21 ini boleh dilaksanakan di dalam kelas walaupun terdapat
kekangan

seperti

prasarana,

kelengkapan

dan

bilangan

murid

yang

ramai.

Walaubagaimanapun sebagai permulaan guru-guru haruslah memulakan program ini


sedikit demi sedikit agar ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar keseluruhannya,
Sokongan dan dana daripada PIBG dan semua pihak secara langsung dan tidak
langsung diperlukan bagi merealisasikan kelas abad ke 21 ini demi kecemerlangan di
samping dapat menyerlahkan kreativiti pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan
mereka.

Disediakan oleh

Disahkan oleh

____________________

__________________________

PN ZAWIAH BINTI SAARI

EN JAMALUDDIN BIN MUSTAFA

GURU BESTARI

GURU BESAR

SK SULTAN ABDUL AZIZ

SK SULTAN ABDUL AZIZ

Вам также может понравиться