Вы находитесь на странице: 1из 3

LAPORAN

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON DAN DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2015
SK KUALA KUBU BHARU DUA
1. NAMA SEKOLAH
Sk Kuala Kubu Bharu Dua
2. TARIKH
22 April 2015 = Peringkat Zon / Rabu / 8.30 pg 2.00 ptg
24 April 2015 = Peringkat Daerah / Jumaat / 8.30 pg 12.00 tgh
3. TEMPAT
Padang SK Sungai Tengi ( Peringkat Zon dan Daerah )
4. OBJEKTIF PROGRAM
5.1 Untuk mengasah dan mempamerkan bakat serta kemahiran sukan bola jaring dalam kalangan
peserta yang bertanding.
5.2 Dapat melatih dan memupuk diri untuk membina semangat berpasukan serta sifat juang yang
tinggi bagi mengecapi kejayaan.
5.3 Dapat mendisiplinkan diri peserta dengan undang-undang dan peraturan pertandingan sukan yang
disertai serta dapat memupuk hubungan silaturahim.
5. SASARAN
Pasukan Bola Jaring SK Kuala Kubu Bharu Dua
6. BUTIRAN AKTIVITI
8..30 pg

: Pendaftaran

9.30 pg

: Perlawanan dimulakan.

12.00 tgh

: Pengumuman Johan dan Naib Johan pasukan Bola Jaring yang layak ke peringkat
Daerah

2.00ptg

: Bersurai

7. PENILAIAN PROGRAM

Kejohanan yang dijalankan adalah salah satu landasan pemilihan atlit mewakili ke kejohanan
seterusnya. Di samping dapat memperkenalkan dan memperkasakan sekolah dalam sukan bola jarring
Pelajar yang terlibat dalam kejohanan ini dapat melatih diri membina semangat bersaing dan berjuang
yang tinggi di samping menghormati rakan sepasukan serta pihak lawan.
7.1 KEKUATAN PROGRAM
7.1.1 Sokongan yang baik daripada murid-murid dan guru-guru SK Kuala Kubu Bharu Dua bagi
menghulurkan bantuan tenaga bagi melatih murid.
7.1.2 Dapat menerima bantuan jurulatih luar (Ibubapa) menyumbang tenaga melatih murid bola
jaring.
7.1.3. Murid diberi latihan intensif yang sangat berkesan sehingga mendapat kecemerlangan
dalam sukan Bola Jaring.
7.2 KELEMAHAN PROGRAM
7.2.1 Faktor hujan merupakan salah satu punca kejohanan diberhentikan sementara waktu.
7.2.2

Padang yang berlecak menyukarkan kelancaran kejohanan Bola Jaring dijalankan.

8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 Perancangan yang teliti perlu dibuat agar program dapat dijalankan dengan lebih lebih terancang
dan teratur.
8.2 Latihan yang mencukupi perlu dititik beratkan bagi memastikan kecemerlangan Bola Jaring dapat
dikekalkan.
9. DOKUMENTASI BERGAMBAR

Penyediaan Oleh,

_______________________________
( Norhadibah Binti Mohamed Amin )
Kelab Bola Jaring
SK KKB Dua

Pengesahan Oleh,

LAMPIRAN

Вам также может понравиться