You are on page 1of 2

Helang dengan kura-kura.

Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti
burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burungburung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burungburung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan
keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak
sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera
menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang.
"Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata
gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak
mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya.
Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan
kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya
helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu
tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kurakura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh
mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.
Helang
memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di
udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh
gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat
merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik.
Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia
melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura
melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kurakura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.
--Moral daripada cerita ini - Kita mestilah membuat sesuatu perkara mestilah
mengukur
keupayaan
diri
sendiri.

Sang Singa dan Sang Arnab


Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang. Lubang itu berada di dalam
hutan. Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang
takut dengan Singa itu. Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur,
tikus itu pun keluar mencari makanan. Tikus berjalan di dalam gelap. Tikus tak
berapa nampak kerana gelap sangat. Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu. Ruparupanya tikus terlanggar Singa. Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu
dia tidur. Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau. Kata sang
Singa. Tikus sangat takut. Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang
kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah tahu kalau tuan
perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong. Rayu sang tikus. Hahaha
Hahaha apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha Saya
adalah raja rimba kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak
ni kelakar, saya lepaskan awak. Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari

makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mangaum meminta tolong. Aum,
tolong!, tolong! jerit singa. Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.
Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di
pasang oleh pemburu. Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus. Terima kasih
tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak boleh tolong saya.
Kata singa. Sama-sama. Moral daripada cerita ini - Kita tidak boleh pandang
rendah pada orang lain. Setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan masingmasing. Singa yang kuat pun tak boleh buka jaring, tapi tikus yang lemah, boleh.