Вы находитесь на странице: 1из 2

KOD HOLLAND SEBAGAI ALAT BANTUAN MEMILIH KERJAYA

Oleh: Roslinda Mohd Subbian, K.B., P.A


Bayangkan sekiranya anda adalah seorang yang suka berinteraksi dengan manusia,
adakah anda rasa anda akan seronok bekerja di dalam makmal melakukan eksperimen?
Bagaimana pula kalau anda seorang yang kreatif, gemar berkarya dan tidak suka mengikut
peraturan, bolehkah anda bayangkan diri bekerja sebagai seorang akauntan?
Personaliti, minat dan kemahiran diri mempengaruhi
kecenderungan seseorang individu dalam membuat pemilihan
kerjaya. Jika diperhatikan, kebiasaannya individu akan memilih
kerjaya yang menepati ciri-ciri personaliti diri dan minatnya.
Kajian mendapati keserasian ini mempengaruhi kepuasan
pekerjaan manusia. Oleh itu, jika seseorang individu memilih
pekerjaan yang bertentangan dengan minatnya, dia mungkin
masih boleh melakukannya tetapi kadar kepuasan hatinya
terhadap pekerjaannya mungkin rendah.
Menurut Teori Holland, minat manusia dan
persekitaran kerja boleh dikategorikan kepada 6
kelompok iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social,
Enterprising dan Conventional. Ia membantu
menerangkan tentang jenis-jenis personaliti manusia
yang mempunyai kecenderungan yang berbeza.
Maklumat ini boleh digunakan sebagai alat bantuan
merancang kerjaya dengan membuat pilihan yang
sesuai dengan kelayakan dan personaliti. Penerangan
mengenai jenis personaliti adalah seperti berikut:
1. Realistic: Kelompok ini suka bekerja dengan peralatan dan mesin. Selain itu, mereka juga
mempunyai kemahiran mekanikal serta keupayaan fizikal. Umumnya, mereka lebih suka
bekerja di luar dan bersifat praktikal. Selain itu, mereka dilihat sebagai ikhlas, rendah diri
dan pemalu. Antara kerjaya yang sesuai adalah seperti jurutera, pakar mata, tukang kimpal,
atlit sukan, mekanik, tukang kayu, chef, pemandu jentera, penternak dan lain-lain.
2. Investigative: Golongan ini suka memerhati, menyiasat, menganalisa,dan membuat
penilaian. Mereka juga berkemahiran dalam bidang matematik dan sains. Mereka gemar
bekerja bersendirian dan lebih suka terlibat dengan idea berbanding manusia dan
peralatan. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, bersikap logikal,
mementingkan ketepatan, bijak serta berdikari. Antara kerjaya yang sesuai buat kumpulan
ini ialah doktor perubatan dan pergigian, ahli sains, pengaturcara computer, ahli psikologi,
ahli antropologi, inspektor produk dan lain-lain.

3. Artistic: Kumpulan ini mempunyai kebolehan dalam bidang seni dan berfikiran kreatif.
Individu dalam kelompok ini lebih suka bekerja dengan idea, mahukan kebebasan dan
bersifat imaginatif serta berintuitif. Antara kerjaya yang sesuai untuk individu artistik adalah
arkitek, guru muzik, pelakon, pereka grafik, jurufoto, penari, penulis/editor dan lain-lain.
4. Social: Kelompok ini senang bekerja dengan
manusia dalam bentuk membantu, mengajar/
mendidik, membimbing, melatih dan memberi
dorongan. Mereka sangat berkebolehan dalam
menggunakan perkataan dan berminat dengan
perhubungan sesama manusia. Mereka bersifat
baik hati, pemurah, penyabar, mesra dan
bertanggungjawab. Kerjaya yang sesuai adalah
guru, kaunselor, jururawat, pelayan restoran,
jurulatih, pakar diet, pendakwah dan lain-lain.
5. Enterprising: Mereka dalam golongan ini berupaya memimpin dan memberi ucapan serta
mempengaruhi orang lain. Mereka sangat cenderung dalam politik dan wang selain suka
berkerja dengan manusia. Sifat ketara mereka adalah peramah, sukakan cabaran,
optimistik, cergas, berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Kerjaya yang sesuai adalah ahli
politik, peguam, perancang kewangan, wartawan, broker saham, pengurus restoran, agen
pelancongan dan lain-lain.
6. Conventional: Manusia dalam kategori ini pula mempunyai kemahiran perkeranian dan
pengiraan yang sangat baik. Sangat terurus, mereka ini akur kepada peraturan, dan gemar
merancang. Mereka bersifat praktikal, cermat, cekap, tekun dan berhati-hati. Antara kerjaya
yang sesuai buat personaliti sebegini adalah akauntan, juru audit, kerani pejabat, juru wang,
penganalisa kewangan, setiausaha dan lain-lain.
Maklumat tentang jenis-jenis personaliti ini boleh diperolehi dengan mengambil inventori
psikologi yang standard seperti Self-Directed Search (SDS), Strong Interest Inventory, Ujian
Minat Kerjaya Sidek dan Profil Personaliti TAJMA. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui
mengenai jenis personaliti anda, berjumpalah dengan kaunselor terlatih untuk penerangan
lebih lanjut.
Sumber rujukan:

1. Bolles, R.N. (1990). The new quick job-hunting map. California: Ten Speed Press.
2. Grutter, J. & Hammer, A.L. (2004). Strong interest inventory users guide. California: CPP.

Вам также может понравиться