Вы находитесь на странице: 1из 32

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Tema

Persaingan dalam dunia sains.


Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam
penciptaan sains dan teknologi sehingga menghapuskan
nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi
apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya,
dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga
akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh
kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan
ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus
ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan
oleh Karl iaitu Dinara.

Persoalan
1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
contohnya: Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram,
Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.

Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang


canggih seperti retinal scannerdan interkom.

2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia


mengejar kemajuan sains dan teknologi
sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
contohnya: Karl terlalu taksub untuk membuktikan
kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek
kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan
menjadikan mereka sebagai bahan kajian.

Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai


ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan
mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga


contohnya: Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha.
Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan
yang terbaik.

Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan


di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang retinal
scanner dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk
memantau dan memastikan keselamatannya.

4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam

kalangan masyarakat.

Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang


suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk
meninggalkan agama.

Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan


mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.

5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


contohnya:
Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya,
Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan
penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia
melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat.

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL DI SEBALIK

DINARA
WATAK UTAMA

Farisha

berusia dalam lingkungan umur 26 tahun

seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT

Seorang adik yang penyayang

Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl

Berhati-hati dalam membuat keputusan


Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya
disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun
mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang
diciptanya sendiri.
Cadangan Jawapan :
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 bertajuk Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor. Watak utama novel ini ialah Farisha.
Farisha seorang gadis berusia 26 tahun dan seorang anak kandung
kepadaMedina@Marilyn dan Karl. Farisha juga seorang yang cantik.
Buktinya, menurut pandangan Aqram, Farisha agak cantik dan bersopan
santun.
Farisha juga seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT.
Buktinya,Farisha diminta oleh Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang
dibuat oleh Karl atas kepakaran yang dimilikinya pernah berjaya melepasi
sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Bukti lain, Aqram mengakui
kelemahan Dinara dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya
keselamatannya boleh ditingkatkan
Selain itu, Farisha adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat
keputusan. Buktinya, Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram
dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta
pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.
Farisha juga dikatakan seorang yang amat mementingkan kesempurnaan.
Sebagai contohnya, pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna.
Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan
pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.

WATAK SAMPINGAN

Shida

Kawan serumah dengan Farisha

Rajin membaca

Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk


menjadi penulis

Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara

Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara


bawah sedar
Azraai

Abang angkat Farisha

Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha

Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan

Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan


Farisha

Menghidapi penyakit jantung


Rosman

Rakan kongsi Farisha

Bersikap materialistik dan mementingkan wang

Mengambil berat masalah Farisha

Aqram
Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk
di sebelahnya dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.

Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.


Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh
adik kandung Karl bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem
ialah seorang lelaki OKU.

Alia

Seorang pekerja senior di Soft Lab


Perawakan wajah yang cantik

Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri


Karl bernama Rusmina. Mempunyai perasaan cemburu dengan manamana wanita yang rapat dengan Karl

Sangat menyayangi Karl.

Kurang sabar dan cemburu.


Karl

Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi

Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan


Marilyn@Medina

Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains

Bapa kandung Farisha

Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam


rumah agamnya di Puchong.

Medina@Marilyn

Wanita keturunan Portugal


Cantik, putih dan berambut keriting
Bijak dan hebat dalam bidang sains
Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan

Karl

Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains

NILAI MURNI DI SEBALIK DINARA


1. Kesyukuran

Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan


membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan
jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas
antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal
keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang retinal
scanner dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan
telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat.
Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk
menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya
oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai
orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan
ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah
dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang
hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya
iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl.
Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk
menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan
syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga
bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk
mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara.
Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.


Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam
keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu
mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga
memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia
juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak
perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk
kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains
sehingga hampir mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih
kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk
menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji
kajinya. Contohnya, untuk menghasilkan cyborg ciptaannya
seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang
manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft
Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha
meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu
Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar
kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai
tidak seharusnya bercakap di telefon dengan suara yang kuat
sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan
kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh
Karl iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat
penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.

LATAR TEMPAT, LATAR MASA DAN LATAR MASYARAKAT NOVEL DI SEBALIK


DINARA

LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka
pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan
interkom minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan
malam. Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang
menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya
hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di
pejabatnya Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini
yang ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam
kerana Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat
dalam projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina
menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk
mengambilnya. Mereka berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel
Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan
bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman
bertemu Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft
Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada
waktu pagi. Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu
dan mendapat penerangan daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka
berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
3. Petang

Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha
yang tiba-tiba pengsan di tempat kerja.
Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha
untuk mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah,
Shida terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia berasa
sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B,
tempat Farisha mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana
membiarkan Farisha seorang diri melaksanakan projek mini di Soft Lab.
Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh banyak bercakap. Mereka
minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin
menyusup masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran
Farisha dengan memasang peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan
setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek
mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan
Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding
dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai touch screen.
Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis
yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang
dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia
dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia
menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon
dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.
Monorel Stesen kereta api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat
menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah
berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual
ringkas dengan wanita itu.
Rumah agam Karl di Puchong
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi

membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan


bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai
projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang
membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia
dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka
akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia
mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak
angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat
dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon
adiknya dan memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha
dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat.
Dia tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha
berasa jengkel.
3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan
masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima
kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj
Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang celik ICT
Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang
sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan
mampu juga menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam
ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk
mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan
baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat
penting untuk menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja

mendengar penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah


dapat
mengesan
kelemahan
Dinara.
Walaupun
belum
memulakan
penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana
kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.

BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA

Plot
Binaan Plot
1. Permulaan Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas
menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana
bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang
ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang
pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri
symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang
yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft
Lab dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga
saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan
digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di
Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek
Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu
penyelidik bernama Medina.
3. Konflik Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang
dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat
melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila
Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi
komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya
dengan Shida.
4. Klimaks Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih
tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah
kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha.
Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan
membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl
masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba
Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl.
Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana
di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina
sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang

dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresakesak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut.
Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan
abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya
menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut
hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke
rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil
itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel
Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah
silam Khairul Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah
sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat
mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram
meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan
berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa
dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai,
nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika
Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan
berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya
Muhammad Irfan. Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia
mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi makanan,
menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar
menjadi Khairul Anwar.

TATABAHASA -SISTEM EJAAN YANG BETUL

SALAH
kadhi

BETUL
SET 1

kadi

kakilima

kaki lima

kampong

kampung

kapitalisma

kapitalisme

kaptain

kapten

karenah (ragam)

kerenah

kawalselia

kawal selia

ke 5 / ke V

ke-5 / V (awalan ke tidak


diperlukan untuk angka roman)
kalendar

kelendar / kelender

kemas kini

kemaskini

keredaan

keredhaan

kereta api

keretapi

keriting

kerinting

kerjasama

kerja sama

kerja tanah

kerjatanah

kertas kerja

kertaskerja

keunikan

keunikkan

khianat

kianat

kokurikulum

ko-kurikulum

kolesterol

kolestrol
komersil

komersialko

komplek

mplekskontin

kontingen

jen

Kota Bharu

Kota Baharu

SET 2
catit

catat

cendiawan

cendekiawan

cap (tera/cetak)

cap

dailog

dialog

definasi

definisi

deligasi

delegasi

deraf

draf

efisyen

efisien

ehsan

ihsan

ekslusif

eksklusif

ekspot

eksport

emel

e-mel

empatbelas

empat belas

engkar

ingkar

fax

faks

Febuari

Februari

forklift

forklif

gambarajah

gambar rajah

gantirugi

ganti rugi

garispanduan

garis panduan

gelakketawa

gelak ketawa

gembeleng / gembeling

gembleng

geraf

graf

gulong

gulung

gunatanah

guna tanah

hajjah

hajah

SALAH

BETUL
SET 3

kuatkuasa

kuat kuasa

lagenda

legenda

lakun

lakon

lalulintas

lalu lintas

lanskap

landskap

lapuran

laporan

latarbelakang

latar belakang

lebel

label

lebuhraya

lebuh

lencungan

rayalenconga

leukimia

liberalisma

leukemia

lojik

liberalisme

losyen

logik

maksima

losen

manafaat

maksimum

masaalah

manfaatma

mee

salah

mekanisma

mi

membasoh

mekanismeme

mempamirkan

mbasuh

memperolehi

mempamerkan

menaik-tarafkan

memperoleh

menakibatkan

menaiktarafkan

mencatit

mengakibatkan

mengambilkira

mencatat
mengambil kira

SET 4

mengenengahkan

mengetengahkan

mengenepikan

mengetepikan

mengswastakan

menswastakan

mengujudkan (mengadakan)

mewujudkan

mengwujudkan

mewujudkan

mentera

mantera

menukarguna

menukar guna

merbahaya

berbahaya

minima

minimum

munshi

munsyi

nasionalisma

nasionalisme

oditorium

auditorium

olah raga

olahraga

olih

oleh

optima

optimum

organisme

organisma

otomatik

automatik

otomobil

automobil

pamir

pamer

papantanda

papan tanda

paspot

pasport

patriotisma

patriotisme

pehak

pihak

pelancung (pelawat)

pelancong

pemerosesan

pemprosesan

pemilekan

pemilikan

TATABAHASA -SISTEM EJAAN YANG BETUL

SALAH

BETUL
SET 1

kadhi

kadi

kakilima

kaki lima

kampong

kampung

kapitalisma

kapitalisme

kaptain

kapten

karenah (ragam)

kerenah

kawalselia

kawal selia

ke 5 / ke V

ke-5 / V (awalan ke tidak


diperlukan untuk angka roman)
kalendar

kelendar / kelender

kemas kini

kemaskini

keredaan

keredhaan

kereta api

keretapi

keriting

kerinting

kerjasama

kerja sama

kerja tanah

kerjatanah

kertas kerja

kertaskerja

keunikan

keunikkan

khianat

kianat

kokurikulum

ko-kurikulum

kolesterol

kolestrol
komersil

komersialko

komplek

mplekskontin

kontingen

jen

Kota Bharu

Kota Baharu

SET 2

catit

catat

cendiawan

cendekiawan

cap (tera/cetak)

cap

dailog

dialog

definasi

definisi

deligasi

delegasi

deraf

draf

efisyen

efisien

ehsan

ihsan

ekslusif

eksklusif

ekspot

eksport

emel

e-mel

empatbelas

empat belas

engkar

ingkar

fax

faks

Febuari

Februari

forklift

forklif

gambarajah

gambar rajah

gantirugi

ganti rugi

garispanduan

garis panduan

gelakketawa

gelak ketawa

gembeleng / gembeling

gembleng

geraf

graf

gulong

gulung

gunatanah

guna tanah

hajjah

hajah

SALAH

BETUL
SET 3

kuatkuasa

kuat kuasa

lagenda

legenda

lakun

lakon

lalulintas

lalu lintas

lanskap

landskap

lapuran

laporan

latarbelakang

latar belakang

lebel

label

lebuhraya

lebuh

lencungan

rayalenconga

leukimia

liberalisma

leukemia

lojik

liberalisme

losyen

logik

maksima

losen

manafaat

maksimum

masaalah

manfaatma

mee

salah

mekanisma

mi

membasoh

mekanismeme

mempamirkan

mbasuh

memperolehi

mempamerkan

menaik-tarafkan

memperoleh

menakibatkan

menaiktarafkan

mencatit

mengakibatkan

mengambilkira

mencatat
mengambil kira

SET 4

mengenengahkan

mengetengahkan

mengenepikan

mengetepikan

mengswastakan

menswastakan

mengujudkan (mengadakan)

mewujudkan

mengwujudkan

mewujudkan

mentera

mantera

menukarguna

menukar guna

merbahaya

berbahaya

minima

minimum

munshi

munsyi

nasionalisma

nasionalisme

oditorium

auditorium

olah raga

olahraga

olih

oleh

optima

optimum

organisme

organisma

otomatik

automatik

otomobil

automobil

pamir

pamer

papantanda

papan tanda

paspot

pasport

patriotisma

patriotisme

pehak

pihak

pelancung (pelawat)

pelancong

pemerosesan

pemprosesan

pemilekan

pemilikan

PEMANTAPAN TATABAHASA - SUSUNAN AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG

1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan
biasa dan susunan songsang.
2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat
pula terletak di belakang ayat.

3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di


belakang.
Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)
2. Itu rumah saya.(Ayat Biasa)
Rumah saya itulah.(Ayat Songsang)
3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa)
Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang)

4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa)


Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang)

5. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa)


Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang)

* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya)
digunakan untuk memberi penekanan
kepada predikat dalam ayat.
5. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu:
a) Pendepanan seluruh predikat
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat
(a) Pendepanan Seluruh Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang
1. Masakan ibu lazat sekali.
1. Lazat sekali masakan ibu.
2. Baju itu dijahit oleh ibu.
2. Dijahit oleh ibu baju itu.
3. Abangnya seorang pensyarah.
3. Seorang pensyarah abangnya.
(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa)


1. Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat Songsang)

2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa)


2. Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang)

3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa)


3. Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat Songsang)

BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA !!!!

KESALAHAN-KESALAHAN
TATABAHASA YANG SERING
BERLAKU.
PART 1
BIL
1
2
3
4
5

KESALAHAN
Mini perpustakaan
Zila Restoran
Pertiwi Klinik
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.

PEMBETULAN
Perpustakaan mini
Restoran Zila
Klinik Pertiwi
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.

6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42

Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di


asrama.
Sara mendapat markah yang tertinggi sekali /
tersungguh tinggi.
Husain ialah peserta yang termuda sekali
dalam pertandingan itu.
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti
semasa Minggu Penyayang.
Beribu peniaga tidak membayar cukai
pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di
pasar raya.
Dia kata kepada saya.
Jangan lompat.
Dia senyum kepada saya.
Cili sos
Lembu itu mati. la dilanggar lori.
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum.
Setengah orang tidak suka akan rambutan.
Tiap pelajar harus berdisiplin.
Kedua orang itu anggota bomba
Sudah dua suku jam dia menunggu
Harganya dua setengah ringgit.
Muthu suka durian.
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai.
Kita mesti hormat guru
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Suhaini lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di
asrama.
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.

Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di


asrama.
Sara mendapat markah yang tertinggi .
Husain ialah peserta yang termuda / teramat
muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.
Sekolah itu telah menjalankan pelbagai aktiviti
semasa "Minggu Penyayang"
Beribu-ribu peniaga tidak membayar cukai
pendapatan.
Sesetengah remaja suka membuang masa di
pasar raya.
Dia berkata kepada saya.
Jangan melompat.
Dia tersenyum kepada saya.
Sos cili
Lembu itu mati dilanggar lori.
Mereka yang bersalah akan dihukum.
Setengah-setengah orang tidak suka akan
rambutan.
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.
Kedua-dua orang itu anggota bomba
Sudah dua jam suku dia menunggu.
Harganya dua ringgit setengah.
Muthu suka akan durian.
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Suhaini lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di
asrama.
Cerpen itu telah saya karang.
Latihan itu mesti kaubuat.

merbahaya

berbahaya

tauladan
keretapi
aturcara
mendokong
mempastikan
mengkebumikan
menyonteng
menyintai
mensasarkan
kasih-sayang
jawatan kuasa

teladan
kereta api
atur cara
mendukung
memastikan
mengebumikan
menconteng
mencintai
menyasarkan
kasih sayang
jawatankuasa

43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60

61

62

63

64

keibu-bapaan
lebuhraya
mempastikan
anti-dadah
ko-kurikulum
perlantikan
urusetia
perabut
pelakun
tips
Ramadhan
hajjah
beterbangan
jurukur
mampan
muslimah
juru wang
Kereta baru ayah
telah dicuri orang.
Dia baharu tiba dari
Kota Bharu.
Rumah baru ayah
telah dimasuki
pencuri.
Baharu petang tadi
dia meninggal
dunia.
Baharu-baharu ini
cikgu terpilih
sebagai salah

keibubapaan
lebuh raya
memastikan
antidadah
kokurikulum
pelantikan
urus setia
perabot
pelakon
tip
Ramadan
hajah
berterbangan
juruukur
mapan
muslimat
Juruwang
Kereta baharu ayah
telah dicuri orang.
Dia baru tiba dari
Kota Bharu.
Rumah baharu ayah
telah dimasuki
pencuri.
Baru petang tadi dia
meninggal dunia.
Baru-baru ini cikgu
terpilih sebagai salah
seorang pembentang

65

66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
68
69
70
71
72
73
74
75
76

seorang
pembentang kertas
kerja.
Baru-barunya buku
kepunyaan cikgu
mertua
guris
mustika
istirehat
merbahaya
kerinting
serunding
pensil
kekanda
tips
sireh
selsema
agen
cincang
guris
mustika
istirehat
merbahaya
kerinting
serunding
pensil
kekanda
tips
sireh

kertas kerja.
Baharu-baharunya
buku kepunyaan
cikgu
mentua.
gores
mestika
istirahat
berbahaya
keriting
serondeng
pensel
kakanda
tip
sirih
selesema
ejen
cencang
gores
mestika
istirahat
berbahaya
keriting
serondeng
pensel
kakanda
tip
sirih

77
78
79

selsema
agen
cincang

selesema
ejen
cencang

80

PEMANTAPAN TATABAHASA- Ayat Aktif Ayat Pasif


Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam BM terdiri daripada
ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya
adalah seperti yang berikut:
1.
2.
3.
4.

Ali menendang bola. (Ayat Aktif Transitif - Kata Kerja Transitif)


Anjing itu mengejar kucing. (Ayat Aktif Transitif)
Murid-murid sekolah itu sedang belajar.
(Ayat Aktif Tak Transitif - Kata Kerja Tak Transitif)
Adik menangis. (Ayat Aktif Tak Transitif)

Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau
unsur yang diterangkan. Contohnya adalah seperti yang berikut:
5.
6.

Bola ditendang oleh Ali.


Kucing itu dikejar oleh anjing.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi
imbuhan kata kerja pasif di- dan terContoh:
7.
8.

Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.


Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi
imbuhan ber- dan ke-...-an. Dalam ayat berbentuk begini bahagian oleh +
FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh:
9.
10.
11.
12.

Mereka kehujanan sepanjang hari.


Petani tua itu kepanasan setiap hari.
Surat anaknya belum berjawab.
Baju kurung untuk adik berjahit dengan benang emas.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan
kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri orang
pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif
di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan
kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas,
yakni"aku" - "ku-", "engkau" - "kau" dsb.
Contoh:
13.
14.
15.
16.

Makanan itu belum aku rasai lagi.


Makanan itu belum kurasai lagi.
Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga


Contoh:
17.
18.
19.
20.
pesta

Sajak itu ditulis oleh Cikgu Ali.


Tikus dikejar oleh kucing di tepi longkang.
Khemah itu telah didirikan olehmereka.
Buku Sejarah Melaka akan dibeli oleh ayah apabila bertandang ke
buku esok.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena


Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja
dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan,
digugurkan seperti contoh yang berikut:
Contoh:
21.
22.
23.

Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).


Budak-budak itu kena kejar (oleh anjing).
Pemuda itu kena pukul (oleh rakannya).

Latihan:
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Cerpen itu telah ditulis oleh saya.


Projek tersebut telah mereka siapkan.
Karangan itu saya telah hasilkan.
Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali.
Surat itu perlu kamu balas segera.
Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain
bola jaring di padang.

(
(
(
(
(

Adik Mei Leng kena marah oleh ibu.


Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli.
Orang tua itu sedang bersenam.
Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera.
Remaja itu kemalangan semalam.

(
(
(
(
(

)
)
)
)
)
(
)
)
)
)
)

12.

Hasrat tuan hamba telah hamba tunaikan kelmarin.

AYAT TUNGGAL
Ayat Tunggal
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal
mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:
i.
Susunan biasa
ii.
Susunan songsang

Susunan Biasa
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di
hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:

1.
2.

Guru itu telah memenangi hadiah pertama.


[Guru itu] + [telah memenangi hadiah pertama.]
Subjek
Predikat

3.
4.

Kebanyakan calon peperiksaan tidak memahami soalannya.


[Kebanyakan calon peperiksaan] + [tidak memahami soalannya.]
Subjek
Predikat

Susunan Songsang
Ayat tunggal dalam BM boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam
susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan
songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas
subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang
hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Dalam BM, terdapat
sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu:

i.
ii.

Pendepanan seluruh predikat


Pendepanan sebahagian daripada predikat.

Pendepanan seluruh predikat


Contoh:

5.

[Perangainya] + [baik sungguh.]


Subjek
Predikat

6.

[Baik sungguh] + [perangainya.]


Predikat
Subjek

7.

[Pegawai itu] + [masih belum sampai.]


Subjek
Predikat

8.

[Masih belum sampai] + [pegawai itu.]


Predikat
Subjek

Pendepanan sebahagian predikat


Contoh:

9.

[Kanak-kanak itu] + [berkejar-kejaran di padang.]


Subjek
Predikat

10.

[Berkejar-kejaran] + [kanak-kanak itu] + [di padang.]


Predikat 1
Subjek
Predikat 2

11.

[Mereka] + [bekerja setiap pagi.]


Subjek
Predikat

12.

[Bekerja] + [mereka] + [setiap pagi.]


Predikat 1
Subjek
Predikat 2

Latihan
Nyatakan jenis ayat tunggal yang berikut, yakni sama ada Ayat Tunggal Biasa
(ATB), Ayat Tunggal Songsang Pendepanan Seluruh Predikat(ATS Seluruh
Predikat) atau Ayat Tunggal Songsang Pendepanan Sebahagian Predikat (ATS
Sebahagian Predikat).

1.
2.
3.
4.
5.

Sungguh malang nasibnya.


Orang itu tidak akan datang lagi.
Terkilan hati saya tadi.
Menangis bayi itu setiap malam.
Penyesalannya tidak berguna lagi.

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Dari seberang laut agaknya surat itu.


Lumpuh orang tua itu dengan tiba-tiba.
Untuk peperiksaan akhir mahasiswa itu menelaah pelajarannya.
Barang-barang itu untuk ibu.
Belum tentu baik barang itu.
Anak pendeta belum tentu pandai.
Masih teguh lagi bangunan lama itu.
Di Kuala Lumpur dia sekarang.
Masih pada saya tiket basnya.
Membaca buku dia di perpustakaan.
Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.
Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
Sedang sakit tenat orang muda itu.
Badannya lesu sepanjang masa.
Pernah berkunjung ke ibu kota keluarga itu.

Вам также может понравиться