Вы находитесь на странице: 1из 4

Intro

Assalammualaikum.
Nama saya Fariq mewakili kolektif Zine Satu Malam. Zine Satu Malam merupakan
sebuah kolektif yang dianggotai oleh penulis, pelukis, pemuzik, penyajak dan
pemalas. Nama ZSM diambil daripada perkataan zine ataupun fanzine yang
membawa maksud buku atau booklet yang dicetak atau diterbitkan sendiri,
biasanya dalam skala yang kecil. Satu Malam pula diambil kerana aktiviti
menerbitkan zine PDF yang ditulis dan diterbitkan dalam masa semalaman. Selain
menerbitkan zine versi digital, ZSM juga aktif menerbitkan zine versi cetak. ZSM
juga sering mengadakan sesi baca atau deklamasi puisi secara santai. Pernah
mengadakan beberapa acara kecil seperti Puisi Satu Petang, TaraKuChaCha, Borak
Sajak dan lain-lain.
*promote zine & buku PERISA*
SLIDE 1
Baiklah, saya akan memulakan sebuah diskusi mengenai cerpen mikro atau flash
fiction. Memandangkan ia merupakan sebuah diskusi, kawan kawan semua dijemput
untuk menyampuk dan memberikan pendapat tanpa bimbang menyinggung mana
mana pihak atau orang tua. Sepatutnya diskusi ini dibuat oleh Zoul Yazix, tetapi
beliau tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain.
Ikan Dalam Balang Kaca, ZSM memilih untuk menggunakan tajuk ini sebab ikan
dalam balang kaca dalam simbol sesuatu yang boring. Jadi melalui diskusi ini kita
akan melihat cara untuk menulis mengenai ikan dalam balang kaca tanpa
membuatkan ia menjadi boring.
Untuk membuatkan ianya jadi lebih menarik. ZSM akan buat satu pertandingan
kecil. Sewaktu diskusi ini berlangsung, kita boleh la tulis satu cerita pendek atau
certot tak lebih 500 perkataan mengenai seekor ikan dalam balang kaca. Tulis atas
mana mana kertas, atau kalau tulis dalam phone boleh la Whatsapp saya. Apabila
diskusi ini berakhir, kita akan bacakan certot yang dah siap ditulis. 3 penulis certot
paling menarik boleh pilih mana mana zine ZSM, percuma.
SLIDE 2
Apakah yang dimaksudkan dengan fiksyen? Secara mudahnya fiksyen adalah
cereka, atau cerita rekaan. Secara kurang mudahnya, seperti yang disebut Nancy
Kress, menulis fiksyen adalah perbuatan yang mengandungi cebisan hidup atau
kehidupan, untuk menyampaikan makna.
Jadi ia bermaksud, walaupun cerita fiksyen adalah sesuatu yang direka, ia
menyampaikan makna tertentu yang berkaitan dengan kehidupan. Misalnya
menulis tentang ikan dalam balang kaca. Di Malaysia, orang biasanya simpan ikan

kecil dalam balang plastik. Tetapi kita tulis dalam balang kaca, mungkin kerana kita
nak menyampaikan yang balang kaca merupakan dunia ikan tersebut,
kehidupannya. Dan kehidupan ini merupakan sesuatu yang mudah pecah.
Deep.

SLIDE 3
Cerpen mikro ataupun lebih popular disebut sebagai flash fiction, merupakan cerita
pendek yang pendek. Lebih pendek daripada cerpen biasa, biasanya bawah
daripada 1000 patah perkataan. Ia juga disebut sebagai certot (cerita kontot).
Certot biasanya tak memiliki plot penuh, iaitu permulaan, pertengahan dan
pengakhiran. Ia boleh saja bermula di pertengahan, iaitu di tengah tengah konflik
ataupun pada penamat. Ia juga selalunya tidak ada elemen cerpen lengkap yang
biasa seperti antagonis, protagonis, konflik, resolusi dan lain-lain. Namun, elemen
yang hilang boleh ditebak melalui details yang kita letakkan di dalam cerita.
Jangan keliru antara certot dan puisi prosa atau prose poetry kerana mereka
biasanya sama panjang. Puisi prosa biasanya lebih mementing bahasa naratif dan
mengandungi elemen elemen puisi berbanding certot yang mementingkan
penceritaan.
SLIDE 4
Ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan untuk menulis sebuah certot. Siapa
siapa yang nak tambah apa apa, silakan.
Baiklah, disebabkan certot mempunyai ruang yang terhad, terdapat beberapa tips
atau strategi untuk memanfaatkan ruang tersebut sebaik-baiknya.
1. Mulakan dengan idea kecil Cari idea kecil atau perspektif kecil dalam cerita
atau idea yang besar. Untuk membincangkan perkara yang kompleks dari
banyak sudut memerlukan anda menulis sebuah novel. Kita ambil contoh
kita, iaitu ikan dalam balang kaca. Ceritanya boleh jadi besar, daripada
proses membeli ikan itu di kedai, dibela di rumah, ikan tersebut makan,
buang air atau merenung nasib misalnya. Ini terlalu banyak untuk dimuatkan
dalam sebuah certot. Pilih satu idea atau perspektif spesifik. Contohnya,
bagaimana ikan nak merancang pembunuhan tuannya yang ada penyakit
Alzheimer dan sering terlupa bahawa dia memiliki seeokor ikan dalam balang

2.

3.

4.

5.

6.

7.

kaca. Atau bagaimana ikan tersebut melompat keluar daripada balang kaca
hanya semata-mata untuk tukar channel TV yang boring.
Intro pendek dan jelas Padatkan intro certot anda dalam beberapa baris
sahaja. Intro adalah pengenalan kepada watak dan konflik yang dihadapinya.
Pastikan intro anda mengandungi perkara tadi, tetapi pendek. Certot adalah
ruang kecil yang memerlukan penjimatan besar.
Mulakan di tengah-tengah aksi Sama seperti nombor 2, mulakan di tengahtengah aksi. Ikan tersebut sedang picit remote TV. Balang kaca retak apabila
ikan tersebut terkena sawan. Pemilik ikan tersebut lupa dia ada membela
ikan lalu mula menanam pokok serai dalam balang kaca. Tak perlu berlebihan
untuk memulakan cerita, pembaca boleh mengisi sendiri imaginasi mereka
pada lohong lohong yang ada.
Fokus! Cari satu image yang kuat untuk memastikan cerita anda fokus.
Alien menculik ikan. Ikan bercucuk tanam dalam balang kaca demi survival
hidup. Imej ini merupakan center ataupun fokus cerita anda.
Buatkan pembaca tertanya-tanya apabila pembaca tidak dapat menebak
apa yang akan berlaku, ia akan buatkan mereka setia membaca sehingga ke
penamat.
Guna rujukan dengan menggunakan rujukan yang terkenal ataupun
established, anda akan dapat menjimatkan perkataan atau penerangan yang
tak perlu. Rujuk pada peristiwa bersejarah. Gunakan situasi terkenal dalam
sastera. Elakkan guna rujukan yang tak diketahui ramai, pembaca mungkin
tak dapat faham. Sebagai contoh, ikan dalam balang kaca bernama Tuah, dan
seekor lagi ikan dalam balang kaca sebelah bernama Jebat. Pembaca sudah
tahu ikan berdua ini ada konflik.
Twist Penamat yang ada unsur twist, membolehkan penulis meletakkan
penutup yang kuat di akhir cerita. Certot memang biasanya cerita yang
berakhir dengan perkara tak dijangka kerana kita tidak mempunyai masa
yang cukup untuk membina pengalaman karekter yang boleh memberi kesan
kepada pembaca. Seperti sebuah jenaka yang bagus, certot harus ada
penutup yang ber-punchline.

SLIDE 5
Untuk menulis sebuah cerita yang baik, seorang penulis harus tunjukkan, bukannya
beritahu pembaca mengenai tempat, watak dan objek.
Showing creates mental pictures in the readers mind. Imaginasi pembaca akan
lebih terkesan dan terangsang melalui naratif yang deskriptif. Ini mendekatkan
cerita dengan pembaca, yang menggunakan pengalaman sendiri untuk
membayangkan perkara-perkara yang ditunjukkan dalam sesebuah cerpen.
Sebagai contoh.

Tell atau beritahu Ianya seekor ikan yang luar biasa.


Show atau tunjuk Dengan mata yang berwarna biru, bibir bergincu dan ekor
berambu-rambu, ikan tersebut menari dalam balang kaca dengan diiringi oleh lagu
nyanyian Najwa Latiff.
Untuk mengembangkan sesebuah cerita, mulakan dengan watak utama. Anda ingin
tunjukkan bagaimanakan sifat atau perangai watak tersebut. Penulis mendedahkan
cerita melaui makna makna yang dibawa watak utama. Apa yang dia ucapkan, apa
yang dia buat, deskriptif, apa yang dikatakan watak lain mengenai watak utama,
apakah reaksi mereka dan sebagainya.

Вам также может понравиться